Memori Semalam.
Kelas 4PK1 mula riuh rendah tatkala kaki guru Bahasa Melayu gantian, Cik Siti Hawa Dalila yang menggantikan Puan Nodiana yang cuti bersalin melangkah keluar. Serentak itu juga Fahmi dan Alia berpandangan. Fahmi memberi isyarat, Alia pantas menggeleng. Isyarat Fahmi yang menyuruhnya mengawal kelas segera ditolak. Tidak sanggup menghilangkan suaranya untuk menjerit. Fahmi sudah memicit kepalanya sambil memandang pelajar lelaki yang sudah berkumpul di belakang kelas itu.
Sementara itu, Alia sudah memandang seorang demi seorang. Melihat kerenah pelajar kelas yang disayanginya itu. Rafiqa di sebelah yang sedang khusyuk melakukan kerja sekolah dijeling. Dia memandang belakang. Kelihatan Athirah sedang melentokkan kepalanya diatas mejanya manakala Hidayah sedang khusyuk menbaca novel yang baru dipinjamnya dari rakan sebiliknya semalam. Alia mengalihkan pandangannya kearah Dania dan Nisa atau nama penuhnya Khairunnisa Liyana Adillah. Keduanya sedang bergosip sambil memandang pelajar lelaki. Mungkin sedang menggosipkan pelajar lelaki itu. Alia memandang Afiqah dan Anith pula. Setiap butir bicara Anith boleh didengar dengan jelas kerana suaranya yang besar itu. Alia memandang Afiqah yang hanya mendengar cerita Anith itu. Tidak sakitkah telinganya? Alia menggeleng sambil tersenyum.
Alia memandang kumpulan pelajar lelaki pula. Tidak kurang hebatnya. Azan, Hanif, dan Farid sedang bercerita. Terangkat-angkat tangan Farid bercerita, Azan mendengar cerita Farid hingga berkerut-kerut dahinya. Hanif pula sudah terlopong mendengar cerita Farid. Alia menggeleng lagi, pandangannya berubah lagi. Zafiq, Razman dan Abdullah atau mesranya Dollah juga sedang berbual tetapi kelihatannya Dollah sedang mencoretkan sesuatu di dalam kertas. Zafiq dan Razman mengangguk-angguk. Agaknya Dollah sedang mengajar mereka, fikir Alia. Maklumlah, Dollah merupakan salah seorang pelajar cemerlang di kelas 4PK1 itu.
Matanya beralih pula pada wajah Erfa. Dia sedang sibuk melakukan kerjanya. Dia kelihatan sudah biasa dengan suasana kelas ini yang lebih teruk dari pasar malam! Hafizuddin dan Rizal hanya selesa berbual berdua, mungkin kerana mereka masih belum menyesuaikan diri dengan pelajar yang lain. Hafizuddin, Rizal dan Erfa adalah pelajar yang baru sahaja tiba dan menjadi pelajar sekolah ini. Yang lain merupakan first intake dan second intake. Tetapi mereka merupakan third intake.
Dan Alia mengeluh lagi. Bila cikgu nak masuk ni? Hatinya berdetik. Dan kemudian, kelas yang sebentar tadi seperti pasar malam menjadi sunyi. Alia menoleh kebelakang, tanpa sedar, segera kepalanya dipusing kembali ke hadapan. Cikgu Danial!
***
"Hanif! Siapa suruh awak tidur dalam kelas saya?! "suara merdu Ustazah Nurul menjerit membuatkan semua pelajar di kelas 4PK1 itu menutup telinga. Hanif yang sebentar tadi sedang lena diulit mimpi bagaikan terkena kejutan eletrik terus tegak di tempat duduknya dan mula terkebil-kebil memandang Ustazah Nurul.
"Ya ustazah ? Kenapa? "wajahnya yang seolah tidak bersalah memandang ustazah sambil tersengih.
"Kenapa, awak tanya? Nah , free saya bagi. "wajah Hanif berkerut-kerut menahan sakit apabila tangan Ustazah Nurul yang kecil molek itu mendarat di belakang badannya sebanyak 5 kali. Pedih, itu sahaja yang boleh digambarkannya.
"Sedap tak? "Hanif memandang Azan yang tersengih disebelahnya. Melihat senyum sumbing Azan menambahkan pedih.
"Ha? Azan, awak pulak nak kena? "pantas kepala Azan digeleng. Tidak mahu berkongsi kepedihan Hanif. Mengerikan!
***
Kalau kita dah habis sekolah nanti, aku tak nak hubungan kita kawan-kawan ni terhenti. Biar kita terus berhubung. Kalau korang dah kerja ke, bagitahulah. Kita mesti nak kongsi-kongsi kan?
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi batu di hadapan rumahnya. Mendongak mencari bintang di langit. Kelihatan beberapa butir bintang di langit. Dia menunduk pula. Mengetuk-ngetuk jarinya diatas meja batu itu. Dia teringatkan kehidupan lamanya semasa bergelar pelajar VOKASMA singkatan bagi Vokasional Seri Manjung.
