AMBIL PERHATIAN !

setiap keluaran cerpen dalam blog ini adalah



HAK CIPTA TERPLEIHARA OLEH NUR ASHIKIN BINTI ALMI
dilarang sama sekali untuk membuat salinan sama ada cetakan bertulis atau photostat mahupun print screen


SAYA PENULIS BARU. SEBARANG KECACATAN PADA PENULISAN SAYA HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH :D

January 9, 2012

♥JANJI KITA♥


Janji Kita..

"Kalau Fiq nak tujukan lagu untuk Reen, Fiq nak tujukan lagu Tercipta Untukmu"

"Errm kenapa pula? "

"Entah la, tapi Fiq nak juga tujukan lagu tu. Reen pula? "

"Errmm., kalau Reen, Reen nak tujukan lagu Mengenangmu untuk Fiq. Ye lah, Reen kan selalu terkenangkan Fiq. "

"Kalau Fiq tinggalkan Reen, macam mana? "

"Fiq nak tinggalkan Reen?! "

"Eh, mana ada. Fiq tanya jer. "

"Fiq takkan tinggalkan Reen kan? "

"Ya! Fiq janji. Fiq takkan tinggalkan Reen. "

"Janji? "

"Janji sayang..Ini janji kita.. I promise u dear! "

************************************************************************
Bergema suara orang membaca talkin disetiap sudut rumah banglo itu. Sebujur jenazah terbujur kaku di tengah-tengah rumah itu. Kelihatan seorang wanita menahan sebak sambil membaca yasin. Kelihatan disuatu sudut lagi, dua orang gadis sedang berpelukan menangis.
"Dia dah tinggalkan Kak Reen..Dia janji takkan tinggalkan Kak Reen tapi dia pergi juga. "Izreen menangis.
"Dah la kak..kita doa jer..Bukan hak kita nak soalkan benda ni. Moga roh abang akan tenang kat sana. Akak sabar ya.."Mimi memujuk lagi.
"Akak nak tengok bilik dia. Boleh? "Izreen memandang Mimi. Mimi mengangguk perlahan.
"Boleh kak, jom. "Mimi menarik lembut tangan Izreen. Mereka menaiki tangga dan Mimi meninggalkan Izreen sebaik tiba dihadapan bilik itu. Memasuki bilik itu membuatkan hatinya meronta kuat merindui lelaki itu. Terlalu awal lelaki itu meninggalkannya. Semua kenangan tersimpan kemas didalam kotak ingatannya. Izreen mengeluh perlahan. Dia mencapai sebingkai gambar diatas meja Afiq. Gambar dia bersama Afiq semasa mereka bercinta. Perlahan, air matanya menitis. Dia mengusap gambar itu perlahan. Izreen meletakkan kembali gambar itu. Dia menoleh kearah katil Afiq yang tersusun kemas dan rapi. Tiba-tiba, matanya tertancap pada sekotak peti diatas meja disebelah katil Afiq. Izreen bergerak kearah kotak tersebut. Perlahan dia membuka kotak itu. Serentak lagu Tercipta Untukku bermain. Air matanya mengalir laju.


Menatap indahnya semua di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku,
Mengerti akan hadirnya citra terindah,
Saat kau peluk mesra tubuhku,
Banyak kata,
Yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu,

Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Di setiap langkah yang meyakiniku,
Kau tercipta untukku,

Meski waktu akan selalu,
Memanggil seluruh ragaku,
Ku ingin kau tahu,
Yang satu milikku,
Kau tercipta untukku,
Sepanjang hidupku.

************************************************************************

"Reen, jom ikut Fiq. Nak bawa Reen pergi satu tempat. Best tau. "Afiq berkata.
"Ermm, Fiq nak bawa Reen pergi mana? "Izreen bertanya.
"Reen jangan takut la. Fiq takkan bawa Reen lari la. "Afiq mencuit hidung Izreen. Izreen tersenyum lantas mengangguk perlahan.
"Fiq? Kenapa tutup mata Reen? Fiq bawa Reen pergi mana ni? "Izreen bertanya.
"Sikit lagi sampai la. Reen tunggu kejap. Ok, dah sampai. Jom, Fiq bawa Reen. "Afiq memimpin tangan Izreen. Izreen turun dari kereta perlahan.
"Ok. Dah sampai. Fiq buka ya. Reen jangan buka mata tau. "Izreen mengangguk perlahan sementara Afiq membuka ikatan kain hitam di mata Izreen.
"Dah, Reen bukalah mata. "Afiq berdiri dihadapan Izreen.
"Fiq? Cantiknya…Tempat apa ni? Cantik! "Izreen mula berlari kebawah pokok yang menggugurkan bunga putih. Izreen berpusing-pusing diabawah pokok tersebut. Afiq tersenyum memandang kekasih hatinya itu.
"Reen, Fiq bawa Reen kat sini sebab nak bagi sesuatu. "Afiq mendekati Izreen.
"Apa? "Izreen bertanya perlahan. Dia memandang wajah Afiq sebelum menjerit kecil. "Fiq! Hari ni kan genap 3 tahun kita couple? "Izreen memandang Afiq. Afiq tertawa kecil sebelum mengangguk.
"Ini hadiah untuk Reen. "Afiq menghulurkan kotak hitam kecil. Izreen mengangkat keningnya. Dia membuka kotak kecil itu perlahan.
"Fiq…Thanks! Reen sayang Fiq. "Izreen memeluk erat Afiq apabila melihat hadiah itu.
"Fiq pun sayang Reen. Meh Fiq pakaikan. "Afiq mengambil cincin pemberiannya dari tangan Izreen sebelum menyarungkannya ke jari manis Izreen. Dia mencium dahi gadis itu perlahan. Izreen tersenyum. Afiq meraih Izreen kedalam pelukannya.

Serentak Izreen memegang jari manisnya yang masih tersarung cincin itu. Fikirannnya mula melayang mengingat kembali soalan Afiq sebelum berlakunya nahas ngeri itu sehingga dia kehilangan Afiq.

************************************************************************
"Reen, kalau Fiq tak ada, Reen cari pengganti Fiq tak? "Izreen memandang wajah Afiq tatkala mendengar soalan itu.
"Apa Fiq merepek?! "Izreen melepaskan diri dari pelukan Afiq.
"Reen, Fiq harap kalau Fiq dah tak ada, Reen jaga diri dan carilah pengganti Fiq yang lebih baik dari Fiq. "Afiq cuba memegang tangan Izreen. Izreen menepis perlahan.
"Reen nak balik! "Izreen melangkah laju kearah kereta Afiq sebelum memboloskan dirinya didalam kereta itu. Afiq hanya mengekori sebelum kereta itu mula bergerak.
"Reen, Fiq minta maaf ya. "Afiq cuba menarik tangan Izreen.
"Tak payah! Fiq memang nak tinggalkan Reen kan?! Ok, fine! Kalau Fiq nak sangat pergi, pergilah! Pergi! "Izreen menarik tangannya kembali.
"Reen…Fiq sayang Reen..Please.. "Afiq menggenggam tangan Izreen. Dia menguatkan genggaman tangannya.
"Habis tu, Fiq ingat Reen tak sayang Fiq? Reen sayang Fiq tau tak!. Jangan cakap macam tu lagi. Reen tak nak dengar.. "Izreen memeluk lengan Afiq perlahan. Afiq tersenyum. Dia menumpukan kembali tumpuannya kepada pemanduannya. Afiq memperlahankan keretanya apabila hujan lebat turun membasahi bumi.
"Eh, kenapa ni? "Afiq menekan-nekan brek keretanya. Hujan lebat yang turun sebentar tadi sudah mulai renyai.
"Kenapa Fiq? "Izreen mula resah.
"Tak tahu. Brek tak masuk ni! Jalan licin kot. "Afiq menekan-nekan breknya sekali lagi. Tiba-tiba kereta Toyota Vios berwarna merah hati muncul dari arah bertentangan.
"Fiq!!!!! "Izreen menjerit memanggil nama itu sebelum kereta milik Afiq dilanggar dan diseret. Terasa ada darah panas mula mengalir dikepalanya sebelum akhirnya dia tidak menyedarkan diri.


