AMBIL PERHATIAN !

setiap keluaran cerpen dalam blog ini adalah



HAK CIPTA TERPLEIHARA OLEH NUR ASHIKIN BINTI ALMI
dilarang sama sekali untuk membuat salinan sama ada cetakan bertulis atau photostat mahupun print screen


SAYA PENULIS BARU. SEBARANG KECACATAN PADA PENULISAN SAYA HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH :D

March 6, 2012

♥MEMORI SEMALAM 2♥


MEMORI SEMALAM 2

“Abang! Ada surat.” Azan memandang adik perempuannya yang sedang berlari-lari anak ke arahnya. Surat? Dia tertanya sendirian. Rasanya dia tidak menunggu apa-apa surat. Azan mencapai sampul berwarna biru yang dihulurkan Arisa, adik perempuannya.

“Okey.” Azan membuka sampul surat itu dengan berhati-hati. Sekeping kad berwarna hitam putih dikeluarkan. Apa ini? Azan membuka kad itu dan mula membaca.

Tahniah! Anda dijemput ke perjumpaan semula@reunion kelas 4 dan 5PK1. Reunion tersebut akan pada tarikh 25 hb 1 2020 bertempat di Hotel pada pukul 8.30 malam hingga 11 malam.

Muhd Azan bin Kamarul Azfar.

Anda dikehendaki memakai baju mengikut tema pada malam itu.

Tema warna adalah warna :

-hitam

-putih

-pink

-merah

-biru

*Disebabkan kelas kita mempunyai bilangan bekas pelajar yang mencukupi, maka setiap dari anda yang dijemput hendaklah membawa pasangan masing-masing yang juga merupakan bekas pelajar kelas ini kecuali mereka yang sudah berkahwin maka hendaklah membawa pasangan anda.

*Bekas pelajar lelaki yang seharusnya mengundang bekas pelajar perempuan.

“Apa benda ni?” Azan mengerutkan dahinya. Pelik dengan isi kandungan kad tersebut. Lelaki kena ajak perempuan? Apa diaorang merepek ni?

*******

Titt..Titt.. Alia membuka matanya. Siapa pula yang menelefonnya pagi-pagi ini? Menganggu benar tidurnya. Alia memandang jam dinding yang rapi tersangkut di dinding kamarnya. Menunjukkan 6.30 pagi. Dia mencapai telefon bimbitnya yang bordering dari tadi.

“Helo.” Alia menjawab malas. Matanya masih berat untuk dibuka. Dia masih mengantuk. Setelah peperiksaan akhir tahunnya usai diambil, dia benar-benar letih.

“Lia!!” Alia tersentak. Gila apa? Dia memandang skrin telefon bimbitnya. Rafiqa? Buang tabiat ke si Rafiqa ni?

“Hoi. Kau ni kenapa? Jerit-jerit ni? Kena rasuk ke?” Rafiqa mengekek. Sengaja dia menjerit. Dia mahu mengusik gadis itu. Terlalu lama mereka tidak bertemu. Rindu pula pada zaman gila-gila mereka dahulu.

“Haha. Sorry. Wei, kau dapat surat tak?” Rafiqa mengajukan soalan segera.

“Surat apa?” Alia masih mamai.

“Kita dijemput pergi reunion la. Kelas kita dulu.” Rafiqa menerangkan. Alia membuka matanya luas-luas. Reunion? Alia bingkas turun dari katilnya. Segera bergerak ke luar rumah dan menuju ke peti surat. Tiga surat. Satu untuk ayah. Satu untuk kakak. Satu lagi.. Eh?

“Dapat. Aku dapat. Eh? Lelaki kena jemput perempuan?” Alia membaca berulang kali ayat itu. Siapa penganjurnya?

“Ha! Tahu pun. Itu aku pelik. Tapi kan yang tulis kat situ. Yang kahwin bawak pasangan. Ada ke budak kelas kita yang dah kahwin?” Rafiqa bertanya lagi.

“Entah, rasanya tak ada. Tak tahu pulak aku. Eh, siapa yang buat reunion ni?” Alia bertanya kembali.

“Ha, yang itu memang aku tak tahu. Hm. Kau nak pergi dengan siapa?” Alia mengangkat bahunya. Macamlah Rafiqa ada di depannya.