Teringat sekilas kepada rakan-rakan di sekolahnya itu. Baru dia tersedar. Pejam celik pejam celik , rupa-rupanya sudah hampir lima tahun dia meninggalkan kehidupannya di sekolah itu. Kebanyakan rakannya sudah berjaya. Seperti dirinya juga yang sudah bergelar programmer di sebuah syarikat JUPEM di Perak iaitu Juruukur Pemetaan Perak.
Yang dia tahu, Hidayah sekarang sudah bergelar peguam yang berkaliber. Dengarnya lagi, khidmatnya sebagai seorang peguam wanita memang tidak dapat ditandingi. Athirah pula, masih lagi belajar di UITM, Shah Alam dan sedang melanjutkan pelajarannya ke tahap Ijazah pula dalam bidang Science Computer. Afiqah pula telah menjadi technician di syarikat ternama. Anith kini menjadi tukang masak terkenal di sebuah hotel ternama di ibu negara dan sudah memiliki beberapa cawangan restoran di seluruh negara. Erfa pula sudah menjadi arkitek, walaupun dia mengambil bidang komputer namun tatkala di universiti dahulu, dia telah menukar bidangnya. Namun kemahirannya dalam bidang komputer masih belum boleh dipertikaikan.
Dania dan Nisa pula khabarnya sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa bidangnya, belum ada kepastian. Dan pelajar lelaki. Dia tersenyum lagi. Teringat gelagat nakal pelajar lelaki kelas 4PK1 dan 5PK1 dahulu.
Hanif sudah bergelar engineer. Sudah boleh berbangga dengan gajinya yang mencecah RM10000. Farid pula sudah menjadi salah seorang guru pratikal di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Zafiq, Razman dan Dollah pula sudah membangunkan syarikat menjual alatan komputer. Masing-masing giat mempromosikan barangan mereka. Malah sudah maju apabila barangan itu mula dipasarkan melalui internet. Dengan kepakaran mereka didalam bidang IT lebih mudah untuk mereka melakukan semua itu. Teringat perangai Zafiq yang gila-gila itu. Dia tersengih pula. Hafizuddin pula khabarnya baru sahaja bergelar pemegang ijazah di Universiti Teknologi Malaysia. Rizal pula sudah bergelar guru dalam subjek Sejarah. Dan menjadi guru sambilan di sebuah kolej swasta berasaskan perkomputeran iaitu Kolej Cosmopoint di Ipoh. Teringat tulisan tangannya yang cantik dan sering diberi pujian itu.
Alia dan Fahmi. Masing-masing sedang giat menduduki peperiksaan akhir mereka di universiti yang sama iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor.
Hanya seorang, hanya seorang sahaja yang belum diketahui kemana menghilang. Hairan. Dia pula tidak pernah terfikir untuk bertanyakan tentang gadis itu pada teman-teman yang lain. Aneh! Malas memikirkannya. Dia terus melangkah masuk ke rumahnya.
***
Dia membuka matanya sebaik kedengaran azan berkumandang. Dia bingkas bangun lalu mencapai tualanya.
***
"Mak, Azan pergi kerja dulu ya. Nanti tengahari Azan balik. Pergi dulu. Assalamualaikum." tangan tua milik si ibu dikucup sayang. Ibunya memandang penuh kasih.
***
Azan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya. Entah mengapa, fikirannya masih memusat pada gadis itu. Hatinya meronta mahu mencari gadis itu. Hairan sungguh. Nak kata, rindu. Jumpa pun tak pernah, apa kes nak rindu. Oh, mungkin kerana jarak masa mereka berkawan lebih lama yang membuatkan dia menganggap gadis itu seperti adiknya sendiri. Ya lah, dari sekolah rendah berteman, mana mungkin dia tidak rapat dengan gadis itu.
"Ya Allah, dah tengahari rupanya. Mak mesti tunggu aku. Balik ah. "Azan mengomel sendirian. Dia mencapai beg laptopnya lantas melangkah keluar dari pejabatnya.
Azan menyanyi kecil sambil berjalan menuju kearah kereta Satria Neo berwarna jingga yang dibelinya tahun lepas. Dia mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluar slacknya. Belum sempat punat ditekan, tiba-tiba...
"Aduh! "Azan tersandar di dinding bangunan itu. Kuat sungguh penangan diterima akibat ditolak gadis itu. Beg laptopnya tercampak ketepi. Mujur hanya beg, laptopnya sudah ditinggalkan di pejabatnya kerana ada kerja yang masih belum selesai.
"Eh! Sorry. Adoi, sorry la bang. "Azan memandang gadis yang sedang mengangkat beg laptopnya itu. Gadis tadi menggelabah. Cuainya aku ni! Desis hati kecil gadis itu. Sebaik gadis itu memandang Azan, bibir keduanya terkunci. Azan yang mahu memarahi gadis itu terus terdiam.
"Azan? "
"Rafiqa? "
Dan keduanya tersenyum.
.TAMAT.
AMARAN!!
Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati. Hak cipta terpelihara oleh NUR ASHIKIN BT. ALMI. Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat.

No comments:
Post a Comment