Izreen membuka matanya perlahan. Dia memandang sekelilingnya. Kelihatan ibunya, Puan Zila, adik dan kakak Afiq, Mimi dan Irna.
"Fiq? Mana Fiq? "Izreen mengangkat kepalanya. "Arghh. "Izreen menjerit perlahan apabila terasa kepalanya berdenyut.
"Reen, jangan banyak gerak. Nanti kepala Reen sakit lagi. "Irna cuba membantu.
"Kak, mana Fiq? Reen nak jumpa dia. "Izreen mula menurunkan kedua-dua belah kakinya kebawah dan mula bangun. Dia melangkah perlahan sambil dipapah Mimi.
"Err..Fiq.. "Irna memandang Puan Zila dan Mimi.
"Puan, kami nak jalankan bedah siasat keatas mayat. Lepas tu, puan boleh bawa balik."Seorang jururawat bersuara membuatkan semua yang berada disitu tersentak.
"Mayat? Siapa mati? Kak! Siapa? Mana Fiq?! "Izreen menarik-narik tangan Irna.
"Reen, Fiq dah tak ada. Dia dah meninggal. Fiq dah pergi. "Jawapan serta esakan tangis Irna membuatkan Izreen tersentak.
"Tak! Akak tipu! "Izreen menjerit sambil menutup telinganya. Air matanya mula mengalir. Dia memejamkan matanya. "Akak.. "Izreen membuka matanya perlahan sebelum ternampak sebuah katil disorong dihadapannya. Melihat wajah mayat itu membuatkan Izreen tergamam. "Fiq!!!! "Izreen memeluk mayat Afiq. "Fiq! Bangun! Bangun Fiq! Please! "Izreen menggoncangkan badan Afiq yang kaku itu. Irna dan Mimi menarik tangan Izreen. "Kak! Fiq! "Izreen menjerit lagi. Melihat Irna yang menangis dan menggeleng-gelengkan kepalanya membuat Izreen memandang ibunya. "Mama! Fiq.."Izreen menjerit lagi sebelum terasa kepalanya berdenyut dan sebelum rebah wajah seseorang serupa Afiq muncul dihadapannya.

************************************************************************
"Afiq…"Dia menyebut nama itu perlahan. Air matanya menitis lagi. "Kenapa tinggalkan Reen.. "Izreen memeluk kotak itu. Izreen terduduk diatas katil. Perlahan dia meletakkan kembali kotak itu diatas meja.
"Kak, diorang nak kebumi jenazah. Jom kita pergi.. "Mimi memanggil Izreen perlahan. Izreen memandang Mimi. Izreen mengesat air matanya lantas bangun dan mengekori langkah Mimi. Setibanya di tanah perkuburan, Izreen menjadi sebak. Melihat jenazah Afiq diturunkan, Izreen menahan air matanya dari jatuh. Namun, saat melihat jenazah itu dikambus tanah, air matanya tidak dapat ditahan dan akhirnya jatuh membasahi pipi. Dia memeluk Mimi erat. Usai membaca doa, mereka semua beransur pulang kecuali Izreen.
"Reen sayangkan Fiq..selamanya.. "Izreen mengusap tanah yang masih merah itu. Dia bangun dan mengekori Mimi yang sedari tadi melihatnya. Mereka pulang dan akhirnya Izreen terlelap di bilik Afiq bersama kenangan.

