AMBIL PERHATIAN !

setiap keluaran cerpen dalam blog ini adalah



HAK CIPTA TERPLEIHARA OLEH NUR ASHIKIN BINTI ALMI
dilarang sama sekali untuk membuat salinan sama ada cetakan bertulis atau photostat mahupun print screen


SAYA PENULIS BARU. SEBARANG KECACATAN PADA PENULISAN SAYA HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH :D

January 9, 2012

♥SAHABAT SAMPAI SYURGA♥


SAHABAT SAMPAI SYURGA


"Aduh! "Tolakan kasar Ros membuatkan Hanis terdorong kebelakang dan henyakan yang dirasakan benar-benar menyakitkan.
"Hahaha! "Bertambah sakit hati Hanis melihat gelagat Ros dan Eliza yang mentertawakannya.
"Awak berdua ni kenapa? "Hanis memberanikan dirinya. Terus terhenti ketawa Ros dan Eliza. Mereka berdua berpandangan.
"Beraninya kau.. "Hanis mula cuak. Langkah Ros dan Eliza yang semakin dekat membuatkannya mula berundur.

"Ros! Eliza! "Langkah mereka terhenti. Keduanya menoleh. Lisa!
"Li..Lisa.. "Ros dan Eliza meneguk liur melihat langkah Ketua Pengawas Sekolah itu mendekati dan tanpa berlengah, keduanya terus beredar.
"Kau berani buli budak lagi, siap korang aku kerjakan! "Lisa menjerit sementelah langkah Ros dan Eliza mula jauh.
"Kau okey? "Lisa memandang Hanis yang sedang dibantu oleh Atia, rakannya.
"Thanks. Aku okey. "Hanis memandang Atia. Atia tersenyum lembut. Tampak kelembutannya berbanding Lisa yang kelihatan kasar. Hanis merenung wajah Lisa.
"Lain kali kalau budak dua orang tu buli lagi, balas je. Diaorang tak kuat mana pun. " Atia mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata Lisa. Hanis tersenyum.
"Kau budak baru ke? Tak pernah nampak pun? "Hanis mengangguk.
"Baru 2 hari masuk sini. Ikut ayah pindah. "Lisa tersenyum. Cantik senyumannya itu.
"Jadi kawan kami nak tak? "Hanis memandang Atia. Biar betul?
"Boleh ke? "Hanis memandang Lisa. Lisa mengangkat bahu. Tidak kisah dengan ajakan Atia itu.
"Boleh la. Jom! "Lengan Lisa dan Hanis ditarik lembut oleh Atia. Hanis dan Lisa berpandangan, keduanya tersenyum. Persahabatan mula terjalin.


*****************************

"Pergi la pujuk dia. Dia okey tu. "Hanis cuba memberi semangat kepada Atia. Dia mula senang dengan Atia dan Lisa setelah sudah hampir 5 bulan mereka bersahabat.
"Takut la. Dia macam marah sangat kat aku. Dah 2 hari dia senyap je. "Atia menundukkan wajahnya. Sebak dan rasa bersalah membuatkan Lisa berkecil hati menyelubungi diri.
"Dia okey tu. Pergi la. "Hanis memujuk pula.


"Lisa…"Lisa mengangkat wajahnya.
"Hmm.. "Lisa tunduk kembali, menyambung kerja yang terhenti sebentar tadi.
"Lisa, aku minta maaf. "
"Aku okey la. "Tanpa memandang wajah Atia, Lisa menjawab perlahan.
"Lisa. Aku minta maaf. Aku tahu kau kecil hati dengan aku. Aku tak ada niat pun nak buat kau kecil hati. Aku tahu kau marahkan aku tapi maafkanlah aku. Dah 2 hari kau tak tegur aku. Kau tak rindu aku ke? "Suara sebak yang kedengaran membuatkan Lisa memandang Atia. Dia melepaskan nafas perlahan. Genangan air mata Atia membuatnya sebak.
"Dah la, aku okey. "Tubuh Atia ditarik ke dalam pelukannya. Tersedu-sedu Atia menangis. "Maafkan aku ye. "Lisa mengusap lembut belakang Atia. Menenangkan Atia yang sudah teresak-esak.

Dari jauh, Hanis memandang keduanya sebak. Mana mungkin persahaban mereka ini terputus. Sedangkan dia sendiri yang baru 5 bulan bersahabat sudah mula menyayangi mereka sepenuh hati, inikan pula persahabatan antara mereka yang terjalin sejak dari bangku sekolah rendah lagi hingga sekarang. Hanis tersenyum. Inilah persahabatan sebenar.

**************************

"Alhamdulillah.. "Ucapan syukur mengiringi langkah semua pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan itu dari dewan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah 2 tahun mereka berhempas pulas, akhirnya berjaya juga ujian ini ditempuhi. Senyuman yang terukir di bibir ketiga-tiga sahabat menandakan kebahagiaan mereka setelah usai menduduki kertas terakhir sebentar tadi.


*****************************

"Jom! "Hanis dan Atia berpandangan. Kemana pula Lisa mahu pergi?
"Kau nak pergi mana? "Hanis bertanya. Atia mengangguk.
"Aku nak bawa korang jalan-jalan dengan kereta aku. "Lisa tersengih.
"Kereta? "Hanis dan Atia berpandangan sekali lagi. Biar betul Lisa ni?
"Mana kereta kau? "Atia pula bertanya.
"Itu.. "Terlopong Hanis dan Atia tatkala memandang Suzuki Swift berwarna ungu itu.
"Itu…kereta kau? "Hanis bertanya, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
"Yes! "Bangga sekali Lisa menjawab. Akhirnya, berkat wang yang dikumpul selama 2 tahun bekerja berjaya membolehkannya memiliki kereta idamannya yang comel ini.


"Kau nak bawa pergi mana ni? "Hanis bertanya.
"Adalah. Tempat ni aku dengan Atia selalu pergi setiap kali balik sekolah. Kalau waktu matahari terbenam, lagi cantik tau. Kan Atia? "Atia mengangguk menyetujui kata-kata Lisa. Hanis memandang luar tingkap. Keindahan bukit bukau menyejukkan matanya.

"Okey dah sampai! "Hanis terpinga-pinga mengekori Lisa dan Atia.
Hanis memandang Lisa dan Atia yang sedang berbual. Tiba-tiba hatinya tersa tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang bakal terjadi.
"Hanis.. "Suara lembut Atia memanggil membuatkan Hanis memandangnya.
"Ada apa? "Hanis bertanya. Sungguh, dia tidak selesa dengan situasi ini.
"Nanti, kalau kami dah tak ada, kau jaga diri baik-baik ya. "Hanis mengerutkan dahi mendengar bicara Atia yang aneh.
"Betul. Kau tu dah la lembut semacam. Macam Atia ni la. Nanti kalau ada orang buli kau, lawan je balik. Jangan kasi chance kat dia. Kau kena kuat. "Belum sempat bicara Atia dijawab, Lisa menyampuk.
"Tahu tak apa. Kau kena berdikari. Walaupun aku anak bongsu dalam family aku, tapi aku berdikari. Aku nampak je manja tapi tak ada siapa pun boleh buli aku. Kau pun kena macam tu. Kena kuat. "Lisa mengangguk pula.
"Apa korang cakap ni? Aku tak suka la dengar korang cakap macam ni. Korang macam nak tinggalkan aku je. Korang tak nak kawan aku dah ke? "Hanis memeluk tubuh. Lisa dan Atia tersenyum.
"Tak adalah. Kau ni, ada je. Kami cuma cakap je. Kau kena ingat. Kita ni, sahabat sampai syurga tau. "Lengan Hanis dipeluk manja. Lisa tersenyum mendengar bicara Atia. Hanis memandang matahari terbenam dihadapannya. Cantik sekali. Namun hatinya tidak senang dengan bicara mereka sebentar tadi.

"Eh, jom balik. Dah nak hujan ni. "Atia mengangguk. Hanis mengikut langkah Lisa dan Atia dengan lemah.

Suasana didalam kereta sunyi. Lisa memandu dengan cermat. Hujan yang mula rintik menyukarkan pemanduannya. Atia pula sedang memandang luar tingkap. Hanis yang tidak selesa dengan kesunyian itu membuka siaran radio. Terdengar celoteh si penyampai radio.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang maha esa telah menetapkan,
Sedih rasa hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku, kau teman sejati..


Tupp! Lisa memandang Hanis.
"Apasal kau tutup? "Hanis memeluk tubuh.
"Ye la Hanis, kenapa tutup? Baru nak layan. "Atia membuat suara kecewa.
"Malas lah nak dengar. "Lisa menggeleng mendengar jawapan Hanis. Dia kembali fokus pada pemanduannya.
"Eh.. "Lisa menekan-nekan brek kakinya. Breknya tidak berfungsi.
"Kenapa ni Lisa? "Hanis bertanya. Dia mula cemas.
"Tak tahu. Brek ni..tak boleh brek. "Mendengar bicara Lisa, Hanis dan Atia mula cuak. Ya Allah!
"Lisa! Kereta! "



*************************

"Sayang? "Hanis membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan wajah ibunya.
"Mama.. "Puan Halida mengesat air mata.
"Syukurlah kamu dah sedar. "Hanis memejam matanya kembali. Ingatannya berputar. Lisa, Atia..
"Mama, Lisa mana ma? Atia mana? Hanis nak jumpa diaorang. "Puan Halida mula sebak.
"Hanis rehat dulu ya. Hanis tak sihat lagi ni. "Puan Halida membaringkan Hanis semula namun Hanis mengelak.
"Hanis nak jumpa kawan Hanis. Mana diaorang ma? "Air mata Hanis mula mengalir.
"Mereka dah tak ada, nak. Mereka meninggal dunia. "Air matanya dikesat lembut.
"Mama tipu..Mama tipu.. "Hanis menggeleng-gelengkan kepalanya. Air matanya merembes keluar. Lisa! Atia!


*****************************************

"Mama, bila mama nak masuk ni? "Lisa Atia menarik-narik baju Hanis. Hanis tersedar dari lamunannya.
Ya Allah, jauhnya aku mengelamun. Ingatannya pada waktu ngeri ini masih belum luput. Betapa seksa batinnya tatkala mendengar berita kematian kedua sahabatnya itu. Bagaimana sayu hatinya ketika melihat jasad Lisa dan Atia disemadikan didalam satu liang lahad. Betapa sebak hatinya mengingatkan segala kata-kata terakhir Lisa dan Atia. Betapa rindunya dia pada pelukan hangat Lisa dan Atia. Ya Allah, rindunya aku pada mereka.

"Kenapa mama nangis? "Lisa Atia mendongak memandang ibunya.
"Mama teringatkan kawan mama. "Hanis mengesat air matanya.
"Mama mesti sayang kawan mama kan? "Hanis berlutut dihadapan anaknya, Lisa Atia, nama yang khusus diberi sempena nama kedua sahabatnya itu.
"Mama terlalu sayangkan mereka. "Lisa Atia didakap lembut.

Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin..


-TAMAT-

Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.


Oleh : Nur Ashikin Binti Almi



DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

♥SAHABAT♥


Sahabat...

"Baiklah. Pemenang bagi pertandingan ini ialah Nur Laila!! "
"Wooo!! "jeritan bergema di dewan serbaguna tersebut.
"Dijemput Laila keatas untuk memberikan sepatah dua kata."pengerusi menjemput pemenang itu.
"Ermm, terima kasih sebab support saya then thanks untuk ibu bapa saya, kakak saya, adik saya, kawan-kawan saya dan yang paling special sekali buat kawan baik saya dunia akhirat, Dania. Thanks. Saya hadiahkan pingat kemenangan ni untuk dia, terima kasih sekali lagi. "Laila tersenyum.
"Baiklah, acara kita berakhir di sini dan saya harap tahun depan ada sambutan yang lebih baik dari kali ini."pengerusi menutup acara pada petang itu.

"Wei, Nia mana?? Aku tak nampak dia dari tadi, dia pergi mana? "gadis bertudung litup itu bertanya kepada seorang rakannya, Lily.
"Entah, dia tak sampai lagi kot. "Lily menjawab.
"Huh.. "Laila duduk sambil mengeluh. Tiba-tiba, pingat yang dimenanginya tadi terjatuh secara tiba-tiba. "Oi mak hang... "Laila terkejut. "Kenapa hati aku tak sedap ni. Hurmm.. "Laila menggumam sendirian.
"Laila!!! "Atiqah menjerit.
"Tiqah? Apasal? Terkejut aku. "Laila terbangun.
"Nia!!! Nia!! "Atiqah menjerit lagi.
"Woi, apasal? Mana Nia? Kenapa dengan Nia? Apasal gelabah ni? "Laila bertanya sambil kehairanan.
"Nia!! Nia accident. "Atiqah memberitahu.
"Apa? Nia accident? Bila? Kat mana? "Laila menyoal lagi.
"Tak ada masa nak jawab soalan kau. Kau kena ikut aku sekarang, jom!! "Atiqah menarik tangan Laila.


Lama mereka berdua menunggu di ruang hadapan bilik pembedahan Dania, sahabat baik Laila dari sekolah rendah. Tiba-tiba...

"Doktor! "Laila meluru ke arah doktor yang baru keluar dari bilik tersebut.
"Maaf, awak ni keluarga cik Dania ke? "doktor itu bertanya.
"Ya, saya kawan baik dia. Dania tak ada keluarga, dia anak yatim piatu. Mana Dania? Saya nak jumpa dia, mana dia doktor? "Laila bertanya pantas.
"Ermm...kami dah cuba sedaya upaya. Tapi, tuhan lebih sayangkan dia. "doktor itu menundukkan kepalanya.
"Maksud doktor apa? "Laila bertanya. Air matanya sudah bertakung di anak matanya menunggu masa untuk tertumpah di atas pipinya.
"Saya harap cik bersabar. Cik Dania telah meninggal dunia akibat cedera parah. Maafkan saya. Saya pergi dulu. "doktor itu berlalu.
"Apa?!"air mata yang telah sekian lama bertakung mula menitis jatuh di pipinya yang halus itu. Piala yang dimenanginya terlepas dari genggamannya. Tubuhnya terasa sangat lemah. Lemah tak bermaya. Lesu. Dia tidak sempat meminta maaf kerana telah mengguris hati teman baiknya itu. Dia tak sanggup. Tubuh badannya menggigil.

2 minggu kemudian...

Tempat ini. Tempat yang telah meninggalkan terlalu banyak kenangan masa silamnya. Masa silam yang takkan pernah dilupakan. Masa silam yang ingin dilalui semula. Masa silam. Pahit, getir, sedih, manis, marah. Semuanya berlaku dan dialami di sini. Teringin dia melalui semua yang indah itu semula. Betapa dia ingin bersama orang-orang yang disayangi. Betapa dia rindu detik itu. Betapa dia ingin membetulkan kesilapan yang telah dia lakukan. Tapi, apakan daya. Masa tak boleh berputar kembali. Orang yang disayanginya telah pergi. Pergi dan takkan kembali. Hanya tinggal kenangan bersamanya terpahat di hatinya. Barang-barang milik temannya telah diberikan kepadanya. Dia kesal. Dia terlalu kesal. Dia menyesal sebab tak dapat meminta maaf. Dia bersalah. Bersalah kerana telah mengguris hati temannya itu.

"Laila, jom makan. "suara seorang wanita memanggil. Laila diam.
"Laila, jangan la macam ni. Berhenti la nangis. "Alia, adik Laila pula berkata.
"Ha’ah, kitaorang tak sampai hati tengok kamu macam ni. Biarlah, dia dah pergi. Kamu menangis macam mana pun, Nia tak akan kembali." Izzah, kakak Laila pula menyampuk. Laila diam membisu. Sejak peristiwa dia kehilangan sahabat baiknya itu, dia tidak pernah bercakap. Hanya termenung, bercakap dengan barang miliknya dan milik Dania. Selera makannya juga mati. Tempat yang selalu menjadi tempat melepak mereka berdua telah menjadi kenangan. Kenangan yang tak mungkin bisa dilupakan. Kenangan yang takkan pernah luput. Laila akan duduk di tempat itu dari pagi hingga petang. Pulang sekolah, Laila akan terus menuju ke tempat itu. Di belakang sekolah, tempat itu menjadi saksi persahabatan mereka. Bermula dengan perkenalan hingga ke akhirnya. Keluarganya juga tidak tahu apa yang harus dibuat. Hanya memandang penuh simpati.

"Kau ni Laila ke? " Laila yang sedang bercakap dengan tedyy bear milik Dania itu terdiam. Dia seakan-akan terpanggil untuk menjawab pertanyaan itu. Dia seakan rapat dengan suara itu. Suara itu seperti sangat dikenalinya. Laila menoleh perlahan.
"Kau siapa?! "Laila menjerit.
"Ermm, maaf. Aku bukan nak kacau kau. Aku pelajar baru kat sekolah ni." Pelajar itu terkejut tapi reaksinya tetap tenang.
"Kau nak apa?? "Laila bertanya. Pelajar yang lalu lalang hanya memandang kehairanan. Laila tidak pernah bercakap dengan sesiapapun. Tetapi, kali ini berbeza.
"Ermm, aku...nak kawan dengan kau.. " Pelajar tadi menghulurkan tangannya.
"Ha?? "Laila tergamam. "Budak ni, lain. Aku rasa macam nak kawan dia. " Laila menggumam sendirian. Dia memandang sepi huluran tangan pelajar itu. Lalu, Laila berjabat tangan dengan pelajar itu.
"Aku Imanina. Panggil Nina jer. Aku baru masuk sekolah ni. Boleh aku duduk dengan kau kat sini? "Pelajar itu tersenyum.
"Ermm. Duduk la.. "Laila menjawab. "Macam mana kau boleh kenal aku?" Laila bertanya setelah pelajar yang bernama Nina itu duduk di sebelahnya.
"Ermm, semua orang cakap kau tak pernah bercakap selepas peristiwa member kau meninggal. Jadi, aku nak kenal dengan kau sebab.. " Pelajar itu berhenti. Dia sebak. Laila memandang pelajar yang bernama Imanina itu.
"Sebab apa?"Laila berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
"Kau tahu kenapa aku pindah sekolah?" Imanina bertanya. Laila menggelengkan kepalanya. "Aku pindah sebab, aku tak tahan..dengan sekolah lama aku. Kau tahu, aku pun kehilangan orang yang aku sayang. Kawan baik aku pun meninggal dunia. Aku tak boleh. Terlalu banyak kenangan aku dengan dia. Banyak sangat. Aku... " Imanina sebak. Dia menundukkan kepalanya. Laila dapat melihat titisan air mata jatuh ke tanah.
"Aku faham..."Laila berkata. "Sorry..Aku tak patut tanya macam tu kan... "Laila berkata lagi.
"Tak. Aku yang ungkit balik cerita lama. Okey. Kita boleh jadi kawan baik kan. Aku tak nak sedih dan aku tak nak tengok orang sedih. Aku nak mulakan hidup baru kat sini." Imanina menghulurkan tangannya sekali lagi. Laila menyambut huluran itu. Dia tersenyum.
"Aku pun... "Laila berkata perlahan sambil memandang tangannya yang erat berjabat tangan dengan Imanina. Hari itu, hidup Laila yang suram telah bersinar. Bersinar seterang-terangnya. Laila sedar, semua orang akan pergi. Ajal, maut, jodoh pertemuan, semuanya di tangan tuhan dan dia tak boleh merubah kenyataan itu. Hatinya tersenyum gembira. Sinar kebahagiaan itu menjelma kembali. Saat hatinya tidak bisa melupakan diri Dania. Seorang insan hadir. Hati yang lara kini menjadi berbunga harapan. Air mata yang seharusnya jatuh telah kering menjadikannya bersemangat. Bersemangat meneruskan hidup. Gadis kecil molek yang bernama Imanina itu telah berjaya membuat hidupnya yang gelap gelita menjadi terang benderang. Hatinya yang kesepian. Telah dihiburkan oleh Imanina. Keluarga Laila hairan melihat Laila tersenyum pulang hari tu. Tidak seperti sebelumnya yg muram durja..Soalan yg ditanya juga dijwb pantas..Tidak seperti sebelumnya yg hanya sepi tanpa jwpn...



2 bulan kemudian...


"Ko mmg x thu malu!!Ak xnk kwn dgn ko dh!!Smpi hati ko tikam aku dri belakang!!Smpi hati ko!! " Imanina menjerit... "Nina!!Apa yg ko merepek nie??Apa aku dh buat??Biler aku tikam ko dri blakang??Bila??!! "Laila membalas.. "Ko mmg x thu malu!!Naper ko ambik Syah??!!Ko mmg kejam Laila!!Ak x sangka!!Ko mmg dh berubah!!Aku...Aku benci ko!!!Ko mmg ter0k!! " Imanina menjerit lg lalu beredar... " Nina!! Nina!! "Laila menjerit memanggil Imanina namun tidak diendahkan... Satu geng yg diketuai oleh Siti,Elliza dan Anis tersenyum melihat pergaduhan itu..."Apa aku dh buat Tiqah??Apa?? "Laila segera bertanya kpd Atiqah..Dia menangis tersedu-sedu.. "Laila...Ko kapel ngn Syah ker?? "Atiqah bertanya perlahan... "Tak!!Mana ader!!Saper ckp aku kapel ngn Syah?? "Laila menjerit terkejut... "Ermm... Imanina dgr geng Siti ckp ko kapel ngn Syah..balak dier tu... "Atiqah menerangkan.. "Mana ader!! "Laila menjerit lantas mencari kelibat geng tersebut..

"Korang!!Tgok apa korang dh buat!!Korang boleh buat apa-apapun dkat aku...Korang boleh pukul aku..Korang boleh kutuk aku..Korang boleh hasut budak lain jgn kwn aku...Korang boleh fitnah aku...Tpi..Ak mohon...tolonglah...tolong...tolong jgn pisahkan aku dgn kwn aku lg..Ak x sanggup!!Aku x sanggup.... Ak xnk hilang kwn aku lg...Tolongla...."Laila terduduk..menangis...



Imanina yg hendak masuk ke kelas itu utk memohon maaf kpd Laila kerana menuduhnya yg bkan-bkan..Syah telah memberi perjelasan kpdnya sebentar td...Baru dia tahu...Geng Siti tidak suka kpd Laila dan berusaha membuat hidup Laila kucar kacir kerana Laila pernah menyebabkan geng mereka hampir dibuang sekolah kerana ponteng dan merokok...Langkah Imanina terhenti apabila mendengar Laila meluahkan perasaannya...Dia kesal...Dia tersandar di dinding luar kelas... Imanina menyesal kerana telah menuduh Laila tanpa bukti...Dia menangis...Dia x patut buat Laila mcm tu...Laila sudah terseksa kerana kehilangan kwn baiknya Dania...Dia fhm perasaan Laila kerana dia juga prnh melalui peristiwa yg sama...Dia mengintai dari luar kelas...Kelihatan..Geng Siti dan Atiqah memujuk Laila... "Weyh..Kitaorg minx maaf...kitaorg minx maaf... "Siti berkata kpd Laila..Dia menangis.. "Biarlah..Aku dh lama maafkan korang... Imanina dh benci aku...Aku bukan lg org yg dia syg...Aku... "suara Laila tersekat... "Laila... " Imanina memanggil perlahan.. " Nina... "Laila memandang Dania.. "Aku...Aku minx maaf sbb tuduh ko yg bkan-bukan..Ak jht...Aku.. "Laila lantas memeluk Imanina.... "Ko ttap kwn aku...Aku xnk hilang ko...Ak x sanggup Nina... "Laila menitiskan air matanya...Bahu Imanina terasa basah... "Laila...aku minx maaf...Aku jnji xkan buat lg..Aku syg ko... "Imanina berkata perlahan..air matanya mengalir... Atiqah dan geng Siti yg melihat mereka turut mengalirkan air mata....

Keesokan harinya..ketika Laila dan Imanina sedang berbual di dlm bilik Laila..Imanina ternampak diari berwarna biru laut diatas meja... "Weyh..ak nk g tandas jap..ko lepak cni jap.. "Laila berkata.. "Ha..ok2.. "Imanina menganggukkan kepalanya..Matanya masih memandang diari tersebut..Hatinya meronta utk mengetahui isi kandungan diari itu...Imanina bergerak perlahan utk mengambil diari tersebut..Ketika dia membuka diari itu..Sehelai kertas jatuh dari dlm diari tersebut...


8/11/2008
Naper??Naper hid0p aku jd cm nie??Ak x nk!!Ak x sanggup!Ak x sanggup khilangan owg yg aku syg...Dulu...Hanya seowg je yg phm aku...Hanya die!Dielah tmpt ak luahkan prasaan...Dielah tmpt ak ngadu...Tiap2 kali ak sdih..Dia owg prtama yg tnangkan ak...Tp...Die dh pegi ja0h...jauh sgt!!Aku hilang die!Aku hilang owg yg pling ak syg!Die kwn ak yg pling ak syg!!Die je yg slalu dgr masalah ak...Die jgak yg slalu bg semangat kt ak..Ak byk masalah..Hid0p ak x mcm hid0p owg laen...Owg laen ada kegembiraan...Tp ak??Ksedihan...Ksedihan yg xkan prnh pergi...Yg xkan prnh lenyap...Yg xkan prnh hilang dri hid0p ak...Ble ak gad0 ngn kwn2 ak..Ak akan nanges..Ak dh xde air mata...Ak x b0leyh ada kwn??Ak xder perasaan..Ak x b0leyh ada owg syg...Hanya ak je yg mgharap kasih syg seowg kwn...Kwn yg bnr2 phm diri ak..Tpi...kal0 kwn p0wn x pernah phm ak!Sape yg boleyh phm ak?sape??Ak bdmo0d..Tapi...Ada owg dtg puj0k ak??Ada??!Ak xphm dgn diri ak!Ak jht..Ak bod0h!Ak x ptt ada kwn!
Ak dh bese owg ckp prgai aku dh brubah...Ak jarang sgt badmo0d...Tpi..Bile ak badmo0d...Owg akan ckp aku ter0k!!Owg akan ckp aku mengada-ngada!!Ak x boleyh badmo0d ker??x boleyh??!Perasaan apa yg ak kena ada??Takut??Sedih??Benci??Ak x boleyh ader rasa syg??Rasa suker??Hanya owg yg btl2 knl ak jer yg phm ak..Ak ssh utk dfahami...Mmg ak ter0k!! Lpas tu..owg ckp ak prmps balak owg...Lpas 2 owg ckp ak berlagak..Ak dh beser sgt kene kut0k...Maybe ak dilahirkan utk hdup sowang..Family p0wn x phm aku..Hanyer kwn jer ak hrap..Tp kal0 kwn p0wn asyik mrh2 aku..Asyik tud0h ak bkan2..Kwn p0wn x prnh phm ak...Saper yg boleyh kwn ak??Saper??!Ak x lyk utk ader kwn ker??!!Hanya ak jer boleyh phm diri ak...Kat saper ak nk luahkan sedih aku???Ak xnk hilang owg yg ak syg lg..Ak x sanggup..Cukuplah ak dh hilang sowang..Ak xnk hilang lg...Biarlah owg laen yg ak syg gmbira..Biarlah owg laen yg ak syg tersenyum setiap hari..Biarlah..Ak xnk tgok owg bersedih..Cukuplah aku dh sedih...Ak xnk...Ak xnk!!Biarlah aku sahaja....Ter0skan hidop aku yg penuh...Derita dan sengsara....Bahagia yg menghilang dari hidupku.....Dania..kalaulah aku boleh...aku nk ikut ko..ak nk ikut...Dania..kalo ko ader kt cni...aku nk peluk ko!!aku rindu ko!!

Imanina menangis selepas membaca isi kandungan kertas itu..Dia tidak perasan Laila sedang memerhatikan perbuatannya itu..Imanina memalingkan wajahnya...Lantas..Dia ternampak Laila sedang mengelap air matanya.. "Laila..ak minx maaf..Ak x berniat nk baca... "Imanina menundukkan kepalanya.. "Takper..aku x kesah.. "Laila tersenyum...tersenyum dalam kesedihan...




Di dlm kelas...Keesokan harinya..


Imanina termenung...Dia teringat akan surat Laila smalam..Hatinya tergerak utk mengetahui tentang perkara yg ditulis Laila smlm... "Laila..balik karang..lepak tmpt biasa.. " Imanina berkata.. "Ok... "Laila tersenyum...



Di belakang sekolah...

"Asal ko beria-ria sgt nk dtg cni?? "Laila bertanya sebaik tiba di tmpt mereka itu.. "Ak nk tnya satu bnda tpi...ko jgn mrh yer... " Imanina berkata.. "Ermm..ckp la.. "Laila berkata.. "Boleh aku tahu sejarah ko dgn Nia?? " Imanina berkata.. "Ha?Sejarah...Hurmm... "Laila berkata.. "Ha’ah..boleyh kn... " Imanina memujuk..

"Ak ader seorg kwn...Ak kenal dier...masa tu..aku jatuh basikal..kaki aku berdarah..sbb budak nakal kacau aku..Lepas tu..dia muncul..dia halau budak nakal tu..dia bantu aku...kitaorg g lepak kt cni..cni la tmpat aku dgn dier..biler kitaorg balik sek..kitaorg lepak kt cni..Tempat ni jd saksi kitaorg..Ak kwn ngn dier dri sekolah rendah lg...Ak mmg rpt giler dgn dier...Dier org yg pling suke support aku...Prnh aku kena marah dgn bapak aku sbb balik lmbt..Dia tolong aku..Dier trangkan dkat bapak aku..Bapak aku terus berenti mrh..Nama dia Dania..Ak pggl dia Nia jer..Dia ank yatim piatu..Dia tggl ngn aku...Dia kongsi tmpt tidur dgn aku..Dia kongsi bilik air dgn aku..Dia kongsi ‘teddy bear’ dgn aku...Satu hari tu...Ak gaduh dgn dier...Beser la..kalo x gaduh..bkan kwn namanya...Ak gaduh ngn dier...Salah faham..Tempat ni jgak jd tempat terakhir aku dgn dier..Tempat nie jadi saksi kitaorg...Ak gaduh sbb ader budak ckp dier cuba nk sakitkan hati kakak aku..Izzah..Tpi..x betul..Izzah dh terangkan semua tuh kt ak...Aku dh minx maaf...cuma aku x dpt luangkan masa dgn dier sbb aku masuk satu prtndingan ni..Ak xnk masuk sbb nk bersama ngn dier..Tp..Nia pksa aku masuk..Dia nk tgk aku berjaya dlm prtndingan ni...Demi die..aku masuk...Lpas tu..aku xsangka aku menang..Aku nk hadiahkan piala kemenangan tu utk dier sekaligus minx maaf sbb buat hati dier terguris...Tpi...Bnda laen yg jd...Ak dgr dier accident..Ak kelam kabut pergi hospital...Bila sampai...Ak x sempat tgk dier..Ak x smpat hadiahkan piala tu dkat dier...Ak x smpat minx maaf kt dier..Ak x sempat buat dier trsenyum..Ak x smpat...Ak syg sgt kt dier...Tpi..Tuhan lebih sygkan dier..Dania meninggal dunia akibat cedera parah masa dia dlm prjlnn nk pegi kt tmpat aku brtanding...Aku menyesal..Kalo ak thu dier nk pergi..Ak xkn sakitkan hati dier..Takkan..Ak nk bahagiakan dier..Ak nk bg kasih syg kt dier..Tpi...Ak x smpat nk buat semua tu..Tak sempat...Ak terlambat...Sejak peristiwa tu..Aku jd pendiam..Aku x bercakap..Ak asyik teringatkan dier..Apa saja yg aku buat mengingatkan aku kat dier...Ak nk tidur..Ak teringat dier suker main pukul bantal dgn aku..Bila nk mandi..Dia akan rebut bilik air dgn aku..Bila nk belajar..Dia akan tulis sesuatu kt buku aku..Bila nk dgr lagu..Kitaorg berebut nk dgr lagu kitaorg..Bila nk mkn..kitaorg berebut tmpat mkn dpn tv..Bila nk keluar..Kitaorg rebut saper dpt keluar dulu..Tpi..biler dier dh pergi..Aku xder org nk bergurau..Aku xder org nk main..Aku xder saper2 lg..Dia jer tmpt aku mengadu..Bila aku gaduh dgn kwn2 aku yg lain..Dia akan pujuk aku..Bahu dier tmpt aku nangis setiap masa..Bila aku ader masalah dgn family..Dia akan tenangkan ak..Dia akan bg nasihat kt aku..Smpikan tmpat no 1 dlm hati aku adalah dier...Kalo aku tahu dier akan tgglkan aku...Ak nk luangkan masa dgn dier byk2...Ak hilang pelindung aku..Aku jd agresif..Smpi satu hari...Seorg insan muncul dlm hidup aku..membuat aku tersenyum kembali..membuat aku gembira mcm dulu...org tu...ko.. Imanina...Masa mula2 ko nk knl aku..Aku rasa rpt sgt dgn ko...Rapat sgt...Mcm aku dgn Nia..Ak pun xthu naper..mungkin sbb kita prnh melalui peristiwa pahit yg sama...Dari family...smpi kwn aku...xder saper yg boleh buat aku bercakap atau gembira..Hingga ko...Org yg berjaya buat aku ckp dan tertawa...x lama lpas tu...Ko tuduh aku ambik balak ko..Syah...Ak xthu aper2...Ak rela kalo org fitnah aku...aku rela org ejek aku...aku rela org ckp aku gila..aku rela org mengata aku..mengutuk aku..mengumpat aku..Tpi..satu jer aku xrela..Ak x rela hilang seorg lg kwn...Ak xsanggup... "Laila memandang Imanina..Kelihatan air mata mengalir di pipi Imanina..Laila mengenggam tgn Imanina... "Tolong.... "Laila berkata perlahan.. Imanina mengangkat wajahnya yg comel itu...Matanya merah... "Tolong jgn benci aku... "Laila menyambung kata-katanya.. Imanina menarik Laila lantas memeluknya.. "Aku xkan tgglkan ko atau benci ko smpi mati...Hanya maut jer yg boleh pisahkan kita... " Imanina berkata... "Terima kasih Nina..Terima kasih.. "Laila berkata...Mereka menangis... "Boleh aku tahu...satu benda.."Laila berkata tetiba.. "Apa?? " Imanina bertanya setelah hatinya tenang.. "Boleh ko ceritakan kt aku..mcm maner..kwn ko... "Laila memandang Imanina..Mereka berpandangan seketika...

"Kwn baik aku...Aliah Ilham...Huh..Aku...xnk igt dier lg..Ak boleh jd giler kalo igt dier...Dier meninggal sbb...sbb kena pukul...dgn samseng jalanan...Teruk...Dia mati depan mata aku..Aku x smpat tolong...Ada org sabotaj dier...Benda tu jd cepat sgt...Samseng tuh...tendang dier,pukul dier,cucuh tgn dier dgn puntung rokok,belasah dier...teruk sgt2!!Ak x smpat tlg dier..tuh yg aku kesal sgt..ak... ""Dh...Aku xnk dgr..Ak minx maaf...Ak minx maaf... "Laila memotong cakap Imanina...

Mereka berdua pulang dgn azam dan nekad...Mereka berjanji...tiada apa yg dpt memisahkan mereka dan mereka juga berjanji..akan saling mempercayai...mereka tidak akan mensia-siakan pershabatan yg terjalin...seperti cubit peha kiri...peha kanan terasa sakit...pershabatan umpama jari dan mata...saat jari terluka mata akan menangis.saat mata menangis..tgn akan mengelapnya...persahabatan bukanlah golf..sebelum bermain kita gilap bola itu hingga berkilat..tpi bila nk bermain...kita pukul bola itu..persahabatan juga bukan seperti bola sepak..sewaktu kita tidak mendapatnya..kita kejar sehingga dapat..tpi bila kita dh dpt..kita tendang ia jauh...pershabatan adalah seperti ragbi..kita kejar dan rebut ragbi itu..tpi..selepas dpt..kita peluk dan tidak membiarkan sesiapa pun mengambilnya...itulah erti persahabatan sebenar...Sahabat itu bukan diwaktu kita senang..tetapi sewaktu kita susah,sedih,derita,sengsara dan diwaktu kita bahagia,gembira,tertawa..semasa kita diatas dan dibawah..sahabat ada utk meny0kong kiter...itulah sahabat...Kawan,teman,member..frenz..semuanya mmbawa makna kpd sahabat...


Sahabat,
Mengapa kau pergi..
Tinggal aku sendiri,
Kau tahu ku tak sanggup,
Sahabat,
Igtlah kau selalu,
Jadi yg terbaik,
Ku ingin kan kau hadir,
Sahabat,
Ak rindu,
Padamu,
Datang walau sesaat,
Aku disini,
Dan menunggu diam,
Tanpa dirimu,
Kau tahu,
Ku tak bisa beranjak terbang dan melayang...
Tanpa dirimu,
Ku x bisa,
Dan kembalilah...

-Lirik Lagu Sahabat-Aizat-


~TAMAT~



Amaran!!
Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh Nur Ashikin bt. Almi..Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat!!

8/11/2008
Sabtu
12.19 ptg

Watak-watak:
-Laila-
-Imanina-
-Dania-
-Emersyah-
-Atiqah-
-Siti-
-Elliza-
-Anis-
-Izzah-
-Alia-
-Lily-
-Aliah Ilham-


Pesanan:-

-Thanx sbb support aku buat citer2 nih..
-Buat Naza..nie bukan jiwang taw..
-Buat korang yg prnh baca citer aku sebelum ni...aku buat citer mmg sad ending..huhu..
-Yg x berminat citer sedih atau jiwang...fahami erti sahabat cukup r..
-Buat korang...sahabat2 kuh..aku harap..korang happy ending taw..jgn sedih2..happy selalu..
-Buat yg tgh baca atau dh abis baca...gud luck 4 what u did...success selalu..
-Buat korang..saper2 r..jaga sahabat korang baik2..hargai dier sementara dier masih berada di samping kita...sebelum dier pergi tanpa sempat kita hargai...Ingat taw!


DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

♥MEMORI SEMALAM♥


Memori Semalam.

Kelas 4PK1 mula riuh rendah tatkala kaki guru Bahasa Melayu gantian, Cik Siti Hawa Dalila yang menggantikan Puan Nodiana yang cuti bersalin melangkah keluar. Serentak itu juga Fahmi dan Alia berpandangan. Fahmi memberi isyarat, Alia pantas menggeleng. Isyarat Fahmi yang menyuruhnya mengawal kelas segera ditolak. Tidak sanggup menghilangkan suaranya untuk menjerit. Fahmi sudah memicit kepalanya sambil memandang pelajar lelaki yang sudah berkumpul di belakang kelas itu.

Sementara itu, Alia sudah memandang seorang demi seorang. Melihat kerenah pelajar kelas yang disayanginya itu. Rafiqa di sebelah yang sedang khusyuk melakukan kerja sekolah dijeling. Dia memandang belakang. Kelihatan Athirah sedang melentokkan kepalanya diatas mejanya manakala Hidayah sedang khusyuk menbaca novel yang baru dipinjamnya dari rakan sebiliknya semalam. Alia mengalihkan pandangannya kearah Dania dan Nisa atau nama penuhnya Khairunnisa Liyana Adillah. Keduanya sedang bergosip sambil memandang pelajar lelaki. Mungkin sedang menggosipkan pelajar lelaki itu. Alia memandang Afiqah dan Anith pula. Setiap butir bicara Anith boleh didengar dengan jelas kerana suaranya yang besar itu. Alia memandang Afiqah yang hanya mendengar cerita Anith itu. Tidak sakitkah telinganya? Alia menggeleng sambil tersenyum.

Alia memandang kumpulan pelajar lelaki pula. Tidak kurang hebatnya. Azan, Hanif, dan Farid sedang bercerita. Terangkat-angkat tangan Farid bercerita, Azan mendengar cerita Farid hingga berkerut-kerut dahinya. Hanif pula sudah terlopong mendengar cerita Farid. Alia menggeleng lagi, pandangannya berubah lagi. Zafiq, Razman dan Abdullah atau mesranya Dollah juga sedang berbual tetapi kelihatannya Dollah sedang mencoretkan sesuatu di dalam kertas. Zafiq dan Razman mengangguk-angguk. Agaknya Dollah sedang mengajar mereka, fikir Alia. Maklumlah, Dollah merupakan salah seorang pelajar cemerlang di kelas 4PK1 itu.

Matanya beralih pula pada wajah Erfa. Dia sedang sibuk melakukan kerjanya. Dia kelihatan sudah biasa dengan suasana kelas ini yang lebih teruk dari pasar malam! Hafizuddin dan Rizal hanya selesa berbual berdua, mungkin kerana mereka masih belum menyesuaikan diri dengan pelajar yang lain. Hafizuddin, Rizal dan Erfa adalah pelajar yang baru sahaja tiba dan menjadi pelajar sekolah ini. Yang lain merupakan first intake dan second intake. Tetapi mereka merupakan third intake.

Dan Alia mengeluh lagi. Bila cikgu nak masuk ni? Hatinya berdetik. Dan kemudian, kelas yang sebentar tadi seperti pasar malam menjadi sunyi. Alia menoleh kebelakang, tanpa sedar, segera kepalanya dipusing kembali ke hadapan. Cikgu Danial!

***

"Hanif! Siapa suruh awak tidur dalam kelas saya?! "suara merdu Ustazah Nurul menjerit membuatkan semua pelajar di kelas 4PK1 itu menutup telinga. Hanif yang sebentar tadi sedang lena diulit mimpi bagaikan terkena kejutan eletrik terus tegak di tempat duduknya dan mula terkebil-kebil memandang Ustazah Nurul.
"Ya ustazah ? Kenapa? "wajahnya yang seolah tidak bersalah memandang ustazah sambil tersengih.
"Kenapa, awak tanya? Nah , free saya bagi. "wajah Hanif berkerut-kerut menahan sakit apabila tangan Ustazah Nurul yang kecil molek itu mendarat di belakang badannya sebanyak 5 kali. Pedih, itu sahaja yang boleh digambarkannya.
"Sedap tak? "Hanif memandang Azan yang tersengih disebelahnya. Melihat senyum sumbing Azan menambahkan pedih.
"Ha? Azan, awak pulak nak kena? "pantas kepala Azan digeleng. Tidak mahu berkongsi kepedihan Hanif. Mengerikan!

***

Kalau kita dah habis sekolah nanti, aku tak nak hubungan kita kawan-kawan ni terhenti. Biar kita terus berhubung. Kalau korang dah kerja ke, bagitahulah. Kita mesti nak kongsi-kongsi kan?

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi batu di hadapan rumahnya. Mendongak mencari bintang di langit. Kelihatan beberapa butir bintang di langit. Dia menunduk pula. Mengetuk-ngetuk jarinya diatas meja batu itu. Dia teringatkan kehidupan lamanya semasa bergelar pelajar VOKASMA singkatan bagi Vokasional Seri Manjung.

Teringat sekilas kepada rakan-rakan di sekolahnya itu. Baru dia tersedar. Pejam celik pejam celik , rupa-rupanya sudah hampir lima tahun dia meninggalkan kehidupannya di sekolah itu. Kebanyakan rakannya sudah berjaya. Seperti dirinya juga yang sudah bergelar programmer di sebuah syarikat JUPEM di Perak iaitu Juruukur Pemetaan Perak.

Yang dia tahu, Hidayah sekarang sudah bergelar peguam yang berkaliber. Dengarnya lagi, khidmatnya sebagai seorang peguam wanita memang tidak dapat ditandingi. Athirah pula, masih lagi belajar di UITM, Shah Alam dan sedang melanjutkan pelajarannya ke tahap Ijazah pula dalam bidang Science Computer. Afiqah pula telah menjadi technician di syarikat ternama. Anith kini menjadi tukang masak terkenal di sebuah hotel ternama di ibu negara dan sudah memiliki beberapa cawangan restoran di seluruh negara. Erfa pula sudah menjadi arkitek, walaupun dia mengambil bidang komputer namun tatkala di universiti dahulu, dia telah menukar bidangnya. Namun kemahirannya dalam bidang komputer masih belum boleh dipertikaikan.

Dania dan Nisa pula khabarnya sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa bidangnya, belum ada kepastian. Dan pelajar lelaki. Dia tersenyum lagi. Teringat gelagat nakal pelajar lelaki kelas 4PK1 dan 5PK1 dahulu.

Hanif sudah bergelar engineer. Sudah boleh berbangga dengan gajinya yang mencecah RM10000. Farid pula sudah menjadi salah seorang guru pratikal di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Zafiq, Razman dan Dollah pula sudah membangunkan syarikat menjual alatan komputer. Masing-masing giat mempromosikan barangan mereka. Malah sudah maju apabila barangan itu mula dipasarkan melalui internet. Dengan kepakaran mereka didalam bidang IT lebih mudah untuk mereka melakukan semua itu. Teringat perangai Zafiq yang gila-gila itu. Dia tersengih pula. Hafizuddin pula khabarnya baru sahaja bergelar pemegang ijazah di Universiti Teknologi Malaysia. Rizal pula sudah bergelar guru dalam subjek Sejarah. Dan menjadi guru sambilan di sebuah kolej swasta berasaskan perkomputeran iaitu Kolej Cosmopoint di Ipoh. Teringat tulisan tangannya yang cantik dan sering diberi pujian itu.

Alia dan Fahmi. Masing-masing sedang giat menduduki peperiksaan akhir mereka di universiti yang sama iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor.

Hanya seorang, hanya seorang sahaja yang belum diketahui kemana menghilang. Hairan. Dia pula tidak pernah terfikir untuk bertanyakan tentang gadis itu pada teman-teman yang lain. Aneh! Malas memikirkannya. Dia terus melangkah masuk ke rumahnya.

***

Dia membuka matanya sebaik kedengaran azan berkumandang. Dia bingkas bangun lalu mencapai tualanya.

***

"Mak, Azan pergi kerja dulu ya. Nanti tengahari Azan balik. Pergi dulu. Assalamualaikum." tangan tua milik si ibu dikucup sayang. Ibunya memandang penuh kasih.

***

Azan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya. Entah mengapa, fikirannya masih memusat pada gadis itu. Hatinya meronta mahu mencari gadis itu. Hairan sungguh. Nak kata, rindu. Jumpa pun tak pernah, apa kes nak rindu. Oh, mungkin kerana jarak masa mereka berkawan lebih lama yang membuatkan dia menganggap gadis itu seperti adiknya sendiri. Ya lah, dari sekolah rendah berteman, mana mungkin dia tidak rapat dengan gadis itu.

"Ya Allah, dah tengahari rupanya. Mak mesti tunggu aku. Balik ah. "Azan mengomel sendirian. Dia mencapai beg laptopnya lantas melangkah keluar dari pejabatnya.

Azan menyanyi kecil sambil berjalan menuju kearah kereta Satria Neo berwarna jingga yang dibelinya tahun lepas. Dia mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluar slacknya. Belum sempat punat ditekan, tiba-tiba...

"Aduh! "Azan tersandar di dinding bangunan itu. Kuat sungguh penangan diterima akibat ditolak gadis itu. Beg laptopnya tercampak ketepi. Mujur hanya beg, laptopnya sudah ditinggalkan di pejabatnya kerana ada kerja yang masih belum selesai.
"Eh! Sorry. Adoi, sorry la bang. "Azan memandang gadis yang sedang mengangkat beg laptopnya itu. Gadis tadi menggelabah. Cuainya aku ni! Desis hati kecil gadis itu. Sebaik gadis itu memandang Azan, bibir keduanya terkunci. Azan yang mahu memarahi gadis itu terus terdiam.

"Azan? "
"Rafiqa? "

Dan keduanya tersenyum.

.TAMAT.


AMARAN!!
Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati. Hak cipta terpelihara oleh NUR ASHIKIN BT. ALMI. Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat.


DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

♥SESUATU YANG INDAH♥


Sesuatu Yang Indah...

"Titt..tittt.."...

"Hello? "suara seorang gadis lembut menjawab panggilan.
"Wei Iqa! Kau kat mana? "pemanggil itu bertanya, dia kedengaran panik.
"Aku kat rumah. Kenapa?"gadis yang bernama Iqa Syazlin itu bertanya.
"Oh, kau dengan siapa? Imran? "pemanggil itu bertanya lagi.
"Ish, tak lah. Aku dengan abang aku, Iqwan. Imran pergi rumah kawan dia kat Tambun."Iqa menjawab lagi.
"Sah! Kau kena tipu Iqa! Kau kena tipu! "pemanggil itu memarahi Iqa.
"Lah, apasal pula aku kena tipu? Yang kau ni apasal banyak tanya ni? Dengar macam panik jer? Ada apa hal?"Iqa bertanya.
"Aku, Azureen, Adleen dengan Imani ada kat parade ni. Shira tak ada, dia pergi dating dengan Syafiq tu! Putri pun sama. Tak tahu lah dia pergi mana. JJ kot. Lepas tu...eh.. "pemanggil itu terkejut apabila Azureen merampas handset dari tangannya.
"Untuk pengetahuan kau Iqa, kitaorang nampak Imran kat parade ni!"Azureen menyampuk.
"Ha? Imran? Parade? Eh..tak mungkin lah, dia cakap kat aku dia pergi Tambun. Rumah kawan dia, kau silap orang kot. "Iqa bertanya lagi. Dia kelihatan sedikit menggelabah. Iqwan, abangnya melihat Iqa dengan kehairanan.
"Tak! Aku tak tipu! Aku tak buta la! Apa yang aku tahu. Aku nampak Imran dengan perempuan lain kat sini..tu ha..Depan mata aku!"Azureen menjerit lagi. "Kalau kau tak percaya lagi. Datang sini, tengok sendiri. Baik cepat sebelum Imran dengan awek dia blah..tapi aku memang geram lah tengok si Imran tu!"Azureen menyambung lagi.
"Ok..Aku datang sekarang. Korang tunggu aku kat food court tau. "Iqa berkata lantas terus mematikan panggilan tersebut.
"O..Ish..dah letak? Ek eleh..wei..Betul ke tu Imran? "Azureen bertanya kepada Adleen pula.
"Ermm..Aku rasa..ya sebab aku selalu keluar dengan Imran dengan Iqa. Jadi aku dah cam muka Imran tu..tapi apasal perempuan tu gedik sangat ha? Kalah Iqa lagi."Adleen menjawab.
"Wei..Apalah Iqa buat kan kalau tu Imran? "Imani pula bertanya.
"Entah... "mereka menjawab serentak.
"Huh..teruk-teruk... "Imani menggeleng kepala.


Sesampainya di Parade...

Wei Mimi! Aku dah sampai parade. Aku kat food court ni dengan Iqwan. Cepat datang ambil aku.

Iqa menghantar mesej kepada Mimi. Tidak lama kemudian, Mimi, Adleen, Azureen dan Imani pun tiba di food court.
"Hah? Mana si Imran nya?"Iqwan bertanya kepada Mimi.
"Err..kejap.. "Mimi mencari kelibat Imran.
"Hah! Itu dia..tengok betul-betul... "Adleen menjerit. Serentak itu, semua memandang ke arah Imran dan aweknya termasuklah Iqa Syazlin.
"Ha? "Iqa tergamam apabila melihat Imran bersama perempuan itu sedang bermesraan. Air matanya mula menitis. "Itu..tu Im. Dia dengan siapa? "Iqa bertanya dalam tangisnya. Berderau darahnya melihat gadis itu memaut lengan Imran. Tanpa disedarinya, dia sedang menghampiri perempuan tersebut.
Pangg!! Tanpa disedari, Iqa telah menampar perempuan tersebut di hadapan mata Imran.
"Putri?! "Iqa menjerit. Dari jauh, Azureen, Mimi, Adleen dan Imani tergamam apabila mendengar Iqa menjerit nama Putri, sahabat baik mereka.
"Iqa! "Imran menengking Iqa.
"Abang? Sampai hati abang buat Iqa macam ni? Putri? Kenapa kau sanggup tikam aku dari belakang? Kenapa Putri? Kenapa mesti aku? Aku sayang kau..tapi..kenapa kau rampas Imran dari aku? Putri! "Iqa menjerit lantas mengangkat tangannya untuk menampar Putri sekali lagi. Tetapi, Imran telah terlebih dahulu menamparnya. "Abang?!" Iqa menjerit. Iqwan yang telah melihat Imran menampar Iqa, adiknya meluru ke arah Imran dan terus menumbuk muka Imran.
"Kau tak payah nak main kasar dengan adik aku..kalau nak main kasar, main kasar dengan aku! "Iqwan menjerit. Azureen, Mimi, Adleen dan Imani segera berlari ke arah Iqa yang terduduk apabila ditampar Imran. Dia menangis. Putri hanya memandang mereka. Lantas, Adleen pun bangun dan menuju ke arah Putri dan terus menampar mukanya.
Pangg!
"Putri?! Kenapa kau buat Iqa macam ni? Kau tahu kan Imran tu balak dia? Kenapa kau ambil balak kawan baik kau?! Kenapa?! "Adleen menengking Putri sehingga mengejutkan semua orang yang berada di food court tersebut. Putri terkedu.
"Iqwan! Berhenti! Cukup! "Putri menepis tangan Iqwan dari terus memukul Imran lantas dia terus menarik tangan Imran dan beredar dari parade. Iqwan segera mendapatkan Iqa yang ketika itu sudah berdiri sedang memeluk rakan-rakannya. Mata Iqa yang bengkak dan merah itu dan mata Imran bertentang seketika. Lantas Iqa memalingkan wajahnya. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari situ, Iqa terus menangis.
"Kenapa? Kenapa dia buat aku macam ni? Selama ni aku setia kat dia. Aku sayang dia seorang jer...tapi...dia... "Iqa terus mengalirkan air matanya.
"Titt..titt.. "
Handset Iqa berbunyi menandakan ada mesej masuk. Iqa terduduk setelah membaca mesej yang baru masuk itu.

Maafkan abang sebab menduakan diri Iqa. Abang mencintai Putri. Abang minta maaf Iqa. Kita putus.

Imran menghantar mesej kepada Iqa. Terkedu seketika Azureen, Adleen, Mimi dan Imani setelah membaca mesej tersebut. Iqwan memeluk Iqa. Dia berazam untuk menjadikan hidup Imran huru-hara setelah Imran menghancurkan hati adiknya, Iqa Syazlin.


Di rumah Iqa..Sebelah malamnya...

Iqa sedang termenung di beranda rumahnya sambil memegang teddy bear pemberian Imran sempena hari jadinya. Dia masih menyayangi Imran. Tetapi, dia juga tak sanggup kehilangan kawan baiknya, Putri. Apa yang harus dia lakukan? Walaupun dia tahu, mereka berdua telah pun menghancurkan hatinya.
Tok.tok..
"Iqa? "Iqwan memanggil nama adiknya sambil mengetuk pintu bilik adiknya. Iqwan pun masuk ke bilik adiknya.
"Abang... "Iqa berkata perlahan.
"Iqa. Cukuplah..Tak payah lah menangis pasal budak tak guna tu. Abang tahu la nak ajar dia macam mana. Iqa jangan seksa diri. Nanti sebab budak tak guna tu, Iqa jatuh sakit pula. "Iqwan menyambung lagi.
"Iqa tak tahu lah nak buat apa dah bang. Iqa sayang sangat kat dia. Abang pun tahu kan betapa sayangnya Iqa kat dia. Iqa pun tak tahu apa salah Iqa sampai Imran dengan Putri buat Iqa macam ni. Selama Iqa bersama dengan Imran, ramai budak nak couple dengan Iqa..tapi..Iqa tolak sebab Iqa nak setia dengan Imran. Iqa terlalu sayang kat dia..abang tak payah lah ajar dia..Mungkin dah jodoh dia...Walaupun Iqa sayang sangat kat dia...dia... "suara Iqa tersekat. Dia terus memeluk erat teddy bear itu. Air matanya menitis perlahan.



************************************************************************************************************************************************



Di bilik Iqwan...

"Hello...Wei..Aku nak jumpa kau esok. Aku nak minta tolong kau. "Iqwan menelefon seseorang.
"Ha..Ok..Jumpa esok.. "pemanggil itu menjawab.
Iqwan adalah abang Iqa. Mereka hanya dua beradik. Bapa mereka telah meninggal dunia manakala ibu mereka pula telah tinggal di luar negara bersama keluarga barunya. Ibu mereka akan memasukkan duit ke dalam akaun mereka setiap bulan. Pernah sekali, ibu mereka mendesak mereka untuk tinggal bersamanya namun Faizal bertegas untuk menjaga adiknya Iqa yang ketika itu berada di Darjah 6. Dan dia sendiri berumur 19 tahun. Kini, 4 tahun sudah berlalu, Iqa telah menginjak ke umur yang lebih matang. Iqa berada di Form 4 dan Iqwan berumur 23 tahun dan telah pun bekerja. Iqa akan menceritakan segala masalah dan rahsia kepada abangnya, bagaimana Iqa mengenali Imran, bagaimana Imran boleh menjadi teman lelaki Iqa, di mana tempat pertemuan mereka sehinggalah bagaimana Iqa berpisah dengan Imran turut dikongsi dengannya.

Iqwan teringat, petang yang hening itu. Iqa pulang dengan hati yang gembira. Iqwan yang ketika itu sedang tidur terkejut apabila mendengar Iqa menjerit dari tingkat bawah rumah yang telah dihadiahi ibunya kepadanya dan Iqa.


Setahun yg lalu...

"Yahooo! Abang!! "Iqa menjerit tiba-tiba sebaik sahaja memasuki rumahnya. Iqwan yang ketika itu sedang tidur terkejut dan terus bangun meluru ke bawah apabila mendengar Iqa menjerit. Sebaik sahaja dia tiba di bawah, dia hairan melihat Iqa tersenyum.
"Hai..pasal seronok sangat ni? Iqa dari mana ni? Iqa jerit tadi kenapa?"Iqwan segera bertanya.
"Ermm..Abang..meh sini kejap. "Iqa memanggil Iqwan sambil tersenyum dan menyuruhnya duduk di sebelah Iqa. "Abang...tadi kan..Iqa keluar pergi JJ dengan Putri, Azureen, Adleen, Mimi dengan Imani. Abang nak tahu tak apa jadi? "Iqa tersenyum.
"Ha? Apa jadi? Teruskan... "Iqwan semakin berminat untuk mendengar cerita dari Iqa. Jarang dia melihat Iqa bergembira sejak ibunya meninggalkan mereka 3 tahun yang lalu.

"Iqa tengah beli air, tiba-tiba ada budak lelaki ni langgar Iqa sampai habis semua air tumpah. Iqa pun naik marah lah. Iqa terus marah budak laki tu. Iqa pandang dia kan..huishh..handsome bang..Comel sangat..ishhh...geram tau Iqa tengok. Iqa nak marah dia pun tak jadi. Dia minta maaf dari Iqa, dia terus blah. Iqa panggil dia, dia buat bodoh jer...Geram juga. Iqa pergi kat kawan-kawan Iqa. Tiba-tiba, budak lelaki yang langgar Iqa tadi datang balik dengan kawan dia bawa air dengan beg. Dia terus bagi air tu kat Iqa dengan kawan-kawan Iqa. Beg tu pun dia bagi Iqa, dalam beg tu ada baju. Dia belikan baju untuk Iqa sebab air yang tumpah tadi, tumpah atas baju Iqa. Terkejut juga sebab tak sangka dia beli baju semata-mata nak ganti baju Iqa yang tumpah air tadi. Nasib baik muat. "Iqa bercerita panjang. Iqwan di sebelahnya terlopong mendengar cerita adiknya.
"Lagi? "Iqwan bertanya lagi.
"Ermm..Masa Iqa nak balik. Iqa terserempak lagi dengan dia. Nak tahu tak dia buat apa pulak kali ni? "Iqa berteka-teki dengan Iqwan.
"Apa? "Iqwan bertanya pula.
"Ermm, dia nak tumpangkan Iqa balik. Iqa tak nak. Dia desak, dia sanggup tumpangkan kawan-kawan Iqa sekali. Iqa pun tanya kawan-kawan Iqa. Diaorang cakap nak. Lastnya, Iqa naik. Dalam perjalanan kan, dia... "Iqa berhenti bercerita.
"Dia apa? Dia buat Iqa apa-apa ke? "Iqwan bertanya dalam gelabahnya.
"Dia...mintak couple dengan Iqa! "Iqa menjerit tiba-tiba. Dia tersenyum lebar.
"Ha? "Iqwan terkejut. "Habis tu? Iqa terima? "Iqwan bertanya lagi.
"Ermm, dia nak jawapan esok. Dia bagi Iqa masa dan Iqa rasa Iqa... "Iqa memandang Iqwan. "Iqa nak minta izin abang kesayangan Iqa ni dulu. Iqa ni masih ada seseorang. Iqa takkan sisihkan abang Iqa sebab seorang lelaki. Abang..setuju? "Iqa bertanya simpati.
"Ermm... "Iqwan memandang Iqa sambil menggosok dagunya. "Okeylah. Abang tahu Iqa nak. Okey, abang bagi..asalkan...Iqa tak abaikan pelajaran dan sentiasa jaga diri Iqa..okey... "Iqwan memberi keizinan.
"Yahoooo!! Sayang abang!! "jerit Iqa lantas memberikan satu ciuman di pipi abangnya itu. Iqwan tersenyum. Dia tidak mahu melihat adiknya bersedih lagi.
"Eh...tapi..abang musykil betulla.. "Iqwan bertanya pula.
"Ha?? Musykil apa? "Iqa bertanya pula.
"Siapa nama budaknya..takkan nama pun tak tahu.. "Iqwan bertanya pula..
"Oh..hehehe...Nama dia Imran. Form 5 sekarang kt sekolah ACS. "Iqa menerangkan yang sebenarnya.
"Oh..okey... "Iqwan menggangguk kepalanya. "Okeylah..abang nak sambung tidur."Iqwan menguap lantas berdiri dan mengusap rambut Iqa lembut. Dalam hatinya dia berdoa apa yang diimpikan Iqa menjadi kenyataan. Tetapi semua itu telah menjadi suatu angan-angan yang tak mungkin menjadi kenyataan.


************************************************************************************************************************************************

"Abang? "Iqa mengejutkan abangnya.
"Ha? "Iqwan terbangun. Lama juga dia teringat akan ketika pertemuan Iqa dahulu dengan Imran, sehingga dia terbawa ke mimpi.
"Ish..abang ni kan. Tak senonoh lah..air liur basi pun ada lagi. Heheh..tu ha.. jam loceng dah menjerit kat sebelah telinga pun tak dengar lagi..ish, dah pagi dah ni. Bangun lah.. "Iqa tersenyum. Iqwan tersenyum. Dia gembira melihat Iqa tersenyum hari ni.
"Ish..Abang..cepatlah siap. Dah lambat ni. Iqa nak pergi sekolah lagi. Abang pun nak kerja kan, so, tunggu apa lagi? Cepatlah bangun. Tersengih-sengih pulak dia. "Iqa membebel dengan abangnya, Iqwan.
"Okey..Hehhe. Iqa pergi makan dulu okey. "Iqwan tergelak kecil.
"Hurm, cepat. "Iqa keluar dari bilik abangnya lantas turun ke bawah.


Di sekolah Farah..Di dlm kelas...

"Haii... "Mimi menyapa Iqa. Mata Iqa tertentang dengan mata Putri yang duduk tidak jauh dari tempatnya.
"Iqa, kau macam mana? Okey? "Adleen bertanya sebaik sahaja Iqa duduk di sebelahnya.
"Aku? Okey jer. Tak ada apa la... "Iqa menjawab tersenyum. Dia kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Rakan-rakannya memandangnya kehairanan. Iqa ternampak Putri memandangnya lantas dia pun senyum ke arah Putri.
"Dia...dia senyum kat aku? "Putri berkata sendirian.


Sewaktu rehat...

"Eh, mana Putri? "Iqa bertanya tiba-tiba.
"Ha?! "Azureen, Adleen, Mimi dan Imani terkejut apabila Iqa menanyakan tentang Putri.
"Ha..tu dia..Putrii.. "Iqa memanggil Putri sambil melambaikan tangannya.
"Err, Iqa panggil aku ker? Ish..takkan lah dia dah lupakan kejadian semalam? Tak mungkin, mesti dia ada muslihat ni.. "Putri berkata sendirian. Putri terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Iqa. Iqa hampa apabila Putri tidak mempedulikannya.


Di rumah Iqa...

Apasal kau x dtg time aku pggil td?

Iqa menghantar mesej kepada Putri pada malam itu.

Err..aku..malu Farah..malu sgt..Aku mmg jht kan??Yelah..aku kwn baik ko tpi aku
ambil balak ko..maksud aku..aku bekas kwn baik ko..

Putri membalas mesej Iqa. Iqa ingin membalas mesej Putri tetapi dia membatalkan hasratnya. Dia harus berjumpa dengan Putri. Harus! Dengan bermain mesej, masalah takkan selesai. Lantas dia terus mendail nombor Putri dan menghubunginya.
"Putri, kita kena jumpa.. "Iqa bersuara apabila Putri mengangkat panggilannya.
"Ha? Jumpa? Bila? "Putri bertanya.
"Sekarang... "Iqa menjawab tegas.


Ketika pertemuan...

"Iqa... "Putri memanggil Iqa perlahan sebaik tiba di tempat yang dijanjikan. Dia menundukkan kepalanya.
"Putri... "Iqa memandang wajah Putri. "Putri, aku nak bagitahu kau. Aku tak salahkan kau sebab Imran break dengan aku. Memang mula tu aku marah, terkejut, bengang tapi lepas aku fikirkan balik. Ini semua dah takdir, mungkin bukan jodoh aku dengan dia. Mungkin melalui aku, Imran akan temui jodoh dia iaitu kau dan melalui aku juga kau temui jodoh kau iaitu Imran, dan melalui kau, aku dapat tahu yang Imran tu bukan jodoh aku. Aku memang sayangkan dia tapi...hurm..biarlah, apa yang penting sekarang ni. Aku tak nak hilang sahabat baik aku. Aku sayang kau... "Iqa menerangkan segalanya.
"Tapi Iqa..aku kan dah... "Putri mencelah.
"Cukup, aku tak nak dengar apa-apa dah. Apa yang aku tahu, kau kawan baik aku dan aku sayang kau macam mana aku sayang diri aku, macam mana aku sayang abang aku, macam mana aku sayang kawan-kawan baik aku dan macam mana aku sayang Imran. Ingat, aku nak kau jaga Imran. Jangan lepaskan dia. Aku tak nak hati kau atau dia hancur. Walaupun hati aku dah hancur tapi aku masih ada orang yang aku sayang. Kau, kawan-kawan kita dan abang aku. Ingat, aku sayang kau.... "Iqa memeluk Putri.
"Terima kasih Iqa. Aku sayang kau.. "Putri membalas pelukan Iqa dan air matanya menitis. Iqa berazam takkan menyakitkan hati kawan-kawannya untuk selamanya. Dia telah berfikir. Cinta yang hilang boleh diganti tetapi sahabat yang hilang tiada ganti. Dari jauh, Iqwan, abang Iqa melihat adiknya.
"Kau memang baik Iqa. Abang tak pernah jumpa orang yang maafkan kawan baik dia walaupun dia telah merampas orang yang kau sayang. Ingat, abang takkan biarkan siapa-siapa pun sakitkan hati kau lepas ni.. "Iqwan berkata sendirian.

Di sebuah kedai makan...

"Wei, adik aku baru lepas putus dengan balak dia. Jadi aku nak mintak tolong, carikan seorang budak yang sesuai untuk dia. Cari yang jujur sikit and kalau boleh bagi yang still sekolah lagi. Senang sikit.. "Iqwan berkata kepada seorang rakannya.
"Ermm..okey. Kejap, adik kau form berapa? Nak cari form berapa punya? "rakan Iqwan bersuara.
"Ek eleh.. Kau ni kan Shahrul. Punye lama member dengan aku, adik aku pun tak tahu form berapa. Dia form 4 lah. Kau cari lah yang form 5 ke, yang form 4 jugak ker. "Iqwan berkata kepada Shahrul, rakannya tadi.
"Ermm, aku ada seorang member. Form 5, budak SMI. Okey? Ermm..nama dia Iskandar. Okey ker? Baik budaknya, dulu pernah ada awek tapi break dah. Bukan sebab dia cari lain tapi awek dia gatal sangat..."Shahrul menerangkan.
"Ermm..okey jugak. Budak SMI kan? Aku sekolah situ dulu. Heheh.."Iqwan bersetuju.


Di rumah Iqa...Seminggu kemudian...

"Iqa... "Iqwan memanggil adiknya perlahan. Iqa yang ketika itu sedang membuat kerja sekolah di dalam biliknya terkejut.
"Oh, abang. Kenapa? Terkejut Iqa.. "
"Ermm, abg nak cakap sikit, tapi Iqa jangan marah tau? "Iqwan bertanya sedikit takut.
"Lah, nak marah apanya. Cakaplah.. "Iqa berkata.
"Hari tu abang jumpa kawan abang. Ermm, abang dah carikan Iqa... "Iqwan tidak meneruskan kata-katanya.
"Cari apa? "Iqa bertanya.
"Err...cari..balak untuk Iqa dan abang dah jumpa... "Iqwan menerangkan.
"Oh..heheh...Habis tu...okey? "Iqa bertanya pula. Dia agak terkejut tetapi dia sedar abangnya mahu mengubati kesedihannya sejak peristiwa bersama Imran dulu. Dia tidak kisah.
"Iqa nak ke? Dia setuju..ermm...ni nombor dia. Ambillah, try mesej dia. Abang dah bagi nombor Iqa kat dia.. "Iqwan mengeluarkan nombor lelaki yang ingin dijodohkannya dengan adiknya.
"Nama dia Iskandar. Budak sekolah SMI. Form 5... "Iqwan menerangkan tentang budak tersebut.
"Oh, okey... "Iqa mengambil nombor tersebut tersenyum.


Sebulan kemudian...

"Dah genap sebulan kau couple dengan Iskandar kan. Ish, cepat masa berlalu. Korang dah ada...aku...huwaaaaa...aku tak ada lagi...huwaaa... "Adleen bersuara sambil bergurau.
"Ek eleh, kau ingat kau seorang je? Aku pun tak ada jugak. Kita sama je, siapa lah nak kat kita kan..."Imani pula bersuara.
"Tahu tak apa...eleh..suka lah tu. Mentang-mentang diaorang dah ada balak masing-masing. Menyampah aku..huhu.. "Adleen pula bersuara.
"Hehhehe, korang tak cari. Sebab tu la tak jumpa. Cuba korang cari, mesti dapat."Mimi bersuara.
"Ya lah tu. Banyak lah jumpanya. Apa kata aku ambil Alif?"Imani bergurau dengan Mimi.
"Ha..ni aku bagi. Berani ambil la. "Mimi memberi amaran dalam nada bergurau sambil menunjukkan penumbuknya yang sebesar bawang merah itu.
"Ermm..aku nak...Azim lah.. "Adleen menjeling ke arah Azureen.
"Amboiii, senang jer nak ambil balak aku... "Azureen pula berkata.
"Dah lah. Berhenti gaduh. Korang ni, kalau dah gaduh, tak mahu berhenti..ish..asyik nak gaduh jer. Tak ada kerja lain... "Iqa pula bersuara.
"Gurauan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati... heheh.. "Adleen tersengih seperti kerang busuk. Shira tiada kerana tidak hadir. Iqa memandang Putri.
"Apasal dia senyap hari ni? Selalu dia paling bising... "desis Iqa dalam hati.


Sewaktu balik..

Iqa dan Putri berjalan kaki sewaktu pulang bersama-sama kerana rumah mereka yang agak dekat.
"Putri? Apasal senyap jer hari ni?"Iqa bertanya.
"Ermm, tak ada apa... "Putri menjawab perlahan.
"Putri, aku kenal kau. Kau mesti ada problem. Tu pasalnya kau senyap hari ni. Kau gaduh dengan Imran ke? "Iqa bertanya. Sememangnya soalan itu yang berlegar-legar di kepalanya sebentar tadi.
"Iqa... "Putri terduduk. Air matanya bertakung.
"Putri, kenapa ni? Cuba bagitahu aku. Apa Imran dah buat? "Iqa bertanya.
"Imran...Imran nak tinggalkan aku... "Putri berkata, air matanya mula tumpah. "Aku tak faham. Selama ni, aku tak buat apa-apa pun kat die. Aku tak marah pun dia kalau dia buat salah. Sekarang, dia nak tinggalkan aku. Kenapa? Aku sayang dia. "Putri mengadu dalam tangisannya.
"Dah lah. Maybe dia ada something kot yang tak nak bagitahu kau.. "Iqa menenangkan Putri. "Macam ni..petang ni, jumpa kat rumah aku. Kita bincang hal ni...okey...kau balik dulu. Tenangkan fikiran and jangan buat kerja bodoh.. "Iqa memapah Putri pulang. Putri mengganguk perlahan.


Di rumah Iqa sebelah petang...

"Wei, mana Putri ni? "Mimi bersuara.
"Dia lambat lagi... "Iqa berkata.
"Korang perasan tak dia senyap hari ni?"Imani bersuara.
"Tahu tak apa. Dia ada masalah ke Iqa?"Adleen bertanya kepada Iqa.
"Dia ada problem dengan Imran. Biasa lah, orang bercinta ni. "Iqa menerangkan.
"Ish..kesian Putri. Apa pulak si Imran tu buat kat dia? "Azureen pula menyampuk.
"Entah, sikit lagi Putri dating, dia cerita lah... "Iqa berkata pula.

Setengah jam sudah berlalu.
"Ish! Mana Putri ni. Dah setengah jam ni, penat lah aku tunggu. Kerja sekolah pun dah siap. Mana dia ni. Iqa, call dia... "Mimi bersuara.
"Okey.. "Iqa bergerak untuk menelefon Putri. Tiba-tiba...
Kringg...Kringg..
Telefon berbunyi, mereka berpandangan.
"Hello... "Iqa menjawab telefon.
"Iqa!! Tolong aku.. "Putri berkata di dalam tangis.
"Wei! Apasal kau tak datang sini. Ni apasal menangis ni? Kau kat mana? "Iqa bertanya. Mimi, Azureen, Adleen dan Imani berpandangan sesama mereka.
"Iqa, aku kat hospital. Imran! "Putri menangis.
"Hah? Okey..aku datang sekarang! "Iqa bersuara lantas meletakkan telefonnya.
"Apasal ni Iqa? Mana Putri? "Mimi segera bertanya.
"Cepat siap. Putri kat hospital. Imran accident... "Iqa menerangkan.
"Ha? "mereka segera bersiap dan menuju ke hospital dengan Iskandar, balak Iqa.

Di Hospital...

"Putri? "Iqa memanggil Putri sebaik terlihat Putri sedang duduk.
"Iqa! "Putri memanggil Iqa. Sebaik sahaja tiba di tempat Iqa, Putri terus memeluk Iqa.. "Imran, Imran accident.. "Putri menangis. "Zureen, Imani, Leen, Mimi, aku minta maaf sebab susahkan korang, aku baru dapat tahu. Aku sampai hospital baru aku dapat call korang. Bateri handset aku low. Aku call korang pakai public je tadi... "Putri menerangkan.
"Oh, macam mana Im.. "...
Kringg..Kringg...
Handset Iqa berbunyi.
"Hello..ha..bang..Iqa kat hospital. Imran masuk hospital, semua kawan Iqa ada kat sini. Iskandar pun ada kat sini. Okey... "Iqa menutup handsetnya.
"Abang aku nak datang sini. Ermm..ha...macam mana Im.. "Iqa tidak sempat meneruskan pertanyaannya apabila doktor keluar dari bilik Imran.
"Doktor, macam mana dengan dia? "Putri segera bertanya kepada doktor.
"Cik...Imran okey..alhamdulillah. Imran cedera di bahagian lengan sahaja. Dia akan ditahan di hospital sampai besok tapi salah seorang dari ahli keluarga dia kena duduk kat sini untuk menemani dia. Terima kasih.. "doktor yang bernama Aimi itu pun berlalu.
"Alhamdulillah, Imran selamat... "Iqa berkata.
"Iqa? "Iqwan memanggil adiknya.
"Abang... "Iqa mendapatkan Iqwan.
"Imran macam mana? "Iqwan bertanya.
"Dia selamat... "Iqa menjawab.
"Tapi.. "Putri berkata tiba-tiba, semua menoleh ke arah Putri.
"Tapi apa? "Iqa bertanya.
"Imran, dia kan tak ada family kat sini. Siapa nak jaga dia sampai besok? "Putri menerangkan.
"Ermm, kau je lah teman dia. "Mimi menyampuk.
"Ha’ah, kau kan awek dia... "tambah Adleen pula.
"Tak boleh punya. Mak aku takkan bagi. Nak tidur rumah member pun tak boleh, inikan pula nak tidur hospital tapi.. "Putri berkata lagi. Matanya memandang Iqa.
"Tapi apa? "Imani bertanya.
"Iqa, kau boleh kan. Lagipun, kau tinggal dengan abang kau je. Abang kau pun boleh ikut sekali. Please, demi aku.. "Putri berkata kepada Iqa.
"Eh, aku tak boleh..err..err..abang aku...err... "Iqa tergagap.
"Teman jer la, abang izinkan.. "Iqwan menyampuk apabila melihat adiknya serba salah.
"Is.. "Iqa memandang Iskandar. Iskandar hanya senyum sambil mengangguk. Dia mempercayai buah hatinya itu.
"Okey, aku teman dia.. "Iqa menjawab terpaksa.
"Thanks Iqa. Sayang kau.. "Putri memeluk Iqa. Iqa senyum terpaksa.
"Okey lah Iqa. Abang nak balik nak ambil baju. "Iqwan berkata.
"Aku pun, aku dah tengok Imran tadi. Dia tengah tidur, aku balik dengan Iqwan je la..."Putri pula berkata.
"Kitaorang pun! "Mimi, Adleen, Imani dan Azureen menjawab serentak. Selepas semuanya pulang. Iqa masuk ke dalam bilik Imran untuk menjenguknya. Apabila Iqa ingin keluar, terasa lengannya dipegang.
"Imran?"Iqa terkejut.
"Iqa, duduk sini kejap. Saya nak cakap sesuatu dengan awak. "Imran berkata.
"Awak nak cakap apa? "Iqa bertanya sebaik duduk di sebelah katil Imran.
"Iqa, saya nak couple balik dengan awak. Saya sayangkan awak. Saya tak sanggup lepaskan awak.. "Imran menjelaskan. Tangannya masih memegang tangan Iqa. Iqa terkedu.
"Apa awak cakap ni Imran! Awak sedar tak apa yang awak tengah cakap ni? "Iqa memarahi Imran sambil merentap tangannya. Dia bingkas bangun dan menjauhi katil Imran.
"Tapi Iqa. Saya memang sayangkan awak. Saya tak boleh lepaskan awak..saya.."Imran tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Iqa memotong.
"Cukup! Saya tak nak dengar dah. Putri kawan baik saya dan saya tak nak ada orang sakitkan hati dia. Cukuplah awak dah hancurkan hati saya dulu. Saya tak nak hati kawan baik saya hancur pula, lagipun saya dah ada orang yang saya sayang. Iskandar, dia nyawa saya sekarang. Saya sayang kat dia. Memang saya tak nafikan, memang saya marah bila dapat tahu awak menduakan saya tapi saya redha dan tolong. Cukuplah hidup saya terseksa. Saya tak nak hidup Putri dan Iskandar terseksa kalau saya kembali pada awak. Maaf., saya sayangkan awak tapi sebagai kawan. Saya lebih sayangkan Iskandar. Iskandar adalah cinta saya sekarang. Maaf, dan tolong, jangan hancurkan hati Putri! Dia terlalu sayangkan awak. Lupakan saya.."Iqa menerangkan segala-galanya. Lantas dia terus beredar dari bilik tersebut.
"Iqa! Iqa! "Imran menjerit nama Iqa. Sebaik sahaja Iqa keluar dari bilik tersebut, dia ternampak Iskandar di tepi bilik tersebut. Iskandar memandangnya. Dia tunduk, tak sanggup dia bertentang mata dengan Iskandar. Iskandar meraih Iqa ke dalam pelukannya.
"Is pun sayangkan Iqa. Iqa Syazlin adalah nyawa Is.. Terima kasih untuk segalanya."Iskandar berkata perlahan setelah mendengar segalanya yang terjadi di dalam bilik Imran sebentar tadi.
"Iqa pun sayangkan Is, lebih dari segalanya.... "Iqa berkata perlahan sambil menitiskan air mata.


2 Tahun kemudian...

Putri, bahagia bersama Imran. Imran telah menyedari, dia tidak patut sia-siakan hidup Putri. Dia telah belajar menyayangi gadis itu dan akhirnya cintanya telah diberikan sepenuhnya kepada Putri. Dia sedar, apa yang Iqa katakan padanya tidak lama dahulu adalah betul. Dia tidak harus menghancurkan hati orang yang menyayanginya dan Iqa, Dia bahagia bersama Iskandar. Iskandar telah mengajar dia erti kehidupan yang sebenarnya. Erti kehidupan yang sering didambakannya dan dia telah memperoleh erti kehidupan yang sebenarnya daripada seorang insan yang bernama Iskandar. Insan yang dicintai, disayangi sepenuh hatinya.
Dan Iqwan, Iqwan bahagia apabila bersama dengan Adleen, rakan baik Iqa sendiri. Iqwan menemui cintanya dengan Adleen. Mimi dengan Alif. Walaupun sering bergaduh, namun pergaduhan itu yang mengeratkan perhubungan mereka dan Azureen bersama Azim, walaupun berjauhan. Hati mereka tetap kuat bersatu. Imani, dia telah pun menjalinkan hubungan dengan Aizat, lelaki yang dikenalinya ketika tuisyen. Shira masih meneruskan hubungannya dengan Syafiq dan mereka bahagia dengan orang yang disayangi.

Seperti yang pernah dikatakan Iskandar kpd Iqa. Sesuatu yang indah itu adalah memiliki si dia dan sahabat yang disyginya. Seperti mana Iqa yang memiliki cintanya Iskandar, abangnya Iqwan dan juga sahabat yang memahami. Apa yang diimpikan mereka sentiasa diimpikan setiap orang. Moga bahagia sentiasa bersama mereka semua.


~TAMAT~

Amaran!
Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh Nur Ashikin bt. Almi..Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat...


24/10/2008
Jumaat
8.42 mlm

Watak-watak:

-Iqa Syazlin-
-Iskandar-
-Iqwan Syamil-
-Adleen-
-Putri-
-Imran-
-Mimi-
-Alif-
-Azureen-
-Azim-
-Imani-
-Aizat-
-Shira-
-Syafiq-
-Shahrul-
-Doktor Aimi-

DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

♥MAAFKANKU♥


-MAAFKANKU-


"Am, jangan tinggalkan Yana, tolong. Yana merayu, jangan tinggalkan Yana. Am?! Am?! AMIRUL!!! Amirul!! Maafkan Yana, maafkan Yana. "

"Kak? Kak?"
"Hah? Terkejut akak."
"Akak menungkan apa tadi? Akak teringatkan abang ye? Dahlah kak, kita doakan abang ye."Liyana teringat kembali peristiwa yang masih segar dalam ingatannya walaupun peristiwa itu sudah 5 tahun berlaku.

-5 tahun yang lalu-

Seorang gadis sedang sibuk mengemas barang dan di tangannya penuh dengan buku rujukan. Tiba-tiba..
"Aduh, sakitnya."gadis itu menjerit.
"Alamak, maaf, awak tak apa-apa?"tanya pemuda yang melanggar gadis
tadi.
"Tak, saya tak apa-apa, jangan risau."gadis tersebut lantas mengemas bukunya dan terus pergi. Pemuda tadi, masih berada di situ. Dia seakan-akan terpukau di situ. Ada sesuatu yang dirasakan dalam diri gadis itu.

"Assalammualaikum, boleh saya duduk sini?"tanya pemuda itu.
"Waalaikummussalam, boleh. Duduklah."jawab gadis tersebut sedikit terkejut.
"Boleh saya kenal dengan awak?"tanya pemuda itu lagi.
"Hah?"gadis itu kaget sebentar.
"Nama saya Muhd Amirul Ashraf, panggil Am. Nama awak pula?"tanya pemuda itu.
"Err...Saya, saya Liyana. Liyana Azreen. Panggil saya Yana jer."jawab gadis itu sedikit gagap.
"Oh, sedap nama awak. Okey la. Maaf, saya ada kelas. Saya pergi dulu. Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam."jawab gadis yang bernama Liyana itu kehairanan lalu meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

-3 bulan kemudian-

"Am, Yana nak tanya satu benda. Kenapa Am beria sangat nak kenal dengan Yana dulu."tanya Liyana kepada Amirul.
"Hah? Ermm..entah la. Am dapat rasa something kat diri Yana. Ermm."jawab Amirul. "Am pula nak tanya kat Yana, ermm.."sambung pemuda itu lagi.
"Apa dia?"tanya Liyana.
"Sepanjang Yana bersama dengan Am. Yana bahagia ke?"soal Amirul tiba-tiba.
"Erm, mestilah bahagia. Takkan tak kut. Yana sayangkan Am. Yana beruntung tau dapat bersama dengan Am. Kenapa Am tanya macam tu?"jawab Yana.
"Tak ada apa la. Am cuma nak bagitahu, Am tak boleh hidup tau kalau Yana tak ada kat sisi Am. Am sayang sangat kat Yana."jawab Amirul kembali. Gadis yang bernama Liyana itu tersenyum.
"Yana pun... "jawab Liyana perlahan.

"Assalammualaikum..hai awak, awak tengah tunggu siapa ni? "tanya seorang pemuda mengejutkan lamunan Liyana.
"Ha? Waalaikummusalam, awak ni siapa? "tanya Liyana kembali.
"Ermm, nama saya Hazim. Panggil Haz, awak? "tanya pemuda itu kembali.
"Ermm, saya Liyana. Panggil Yana jer. Saya pergi dulu. " Liyana lantas beredar dari situ. Lelaki yang dikenali dengan nama Hazim itu mengekori Liyana. Liyana perasan lelaki itu sedang mengekorinya lantas dia pergi segera menuju ke tandas tiba-tiba...
"Aduh, sakitnya. "Liyana mengaduh.
"Yana? Yana buat apa kat sini? Kenapa nampak macam tergesa-gesa je ni?"tanya Amirul. Lelaki yang dilanggar Liyana tadi.
"Am! Tolong Yana, ada lelaki ikut Yana tadi."Liyana mengadu.
"Ha? Lelaki? Mana?"tanya Amirul pantas.
"Itu, yang pakai baju biru tu. "Liyana menunding ke arah Hazim yang seperti sedang mencari sesuatu.
"Nak kena betullah mamat ni! "desis Amirul lantas menuju ke arah Hazim.
"Woi!! Kau kejar awek aku apasal? "jerit Amirul kepada Hazim.
"Ha??!!( Dia cakap dengan aku ker? ) Kejar? Awek kau? Siapa pula jadi awek kau ni? Sejak bila pula aku kejar awek kau? "Hazim menjawab.
"Ish, kau cari budak perempuan tu kan? "kata Amirul memandang Liyana.
"Ha! Itupun dia."kata Hazim lalu bergerak ke tempat Liyana.
"Woi! Itu awek aku! Kau nak pergi mana? Kau nak cari bala dengan aku ke? "tanya Amirul.
"Ooo, itu ker awek kau? "Hazim tergelak kecil.
"Patutlar, awek dia mengadu rupanya. "hatinya berkata lagi.
"Ish, nak kena betulla budak ni! Apasal kau gelak? "tanya Amirul kembali.
"Tak, sebenarnya aku nak pulangkan beg dompet ni. Aku tak sempat nak panggil awek kau. Dia dah cabut lari. Macam ni, tadi dompet awek kau jatuh, aku nampak lepas tu, aku nak bagi..tup tup...dia lari pula. Aku kejar lar. "Hazim menerangkan tujuan dia mengejar Liyana. Liyana ternampak Hazim gelak ketawa dari jauh lantas bergerak ke sisi Amirul.
"Awak ni siapa? "marah Liyana.
"Ha! Ni ha, awak punya...ish...Awak ni, dah tak sayangkan barang sendiri ke? "Hazim menghulurkan dompet kepunyaan Liyana yang berwana pink campuran susu itu.
"Oo...thanks...hehe...ingatkan apa tadi. "Liyana tersenyum malu.
"Ermm, aku Hazim. "kata lelaki aneh itu sambil menghulurkan tangan kepada Amirul.
"Err, aku Amirul. Ini awek aku."
"Yana kan? Hurmm.. Nice to meet u."kata Hazim sambil bersalaman. Mereka bertiga menuju ke kantin sambil berbual dan akhirnya menjadi rakan baik.



-Setelah beberapa minggu-

"Yana sayang Am lagi tak? "tanya Amirul tiba-tiba setelah berdiam diri.
"Ha? Kenapa Am tanya macam tu, mestilah Yana sayang kat Am. Kenapa ni? "tanya Liyana kembali dengan rasa kehairanan yang begitu kuat.
"Tak ada apa. Am saja tanya. "jawab Amirul kembali. Liyana kembali berbual dengan Hazim. Amirul hanya memerhatikan mereka berbual sambil tertanya-tanya, adakah Liyana yang dikenalinya dulu masih menyayanginya sepertimana yang diucapkan Liyana atau kata-kata itu hanya satu ucapan yang tiada makna.

-Di rumah Amirul-

Amirul sedang termenung memikirkan hubungannya dengan Liyana dan hubungan Liyana dengan pemuda yang baru dikenalinya bernama Hazim itu.
"Hei! "jerkah Amira, adik kesayangan Amirul. Mereka tinggal berdua sejak ibu bapa Amirul kemalangan dan meninggal dunia. Ketika kemalangan itu, Amirul dan adiknya Amira berada di rumah. Amira adalah satu-satunya adik Amirul sekarang. "Abang tengah fikirkan apa? Khusyuk sampai tak sedar Mira datang? "tanya Amira kembali.
"Eh, Mira. Tak ada apalah. Abang tengah bosan jer. "
"Dah la abang oi. Ingat Mira tak tahu ker? Mira kenal abang lar. Abang kan abang Mira yang paling Mira sayang. "
"Ermm, Mira ingat lagi tak pasal Kak Yana yang abang cerita dulu? "tanya Amirul.
"Ermm, ingat. Kenapa dengan dia bang?"tanya Amira pula.
"Hazim pula?"tanya Amirul lagi.
"Ingat, kenapa bang? "tanya Amira kebingungan. Sememangnya dia mengenali mereka kerana Amirul sering menceritakan tentang mereka kepadanya.
"Abang rasa yang Kak Yana tu dah tak sayang kat abang. Dia dah tak layan abang dah sekarang. Dah tu asyik dengan Hazim je. Huh. "Amirul mengeluh berat.
"Ala, mungkin dia penat kot. Ala, abang tak payah fikir, kalau dia tak sayang abang. Mira kan ada.. "gurau Amira untuk melembutkan hati abangnya itu.
"Ya, abang tahu..." jawab Amirul lantas memeluk adiknya yang berusia 12 tahun itu.

-Di rumah Hazim-

"Liyana Azreen, namanya secantik orangnya. Entah kenapa sejak bertemu dengannya. Aku gelisah jika tidak dapat mendengar suaranya. Hurm, tapi malang, lelaki yang bernama Amirul telah berjaya menawan hatinya terlebih dahulu, dah jodoh mereka."Hazim berkata sendirian. "Eh, baik aku telefon Yana. boleh sembang dengan dia. "kata Hazim lagi lantas mengambil handsetnya untuk menghubungi Liyana.

-Di rumah Liyana-

"Amirul tu kenapa eh? Tiba-tiba jer lain macam tadi, tanya soalan yang pelik pulak tu. Hairan sungguh la..huh.. "Liyana mengelamun sendiri. Nada dering Tanpa nyanyian 6ixth sense memecahkan suasana hening pada malam itu. "Siapa pulak yang call malam-malam ni? "tanya Liyana sendirian. Liyana tersenyum sendirian setelah melihat nama Hazim terpapar di skrin handsetnya. Tanpa berlengah lagi, Yana terus menekan punat hijau. "Hello? "dan mereka terus berbual.

-Di kolej keesokan harinya-
(Di dlm perpustakaan)

"Ish, susahnya soalan ni? "keluh Liyana tiba-tiba.
"Lah, apa yang susahnya? Meh sini Haz tolong. "kata Hazim lantas menarik kertas soalan dari tangan Liyana. "Lah, soalan ni ker? Senang jer. Macam ni... "kata Hazim sambil memberi tunjuk ajar kepada Liyana. Dari jauh, Amirul hanya memerhatikan mereka berdua. Di hatinya masih terdetik, adakah Liyana masih menyayangi dirinya. Dia membiarkan sahaja persoalan itu tergantung tanpa jawapan dan berharap persoalan itu akan terjawab suatu hari nanti.

-2 minggu kemudian..Di kantin kolej-
(Birthday Yana)

"Happy birthday Yana.. "ucap Hazim. "Ni hadiah daripada Haz. Haz ucapkan moga panjang umur dan murah rezeki dan berbahagia bersama orang tersayang. "sambung Hazim lagi sambil menjeling ke arah Amirul yang berdiam diri sahaja.
"Thanks Haz, thanks a lot. Apapun, hope kita dapat terus jadi kawan selama-lamanya." kata Liyana pula. Kemudian, Hazim memandang ke arah Amirul kehairanan.
"Yana, Haz nak pergi tandas kejap. Yana sembang la dengan Amirul dulu. "kata Hazim lagi.
"Ermm, okey. Cepat ya. "kata Liyana pula.


Sebaik sahaja kelibat Hazim hilang daripada pandangan. Liyana terus bangun ingin beredar dari situ. Lantas Amirul terus menarik tangan Liyana lantas berkata.
"Yana, nak pergi mana. Duduk la dengan Am kat sini. Yana.. "
"Ish, lepaskan tangan Yana! "Liyana merentap tangannya. "Am! Yana tak fahamlah dengan Am ni!! Yana betul-betul tak faham. Am makin lama makin lain! Am dah benci sangat ke kat Yana? "kata Liyana lagi.
"Yana!! Siapa yang berubah? Cuba Yana bagitahu Am, siapa yang berubah? Yana tak rasa Yana ke yang berubah sejak berkawan dengan budak yang entah apa niat buruk dia!" jerit Amirul tiba-tiba. Panggg!! Liyana menampar pipi Amirul sehingga mengejutkan semua pelajar yang berada di kantin. Amirul sedikit terkejut. Liyana telah menamparnya!
"Am jangan cakap Hazim macam tu. Teruk macam mana pun dia. Dia tak pernah lupakan Yana! Yana tak faham dengan Am. Kenapa Am berubah? Yana tak pernah berubah. Yana ingatkan Am lah orang pertama yang bagi ucapan selamat kat Yana tapi Hazim dan Am? Am hanya tengok jer kitaorang. Am tak ucapkan apa-apa pun. Yana terasa tau. Am memang dah tak sayangkan Yana.. "Liyana meluahkan perasaannya kepada Amirul dan air matanya mula mengalir.
"Yana, Yana jangan salah faham. Am bukan berniat tak nak ucap apa-apa kat Yana tapi sebenarnya Am nak... "kata Amirul terus dipotong Liyana.
"Dah lar Am. Yana tak nak dengar dah. Yana rasa kita dah tak boleh bersama, kita dah tak ada jodoh. Cukuplah setakat ni saja hati Yana disakiti. Yana dah tak larat dah disakiti. Cukup lar Am, lepas ni biarlah kita jadi kawan. Cukup setakat ni jer hubungan kita. Dan lagi satu, tolong jangan cakap Hazim macam tu lagi. Yana benci! "Liyana meluahkan perasaannya lantas beredar dari situ.
"Yana!! Yana!! Tunggu Yana, dengar penjelasan Am dulu. Yana! "Amirul melaung nama Liyana untuk kali yang terakhir.

Amirul segera keluar dari kolej dengan langkah yang lemah longlai. Hazim yang sudah memerhatikan mereka berdua bertelingkah mengeluh kecil.
"Salah akukah semua ni? "detik hati Hazim. Hazim segera mengejar Liyana.


-Di taman bunga-
(Dahulu..Yana dan Amirul sering ke taman bunga ini)

Sebaik sahaja tiba di taman bunga yang sering dikunjungi mereka[Yana dan Amirul].
Amirul melihat kembali segala yang dilakukannya untuk Liyana. Meja, bunga, lilin, hadiah yang ingin diberinya. Niat di hati ingin memberi kejutan kepada Liyana tetapi ternyata semuanya hanya sia-sia. Gadis yang dicintainya sepenuh hati itu langsung tidak mempercayainya malah terus memutuskan hubungan mereka. Bermacam-macam perasaan timbul di benak Amirul, marah, kesal, sedih, geram, dan lain-lain lagi. Dia bengang, terus dia menyepak segala yang dibuatnya khusus untuk orang yang disayanginya. Dia menendang dengan sekuat hatinya. Habis berselerak kawasan taman bunga itu.
Amirul terduduk sambil menangis. Biarlah apa orang nak kata, dia menangis sebab seorang perempuan. Sesungguhnya, Amirul amat mencintai gadis itu. Inilah kali pertama dia mengalirkan air mata semenjak air matanya mengalir buat kali terakhir apabila ibu bapanya meninggal dunia dan air matanya mengalir kerana seorang gadis. Dari jauh, seorang pelajar kolej yang dikenali dengan nama Lina telah melihat segala-galanya. Dari Amirul sampai di situ hingga Amirul terduduk menangis.
Amirul teringat kembali bagaimana dia dan Liyana sering ke taman ini apabila ada masalah dan berkongsi masalah sesama sendiri. Dia terlalu hampa untuk meneruskan hidupnya.

Di kolej keesokan harinya....


"Apa? Tak! Tak mungkin! Haz, Yana tak percaya. Yana dah hancurkan harapan dia. Yana fikir yang bukan-bukan tentang Amirul. "Liyana terkejut sebaik sahaja pelajar yang bernama Lina itu memberitahu mengenai apa yang dilihatnya di taman bunga semalam.
"Haz, tolong call Amirul. Yana dah tak larat nak call dia. Dia sengaja tak nak angkat." kata Liyana kepada Hazim.
"Yana, kita kena belajar dulu. Jangan tergesa-gesa. Malam nanti kita pergi rumah Amirul. Okey. Sekarang ni kita masuk kelas dulu. "Hazim menenangkan Liyana. Liyana mengangguk lesu.

-Di rumah Amirul-

10 misscall tertera di skrin handset Amirul. Di satu sudut penjuru, Amirul sedang duduk termenung sambil menahan geram.
"Abang? Kenapa abang tak angkat call Kak Yana? Kenapa abang tak pergi kolej hari ni? Kenapa? "Amira bertanyakan soalan bertalu-talu kepada Amirul tetapi Amirul hanya membatukan dirinya. Amirul teringat kata-kata Liyana kepadanya.

"Dh lar Am..Yana xnk dgr dh..Yana rasa kita dh x boleh bersama..kita dh xder jodoh...cukuplah takat nie saja hati Yana disakiti...Yana dh x larat dh disakiti....cukup lar Am....lepas nie biar r kita jd kwn dh..cukup takat nie jer hubungan kita... "

-Di rumah Amirul-
(Pada sebelah mlmnya)

Hujan lebat mula membasahi bumi. Di dalam sebuah kereta.
"Haz, bawalah kereta ni cepat sikit. "desak Liyana.
"Yana, kan hujan ni. Bahaya kalau bawa laju. "pujuk Hazim. Setibanya di rumah Amirul, Liyana terus turun dari kereta dan meredah hujan lebat lantas terus mengetuk pintu rumah Amirul.
"Amirul! Amirul! Bukak pintu ni! "Liyana menjerit.
"Abang, kejap tau. Ada orang datang. Mira nak pergi tengok. "kata Amira lantas beredar ingin membuka pintu. Hujan semakin lebat. Sebaik sahaja Amira membuka pintu, dia terkejut melihat Liyana dan Hazim basah kuyup di hadapan rumahnya. Lantas dia terus berlari memanggil abangnya. "Abang. Kak...Kak Yana dengan Abang Hazim datang cari abang.. "beritahu Amira kepada Amirul. Sebaik sahaja mendengar nama Hazim disebut. Amirul terus meluru keluar dan apabila melihat saja muka Hazim berada di sisi Liyana. Amirul terus menolak Hazim keluar dan menumbuknya dengan sekuat hati. Hujan turun lebat dan semakin lebat, pergaduhan terus berlaku.
"Sejak kau muncul dalam hidup Yana. Yana dah berubah! Dia tak pernah fikirkan aku!! Kau memang tak guna Hazim!! "jerit Amirul di dalam kepekatan malam, keheningan suasana dan kelebatan hujan yang turun.
"Amirul! sabar Amirul..sabar... "Hazim cuba menenangkan Amirul yang sedang mengamuk itu.
”Sabar kau cakap!! Sabar?! Kau ingat aku ni robot ke? Tak ada perasaan? Apa perasaan kau kalau awek kau putuskan hubungan gara-gara kawan baik dia? Apa perasaan kau!! "jerit Amirul bagai halilintar.
"Am! Yana minta maaf. Am, tolong berhenti. Am! "jerit Liyana di dalam tangisannya. Sesungguhnya Liyana masih menyayanginya.
"Abang, dahlah bang. Cukuplah. Abang tak kesian kat Mira ker? "kata Amira pula.
"Arghh!! Korang semua tak faham perasaan aku! Korang tak faham dan takkan faham!! "jerit Amirul terus menumbuk Hazim. Kini mereka bertumbuk di tepi jalan. Tiba-tiba, Amirul ingin menumbuk Hazim tetapi dengan sepantas kilat Hazim menumbuk Amirul terlebih dahulu untuk mengelakkkan dirinya dari dipukul. Amirul terduduk di tengah jalan dan dalam masa yang sama, sebuah lori sedang meluncur laju ke arah Amirul. Liyana, Hazim dan Amira tergamam. Liyana ingin menyelamatkan Amirul tetapi dihalang oleh Hazim kerana terlalu bahaya.
"Amirul! Hazim, selamatkan Amirul! Hazim!! "Liyana menjerit lantas ingin berlari ke arah Amirul.
"Yana! Bahaya! Jangan pergi, terlalu bahaya. "teriak Hazim kepada Yana. Lori itu terus meluru dan membunyikan honnya dengan kuat. Liyana dan Amira menutup mata.
"Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!! "hon lori berbunyi dengan kuat seraya mendengar suara jeritan Amirul
"Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! "Liyana membuka matanya, dia melihat Amirul tercampak ke atas dan jatuh ke atas jalan raya kembali, lori tersebut terus berlalu.
"Amirull!!!!!! "jerit Liyana.
"Abangggg!!!!!!!! "jerit Amira pula. Mereka meluru ke arah Amirul yang ketika itu hanya tinggal nyawa-nyawa ikan, berlumuran darah di atas jalan raya. Liyana memangku tubuh Amirul dan menangis. Amira seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Suasana sayu menyelubungi malam itu. Hazim segera menghubungi polis dan ambulans.
"Am!! Maafkan Yana, maafkan Yana... "Liyana merayu kepada Amirul.
"Yana..Am..A...m...mintak ...maaf..Am sayang Ya...Yana... "Amirul bersuara buat kali terakhir.
"Am, jangan tinggalkan Yana. Tolong...Yana merayu..jangan tinggalkan Yana..Am? Am?? Amirul!! "
"Abang! Kan Mira dah cakap bang, berhenti. Sekarang dengan siapa Mira nak duduk. Kenapa abang tinggalkan Mira? Kenapa? Abang jahat. Abang jahat! Abang tak pernah fikirkan Mira. Kenapa bang? Kenapa?!"Amira memukul mayat Amirul sambil menangis.. Liyana memeluk Amira, mereka berdua menangis. Siren ambulans dan kereta peronda polis berbunyi silih berganti. Mayat Amirul dibawa naik ke ambulans.
"Awak nak bawa abang saya pergi mana? Abang saya belum mati! Jangan bawa dia, jangan! Abang saya belum mati. Abang, jangan tinggalkan Amira bang. Jangan bagi diaorang bawa abang. Mira perlukan abang. Abang, abang tak dengar cakap Mira kenapa? Kenapa? Abang! "jerit Amira dalam tangisannya. Liyana menenangkan Amira. Hazim hanya memerhatikan dari jauh ambulans beredar. Setelah memberi keterangan kepada anggota polis dengan langkah yang longlai. Hazim melangkah menuju kepada Liyana dan Amira. Hazim betul-betul kesal. Hazim telah kehilangan Amirul, kawan baiknya.

-Di pusara Amirul-

"Am, sesungguhnya. Tiada siapa yang dapat menggantikan Am di hati Yana. Yana minta maaf. Yana memang bodoh. Yana tak fiikir perasaan Am. Yana hanya memikirkan hati Yana dan hati Hazim. Yana memang bodoh sebab tinggalkan Am. Maafkan Yana Am. Maafkan Yana. Maafkan Yana sebab tak dapat membahagiakan Am pada saat-saat akhir dalam hidup Am. Yana terpaksa teruskan hidup Yana tanpa Am. Yana akan jaga Amira macam Yana jaga nyawa Yana. Yana akan sayang dia macam mana Yana sayang Am. Maafkan Yana.. Am, Yana...Yana..sayang Am..... "Liyana merenjis air dan bunga di pusara Amirul sambil air mata berlinangan.

Muhd Amirul Ashraf. Berdosakah aku mencintaimu? Bersalahkah aku kerna pernah melukakan hatimu? Walaupun kau pergi meninggalkan aku tetapi kasihmu masih berada di dalam hatiku, tiada siapa dapat menggantikan dirimu, tiada sesiapa. Maafkanku. Maafkanku.


Setahun sudah berlalu. Amira telah pun mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR dan telah mendapat tawaran ke MRSM dan Liyana. Liyana dan Hazim kini masih bersahabat baik, walaupun Hazim pernah meluahkan perasaannya kepada Liyana tetapi ternyata Liyana tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Liyana dan Hazimlah yang menjadi abang dan kakak kepada Amira semenjak pemergian Amirul. Amira sedikit terkilan apabila kejayaannya tidak dapat diraikannya dengan abang yang disayanginya, Amirul. Amira semakin dewasa dan telah dapat menilai yang mana baik, yang mana buruk. Dia juga telah bertekad akan membuat arwah abangnya bangga dan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana yang diharapkan arwah Amirul. Masa terus berlalu dengan pantas.

3 tahun sudah berlalu. Amira telah memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam PMR dan mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik Brash di Ipoh dan Hazim, Hazim telahpun bertunang dengan Lina, gadis yang berjaya memikat hatinya. Walau bagaimanapun, Liyana yang telah menunggu seseorang seperti Amirul telah pun menemuinya. Mungkin orang itu tidak seperti Amirul tetapi dialah yang dapat membahagiakan Liyana sepertimana Amirul membahagiakan dirinya. Muhd Hakim Aimin, budinya sebaik Amirul dan Liyana berharap dia dapat meneruskan hidupnya bersama dengan Hakim dan Amira. Di hatinya masih ada tempat khusus buat Amirul. Amirul telah pergi meninggalkannya tetapi bagi Liyana, Amirul masih hidup didalam hatinya.

-TAMAT-

Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh Nur Ashikin bt. Almi..Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat...


Watak-watak

-Muhd Amirul Ashraf-
-Nur Liyana Azreen-
-Muhd Hazim-
-Lina-
-Nur Amira Ashirin-
-Muhd Hakim Aimin-

DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

♥KASIH ITU♥


Kasih itu..


"SPM dah habis!! "Jerit seorang pelajar sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan yang telah menyebabkannya tidak tidur lena.
"Wooo!!! "Jerit sekumpulan pelajar lelaki pula.

Keesokan harinya..

"Baiklah pelajar semua, tahniah sebab awak semua dah menjalani ujian dengan jayanya. Baiklah, hari ini. Saya ingin memberikan kebebasan kepada awak semua sebab awak dah bertungkus lumus untuk SPM. Walau bagaimanapun hari ini, saya serahkan semuanya kepada awak. Awak buatlah aktiviti apa-apa pun, tetapi jangan sampai keluar sekolah pula. Awak akan balik awal hari ini. Baiklah Aidit, awak mempengerusikan majlis ini. Sekian. "...
"Woo!! Yeah!!!! "Jerit pelajar sehingga bergema dewan sekolah tersebut selepas Puan Noriza memberikan kebebasan kepada mereka. Sebaik sahaja guru-guru telah keluar dari dewan.
"Baiklah, siapa nak mulakan aktiviti kita hari ini?? "Jerit Aidit dari atas pentas.
"Wei, bagi aku, aku nak menyanyi satu lagu. "Jerit seorang pelajar lelaki dari bawah pentas.
"Baiklah. Firdaus, silakan. "Aidit menjemputnya.
"Baiklah, saya akan menyanyikan sebuah lagu. Lagu ini saya tujukan khas buat seseoran yang saya suka. Orang itu, tahu sendiri. " Firdaus mula menyanyikan lagu Puspa nyanyian ST 12.


Kau gadisku yang cantik,
Coba lihat aku disini,
Di sini ada aku yang cinta padamu,

Kau gadisku yang manis,
Coba lihat aku di sini,
Di sini ada aku yang sayang padamu,

Walau ku tahu bahwa dirimu,
Sudah ada yang punya,
Namun kan ku tunggu sampai kau mahu,

Jangan-jangan kau menolak cintaku,
Jangan-jangan kau ragukan hatiku,
Ku kan selalu setia menunggu,
Untuk jadi pacarmu,

Jangan-jangan kau tak kenal cintaku,
Jangan-jangan kau hiraukan pacarmu,
Putuskanlah saja pacarmu,
Lalu bilang i love u padaku...oooo...

Walau ku tahu bahwa dirimu,
Sudah ada yang punya,
Namun kan ku tunggu sampai kau mahu...


Sepanjang Firdaus menyanyikan lagu tersebut, matanya hanya memandang seorang gadis yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman. Gadis yang sedang berbual tersebut memandang Firdaus di atas pentas lalu mereka pun bertentang mata. Gadis tersebut melarikan anak matanya dari pandangan Firdaus. Memang Firdaus kacak, tetapi…Dari jauh, seorang pelajar lelaki memandang geram kearah Firdaus, dia tahu Firdaus menyanyikan lagu tersebut buat siapa. Firdaus menyanyikan lagu tersebut buat teman wanitanya Effa. Dia tahu Firdaus sudah lama memendam rasa kepada Effa. Lelaki itu, Izwan memandang Effa dan dia melihat Effa tersenyum kearah Firdaus. Hatinya semakin membara.
"Tunggu kau Firdaus!"Izwan melepaskan geramnya.

Selesai sahaja..

"Woo!! Bravo!! "Jerit pelajar di dalam dewan itu sambil menepuk tangan. Bergema dewan itu, riuh rendah. Acara diteruskan. Firdaus menuju ke tandas, dia tidak sedar bahwa bala sedang menanti dia.
"Woi! "Izwan menjerit dari belakang Firdaus sewaktu Firdaus sedang menghampiri tandas tersebut. Firdaus memalingkan wajahnya dan..
"Woi! Apa ni?? Tumbuk orang ni?? Pasal kau tumbuk aku, apa aku buat kat kau?? " Firdaus memarahi Izwan apabila Izwan menumbuk mukanya. Dia tidak boleh bergerak. Badannya sedang dipegang kuat oleh rakan-rakan Izwan.
"Woi Irfan, lepas lah aku. " Firdaus berkata kepada Irfan.
"Kau bagitahu aku sekarang, untuk siapa kau tujukan lagu tadi?? "Izwan bertanya kepada Firdaus.
"Err..untuk siapa, untuk diaorang la. " Firdaus menjawab.
"Kau tak payah nak tipu aku! Kau ingat aku bodoh?? Aku tahu kau tujukan lagu tu untuk Effa kan??! "Jerit Izwan pula.
"Tak! Aku...tujukan lagu tu untuk orang yang aku suka!! " Firdaus menjerit lagi.
"Dush! "Izwan menumbuk Firdaus lagi. Dari jauh, Syuhada rakan Effa segera memanggil Effa setelah melihat Izwan sedang memukul Firdaus. Effa tergamam melihat bibir Firdaus berdarah.
"Iz! Cukup Iz!! Berhenti! "Effa menarik Izwan.
"Irfan! Ajim! Lepaskan dia! "Effa menjerit lagi. Mereka pun melepaskan Firdaus lantas beredar dari situ.
"Arghh.. " Firdaus terjatuh.
"Firdaus! "Effa menjerit lantas berlari kearah Firdaus yang sedang terbaring di atas lantai.
"Kau ingat Firdaus! Lepas ni, kau berani dekat dengan awek aku, jaga! Effa! Balik! Ikut Iz sekarang! "Izwan menjerit lantas menarik tangan Effa.
"Firdaus! "Effa hanya mampu menjerit dari jauh.

Tiba-tiba...

