AMBIL PERHATIAN !

setiap keluaran cerpen dalam blog ini adalah



HAK CIPTA TERPLEIHARA OLEH NUR ASHIKIN BINTI ALMI
dilarang sama sekali untuk membuat salinan sama ada cetakan bertulis atau photostat mahupun print screen


SAYA PENULIS BARU. SEBARANG KECACATAN PADA PENULISAN SAYA HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH :D

March 6, 2012

♥AKHIR CINTA KITA♥


AKHIR CINTA KITA

“Maaf.” Si gadis itu memegang tangan si lelaki. Wajahnya penuh riak kekesalan. Rasa bersalah pula menyelubungi dirinya.

“Huh!” Si lelaki merentap kasar tangannya yang dipegang si gadis. Gadis itu tersentak namun dia tahu dia yang bersalah. Diteruskan niat untuk memujuk si lelaki.

“Tolonglah. Maafkan saya.” Kali ini dia memandang wajah si lelaki yang dicintainya itu.

“Ada apa pada maaf awak ha?!” Marah sungguh lelaki itu. Si gadis menelan liur. Ahh! Dia perlu dipujuk.

“Saya tahu saya salah. Saya minta maaf. Saya terlalu cemburu.” Kesalahan diakui segera. Dia harus menjadi air tatkala pasangannya menjadi api.

“Itulah yang awak tahu. Cemburu je sepanjang masa. Dah!” Si lelaki tetap ego untuk memberi kemaafan.

“Awak, saya geram awak tahu tak? Siapa pun akan cemburu kalau lihat orang yang dia sayang bermesra dengan perempuan lain.” Si gadis cuba membela dirinya. Benar, dia bukan sengaja. Perasaan cemburu itu terbit dengan cepat.

“Alasan! Semuanya alasan! Cakap je la yang awak tak suka dengan dia. Dia lagi bagus dari awak sebab tu awak marah kan?” Wajah si lelaki merah seolah menahan amarah.

“Apa awak cakap ni?!” Si gadis memandang tajam ke arah si lelaki.

“Ha! Tinggi la suara tu! Saya nak dengar lagi! Awak tak suka dia sebab dia cantik, pandai, kaya, kan?!”

“Awak…”

“Dia lagi sempurna dari awak. Sebab tu awak tak boleh terima hakikat saya dengan dia rapat walaupun kami kawan!” Laju kata-kata itu meluncur dari bibir si lelaki. Kemarahan sudah sampai ke tahap maksimum nampaknya.

“Kenapa awak cakap macam ni? Sampai hati awak. Siapa saya pada awak ha? Siapa awek awak sekarang? Saya atau dia?!”

“Dia!” Si gadis terdiam. Jawapan itu benar-benar membuatkan dia terdiam. Tersentak, tergamam dan bermacam-macam ‘ter’ lagi.

“Okey.. Saya dah tahu. Maaf la ganggu awak. Bye.” Si gadis memusingkan tubuhnya. Memalingkan wajahnya. Lebih lama dia disitu lebih perit dirasakan. Lebih pedih hatinya. Mungkin ini yang sebenarnya diinginkan si lelaki. Mungkin dia harus pergi. Langkah diambil demi selangkah.

“Awak..” Suara si lelaki kedengaran. Langkahnya terhenti. Apa lagi yang diinginkannya? “Saya minta maaf.” Setitis air mata si gadis akhirnya menitis. Aku sayang kau. Hatinya menjerit.

“Setiap kali kita gaduh, itu yang awak akan cakap. Awak sakitkan hati saya, lepas tu maaf. Sampai bila?” Sedu kedengaran dari setiap butir bicara si gadis. Terluka benar hatinya dengan kata-kata si lelaki.

“Saya tak boleh nak kawal. Awak tak pernah percaya kat saya.” Ahh! Lelaki itu memang tak pernah mengalah.

“Percaya? Saya ni dah terlalu percaya kat awak tahu tak? Tapi mampu ke saya percaya bila saya nampak awak dengan perempuan tu mesra. Depan saya.” Si gadis berkata lagi dalam sedu. Kedengaran tangisan itu hampir reda. Si lelaki menarik tubuh si gadis rapat dengannya. Dia sedar kata-katanya telah melukai hati gadis yang tulus disayanginya itu. Maafkan aku sayang. Terasa basah dadanya. Gadis itu masih menangis. Sebak dadanya. Dahulu, dia juga berjanji tidak akan membuat air mata gadis itu jatuh. Akhirnya dia juga yang memungkiri janji itu.

“Okey. Saya salah. Saya minta maaf, saya akan cuba jauhkan diri dari dia tapi awak…jangan tinggalkan saya ya.” Si lelaki mengeratkan pelukannya pada si gadis. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu.

“Berubahlah. Saya tak minta awak benci dia. Saya cuma tak nak awak mesra sangat dengan dia. Kata-kata awak tadi dah betul-betul sakitkan hati saya.” Si gadis berkata lagi. Si lelaki mengesat air mata milik si gadis.

“Saya terlepas cakap. Awak pun tahu kan..” Si lelaki memandang wajah si gadis yang kemerahan.

“Hm..”

Please.”

“Saya sayangkan awak. Saya tak nak akhirnya hubungan kita ni tak kemana. Berubahlah.” Si gadis memberi harapan.

“Saya janji..” Dan janji dibuat lagi.

“Hm..Boleh saya tahu siapa dia sebenarnya?” Si gadis memandang si lelaki yang sedang memandu.

“Sebenarnya dia memang ada hubungan dengan saya.” Kata-kata itu membuatkan si gadis menoleh sekali lagi.

“Hm? Maksudnya?Si gadis mula curiga.

”Nama dia Lydia. Sepupu saya.” Kebenaran mula jelas.

”Lydia? Sepupu? Awak tak pernah cakap pun pasal dia?” Soalan dilempar lagi.

”Kami pun baru je rapat. Sebelum ni, kami tak rapat, jadi saya rasa tak ada kepentingan untuk saya cerita pada awak.” Si gadis memandang si gadis.

”Habis, macam mana awak boleh rapat dengan dia?” Lagi soalan ditanya.

”Mak dia, maksu saya. Baru sahaja meninggal dunia. Kan saya ada cakap dulu, saya kena balik Kuantan hari tu. Saudara meninggal. Ingat?” Ingatannya kembali segar ke masa itu.

”Oh, ingat. Jadi mak dia lah yang meninggal?”

”Ha’ah. Hm. Dia anak tunggal, jadi saya ni satu-satunya saudara yang dia ada. Satu-satunya sepupu yang dia ada.” Akhirnya keterangan semakin jelas.

”Oh. Hm, maaflah. Saya terlalu cemburu.” Kelihatan riak kesal di wajah gadis itu.

”Tak lah. Awak patut cemburu. Saya pun silap. Hm...” Si lelaki cuba memadamkan perasaan kesal dalam diri gadis itu.

”Hm.. Saya sayang awak. Tu je.” Si gadis menundukkan wajahnya.

”Saya tahu. Saya lagi sayang awak.” Si lelaki memegang jemari si gadis.

”Boleh kita pulang sekarang?”

”Hm. Ikut saya pergi satu tempat. Saya hantar awak balik lepas tu. Okey?”

”Hm. Mana?”

”Jom.” Kereta Toyota Swift berwarna ungu itu meluncur laju.