“Entah. Tunggu je la.” Alia menjawab. Masing-masing terdiam.

******

“Assalamualaikum.” Rafiqa menoleh kearah suara itu. Eh?

“Waalaikumsalam. Eh, kau? Buat apa kat sini?” Rafiqa memandang si pemanggil.

“La, datang nak makanlah. Nama pun kedai makan kan? Hm. Sorang je ke?” Si pemanggil bertanya. Rafiqa mengangguk

“Sorang je la. Kau sorang je ke?” Si pemanggil turut mengangguk.

“Duk sama jom.” Si pemanggil mula membawa makanannya ke sebuah meja. Rafiqa mengikut langkah si pemanggil.

“Dapat tak surat?” Si pemanggil bertanya sambil mula menyuapkan makanan ke mulut.

“Surat? Surat apa?” Rafiqa hairan. Surat? Oh.. “Oh, surat. Kad reunion tu ye?” Rafiqa mula faham akan soalan si pemanggil.

“Yelah. Hm. Dah ada partner?” Si pemanggil bertanya. Rafiqa hanya menggeleng. Masih banyak lagi perkara yang harus difikirkan selain perkara itu.

“Kita pergi sama nak?” Rafiqa memandang si pemanggil. Terkejut dengan pelawaan itu.

Di tempat pertama.


“Dah dapat pasangan belum?” Alia memandang Fahmi yang sedang memegang buku rujukan yang hendak dipulangkan ke perpustakaan. Maklumlah, mereka berdua sudah pun tamat peperiksaan akhir mereka di Universiti Islam Antarabangsa itu.

“Aku dah plan dah nak ajak siapa.” Fahmi menjawab. Harapannya agar si dia yang ingin dipelawanya itu masih tiada pasangan. Alia membiarkan jawapan Fahmi. Dia sendiri buntu. Siapa pula temannya?

Di tempat kedua.

“Anith! Orang telefon.” Anith yang sedang menggoreng nasi untuk dibuat sarapan pagi itu bergegas ke telefon rumahnya. Siapa pula yang telefon ni?

“Ye, Anith kat sini.” Anith menjawab telefon itu.

“Anith..Kita pergi reunion tu sama-sama nak tak?” Anith terkejut.

“Siapa ni?” Anith menyoal kembali. Siapa pula yang bersedia menawarkan diri untuk pergi bersamanya. Anith terdiam tatkala nama itu disebut. Biar betul?

Di tempat ketiga.

“Aku tak rasa kita boleh pergi ni.” Dania memandang Nisa. Mereka berdua harus kembali ke United Kingdom bagi meneruskan semester kedua mereka di sana. Tarikh yang tercatat ialah 25 haribulan. Sedangkan mereka harus berada di sana pada 20 haribulan.

“Tahu tak apa. Hm. Tak pergilah jawabnya.” Nisa menjawab kecewa. Kecewa benar rasanya tidak dapat ikut serta akan perjumpaan semula yang diadakan itu. Masing-masing mengeluh.

Di tempat keempat.

“Wei Dollah. Kau ajak siapa pergi?” Razman mengangkat kotak-kotak peralatan komputer yang baru diterimanya malam semalam.

“Kita berdua mana boleh pergi la. Kau dah lupa ke? Kita berdua ni kena pergi Kedah, ada seminar kat sana. Dah lupa?” Dollah mengingatkan Razman. Razman menepuk dahi. Alamak!

“Habis, tak pergilah?” Dollah menggeleng. Zafiq yang memandang gelagat keduanya tersenyum sahaja. Kasihan mereka.


Tarikh keramat 25 haribulan sudahpun tiba. Hampir 3 minggu segalanya dirancang. Kini mereka lebih bersedia. Yang dia tahu ada 8 orang tidak dapat menghadiri majlis perjumpaan semula ini. Majlis anjurannya dan sahabatnya ini akan dihadiri hanya 10 orang yang juga merupakan 5 pasangan.