"Pangg!! "Effa menampar Izwan.
"Effa?! "Jerit Izwan.
"Kenapa Iz pukul Firdaus?? Firdaus tak salah kan? Iz ni memang teruk la!! Teruk sangat!! Okay! Mulai hari ni kita putus! "Effa menjerit lagi lantas beredar dari situ dan mendapatkan Firdaus semula.
"Effa? Kenapa Effa buat Iz macam ni?? Iz sayang Effa! Iz sayang Effa sangat-sangat! Iz tak sanggup Effa pergi kat orang lain!! Effa!"Izwan berkata perlahan.
"Kenapa Effa?? Kenapa??! "Izwan mengeluh lagi.

Di rumah Effa..

"Fir, awak okey?? "Effa bertanya.
"Saya ada kat mana ni?? Effa??! "Firdaus terkejut.
"Awak ada kat rumah saya. Lepas awak kena tumbuk tadi, awak pengsan. Saya bawa awak datang rumah saya, saya tak tahu nak bawa awak pergi mana jadi saya bawa awak datang sini. Awak okey ke?? "Effa menerangkan dengan panjang lebar.
"Saya okey. Thanks. Arghh... "Firdaus menjerit kecil.
"Awak tak apa-apa?? Jangan banyak bergerak..err..awak nak makan ke?? Saya pergi ambilkan makanan ya."Effa berkata lantas bangun untuk beredar.
"Tak..tak apa. Saya tak ada selera. "Firdaus menarik lengan Effa. Effa memandang Firdaus sambil menarik tangannya dengan perlahan. "Maaf.."Firdaus melepaskan tangan Effa.
"Sikit lagi saya hantar awak. Tunggu awak sembuh sikit...err...awak..saya nak minta maaf bagi pihak Izwan, dia sebenarnya cemburu dengan awak. Dia tu panas baran. Saya pun dah break dengan dia. "Effa memberitahu.
"Apa??! Awak break dengan dia?? Tapi kenapa?? Dia cemburu sebab dia sayangkan awak, dia.. "Firdaus terdiam. Effa yang sedang mendengar Firdaus berhenti bercakap memandang Firdaus. "Izwan..aku..aku. "Firdaus tergagap apabila melihat Izwan di hadapan rumah Effa.
"Effa?? "Izwan memohon perjelasan.
"Izwan, awak nak apa? Tak cukup lagi awak dah tumbuk dia?? Awak nak apa sekarang? Awak nak tampar saya pula ker? "Effa menengking Izwan. Firdaus tersentak. Effa memegang tangannya. Izwan terkejut memandang Effa.
"Effa?! "Izwan menjerit. Firdaus terbangun. Kesakitannya hilang serta merta.
"Effa?"Firdaus kaget.
"Saya dah couple dengan Firdaus, jadi saya pun tak ada hubungan dengan awak kan? So, awak boleh lah cari orang lain. Saya ..saya...sayang Firdaus!! "Effa menjerit.
"Effa?"Firdaus terkejut begitu juga Izwan.
"Effa? Sayang Firdaus? "Izwan bertanya gugup.
"Ya! Saya...sayang dia. "Effa berkata.
"Effa.... "Izwan berkata perlahan. Dia terasa lemah. Cincin yang ingin diberi kepada Effa sekian lama terlepas dari genggamannya. Dia hampa, terlalu hampa. "Effa, thanks sebab pernah couple dengan saya. Saya cintakan awak. Saya sayang awak dan saya akan tunggu awak. "Izwan berkata perlahan. Langkahnya lemah. Sebaik kelibat Izwan menghilang, Firdaus merentap tangannya.
"Effa?! Apa awak cuba buat?!"Firdaus menengking Effa.
"Fir? Bukan ke selama ni awak suka kat saya, patutnya awak suka bila saya dah anggap awak ni pakwe saya. "Effa berkata.
"Memang!! Memang saya suka kat awak tapi saya tak nak jadi awak punya pakwe dengan cara macam ni? Awak sedar tak apa awak buat ni? Awak dah hancurkan harapan dia. Kenapa Effa?? Kenapa awak kejam sangat? "Firdaus memarahi Effa. Dia terlalu terkejut. Dia segera beredar dari situ.
"Fir! Fir.. "Effa memanggil Firdaus yang sudah jauh melangkah. Dia mengambil cincin yang terjatuh dari tangan Izwan sebentar tadi. Firdaus berjalan, dia tak sanggup.
"Kenapa Effa buat Izwan macam tu? Kenapa? "Firdaus mengeluh perlahan. Tiba-tiba..
"Izwan? Izwan, aku...aku tak couple dengan dia. Aku pengsan, dia bawa aku balik rumah dia. Kau datang..dia....nak sakitkan hati kau jadi dia cakap yang kitaorang couple. Aku minta maaf, aku tak ada apa-apa dengan dia, aku tak ada hubungan dengan dia. Aku sumpah... "Firdaus menerangkan segalanya dengan tergagap-gagap.
"Dah la Firdaus. Aku pun dah tak peduli semua tu. Mungkin semuanya salah aku, mungkin dia memang tak sayangkan aku dah. Aku tak tahu nak buat apa sekarang."Izwan mengeluh berat.
"Iz, aku faham perasaan kau tapi kau pilihan dia. Kita dua orang lelaki yang mencintai seorang perempuan tapi yang menjadi pilihan adalah perempuan itu yang tentukan. Dia tak rela lepaskan kau. Aku tahu, aku boleh tengok dari mata dia. Dia boleh bunuh diri kalau kau tinggalkan dia.. "Firdaus menerangkan. Terdiam seketika, tidak lama kemudian, kedua-duanya terkejut.
"Bunuh diri!! "Firdaus dan Izwan menjerit lantas kedua-duanya berlari semula ke rumah Effa. Sebaik tiba di rumah Effa, mereka melihat Effa sedang terbaring diatas lantai. Mereka segera membawanya ke hospital.

Di Hospital...


"Maaf, boleh saya jumpa dengan ahli keluarga pesakit? "Seorang doktor bertanya kepada Firdaus dan Izwan.
"Saya! "Mereka menjawab serentak.
"Ya? "Doktor tadi memohon perjelasan.
"Dia! "Mereka menjawab serentak.
"Ya? Siapa sebenarnya? "Doktor tadi bertanya.
"Err, kami keluarga dia. Pesakit tu tak ada keluarga. Dia tinggal dengan kawan-kawan dia. "Izwan menjawab. Dia memang mengetahui mengenai Effa. Effa seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama rakan-rakannya. Syuhada, Sofia dan Anis.
"Ya, kami bagi pihak kawan-kawan dia. Apa sakit dia doktor? "Firdaus bertanya kepada doktor yang bernama Azira itu.
"Ermm..Saya dah kenal dengan Effa, penyakit dia menyerang balik. "Doktor itu terhenti seketika apabila mendengar suara menjerit.
"Wei, Iz., Firdaus. Effa mana?? Doktor, Effa macam mana?? Sakit dia datang balik ke?? "Sofia bertanya.
"Ha?? Sakit?? Datang balik? Apa ni Sofia? "Izwan bertanya.
"Ya Sofia. Effa pengsan tadi. Saya dah periksa, sakit dia tambah parah. Saya rasa sebab dia stress atau banyak berfikir. "Doktor Azira tadi memberi perjelasan. Dia memang kenal rapat dengan Sofia, Syuhada dan Effa. Mereka sering mendapatkan rawatan dari Doktor Azira untuk Effa.
"Ya Allah. Doktor, macam mana ni?? Effa mana?? "Syuhada pula bertanya.
"Effa sedang dirawat, saya nak tanya. Mereka ni siapa? "Doktor Azira bertanya sambil memandang kearah Izwan dan Firdaus.
"Oh, ermm. Ini Izwan, pakwe Effa yang selalu kitaorang cerita tu, ni pula Firdaus, kawan Effa. "Sofia menerangkan. Izwan memandang Firdaus.
"Ermm, Izwan..awak la...ermm...Effa tak bagitahu awak dia sakit apa? "Doktor tadi bertanya.
"Effa sakit apa doktor? "Izwan bertanya.
"Awak tanyalah kawan awak. Maaf, saya ada hal, saya pergi dulu. Sofia, Syuhada, Effa sedang berehat, jangan ganggu dia sampai dia sedar. "Doktor Azira meminta izin lalu dia pun berlalu.
"Sofi? Syu? Apa korang nak cakap sekarang? "Izwan bertanya. Wajahnya kelihatan serius.
"Effa sakit. Dia... "Syuhada tidak dapat menahan perasaannya. Air matanya mula menitis.
"Syu? Apa ni? Sofia, tolong cakap kat aku, apa sakit dia? "Izwan memohon perjelasan.
"Iz, aku kena balik. Ada hal, aku pergi dulu. "Firdaus berlalu.
"Effa...Effa sakit...dia menderita...leukimia. "Sofia memeluk Syuhada yang sedang menangis teresak-esak.
"Ha? "Izwan terduduk. "Effa sakit leukimia? "Izwan bertanya, dia seakan tidak percaya.
"Ya. Maaf, Effa tak bagi kitaorang bagitahu kau. Kitaorang nak... "Suara Sofia tersekat. "Kitaorang nak bahagiakan dia saat akhir. Kitaorang tak nak dia pergi. "Syuhada memberitahu.
"Effa?! Kenapa? Kenapa Effa tak bagitahu Iz? Kenapa? Kenapa Effa. Kenapa?"Izwan menumbuk dinding. Izwan memandang Effa dari luar biliknya. Effa terbaring kaku diatas katil dengan wayar di tangan, hidung, dada dan kepala."Kenapa? "Izwan lemah. Dia teringat, pernah Effa pening kepala sehingga hampir pitam dan juga aiskrim yang dibelinya untuk Effa terjatuh apabila Effa kelihatan seperti tidak nampak dan bagaimana Effa pernah pengsan apabila sedang berjoging dan juga hidungnya yang pernah berdarah apabila berada di tengah panas. Semuanya kerana penyakitnya.
"Dulu, sakit dia dah okey sikit, maybe sebab dia selalu gaduh dengan kau, dia stress balik. "Izwan teringat kata-kata Sofia.

************************************************************************************************************************************************


Di sekolah...

"Izwan, kau okey? "Firdaus bertanya kepada Izwan ketika rehat.
"Firdaus, kau dah tahu apa sakit Effa? "Izwan bertanya.
"Dah, Sofia bagitahu aku tadi. Hanya keajaiban je yang boleh selamatkan Effa sekarang. Sofia cakap, dia dah tahap kritikal. "Firdaus menepuk bahu Izwan lalu beredar.
"Effa, maafkan Iz. "Izwan berkata perlahan. Dari jauh, Sofia, Syuhada dan Anis memandang simpati.

Di Hospital...

Izwan sampai awal di hospital hari itu. Dia terus ke bilik Effa, dia duduk di sebelah Effa. Effa masih tidak sedarkan diri. Izwan tertidur sebentar, ketika Izwan sedang tidur. Effa terjaga. Dia terkejut melihat Izwan sedang tidur di sisinya.
"Iz? "Effa memanggil perlahan.
"Ha? "Izwan terjaga. Dia memandang Effa. "Effa, awak dah bangun. Awak okey ke? Kenapa awak tak bagitahu sebelum ni? "Izwan bertanya.
"Maafkan saya, saya tak berniat nak berahsia dengan awak, saya tak nak awak risau dan maaf, saya putuskan hubungan dengan awak..saya.. "
"Dah, awak tak payah cakap. Saya dah tahu...Saya...yang bersalah. "Izwan memotong kata-kata Effa. "Effa, berikan saya satu peluang lagi untuk membahagiakan awak. "Izwan menggeggam tangan Effa.
"Ermm.. "Effa menggagguk perlahan. Dia tersenyum, Firdaus yang mahu masuk ke bilik itu mendengar perbualan Effa dan Izwan.
"Sayang sekali, aku terlambat. "Firdaus mengeluh perlahan. Dia beredar dari situ sedang Izwan dan Effa sedang bergembira di dalam bilik itu.
"Ha, sekarang Effa kena makan, dah 2 hari Effa tak sedarkan diri jadi kena makan banyak, kena gemuk, hehehe. "Izwan menyuap Effa sambil tergelak kecil.
"Biar Effa pula suap Iz..meh..Ala bucuk..Meh makan meh, heheheh."Effa tersenyum gembira. Akhirnya, dia dapat bersama dengan orang yang dia cintai di saat akhir dalam hidupnya.
"Effa, saya nak bagitahu, bulan depan awak buat pembedahan tau. Saya doakan awak berjaya. "Izwan menggeggam tangan Effa. Effa mengangguk lesu.

10 Tahun berlalu..

Masa berlalu dengan pantas.
"Kenapa kau pergi? Kenapa? Maaf, mungkin semua ni takdir yang harus aku akui. 10 tahun, pantas sungguh waktu berlari. Aku tak nafikan, aku banyak berdosa kepada kau, aku minta maaf. Aku berjanji akan bahagiakan orang yang kau sayang. "Izwan yang sudah berusia 27 tahun ketika itu mengusap pusara tersebut.
"Abang, dah la. 10 tahun dah dia pergi. Tak payah salahkan diri abang. Abang cuma sedekahkan al-fatihah kepada dia. Okey. "Seorang wanita memegang bahu Izwan.
"Effa, terima kasih untuk segalanya. "Izwan mengucup dahi Effa. Effa berjaya di dalam pembedahan 10 tahun lalu, namun sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Berita Firdaus meninggal dunia akibat penyakitnya. Barah otak. Rupa-rupanya, Firdaus juga menghidap penyakit yang berbahaya. Ketika hari Effa dimasukkan ke hospital. Firdaus pergi mendapatkan rawatan kerana terasa kepalanya sakit. Ketika Effa sedang menjalani pembedahan. Firdaus menulis surat di hadapan Aidit. Hanya Aidit sahaja yang mengetahui segalanya tentang Firdaus. Dan ketika Effa selamat menjalani pembedahan. Firdaus telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Effa menitiskan air mata setelah membaca surat pemberian Firdaus. Sesungguhnya, insan bernama Firdaus Ehsan itu mempunyai hati yang amat mulia.


Assalammualaikum....

Kehadapan saudari Izwan dan Effa. Effa, saya minta maaf kalau selama ni saya selalu menyebabkan awak dengan Izwan bergaduh. Saya harap awak berjaya dalam pembedahan ini. Bila awak dapat surat ni, saya dah pergi jauh. Jauh dari hidup awak dan Izwan. Jauh sangat. Terima kasih sebab pernah tolong saya. Saya harap hubungan awak dengan Izwan kekal sampai ke anak cucu. Izwan, aku minta maaf sebab suka ganggu hubungan kau dengan Effa, .lepas aku pergi. Aku takkan ganggu hidup kau dah. Terima kasih sebab jadi kawan aku ketika aku menghabiskan sisa hidup aku. Effa, Kasih itu yang bawa cinta awak dan Izwan bersatu. Sekian. Ermm, Aku ada satu benda nak bagi kat korang. Harap korang enjoy. Khas untuk korang berdua.



Saya MALAS,
awak suruh saya RAJIN...
sAya NAKAL..
awak MARAH...
saya SENYUM..
awak LAGILAH SENYUM..
saya GURAU..
awak GELAK..
SWEETZ sangat masa tue..
tapi kalau saya TAK ADA..
jAngan pula awak ikut saya PERGI..
cuma..
'DOA' jer dalam hati dan ingat dekat saya...
dah cukup untuk nilai persahabatan kita....
dan buat saya tenang selamanya...
awak jangan sedih..
saya tak suka AIR MATA awak menitis nanti..
sebab SAYA TerLALU SYGKN AWaK!!
<33


Khas untuk kau dengan Effa...

Dari sahabat yang
menyayangi korang....

Firdaus Ehsan....


************************************************************************************************************************************************

Izwan dan Effa telah pun menginjak ke umur 27 tahun. Mereka telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Firdaus Ehsan. Sempena nama sahabat mereka yang amat disayangi. Sesungguhnya, seperti yang Firdaus katakan. Kasih itu yang membawa kebahagiaan kepada mereka selamanya…



Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh Nur Ashikin bt. Almi..Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat...


28/10/2008
Selasa
5.44 ptg

Watak-watak

-Izwan Amir-
-Effa Fariesya-
-Firdaus Ehsan-
-Sofia-
-Syuhada-
-Aidit-
-Irfan-
-Ajim-
-Anis-
-Doktor Azira-
-Pn. Noriza-

DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)