”Hm..Nak kemana ni?” Raut wajah si gadis kehairanan.

”Okey, sekarang awak berdiri kat sini. Bila saya cakap panggil, awak datang okey.” Apa lagi kejutan si lelaki ini pada dirinya.

”Hm.. Okey.”

”Okey, kejap.” Si lelaki berlari ke arah dua biji batu besar yang sememangnya ada di tepi bukit itu. ”Okey, awak jalan.” Si lelaki menjerit dari jauh. Si gadis mula melangkah. Apa yang si lelaki ini ingin tunjukkan padanya. ”Sekarang, awak tengok sana.” Si gadis memandang arah yang ditunjuk lelaki itu.

”Cantiknya..” Si gadis terpegun dengan keindahan yang tercipta didepan matanya. Matahari yang terbenam itu benar-benar indah. Cantik sungguh ciptaan tuhan itu. Indah. Dia benar-benar teruja. Selama ini, dia hanya memandang di kaca televisyen dan lukisan. Kini, dia sendiri menyaksikan keindahan itu dihadapannya.

”Cantik?” Si lelaki merapati si gadis.

”Cantik. Cantik sangat. Indah betul kan?” Si gadis tersenyum.

”Tapi..” Si gadis memandang wajah si lelaki. ”Awak lagi indah buat saya.” Si gadis menundukkan wajahnya. Malu terasa.

”Ish. Memandai je.” Si gadis menidakkan bicara si lelaki.

”Betulla. Awak lagi cantik.” Si lelaki berdiri di hadapan si gadis.

”Lydia cantik.” Si gadis menjawab perlahan. Si lelaki memegang kedua belah tangan si gadis. Menggenggam erat jemari si gadis.

”Awak tercantik.” Si gadis menunduk. Membiarkan bicara si lelaki. ”Boleh janji dengan saya satu perkara?” Si gadis mengangkat wajahnya. ”Jangan tinggalkan saya seorang.” Si lelaki merenung wajah si gadis penuh kasih. Sungguh dia cinta akan si gadis.

”Saya tak akan tinggalkan awak.” Dan si gadis tersenyum. Bahagia terasa. Terima kasih tuhan kerana memberi peluang.

”Assalamualaikum. Mama!” si lelaki memberi salam seraya memanggil si ibu.

”Waalaikumsalam. Baru balik ke?” si lelaki terkejut mendengar suara gadis menyahut.

”Eh, Lydia? Kau buat apa kat sini? Bukan kau patut balik rumah ke?” si lelaki menyoal kehairanan.

”Hm. Dah lama I tunggu you. Mana you pergi? I tunggu you datang ambil I kat office tadi. Dah lama sangat I tunggu you, I datang rumah you. Itupun kena tunggu lagi. Then sekarang, baru you muncul? You pergi mana ha Danish?” Lydia menyilangkan tangannya. Terasa geram apabila dia menunggu si lelaki, Danish.

”Yang kau ni kenapa? Aku ada cakap ke aku nak datang ambil kau dekat office tu? Tak ada pun kan? Semalam pun rasanya kita tak berjanji apa-apa. Dan aku pun tak cakap pasal nak jumpa kau hari ni. Kan? So, kenapa tunggu aku?” Danish menghempaskan tubuhnya keatas sofa berwarna peach itu.

”You pergi mana?” Lydia menahan geram.

Dating la. Pergi mana lagi.” Danish menjawab selamba. Dia tersenyum mengingatkan wajah si gadisnya tadi. Ahh, rindunya.

Date? You ada girl?” Lydia mula cemburu. Dia tidak mahu menerima hakikat lelaki yang dicintainya dalam diam itu sudah berpunya.

”Ada la. Semalam tu, yang masa kita lunch sama tu. Ingat tak ada girl pandang kita macam tengah marah?” Danish menjawab selamba. Lydia cuba mengingat. Ya! Dia ingat, Danish kelihatan gelabah semalam tatkala melihat gadis itu. Dan gadis itu turut kelihatan marah dan cemburu melihat dia bersama Danish.

”Yang pakai blouse pink?” Lydia memandang Danish. Danish tersenyum.

Yes. Yang comel tu. Yang ikat rambut dengan reben pink tu. Aduh, comel betul.” Danish seolah mabuk cinta. Ya mungkin juga dia sememangnya mabuk cinta.

”Ish! Tak comel langsung! Tak suka lah!” Lydia mendengus mendengar pujian yang diberi Danish. Aku lagi cantik la! Lydia bengang.

”Amboi mulut kau. Suka hati kau je na mengata girl aku. Hm. Yang kau tiba-tiba je tak suka dia kenapa? Lepas tu nak mengata pulak.” Danish pula menunjukkan reaksi marah. Pantang benar orang memburukkan kekasih hatinya.

”Hm. You..malam ni kita dinner sama-sama ya?” Danish memandang Lydia.

”Ops, sorry dear, aku ada dinner date malam ni. Kau dinner dengan mama aku je la ye?” Danish bingkas bangun. Dia tidak mahu berlengah untuk menjemput kekasih hatinya. Dia mahu berubah. Itu janjinya pada gadisnya itu.

”You! Mana boleh macam ni! You tak adil dengan I! I tunggu you dari petang tadi tahu tak? Tapi you..” Danish segera memintas bicara Lydia.

”Dah! Aku tak nak dengar. Bosan tahu tak? Aku ada girl aku, so, aku nak date, itu aku punya pasallah. Huh! Dah, aku nak mandi!” Danish mula melangkah kearah tangga.

”Danish, please. Teman I malam ni. You cancel lah date you tu. Please.” Lydia merayu.

No! Dah lah aku baru je gaduh dengan dia pasal kau. Ish! Tak nak aku. Dah, malas nak dengar dah. Aku nak naik!” Danish meneruskan langkahnya. Lydia mendengus geram. Arghhh!

”Eh Lydia? Buat apa kat sini? Dah lama sampai?” Lydia terkejut tatkala mama Danish, Puan Latipah menyapanya.

”Eh auntie. Hm, dah lama dah sampai. Ingat dapat dinner dengan Danish. Hm..” Lydia cuba meraih simpati dari Puan Latipah.

”La, kenapa? Dinner je la. ” Puan Latipah berkata lagi. Lydia terusan membuat muka simpati.

”Dia ada dinner date la auntie. ” Lydia memurungkan wajahnya.

”Oh, dia nak keluar dengan Fira la tu.” Selamba Puan Latipah menyebut nama itu.

Auntie kenal dengan girlfriend Danish?” Lydia membuntangkan matanya. Tidak sangka.

” Ala, apa pulak tak kenal. Dah nak bertunang dah pun diaorang tu. ” Kata-kata itu seolah petir menyambar mengejutkan Lydia.

What?!”

”Tak nak makan ke?” Danish memandang Zafira dihadapannya.

”Tak apa lah. Awak makan la. Saya minum je la.” Danish menjawab. Dia memandang Zafira yang sedang menyuap makanan.

”Saya suap ye? Cepat. ” Zafira menyuakan sudu di mulut Danish. Danish mengangakan mulutnya dan suapan Zafira diterima. ”Sedap tak?” Zafira memandang Danish yang menikmati makanan itu.

”Boleh tahan.” Zafira meneruskan suapannya hingga ke suapan terakhir. Dia mencapai tisu lalu mengesat mulutnya.

”Ingat lagi tak pasal plan kita?” Danish menongkat dagu memandang Zafira yang sedang minum.

Plan? ” Zafira menyoal kembali. Plan apa pulak yang cuba dikatakan Danish.

”Tak ingat? Plan kita? Minggu lepas?” Danish cuba mengingatkan Zafira.

”Oh, plan tu. Ingat je. Kenapa?” Zafira memandang Danish.

”Kita bertunang. Saya masuk meminang sabtu ni.” Danish berkata lagi.

”Awak serius ke?” Zafira menyoal membuatkan Danish terdiam.

”Saya tak pernah main-main dalam soal ni. Saya serius nak jadikan awak teman hidup saya. Saya dah lama bersedia.” Danish memegang jemari Zafira.

”Ya, saya tahu. Hm. Saya ikut je apa kata awak. Okey?” Zafira melemparkan senyumannya.

”Jangan senyum kat orang lain macam tu tau? Kat saya je tahu?” Zafira terpinga.

”Ha?”

”Awak tu senyum manis sangat. Kalau lelaki lain tengok, cair tau tak? Jadi, jangan senyum kat orang lain selain saya. Okey? ” Zafira tersipu. Malu pula dibuatnya.

”Barang hantaran awak semua dah siap ke?” Zafira mengubah topik semula.

” Awak betul terima saya ni?” Danish masih menggenggam jemari Zafira.

”Apa jenis soalan awak ni? Dah tentulah saya terima. Bila mula-mula kita bersama dahulu, saya terima diri awak. Lebihnya awak, kurangnya awak. Saya terima okey.” Zafira meyakinkan Danish.

”Okey. Saya tahu. Barang-barang hantaran semua mama dah siapkan. Semua dah sedia. Tunggu keputusan je. Macam yang ditetapkan masa saya datang merisik hari tu. Sabtu ni awak rasmi jadi tunang saya.” Danish tersenyum kepada Zafira.

”Erm. Saya tak ambil baju lagi. Esok saya pergi ambil ye?” Zafira terlupa pula soal baju yang akan dipakainya semasa majlis pertunangan nanti.

”Apa pulak besok? Jom la ambil sekarang. Saya nak tengok awak pakai. Mesti cantik sangat.” Danish memanggil pelayan restoran bagi menjelaskan bil makanan.

”Okey, dah sampai.” Zafira membuka pintu kereta milik Danish itu. Danish mencapai tangannya lalu beriringan masuk ke kedai Beauty Princess itu. Setibanya di kedai itu, Danish melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan manakala Zafira bertemu dengan pereka baju majlis pertunangannya itu.

”You tak nak try dulu ke baju ni?” Alessa, pereka baju majlis pertunangan Zafira bertanya. Danish memandang kearah mereka berdua. Dia memandang Zafira dan memberi isyarat. Zafira yang melihat isyarat Danish supaya dia mencuba baju itu terus melangkah masuk ke bilik persalinan untuk mencuba baju itu.

”Encik, mari lihat.” Alessa memanggil Danish yang sedang membelek pakaian yang terpamer di butik itu. Danish mengikut langkah Alessa sehinggalah akhirnya langkahnya terhenti tatkala melihat Zafira lengkap berpakaian baju kebaya berwarna putih dan dihiasi sedikit manik berwarna pink kelihatan anggun. Cukup cantik hingga mampu membuatkan Danish memandangnya tanpa berkelip.

”Awak?” Zafira memetik jarinya mengejutkan Danish yang terpukau. Terkejut Danish dibuatnya. ”Awak ni kenapa?” Zafira mengerutkan dahinya.

”Awak tu, cantik sangat. Macam mana saya tak terpukau. Nasib baiklah saya teman awak, dapat juga tengok awak. Dah la masa kita bertunang nanti, saya tak ikut. Tak lah saya melepas tengok awak. Untung saya ni.” Danish mencubit pipi Zafira. Zafira menunduk dengan wajah kemerahan menahan malu.

”Dah la, saya nak tukar baju. Awak ni. Malu tau.” Zafira memusingkan badannya. Danish memandang Zafira. Untung benar dia kerana dia yang berjaya memiliki gadis yang dahulunya menjadi rebutan ramai jejaka. Semakin dia melihat keindahan yang terdapat pada gadis ini, semakin dia bersyukur kerana gadis ini yang akan menjadi teman hidupnya.

”Eh, Danish?” Danish menoleh. Sesusuk tubuh yang cukup dikenali kini berada dihadapannya. Danish terpaku melihat wajah itu. Wajah yang pernah dicintainya. Wajah yang pernah disayanginya. Wajah yang turut menyakitinya. Yang cukup menyiksa hatinya. Kenapa dia harus muncul? Apa lagi yang diinginkannya?

”Maya..” Sepatah nama yang hampir luput dari ingatan kini mengingatkannya kembali kepada masa silam yang menyakitkan.

*****

”I akan kahwin!” Kata-kata itu cukup membuatkan Danish tersentak. Apa yang gadis dihadapannya ini ingin katakan?

”Apa you cakap ni?” Danish cuba bertenang. Berita itu menyesakkan dadanya.

”I akan kahwin. Sorry Danish. Kita putus sajalah. I dah tak boleh nak teruskan hubungan kita. You tak pernah serius dengan hubungan kita. I tak boleh nak tunggu you lagi. You carilah perempuan lain. Mama I pun dah terima pinangan tu.” Danish menumbuk meja. Geram dengan kata-kata gadis itu yang selamba.

”Senang betul you cakap kan Maya! You suruh I pergi cari perempuan lain sedangkan you tahu yang I cintakan you! You ni kenapa ha? I serius dengan hubungan kita. I cuma kata I tak bersedia lagi sebab kita still study. Susah sangat ke you nak faham? Lagi berapa tahun je, then I akan masuk meminang you! Can’t you waiting for that time?” Danish melepaskan amarah. Gadis ini benar mencabar egonya.

No! I can’t wait anymore! You memang hanya tahu cakap. You tahu kan I tak boleh nak bertahan dengan hubungan ni kalau at last hubungan kita tak kemana!” Maya berdiri. Dia harus pergi dari tempat itu. Dia semakin buta untuk melihat segala kebaikan yang pernah Danish berikan padanya. Maya teringat akan bakal suaminya. Ya, lelaki itu jauh lebih kaya. Malah mempunyai kedudukan di sebuah syarikat. Itu yang membutakan mata hatinya hingga sanggup menepikan lelaki yang cukup mencintainya.

”Siapa lelaki tu Maya?!” Danish mencengkam lengan Maya yang mahu beredar.

”Apa ni Danish? Sakitlah!” Maya cuba melepaskan cengkaman di lengannya. Cengkaman itu cukup kuat. Dia tidak mampu untuk melepaskan cengkaman tangan Danish itu.

”I cakap, bagitahu I siapa lelaki tu?! Bagitahu Maya!” Danish menguatkan cengkaman tangannya. Seiring dengan perasaan geram dan kecewa yang teramat sangat. Gadis ini tegar menghancurkan hatinya. Walaupun baru sahaja setahun mereka bersama namun cintanya buat gadis ini sudah mekar.

”Woi!” Danish menoleh. Serentak, sebiji penumbuk mengena tepat di wajah Danish. Membuatkan cengkaman tangannya di lengan Maya terlepas. Danish tersungkur tatkala tumbukan padu itu dilepaskan. Danish mengerutkan dahinya. Terasa bibirnya pecah. Pedih. Dia memandang si penumbuk. Dia dapat melihat jelas Maya kini sedang memeluk lelaki itu. Jelas dihadapannya, Maya, gadis yang dahulunya berjanji akan setia sehidup semati dengannya kini berada dalam pangkuan lelaki itu. Lelaki itu, ya, dia kenal lelaki itu. Lelaki yang mempunyai kekayaan yang cukup untuk membuat semua gadis menggilainya.

”Kau? Kaulah lelaki yang dah rampas Maya dari aku? Tak guna!” Danish ingin membalas tumbukan itu namun cukup lambat kerana belum sempat tumbukannya itu lepas, tangannya terlebih dahulu ditahan dan perutnya pula ditumbuk. Pedih, tumbukan yang dilepaskan terasa pedih. Namun pedih lagi hatinya. Hancur hatinya melihat Maya menjadi milik lelaki lain. Kini dia sedar, kecantikan Maya tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan gadis itu. Dan akhirnya Danish bingkas bangun dan pergi meninggalkan Maya. Dengan nekad, dia tidak lagi mahu jatuh cinta!

*****

”Helo??” Danish tersentak. Dia memandang Maya dihadapannya. Ya, kenangan itu masih tersimpan di ingatannya. Masih segar terasa kepedihan yang diberikan Maya dahulu.

”I..” Belum sempat Danish menjawab soalan Maya, terdengar pula suara Alessa dan Zafira berbual. Dan perbualan itu terhenti. Mungkin mereka juga sedang memerhatikannya saat ini.

”Tak apalah Alessa. Thanks for this. Zafira bergerak kearah Danish. Maya dan Danish memandangnya.

”Siapa ni?” Zafira mendekati Danish. Danish teragak-agak. Dia mahu menjawab tetapi kenyataan Zafira mengejutkan. ”Eh, awak Maya kan? Maya Azlan. Kan?” Maya memandang Danish. Beralih lagi pandangannya kearah Zafira.

Yes. Kenal ke?” Maya mengerutkan dahinya.

”La, apa pulak tak kenal. Maya tak kenal saya? Fira..” Maya cuba mengingat siapa gerangan gadis yang mengenalinya. Fira.. Bukankah.. Maya memandang Danish yang terpinga.

”Fira? Fira adik angkat Adam?” Ya! Zafira, adik angkat Adam, bakal suaminya. Bakal suami yang seharusnya menjadi suaminya 4 tahun yang lalu.

”Ha! Ingat pun. Betullah tu. Maya kan isteri abang Adam. Seorang je ke? Mana abang Adam?” Kali ini, Danish pula memandang Zafira. Bagaimana...

”Maya tak jadi kahwin...” Danish dan Zafira memandang Maya serentak. Danish kaget. Tak jadi kahwin? Apa maksud dia..

”Ha? Kenapa?” Zafira terkejut. Setahunya hal perkahwinan mereka dahulu menjadi satu isu hangat di kolej dahulu cuma dia yang tidak mengambil peduli hal itu. Dia mengambil tahu pun hanya kerana isu itu berkaitan dengan abang angkatnya, Adam.

”Sebab Fira...”

*******

”Kenapa dengan you ni Adam?” Maya memegang bahu Adam, tunangnya yang bakal menjadi suaminya. Sudah hampir 2 bulan peristiwa dia memutuskan hubungan dengan Danish berlalu.

”Kenapa isu kita nak kahwin ni kecoh ha?” Adam menjauhkan dirinya daripada Maya.

Why? You tak suka ke? You patut happy tau. Ramai yang seronok dengar kita nak kahwin. Diaorang semua tak sangka kita nak kahwin. You should be proud okay?” Maya bangga. Dia bangga kerana akhirnya dia yang berjaya memiliki Adam. Lelaki yang didambakan setiap gadis seangkatannya.

”Tapi I tak nak sesiapapun tahu! Tambah lagi Fira!” Adam menjerit. Maya terkedu. Fira? Siapa gadis itu?

”Siapa Fira?” Maya memandang Adam. Nama itu acapkali didengarinya. Cuma sampai sekarang dia tidak tahu siapa gerangan gadis itu.

”Adik angkat I. ” Adam memberitahu. Maya hairan. Kenapa pula Adam tidak mahu Fira, adik angkatnya itu tahu mengenai hal perkahwinan mereka?

Then? Apa masalahnya kalau dia tahu. Dia patut tahu kan? Dia adik angkat you. Apa yang you nak marah sangat ni?” Maya mengeluh. Apa lagi yang tidak kena pada hubungan mereka?

”I cintakan dia, Maya..”

******

Masing-masing diam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang perlu dibicarakan. Masing-masing berfikir, apa yang terjadi. Baik Danish mahupun Zafira. Keduanya bingung. Kenyataan Maya mengatakan dia tidak jadi untuk berkahwin dengan Adam kerana Adam mencintai Zafira benar-benar mengusutkan fikiran Danish. Kenyataan Maya juga yang mengatakan dia masih mencintai Danish pula membuatkan Zafira buntu.

Zafira cintakan Danish. Dia tidak pernah mencintai Adam. Adam hanya seorang abang buatnya. Seorang insan yang hanya dianggap abang sementelah dirinya hanya anak tunggal kepada seorang ibu tunggal.

Danish cintakan Zafira. Dia sudah lama melupakan kehangatan cinta Maya. Dalam hatinya kini hanya ada Zafira. Dia ikhlas menyayangi gadis itu. Dia tulus ingin menjaga Zafira. Dia tidak mahu orang lain. Dia mahu Zafira.

”Saya...” Bicara terhenti. Ayat yang dikeluarkan serentak mereka berdua tergantung. Zafira sebak. Dia memandang luar tingkap. Langit kelihatan mendung, semendung hatinya. Semendung jiwanya. Oh tuhan, bantu aku. Danish menoleh sekilas. Dia tahu Zafira serba salah. Dia kenal akan gadisnya itu. Dia tahu Zafira keliru. Seperti dirinya juga, dia tahu Zafira tidak mahu kehilangan dirinya.

Danish menyentuh jemari Zafira. Mencapai dan menggenggam jemari itu. Dia tidak mahu lagi kecewa buat kali kedua. ”Lupakan hal tadi.” Zafira menoleh. Danish melihat mata Zafira bergenang. Oh, aku tak mahu mata itu menangis lagi. Danish menghentikan keretanya di tepi jalan. Dia memandang sayu wajah Zafira.

”Saya tak pernah cintakan dia..Saya cuma cintakan awak...Betul, saya tak tipu. Betul..” Air mata yang cuba ditahan akhirnya menitis jua. Pedih hatinya jika Danish tidak mempercayai dirinya.

”Saya tahu...Saya percaya pada awak.” Danish menarik tubuh Zafira rapat ke pelukannya. Dia tahu Zafira memerlukan dirinya sama seperti dia memerlukan diri Zafira.

”Saya tak tipu..Saya sayang awak..” Sebak dada Danish mendengar rintihan sayu Zafira. Zafira teresak-esak dipangkuannya. ”Jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak.. Please..” Zafira teresak lagi. Danish mengeratkan pelukannya. Tidak sama sekali. Dia tidak pernah terfikir untuk melakukan hal itu pada Zafira. Tidak..

******

”Fira, ready, bakal mak mertua kau nak masuk ni. Sarung cincin.” Zafira gementar. Sebentar lagi dia akan mempunyai ikatan dengan Danish. Ikatan pertunangan yang akan menghubungkan mereka kepada ikatan yang sah sebagai suami isteri.

”Fira..” Suara Puan Latipah menyebut namanya membuatkan Zafira mengangkat wajahnya yang sedari tadi hanya menunduk. ”Cantik bakal menantu mama ni.” Puan Latipah menyarungkan cincin berlian yang dibeli khas Danish buat Zafira. Ayu sungguh Zafira dengan pakaian baju kebaya itu. Zafira mencium tangan Puan Latipah penuh kasih. Akhirnya dia menjadi tunangan Danish.

*******

Titt..Tittt. Zafira memandang telefon bimbitnya yang berbunyi. Tertera nombor yang tidak dikenali di skrin telefon bimbitnya. Siapa pula gerangan yang menelefonnya ini. Zafira menekan punat hijau untuk menjawab panggilan tersebut.

”Helo..”

So, you dah berjaya ambil Danish dari I..” Wanita muda bergaya itu memandang Zafira dari atas ke bawah.

”Maksud awak?” Zafira memandang wajah bersih wanita anggun dihadapannya itu.

”Aku cintakan Danish. Susah ke kau nak faham?” Bahasa wanita itu mula kasar. Zafira mula geram.

”Awak tahu kan saya dengan Danish dah bertunang. Jadi, saya rasa better awak lupakan perasaan awak tu. Saya dan Danish saling mencintai. Kami akan berkahwin tak lama lagi. Jadi, lebih baik awak jangan ganggu kehidupan kami.” Zafira bingkas bangun. Tidak mahu melengahkan masa. Buang masa dia menerima pelawaan wanita ini untuk bertemu. Tidak penting!

”Nanti! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Hei! Ni Lydia okey. Tiada siapa yang boleh ambil hak Lydia. Kau faham tak?!” Lydia menarik tangan Zafira kasar.

”Awak ni kenapa ha? Lepaslah!” Zafira cuba menarik tangannya kembali.

”Aku akan rampas Danish dari kau! Aku akan pastikan itu!” Lydia melepaskan tangan Zafira. Lantas beredar dari situ. Zafira memandang Lydia geram. Dia menyelak lengan bajunya. Sakit masih terasa akibat tarikan kasar Lydia.

”Jom makan tempat biasa.” Danish menarik lengan Zafira.

”Aduh!” Zafira mengaduh. Danish memandang Zafira. Hairan. Kuat sangatkah dia menarik lengan tunangnya itu?

”Kenapa ni? Sakit ke? Sorry..”Danish melepaskan tangannya. Dia memandang Zafira. Zafira mengerutkan dahinya. Danish mula risau. ”Sayang? Kenapa ni?” Danish menarik lengan baju kurung yang dipakai Zafira. Dia terkejut melihat lengan tunangnya itu. Lengan Zafira kelihatan kebiruan dan lebam. ”Ya Allah! Kenapa ni?” Danish memegang lengan Zafira. Zafira menggeleng-geleng.

”Tak ada apalah. Sikit je tu. Dah, jom kita masuk.” Zafira menolak Danish. Pantas Danish menahan. Dia tidak mahu Zafira menipunya.

”Bagitahu cepat, kenapa? Siapa yang buat Fira sampai macam ni?” Danish melihat kesan lebam itu.

”Lydia tak sengaja la.” Danish memandang Zafira. Lydia!

*******

”Hei Lydia!” Danish menarik lengan Lydia kasar. Baran sungguh rasanya apabila tunangannya disakiti orang lain. Dia tidak boleh terima tunangnya dikasari. Dia sendiri tidak pernah mahu menyakiti tunangnya itu, ahh. Dia tidak boleh biarkan Lydia!

”Danish! Sakitlah. Apa ni?!” Lydia mengusap lengannya.

”Itu baru sikit. Hei perempuan. Kau siapa ha nak kasar dengan Fira? Aku cukup pantang la kalau orang sakitkan tunang aku tu! Kau ni kenapa ha?!” Danish menghaburkan kemarahannya.

”Oh, jadi, sebab perempuan tu la you berkasar dengan I. Hei Danish, perempuan tu buat I sakit hati tahu tak? I benci betullah. Lepas tu mengadu dekat you. Heisy! Memang dasar perempuan tak guna!”

Pangg!! Lydia terkedu. Danish menampar pipinya?

”Aku dah cakap. Aku tak suka kau buruk-burukkan Fira depan aku. Aku dengar lagi, pecah mulut kau aku buat. Kau faham? Aku nak kau berambus. Jangan datang rumah aku lagi. Jangan munculkan diri depan aku, dan ingat. Aku tak nak kau ganggu Fira. Kalau aku dapat tahu, aku cari kau sampai dapat!” Danish terus berlalu usai melepaskan segala kemarahan sedangkan Lydia menahan pedih hatinya. Zafira!!

Tukk Tukk Tukk. Zafira terkejut. Siapa yang mengetuk pintu rumahnya pagi-pagi ini. Titt...Tittt.. Telefon bimbitnya pula berdering. Dia mengangkat telefonnya.

”Sayang! Pagi ni abang datang ambil Fira ye? Tunggu tau. Abang on the way.” Jelas kedengaran suara Danish di talian. Zafira tersenyum. Semenjak mereka bertunang, panggilan yang dahulunya saya dan awak ditukarkan kepada abang dan Fira.

”Abang dah dekat mana ni?” Zafira bertanya sambil melangkah kearah pintu untuk melihat siapa yang sudah terlebih dahulu menjadi tetamunya.

”Abang dekat KFC dah ni. Lagi 10 minit abang sampai.”

”Abangg!! Lepas!! Apa ni! Lepas!!! Abang, tolong Fira!!” Danish tersentak. Ada apa dengan Zafira. Danish terus menderum laju. Zafira!

Zafira tersedar. Kepalanya terasa pening. Dia teringat perkara terakhir. Dia berbual dengan Danish dan dia menjerit meminta tolong, kemudian dia pengsan selepas terhidu bau yang memeningkan. Dia memandang sekelilingnya. Tempat apa ini? Tangannya terasa diikiat kebelakang. Tempat ini seperti gudang lama. Ya Allah, kat mana aku ni?

”Hai Fira.” Zafira memandang kehadapan. Terkejut dia melihat wanita dihadapannya. Apa lagi wanita ini mahu?

”Awak nak apa lagi?” Zafira memulakan bicara.

”Aku nak kau lenyap! Sebab kau Danish tampar aku. Sebab kau Danish dah tak nak jumpa aku lagi! Kau memang perempuan tak guna! Kau dah rampas Danish, sekarang Danish pun dah tak nak tengok muka aku lagi! Semuanya sebab kau!” Pangg! Lydia menampar pipi Zafira sekuat hati. Zafirah mengaduh. Dia terasa ada cecair di tepi bibirnya. Pedih terasa. Abang...selamatkan Fira. Zafirah terasa ingin menangis.

”Awak ni kenapa Lydia? Lepaskan saya. Kenapa awak buat saya macam ni? Saya tak tahu kenapa Danish buat awak macam tu. Saya tak suruh dia buat apa-apa dekat awak. Saya tak tipu!” Zafira cuba berdiplomasi dengan Lydia. Lydia sudah seperti orang gila.

”Kau tipu! Kalau kau tak bagitahu dia, macam mana dia boleh tahu aku yang kasar dengan kau? Kau tahu tak aku kena tampar dengan dia! Sakit kau tahu tak! Aku kena tampar dengan lelaki yang aku cinta! Kau faham tak! Aku cintakan Danish!” Lydia menjerit lagi. Zafira memejam matanya. Danish bukan untuk kau Lydia. Dia milik aku. Zafira cuba bertenang. Dia takut Lydia akan bertindak melulu. Tiba-tiba Lydia menjerit. ”Eddy! Zarif!” Zafira lihat ada dua orang lelaki masuk dari luar gudang. Zafira mula tidak sedap hati. Apa yang mahu dilakukan Lydia.

Lydia mengeluarkan telefon bimbitnya. Zafira memandang gelagat Lydia. Dua lelaki tadi berbisik sesama sendiri sambil memandangnya. Zafira mula takut. Ya Allah, lindungilah hambamu ini.

”Hai sayang...Hei..kenapa marah-marah ni? You cari Fira ye? Ya, dia ada dengan I. Hahahaha. You ni kan sayang..Okey, you datang dekat gudang lama yang dekat dengan kilang tupperware tu. Ha, kalau you lambat, you menyesal tau. Sebab Fira you ni tengah bersedia untuk diratah. Hahahaha!!!” Zafira mula menangis.

”Nak dengar ke suara sayang you? Mari Fira, cakap dengan tunang you ni.”Lydia meletakkan telefon bimbit di telinga Zafira.

”Abang...” Zafira bersuara. Dia mula ketakutan.

”Fira? Fira okey?” Danish mula memecut.

”Fira takut bang..Ada lelaki..Lelaki...” Lydia menarik kembali telefon bimbitnya.

”Okey Danish?” Lydia sudah seperti tidak betul.

”Hey Lydia. You lepaskan Fira. I buat apa yang you nak. Lepaskan dia! I mohon, jangan apa-apakan dia.” Danish cuba melengahkan Lydia. Dia sudah hampir dengan tempat yang dikatakan Lydia. Mujur juga dia tadi berada berdekatan dengan kilang itu untuk mencari Zafira.

”I nak you Danish. You kahwin dengan I. I nak hidup dengan you. I cintakan you. ” Lydia sudah hampir masuk ke perangkap Danish. ”Tapi you dah benci I! You cintakan perempuan tak guna tu! Ahh!! Eddy, Zarif! I nak you all musnahkan hidup perempuan tak guna ni!” Lydia memberi arahan. Danish mendengar jeritan Zafira dan kemudiannya panggilan itu dimatikan. Danish yang sememangnya sudah tiba ditempat itu segera berlari. Dia mendengar jeritan Zafira dari jauh. Sebaik tiba di hadapan pintu gudang, Danish dapat melihat dengan jelas, dua orang lelaki sedang menggomol tunangnya, Zafira manakala Lydia berada di tepi sambil ketawa melihat perbuatan keji dua orang lelaki itu terhadap Zafira. Danish meluru kearah dua orang lelaki yang sedang melakukan perbuatan terkutuk itu lantas sepakan dilepaskan ke perut lelaki pertama. Danish memukul kedua-dua mereka hingga mereka tidak berdaya. Danish benar-benar marah. Dia tidak rela Zafira diperlakukan sebegitu. Lydia terkejut tatkala melihat Danish mengamuk sebegitu. Dia tidak menyangka Danish sudah tiba ke tempat itu dengan cepat. Sangkanya, Zafira akan ditewaskannya tapi ternyata dia silap. Dia seolah menempah maut apabila melibatkan Zafira dengan perangkapnya.

*******

”Sayang?” Zafira membuka matanya perlahan. Terasa jemarinya digenggam erat. Zafira memejam matanya kembali. Ingatannya berputar ke masa terakhir dia terjaga.

”Lepas..Lepas!!” Zafira meronta. Dia benci dengan Lydia. Lydia dan dua lelaki itu. Dua lelaki itu hampir meragut maruah dirinya. Danish kaget. Zafira masih trauma.

”Sayang..Abang ni. Bangun sayang. Abang kat sini. Sayang selamat.” Danish memeluk Zafira, cuba menenangkannya. Sementara ibu Zafirah, Puan Zahida menangis melihatkan keadaan Zafira, anak tunggalnya itu.

”Danish..” Danish memandang Puan Zahida. Kasihan dia melihat ibu tunggal itu. Dia merasa bersalah kerana tidak menjaga Zafira dengan baik. Dia merasa bahawa dirinya gagal untuk melindungi Zafira.

”Danish minta maaf. Danish gagal nak jaga Fira. Danish gagal, bu.” Danish merintih. Puan Zahida mengusap kepala bakal menantunya itu.

”Ibu tahu semua ni bukan salah kamu. Jangan salahkan diri kamu nak. Ibu percaya kamu akan lindungi Fira. Ibu percaya.” Puan Zahida memeluk Danish. Danish teresak dalam pangkuan bakal ibu mertuanya. Dia benar-benar terseksa melihat keadaan Zafira. Zafira akan menjerit ketakutan setiap kali bangun dari tidur. Danish benar-benar tidak menyangka Lydia akan bertindak sebegitu. Kini Lydia dirawat di Hospital Bahagia. Danish baru tahu yang Lydia sudah lama menghidap penyakit sawan itu. Sejak ibunya masih lagi hidup, Lydia sering menimbulkan masalah. Danish turut bersyukur kerana doktor mengesahkan keadaan Zafira sudah semakin membaik. Doktor juga mengesahkan bahawa Zafira tidak dirogol. Dia hampir dirogol maka dirinya mengalami trauma akibat itu.

Ya Allah, kau berikanlah kesembuhan kepada Zafira, tunangku. Kau berikanlah ketenangan kepada ibu mertuaku, kau berikanlah keredhaan kepada keluargaku dan keluarga bakal mertuaku. Kau lindungilah orang-orang yang aku sayang. Sesungguhnya, hanya padamu tempat aku mengadu. Aku benar-benar tidak mahu kehilangan Zafira. Aku benar-benar tulus ingin menjaganya. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk teruskan hidupku. Amin.

”Abang..” Danish membuka matanya perlahan. Dia mendengar seakan-akan suara Zafira memanggilnya. Ya Allah.. Danish merasa sentuhan di kepalanya. Danish mengangkat kepalanya perlahan. Dia memandang Zafira. Zafira tersenyum kearahnya. Danish memegang tangan Zafira.

”Sayang...jangan tinggalkan abang ye?” Air mata lelakinya mula bergenang. Dia tidak mahu menghadapi perpisahan kali kedua.

”Fira menyusahkan abang kan?” Danish meletakkan jari telunjuknya di bibir Zafira.

”Abang yang salah. Abang yang tak jaga Fira. Abang rasa berdosa pada Fira. Pada ibu.” Air matanya mula menitis. Terasa tiada lagi kekuatan dalam diri jikalau Zafira pergi meninggalkan dirinya.

”Abang jangan salahkan diri abang. Fira tak pernah salahkan abang.” Zafira mengusap kepala Danish. Dia tidak mahu Danish merasa bersalah. Dia tahu Danish tidak bersalah.

”Maafkan abang ye sayang?” Danish mencium dahi Zafira.

”Hm..” Zafira mengangguk seraya tersenyum. Terima kasih Ya Allah.

********

setahun berlalu...

”Dah siap?” Puan Zahida memandang anak gadisnya. Sebentar lagi, dia akan melepaskan tanggungjawabnya kepada Danish. Selama 22 tahun dia membesarkan anaknya sendirian selepas suaminya meninggal dunia ketika Zafira dilahirkan ke dunia, dia menerima berita kepergian suami tercinta. Dan sejak itu, dia meneruskan kehidupannya sebagai ibu tunggal. Membesarkan anak tunggalnya, Zafira. Dan kini, segalanya akan kekal sebagai kenangan.

”Dah bu. Diaorang dah sampai ke?” Zafira menyoal kembali.

”Diaorang dalam perjalanan. Sikit lagi tibalah. Jom.” Zafira mengikut langkah ibunya.

Aku nikahkan dikau, Danish Harez Bin Hanafi dengan Zafira Amani Binti Adlan dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai.

Aku terima nikahnya Zafira Amani Binti Adlan dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai.

Sah.

Dengan terucapkan lafaz akad nikah itu, maka rasmilah Zafira menjadi milik Danish. Tatkala upacara pembatalan air sembahyang dilakukan, Zafira dan Danish kelihatan malu-malu. Danish menyarungkan cincin nikah mereka ke jari manis milik Zafira, dan begitu juga dengan Zafira. Zafira mencium tangan Danish dan dibalas pula dengan ciuman di dahinya oleh Danish. Menitis air matanya tatkala Danish mengucup dahinya. Akhirnya cinta mereka begini. Pelbagai masalah telah mereka hadapi bersama.

”Tahniah..” Zafira dan Danish memandang si pengucap. Tersenyum mereka melihat pasangan dihadapan mereka.

”Korang pun apa kurangnya. Ni yang dalam perut ni.” Zafira mengusap perut Maya. Maya dan Adam tersenyum. Tanpa pengetahuan Zafira dan Maya, Danish pergi mencari Adam. Dan mungkin dengan semua penjelasan yang diberikan, maka Adam dan Maya kini bersama dan bakal melahirkan cahayamata. Danish tersenyum sambil memandang Zafira.

Thanks ye sayang.” Danish mencium jemari Zafira.

Welcome. Fira sayangkan abang.” Danish tersenyum. Bahagia benar rasanya apabila akhirnya cinta mereka disatukan begini. Terima kasih tuhan kerana menjadikan akhir cinta ini.

.TAMAT.


- AMARAN!!

Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh NUR ASHIKIN BT. ALMI.Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat.

WATAK-WATAK:

-ZAFIRA AMANI

-DANISH HAREZ

-LYDIA

-MAYA

-ADAM

-PUAN LATIPAH

-PUAN ZAHIDA

-EDDY

-ZARIF

Selamat Membaca. =)


DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

♥MEMORI SEMALAM 2♥


MEMORI SEMALAM 2

“Abang! Ada surat.” Azan memandang adik perempuannya yang sedang berlari-lari anak ke arahnya. Surat? Dia tertanya sendirian. Rasanya dia tidak menunggu apa-apa surat. Azan mencapai sampul berwarna biru yang dihulurkan Arisa, adik perempuannya.

“Okey.” Azan membuka sampul surat itu dengan berhati-hati. Sekeping kad berwarna hitam putih dikeluarkan. Apa ini? Azan membuka kad itu dan mula membaca.

Tahniah! Anda dijemput ke perjumpaan semula@reunion kelas 4 dan 5PK1. Reunion tersebut akan pada tarikh 25 hb 1 2020 bertempat di Hotel pada pukul 8.30 malam hingga 11 malam.

Muhd Azan bin Kamarul Azfar.

Anda dikehendaki memakai baju mengikut tema pada malam itu.

Tema warna adalah warna :

-hitam

-putih

-pink

-merah

-biru

*Disebabkan kelas kita mempunyai bilangan bekas pelajar yang mencukupi, maka setiap dari anda yang dijemput hendaklah membawa pasangan masing-masing yang juga merupakan bekas pelajar kelas ini kecuali mereka yang sudah berkahwin maka hendaklah membawa pasangan anda.

*Bekas pelajar lelaki yang seharusnya mengundang bekas pelajar perempuan.

“Apa benda ni?” Azan mengerutkan dahinya. Pelik dengan isi kandungan kad tersebut. Lelaki kena ajak perempuan? Apa diaorang merepek ni?

*******

Titt..Titt.. Alia membuka matanya. Siapa pula yang menelefonnya pagi-pagi ini? Menganggu benar tidurnya. Alia memandang jam dinding yang rapi tersangkut di dinding kamarnya. Menunjukkan 6.30 pagi. Dia mencapai telefon bimbitnya yang bordering dari tadi.

“Helo.” Alia menjawab malas. Matanya masih berat untuk dibuka. Dia masih mengantuk. Setelah peperiksaan akhir tahunnya usai diambil, dia benar-benar letih.

“Lia!!” Alia tersentak. Gila apa? Dia memandang skrin telefon bimbitnya. Rafiqa? Buang tabiat ke si Rafiqa ni?

“Hoi. Kau ni kenapa? Jerit-jerit ni? Kena rasuk ke?” Rafiqa mengekek. Sengaja dia menjerit. Dia mahu mengusik gadis itu. Terlalu lama mereka tidak bertemu. Rindu pula pada zaman gila-gila mereka dahulu.

“Haha. Sorry. Wei, kau dapat surat tak?” Rafiqa mengajukan soalan segera.

“Surat apa?” Alia masih mamai.

“Kita dijemput pergi reunion la. Kelas kita dulu.” Rafiqa menerangkan. Alia membuka matanya luas-luas. Reunion? Alia bingkas turun dari katilnya. Segera bergerak ke luar rumah dan menuju ke peti surat. Tiga surat. Satu untuk ayah. Satu untuk kakak. Satu lagi.. Eh?

“Dapat. Aku dapat. Eh? Lelaki kena jemput perempuan?” Alia membaca berulang kali ayat itu. Siapa penganjurnya?

“Ha! Tahu pun. Itu aku pelik. Tapi kan yang tulis kat situ. Yang kahwin bawak pasangan. Ada ke budak kelas kita yang dah kahwin?” Rafiqa bertanya lagi.

“Entah, rasanya tak ada. Tak tahu pulak aku. Eh, siapa yang buat reunion ni?” Alia bertanya kembali.

“Ha, yang itu memang aku tak tahu. Hm. Kau nak pergi dengan siapa?” Alia mengangkat bahunya. Macamlah Rafiqa ada di depannya.

“Entah. Tunggu je la.” Alia menjawab. Masing-masing terdiam.

******

“Assalamualaikum.” Rafiqa menoleh kearah suara itu. Eh?

“Waalaikumsalam. Eh, kau? Buat apa kat sini?” Rafiqa memandang si pemanggil.

“La, datang nak makanlah. Nama pun kedai makan kan? Hm. Sorang je ke?” Si pemanggil bertanya. Rafiqa mengangguk

“Sorang je la. Kau sorang je ke?” Si pemanggil turut mengangguk.

“Duk sama jom.” Si pemanggil mula membawa makanannya ke sebuah meja. Rafiqa mengikut langkah si pemanggil.

“Dapat tak surat?” Si pemanggil bertanya sambil mula menyuapkan makanan ke mulut.

“Surat? Surat apa?” Rafiqa hairan. Surat? Oh.. “Oh, surat. Kad reunion tu ye?” Rafiqa mula faham akan soalan si pemanggil.

“Yelah. Hm. Dah ada partner?” Si pemanggil bertanya. Rafiqa hanya menggeleng. Masih banyak lagi perkara yang harus difikirkan selain perkara itu.

“Kita pergi sama nak?” Rafiqa memandang si pemanggil. Terkejut dengan pelawaan itu.

Di tempat pertama.


“Dah dapat pasangan belum?” Alia memandang Fahmi yang sedang memegang buku rujukan yang hendak dipulangkan ke perpustakaan. Maklumlah, mereka berdua sudah pun tamat peperiksaan akhir mereka di Universiti Islam Antarabangsa itu.

“Aku dah plan dah nak ajak siapa.” Fahmi menjawab. Harapannya agar si dia yang ingin dipelawanya itu masih tiada pasangan. Alia membiarkan jawapan Fahmi. Dia sendiri buntu. Siapa pula temannya?

Di tempat kedua.

“Anith! Orang telefon.” Anith yang sedang menggoreng nasi untuk dibuat sarapan pagi itu bergegas ke telefon rumahnya. Siapa pula yang telefon ni?

“Ye, Anith kat sini.” Anith menjawab telefon itu.

“Anith..Kita pergi reunion tu sama-sama nak tak?” Anith terkejut.

“Siapa ni?” Anith menyoal kembali. Siapa pula yang bersedia menawarkan diri untuk pergi bersamanya. Anith terdiam tatkala nama itu disebut. Biar betul?

Di tempat ketiga.

“Aku tak rasa kita boleh pergi ni.” Dania memandang Nisa. Mereka berdua harus kembali ke United Kingdom bagi meneruskan semester kedua mereka di sana. Tarikh yang tercatat ialah 25 haribulan. Sedangkan mereka harus berada di sana pada 20 haribulan.

“Tahu tak apa. Hm. Tak pergilah jawabnya.” Nisa menjawab kecewa. Kecewa benar rasanya tidak dapat ikut serta akan perjumpaan semula yang diadakan itu. Masing-masing mengeluh.

Di tempat keempat.

“Wei Dollah. Kau ajak siapa pergi?” Razman mengangkat kotak-kotak peralatan komputer yang baru diterimanya malam semalam.

“Kita berdua mana boleh pergi la. Kau dah lupa ke? Kita berdua ni kena pergi Kedah, ada seminar kat sana. Dah lupa?” Dollah mengingatkan Razman. Razman menepuk dahi. Alamak!

“Habis, tak pergilah?” Dollah menggeleng. Zafiq yang memandang gelagat keduanya tersenyum sahaja. Kasihan mereka.


Tarikh keramat 25 haribulan sudahpun tiba. Hampir 3 minggu segalanya dirancang. Kini mereka lebih bersedia. Yang dia tahu ada 8 orang tidak dapat menghadiri majlis perjumpaan semula ini. Majlis anjurannya dan sahabatnya ini akan dihadiri hanya 10 orang yang juga merupakan 5 pasangan.

“Selamat datang ke majlis perjumpaan semula bekas pelajar kelas 4 dan 5 PK1 ini. Sebenarnya untuk pengetahuan umum sekalian, majlis ini telah pun dianjurkan dengan jayanya oleh aku, Erfa Syiqqin Natalia dan sahabat kita Muhd Hanif. Kami bersepakat untuk mengadakan perjumpaan ini setelah 10 tahun kita semua mengakhiri zaman persekolahan.” Erfa menjemput Hanif pula untuk meneruskan bicara.

“Okey. Sekarang kita jemput pasangan demi pasangan untuk naik ke atas pentas ini bagi memberi ucapan. Dipersilakan pasangan pertama, Alia Ineza dan Muhd Farid.” Hanif memanggil Alia dan Farid. Kesemua hadirin yang hadir menepuk tangan sambil tersenyum. Hanif dan Erfa tersenyum. Mereka sudah menjangkakan pasangan ini akan hadir bersama.

“Okey. First, aku nak cakap banyak-banyak terima kasih dekat Erfa dengan Hanif sebab buat reunion ni. Agak kelam kabut la aku cari nombor budak-budak perempuan kelas ni sebab aku baca kat kad tu cakap lelaki kena bawak perempuan.” Semua hadirin ketawa mendengar bicara Farid. Alia pula hanya tersenyum. “Then, aku nak cakap thanks kat Alia ni sebab dia setuju nak follow aku malam ni. Kalau tak memang aku tak tahu nak ajak siapa.” Farid mengakhiri ucapannya. Alia mengambil tempat untuk berucap.

“Aku pun sama lah macam si Farid ni. Nak cakap thanks sangat lah dekat Erfa dengan Hanif. Aku memang tak sangka korang yang buat reunion ni. Kiranya korang masih lagi ingat kat kitaorang semua ni. Tapi sayanglah ye. Tak semua dapat hadir malam ni. Apa-apapun terima kasih lah ye.” Alia mengikut langkah Farid menuruni tangga pentas itu.


Pasangan demi pasangan mula dijemput Erfa dan Hanif. Bermula dengan Alia dan Farid yang mengenakan tema warna hitam dan putih, diteruskan lagi dengan Azan dan Rafiqa dengan tema putih dan pink. Diserikan lagi majlis itu dengan kehadiran pasangan Zafiq dan Anith yang menggunakan tema warna hitam dan merah dan diakhiri dengan ucapan dari pasangan terakhir, Fahmi dan Hidayah yang sama padan mengenakan warna hitam dan biru. Sememangnya dijangka Erfa dan Hanif yang turut bergaya dengan warna biru dan pink. Dania, Nisa, Afiqah, Athirah, Razman, Dollah, Hafiz dan Reizal tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai agenda yang lebih penting.

“Okey lah kawan-kawan. Memandangkan jam sudahpun sampai ke pukul 10.45 malam dan masa selebihnya akan digunakan untuk tayangan video. Terima kasih pada Nisa, walaupun dia tidak dapat hadir malam ini tapi dia dah bagi kita satu video. Katanya video ini merupakan kenangan kita semua pada jamuan akhir tahun tingkatan lima dahulu. Dia telahpun menyerahkan softcopy pada Razman dan Dollah dan diaorang berdua pun dah burn video ni kat sekeping CD. Korang semua dah dapat CD tu satu setiap seorang. Okey, kita layan video ni sama-sama.” Hanif memainkan CD video rakaman yang diberikan Nisa kepada mereka dua hari sebelum Nisa dan Dania bertolak ke United Kingdom.

Masing-masing tersenyum melihat video itu. Sekali sekala tergelak melihat gelagat bekas pelajar kelas ini. Sementara Erfa dan Hanif benar-benar gembira dengan usaha mereka untuk mengadakan majlis ini. Sumbangan mereka yang tidak dapat hadir turut dihargai.

“Rasanya nak buat lagi tak?” Erfa bertanya pada Hanif.

Maybe. 10 tahun lagi…” Hanif memandang Erfa dan mereka berdua tersenyum. Sampai bila-bila, kelas ini akan tetap kekal di hati mereka semua. Ianya memori semalam yang tak akan dilupakan selamanya.

.TAMAT.

AMARAN!!

Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati. Hak cipta terpelihara oleh NUR ASHIKIN BT. ALMI. Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat.


DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)