“Selamat datang ke majlis perjumpaan semula bekas pelajar kelas 4 dan 5 PK1 ini. Sebenarnya untuk pengetahuan umum sekalian, majlis ini telah pun dianjurkan dengan jayanya oleh aku, Erfa Syiqqin Natalia dan sahabat kita Muhd Hanif. Kami bersepakat untuk mengadakan perjumpaan ini setelah 10 tahun kita semua mengakhiri zaman persekolahan.” Erfa menjemput Hanif pula untuk meneruskan bicara.

“Okey. Sekarang kita jemput pasangan demi pasangan untuk naik ke atas pentas ini bagi memberi ucapan. Dipersilakan pasangan pertama, Alia Ineza dan Muhd Farid.” Hanif memanggil Alia dan Farid. Kesemua hadirin yang hadir menepuk tangan sambil tersenyum. Hanif dan Erfa tersenyum. Mereka sudah menjangkakan pasangan ini akan hadir bersama.

“Okey. First, aku nak cakap banyak-banyak terima kasih dekat Erfa dengan Hanif sebab buat reunion ni. Agak kelam kabut la aku cari nombor budak-budak perempuan kelas ni sebab aku baca kat kad tu cakap lelaki kena bawak perempuan.” Semua hadirin ketawa mendengar bicara Farid. Alia pula hanya tersenyum. “Then, aku nak cakap thanks kat Alia ni sebab dia setuju nak follow aku malam ni. Kalau tak memang aku tak tahu nak ajak siapa.” Farid mengakhiri ucapannya. Alia mengambil tempat untuk berucap.

“Aku pun sama lah macam si Farid ni. Nak cakap thanks sangat lah dekat Erfa dengan Hanif. Aku memang tak sangka korang yang buat reunion ni. Kiranya korang masih lagi ingat kat kitaorang semua ni. Tapi sayanglah ye. Tak semua dapat hadir malam ni. Apa-apapun terima kasih lah ye.” Alia mengikut langkah Farid menuruni tangga pentas itu.


Pasangan demi pasangan mula dijemput Erfa dan Hanif. Bermula dengan Alia dan Farid yang mengenakan tema warna hitam dan putih, diteruskan lagi dengan Azan dan Rafiqa dengan tema putih dan pink. Diserikan lagi majlis itu dengan kehadiran pasangan Zafiq dan Anith yang menggunakan tema warna hitam dan merah dan diakhiri dengan ucapan dari pasangan terakhir, Fahmi dan Hidayah yang sama padan mengenakan warna hitam dan biru. Sememangnya dijangka Erfa dan Hanif yang turut bergaya dengan warna biru dan pink. Dania, Nisa, Afiqah, Athirah, Razman, Dollah, Hafiz dan Reizal tidak dapat menghadirkan diri kerana mempunyai agenda yang lebih penting.

“Okey lah kawan-kawan. Memandangkan jam sudahpun sampai ke pukul 10.45 malam dan masa selebihnya akan digunakan untuk tayangan video. Terima kasih pada Nisa, walaupun dia tidak dapat hadir malam ini tapi dia dah bagi kita satu video. Katanya video ini merupakan kenangan kita semua pada jamuan akhir tahun tingkatan lima dahulu. Dia telahpun menyerahkan softcopy pada Razman dan Dollah dan diaorang berdua pun dah burn video ni kat sekeping CD. Korang semua dah dapat CD tu satu setiap seorang. Okey, kita layan video ni sama-sama.” Hanif memainkan CD video rakaman yang diberikan Nisa kepada mereka dua hari sebelum Nisa dan Dania bertolak ke United Kingdom.

Masing-masing tersenyum melihat video itu. Sekali sekala tergelak melihat gelagat bekas pelajar kelas ini. Sementara Erfa dan Hanif benar-benar gembira dengan usaha mereka untuk mengadakan majlis ini. Sumbangan mereka yang tidak dapat hadir turut dihargai.

“Rasanya nak buat lagi tak?” Erfa bertanya pada Hanif.

Maybe. 10 tahun lagi…” Hanif memandang Erfa dan mereka berdua tersenyum. Sampai bila-bila, kelas ini akan tetap kekal di hati mereka semua. Ianya memori semalam yang tak akan dilupakan selamanya.

.TAMAT.

AMARAN!!

Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati. Hak cipta terpelihara oleh NUR ASHIKIN BT. ALMI. Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat.


DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

No comments: