AMBIL PERHATIAN !

setiap keluaran cerpen dalam blog ini adalah



HAK CIPTA TERPLEIHARA OLEH NUR ASHIKIN BINTI ALMI
dilarang sama sekali untuk membuat salinan sama ada cetakan bertulis atau photostat mahupun print screen


SAYA PENULIS BARU. SEBARANG KECACATAN PADA PENULISAN SAYA HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH :D

November 24, 2015

Tuhan, Terima Taubatku.



“Along ikut Pakcik Arif ya. Ibu tahu Along tak buat salah, tapi Along duduk dengan Pakcik Arif untuk sebulan dua. Nanti ibu bagitahu bila Along boleh balik sini balik.”
“Along buat apa sampai ibu taknak Along duduk dengan ibu? Along dah tak buat kerja lama tu bu. Along dah janji nak jaga ibu kan? Along janji Along takkan buat kerja lama. Along akan jaga diri Along. Ibu tak sayang along ke?”
“Ibu sayang Along. Ibu percayakan Along. Tapi ibu nak Along tolong ibu kali ni. Tolong ikut Pakcik Arif. Ibu nak Along sihat. Ibu nak Along betul-betul takkan jumpa kerja lama Along. Bantu ibu ya Long?”

“Kamu pergi timbang berat badan dan ambil ketinggian di sana.” Dia mengangguk lesu. Langkah diatur perlahan menuju ke ruangan penjuru bilik kecil itu. Ada lagi tiga orang di belakang mengikut aturan langkahnya.
“Kamu berdiri atas ni, pandang depan ya.” Dia naik ke atas penimbang berat tanpa suara. “Baik dah selesai. Bawa slip ni kepada Tuan Arif, di meja biru di hadapan.” Lelaki bermisai tebal itu menyerahkan slip putih ke tangannya. Dia memusingkan kepalanya ke arah lelaki yg dikatakan tadi. Dia mengeluh. 

Sudah beberapa minggu dia menjadi penghuni Pusat Serenti Raub. Setelah dia mengikut Pakcik Arif yang juga merupakan bapa saudaranya. Rutin hariannya sama dan tidak berubah. Dia akan dikerah bangun seawal jam 4 pagi. Menunaikan solat Subuh, solat taubat, dan solat hajat.

Menjelang jam 8, mereka akan disuruh mandi menggunakan air sejuk. Kata Pakcik Arif, tujuannya adalah bagi membersihkan diri mereka dengan baik. Kemudian mereka akan dibawa sarapan. Bagi penghuni baru, mereka akan diberikan air kelapa pada setiap pagi selama seminggu. Ini bertujuan untuk membuang racun-racun yang pernah berada di dalam badan selama menjadi penagih dadah. Mereka juga kadangkala diberi mandian bunga beserta air bacaan ayat suci Al-Quran bagi menyegarkan tubuh badan.

“Harini macam mana? Okay sikit?” Pakcik Arif atau di sini dipanggil Tuan Arif mencapai slip putih di tangan.
“Boleh lah.” Dia menjawab sambil mengukir senyuman nipis. Tanda hormat.
“Bagus lah. Hari ini kita masuk bilik Detox ya. Kamu boleh pergi sekarang.” Dia memusingkan badan dan terus berlalu.

“Muhammad Hasif bin Ahmad. Sila masuk ke bilik Detox 3.”

Rawatan Detox atau nama penuhnya Detoksifikasi. Rawatan di tahap ini ialah, penagih akan diperiksa seluruh kesihatannya baik fizikal dan mental oleh doktor terlatih. Doktor yang memutuskan sama ada penagih perlu diberikan ubat tertentu untuk mengurangkan gejala putus zat. Pemberian ubat bergantung dari jenis dadah. Dalam hal ini doktor perlu peka, juga memerlukan kemahiran dalam melakukan proses ini.

Setelah melalui proses rawatan di bilik Detox selama hampir satu jam, mereka dibenarkan rehat dengan pengawasan pegawai bilik masing-masing.  Setelah itu baru lah mereka akan beredar ke dewan makan untuk makan tengahari sekaligus menunaikan Solat Zuhur dan solat hajat secara berjemaah.

Waktu rehat akan bermula selepas solat Zuhur tamat selama 10 hingga 20 minit. Waktu begini kebiasaanya, pelawat dibenarkan hadir dan penghuni dibenarkan bertemu waris masing-masing.

“Ibu.”
“Along.” Hasif berlari lantas memeluk tubuh itu.
“Ibu sihat? Ibu dah makan? Hanis mana?” Hasif bertanya sambil mencium tangan ibunya bertalu-talu.
“Hanis sekolah. Ibu sihat. Ibu belum makan. Ibu nak makan dengan anak ibu ni. Along sihat?” Hasif memandang wajah tua milik ibunya sambil mengangguk berkali-kali menjawab pertanyaan ibunya.  Sudah dua minggu ibu tidak datang melawat. Dua minggu juga fikirannya kacau. Mujur ada bapa saudaranya yang kerap memberi maklumat mengenai keluarganya. “Dah. Jom kita makan. Ibu ada bawak gulai tempoyak kegemaran Along.” Hasif tersenyum. Pilu hatinya memikirkan sikapnya dahulu. Kerana itu, dia tekad mahu berubah dan mendengar permintaan ibunya.

Dari jauh, sepasang mata milik Tuan Arif memerhatikan keletah dua beranak itu sambil tersenyum pahit. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua. Semoga Tuhan melindungi mereka sekeluarga.

Minggu ini minggu terakhir dia disini. Minggu terakhir dimana mereka akan menjalani satu rawatan terakhir iaitu rawatan Cold Turkey.Mereka akan ditempatkan di sebuah bilik tanpa dibekalkan apa-apa jenis ubat-ubatan. Proses ini dilakukan bagi membuatkan bekas penagih ini putus ubat dan dapat menjalankan kehidupan mereka selepas ini tanpa mengambil apa-apa jenis ubatan yang boleh menyebabkan mereka masuk ke kancah dadah semula selepas keluar.

Setelah hampir 12 jam, Hasif keluar dari bilik tersebut dan diikuti oleh penghuni yang lain dari bilik lain. Mereka diarahkan bergerak ke sebuah lagi bilik yang juga berasingan setiap orang. Di bilik itu, mereka akan bertemu dengan pakar bimbingan dan kaunseling yang dilantik khas. Akhir sesi itu, mereka dibenarkan pulang ke bilik untuk berehat.

Jam menunjukkan jam 3 pagi. Pada hari terakhir di sini, Hasif menangis teresak-esak di atas tikar sejadah mengingatkan semua yang pernah dia lakukan pada ibunya dan adiknya. Dalam sedu dan dengan penuh keinsafan, Hasif bersujud pada Yang Esa. Mengharapkan Yang Esa mendengar rintihannya.

“Semoga Allah menerima taubatku.”


Dikarang sepenuhnya oleh;
Ashikin Almi
13/07/2014; 1:22 pm

DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)