************************************************************************
"Reen.. "Irna memanggil nama itu perlahan. Izreen yang sedang menatap gambar Afiq menoleh perlahan. Irna, kakak Afiq tersenyum. Izreen bingkas bangun lantas memeluk Irna. Irna menggosok belakang Izreen perlahan.
"Sabar ya.. Akak faham.."Izreen tersedu-sedu. "Akak nak Reen tengok seseorang.."Irna berkata lagi. Izreen melonggarkan pelukannya.
"Siapa? "Izreen mengelap air matanya.
"Assalammualaikum.. "Seorang lelaki memasuki bilik itu memberi salam.
"Waalaikummussalam.. "Izreen menjawab perlahan sebelum menoleh kearah suara itu. Dia tergamam. Memandang Irna yang sedang tersenyum. "Afiq? Fiq! "Izreen memeluk lelaki itu.
"Maaf, saya bukan Fiq. Saya Izwan. Afiq Izwan, kembar Afiq Irwan. "Jawapan lelaki itu membuatkan Izreen terpaku lantas berundur menyebabkan pelukannya terlerai.
"Tak! Tak mungkin! "Izreen menjerit sebelum berlari keluar.
"Reen!! "Irna menjerit. "Wan! Kejar dia! "Irna memberi perintah. Izwan mengangguk sebelum keluar mengejar Izreen. Izreen berlari tanpa arah tujuan. Kilat di dada langit mula berdentum. Awan hitam mula berarak. Izreen terduduk di bahu jalan sebelum hujan lebat mula membasahi bumi. Izreen menangis.
"Reen..Kita balik..Nanti Reen sakit. "Suara Izwan membuatkan Izreen mengangkat wajahnya.
"Tak nak! Aku tak nak balik! Biar aku sakit! Biar aku mati! Kau pergi! "Izreen menjerit. Izwan terkejut tetapi reaksinya tetap tenang.
"Reen, janganlah macam ni. Wan yakin, Abang Fiq takkan suka tengok Reen macam ni.. " Izwan cuba memujuk Izreen.
"Jangan! Jangan sebut nama dia! "Izreen menengking Izwan.
"Reen! Abang Fiq kembar Wan! Kalau bukan sebab dia, Reen rasa Wan nak ke datang sini?? Wan dah diamanahkan untuk jaga Reen! Kalau jadi apa-apa Wan yang susah. Reen faham tak! "Izwan menjerit pula menyebabkan Izreen kehilangan kata-kata.
"Afiq? Dia suruh jaga? Dia cakap macam tu? "Izreen bangun dengan perlahan. Izreen berkata dalam nada perlahan. Dia memandang Izwan. Izwan mengangguk perlahan. Lantas, dia mencapai tangan Izreen nak menarik Izreen perlahan.
Irna yang berada di rumah semakin gelisah. Namun, kegelisahannya mula reda melihat Izreen dan Izwan sedang berjalan. Irna melepaskan nafas lega. Izreen yang tiba terus menuju kedalam bilik Afiq dan akhirnya terlelap.

************************************************************************
"Reen.. "Suara itu mengejutkan Izreen.
"Fiq? "Izreen memandang wajah yang amat dirinduinya itu.
"Fiq minta maaf sebab tak dapat bahagiakan Reen..Tapi percayalah..Wan dapat bahagiakan Reen macam Fiq bahagia dengan Reen. Fiq tak sanggup nak lepaskan Reen kat orang lain, jadi Fiq dah amanahkan dia untuk kahwin dengan Reen. Fiq minta maaf.."Afiq berkata lagi. Izreen mengangguk perlahan.
"Demi Fiq, Reen sanggup.. "Izreen cuba memeluk tubuh itu namun bayangannya mula menghilang dari pandangan.

************************************************************************
"Reen..bangun. Dah pagi dah.. "Suara lelaki mengejutkan Izreen dari tidur.
"Fiq? "Izreen menyebut nama itu perlahan. Lelaki dihadapannya tersenyum lantas menggelengkan kepalanya.
"Bukan, ni Wan.. "Izwan mula melangkah keluar. Memang ada persamaan antara Afiq dan Izwan. Cuma bezanya, Izwan berkening tebal berbanding Afiq.
"Wan.. "Izreen memanggil Izwan membuatkan lelaki itu berhenti melangkah dan menoleh kearahnya. "Duduk sini boleh? "Izreen menepuk tilam empuk itu. Izwan melangkah kearahnya sebelum melabuhkan punggung disebelah Izreen.
"Ada apa? "Izwan menyoal.
"Selain suruh jaga Reen, Fiq suruh Wan buat apa lagi? "Izreen memandang Izwan.
"Err..dia..dia nak.. "Izwan memandang Izreen lantas menjawab dengan sedikit tergagap.
"Dia nak kita kahwin? "Izreen bersuara. Dia teringat akan mimpinya sebentar tadi. Izwan mengangguk perlahan. Dia menundukkan wajahnya.
"Reen sanggup kalau itu yang dia nak.. "Jawapan Izreen menyebabkan Izwan mengangkat wajahnya. Dia memandang Izreen tidak berkedip.

************************************************************************
Air matanya menitis lantas menuruni pipinya perlahan. Tidak menyangka dia telah pun sah menjadi seorang isteri. Bukan kepada Afiq Irwan. Tetapi kepada Afiq Izwan. Izreen cepat-cepat mengelap air matanya. Izwan memasuki bilik itu. Dia menyarungkan cincin dijari manis wanita yang telah sah menjadi isterinya. Izreen mencium tangan kasar itu dibalas dengan satu kucupan lembut di dahi Izreen. Izreen cuba mengukir senyuman walaupun senyuman itu nyata tidak ikhlas. Puan Zila, Mimi dan Irna memandang sayu. Mereka sendiri mengetahui betapa dalamnya cinta Izreen buat Afiq. Namun jikalau itu kehendaknya, mereka tidak mampu menghalang. Harapan mereka hanyalah semoga Izreen akan bahagia hingga akhir hayatnya. Namun, bagi Izreen, tiada yang berguna selepas pemergian Afiq. Jiwanya seakan-akan mati namun dikuatkan hatinya untuk terus menjalankan hidup dan tanggungjawab kepada suaminya.

************************************************************************
"Reen, tahniah. Fiq harap Reen akan bahagia dengan Wan. Bahagiakan dia macam mana Reen bahagiakan Fiq dulu. Cintalah dia macam Reen cintakan Fiq. Fiq akan doa moga Reen bahagia selalu. Fiq sayang Reen. "Bayangan Afiq menghilang membuatkan Izreen terjaga dari tidur. Dia menolah kesebelah. Kelihatan suaminya sedang tidur lena. Izreen memandang jam diatas meja disebelah katilnya. Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Hari ini sudah seminggu dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Izreen perlahan turun dari katil dan mengambil wuduk. Niat dihati ingin mengerjakan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk kepada Allah.

Ya Allah..Engkau yang maha pengasih lagi maha penyayang. Engkau jua yang maha kaya dan maha mengetahui. Bukakanlah pintu hatiku untuk menerima Izwan didalam hidupku. Berikan aku petunjuk untuk melupakan Afiq yang telah lama pergi dari hidup aku. Aku memohon kepadamu Ya Allah. Bukakanlah pintu hati Izwan untuk menyayangi aku dan mencintaiku seikhlas hatinya. Lindungilah dia dimana sahaja dia berada, tempatkanlah roh Afiq dikalangan orang-orang yang beriman. Rabbana Atina Fiddunia hasanah Wafilakhirati hasanah, waqina azar bannar..Amin Ya rabbal Alamin…

Izreen meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya. Air mata yang mengalir dikesat perlahan. Dari atas katil, Izwan cuba untuk melelapkan matanya kembali. Dia mendengar doa Izreen. "Maafkan abang.. "Izwan berkata didalam hati.


"Bang, makan.. "Izreen meletakkan sepinggan nasi goreng dihadapan Izwan. Izwan memandang wajah Izreen.
"Makan sekali. "Izwan menarik kerusi disebelahnya perlahan. Izreen menggelengkan kepalanya perlahan.
"Tak apa la bang. Reen makan sikit lagi. Abang makan la dulu. "Izreen melangkah masuk kedalam dapur. Izwan memandang isterinya. Izreen masih bersikap dingin dengannya sejak mereka bernikah. Ingatannya kepada arwah Afiq menjelma. Teringat pada saat mula-mula dia bertemu dengan abang kembarnya itu 2 minggu sebelum arwah meninggal.

************************************************************************
"Abang nak Wan kahwin dengan Reen."Afiq bersuara. Izwan memandang Afiq. Dia mengangkat keningnya.
"Abang dah gila ke? Wan dah ada Liya la. Abang jangan nak buat pasal. Abang dah tak betul ye? Abang kahwin jer la dengan si Reen tu. Apa yang susahnya?! "Izwan menjawab dingin.
"Wan, tolonglah. Abang dapat rasa abang tak lama kat dunia ni. Wan jer harapan abang. Demi abang, please.. "Afiq memegang bahu Izwan.
"Abang! Liya tu macam mana?! Abang tahu kan Wan sayang sangat kat Liya! Macam abang sayang kat Reen tu! "Izwan menepis kasar tangan abangnya.
"Wan putus la dengan Liya. Tolonglah Wan. Abang amanahkan Reen kat Wan. Jaga dia dan kahwinlah dengan dia. "Afiq bersuara lagi.
"Abang! Wan tak sekejam tu! Wan dah terlalu cintakan Liya! Abang ni dah gila ke ha?! "Izwan menengking Afiq.
"Demi abang..tolonglah.. "Afiq bersuara perlahan. Izwan mendengus kasar sebelum meninggalkan Afiq. "Abang minta maaf.. "Afiq bersuara perlahan sambil memandang Izwan.

************************************************************************
"Bang? Tak pergi kerja ker? "Pertanyaan Izreen mengejutkan Izwan dari lamunannya. Izwan memandang Izreen.
"Abang teringatkan Fiq…"Izwan menjawab perlahan. Izreen memalingkan wajahnya. Izwan bingkas bangun dan mencapai kunci keretanya diatas kerusi. Dia melangkah keluar.
"Bang.. "Izreen memanggil Izwan perlahan. Izwan memandang Izreen. Dilihatnya wanita itu menghulurkan tangannya. Izwan menyambut tangan itu sebelum Izreen mencium tangan Izwan. Izwan menghidupkan enjin keretanya dan akhirnya meninggalkan kawasan perumahan itu. Izreen memandang kereta Izwan sehingga hilang dari pandangannya. Izreen menutup pintu pagar dan melabuhkan punggungnya diatas sofa di ruang tamu. Lantas, tangannya mencapai majalah WANITA yang berada diatas meja. Dia menyelak halaman demi halaman. Cuba untuk membaca namun fikirannya melayang memikirkan kejadian yang terjadi 3 hari yang lalu. Kejadian yang telah membuatkan dia merasakan ada perasaan yang aneh wujud didalam dirinya terhadap Izwan.

************************************************************************
"Reen, ambilkan cermin mata abang kat meja bilik.. "Izwan menyuruh Izreen. Izreen bingkas melangkah lantas mencapai cermin mata berbingkai hitam milik suaminya itu. Dia melangkah kearah suaminya yang sedang berdiri sambil memandang keluar. Tanpa disangka-sangka, kaki Izreen tersadung kaki meja yang berhampiran Izwan. Dia hampir jatuh namun Izwan sempat menyambut Izreen. Menyedari diri sedang berada didalam pelukan seorang lelaki, Izreen segera membetulkan posisi diri. Terasa satu perasaan menyelinap kedalam hatinya. Dia segera melangkah masuk kedalam bilik.

************************************************************************
"Assalammuailaikum..Reen, ada orang tak? "Suara seorang wanita memberi salam mengejutkan Izreen dari lamunannya sebentar tadi.
"Waalaikummussalam..La, akak rupanya. Masuklah. "Izreen tersenyum melihat kakak iparnya, Irna dihadapan rumahnya. Dia segera membuka pintu pagar.
"Reen apa khabar? "Irna menyambut tangan Izreen yang bersalam dengannya. Irna duduk diatas sofa.
"Reen baik kak..Akak sihat? Anak sihat? Abang ok ke? "Izreen bertanya.
"Sihat. Ok jer. Diorang semua sihat la. Reen berangan apa tadi? Sampai tak sedar akak datang? "Irna mengusik Izreen. Izreen tersenyum.
"Kak..Reen.. "Izreen menundukkan wajahnya. Irna memandang Izreen.
"Lar, ni kenapa ni? Cakap jer. Ada masalah apa? "Irna memandang Izreen. Izreen mengangkat wajahnya perlahan.
"Reen rasa..Reen dah sayang kat Wan. "Izreen menjawab perlahan. Irna tersenyum mendengar kata-kata Izreen.
"Tak salah..Tapi akak rasa Reen kena bagi masa kat Wan. Bukan senang dia nak lupakan Liya, bekas kekasih dia. Akak kenal sangat dengan Wan tu. Tapi akak tak nafikan, dia dah banyak berkorban untuk Fiq. Akak rasa tak mudah untuk Wan cintakan orang yang dia tak pernah cinta. Ye la, diorang dah couple 3 tahun, susah senang sama-sama. Dah merancang nak kahwin. Tup tup kena kahwin dengan Reen. Akak tak rasa Wan boleh lupakan Liya. "Irna memandang Izreen.
"Wan tu sayang sangat kat Fiq ye? "Izreen bertanya. Irna tertawa kecil.
"Nama pun kembar Reen. Mana boleh tak sayang. Kalau tak dia tak mungkin nak kahwin dengan Reen. Lagipun dari dulu, akak tengok Wan banyak berkorban demi Fiq. Sampaikan awek sendiri pun dia sanggup bagi kat Fiq tu. "Irna tersenyum. Izreen memandang wajah Irna kehairanan.
"Maksud akak? "Izreen bertanya.
"Ermm.. Reen, kalau Reen nak tahu. Fiq dah banyak kali putus cinta. Banyak kali juga la kerja bodoh dia pernah cuba nak buat. Satu hari, Fiq bagitahu Wan, dia suka kat seorang perempuan ni, tapi Fiq tak tahu perempuan yang dia suka tu awek Wan. Wan tak sanggup tengok Fiq menderita lagi. Jadi dia putuskan hubungan dengan perempuan tu. Tak lama kemudian, Wan dapat tahu perempuan tu couple dengan Fiq. Reen boleh bayang kan macam mana sakit tengok orang yang kita sayang bermesra dengan lelaki lain. Tapi Wan sanggup. Dia sanggup menderita dari tengok abang dia menderita. Tapi, hubungan Fiq dengan perempuan tu pun tak lama. Diorang putus. Dan akhirnya sampai Fiq jumpa Reen. Masa tu, Wan tak risau sangat sebab dia dah ada Liya. Tapi, tuhan maha kaya, dugaan datang lagi bila Wan terpaksa tinggalkan Liya dan kahwin dengan Reen. Akak harap kali ni dia akan bahagia. Akak harap sangat.. "Irna bercerita dengan panjang lebar. Izreen hanya mendengar. "Ok la Reen, akak nak balik. Nanti bising pula abang kat rumah tu. Kirim salam kat Wan ya."Irna bingkas bangun. Izreen mengekori langkah Irna. Tiba-tiba..
"Wan! Terkejut akak! "Irna menggosok dadanya perlahan. Wajah Izwan terpacul dihadapan pintu pagar.
"Eh, akak. Lama sampai? Masuklah dulu. "Izwan menjemput Irna.
"Ish, tak payahlah. Nanti abang bising. "Irna berkata pula.
"Reen masuk dulu. Ada kerja kat dapur. "Izreen menyalam tangan kakak iparnya itu. Lantas, dia melangkah masuk. Irna dan Izwan memandang. Irna memandang Izwan.
"Wan.. "Irna memanggil. Dilihatnya Izwan masih leka memandang Izreen.
"Wan..nantilah tengok dia tu. Tengok lama mana pun boleh. "Irna mengusik Izwan. Izwan hanya tersenyum.
"Akak ni main-main pula. Akak tahu kan Wan sayang kat siapa? "Izwan memandang Irna.
"Wan tak sayang kat Reen ker? Ya la. Duduk serumah, sebilik, sekatil lagi.. Takkan la.."Irna memandang Izwan. Izwan tersenyum sambil menggelng-gelengkan kepalanya.
"Memang la duduk serumah, sebilik sekatil tapi hati Wan masih kat Liya. Wan sayang kat Reen.. Tapi sayang Wan kat Liya lagi kuat.."Izwan memandang Irna.
"Wan, Izreen tu isteri Wan. Dia sayangkan Wan. Percayalah cakap akak. Dia sayangkan Wan. Jangan sia-siakan dia.. "Irna menepuk bahu Izwan perlahan. Sebuah teksi berhenti dihadapan rumah itu. Lantas, Irna menaiki teksi itu. Izwan memandang Irna kehairanan.
"Apa maksud akak? "Izwan berkata sendirian. Dia melangkah masuk kedalam rumah. Namun, dia terhenti apabila mendengar suara tangisan. Izwan mencari-cari suara itu. Dia menoleh. Dilihatnya Izreen sedang berdiri sambil memeluk tubuhnya. Dia menangis. Izwan cuba mendekati Izreen. Tergiang-giang ditelinganya kata-kata Irna sebentar tadi.

Dia sayangkan Wan. Percayalah cakap akak. Dia sayangkan Wan.

Izreen menangis lagi. Tidak disangka air matanya akan mengalir saat mendengar perbualan Izwan dengan Irna sewaktu dia ingin memberikan sesuatu kepada Irna. Izreen menangis lagi.

Wan sayang kat Reen.. Tapi sayang Wan kat Liya lagi kuat..

"Reen. "Izwan memanggil Izreen perlahan. Izreen memandang Izwan.
"Reen minta maaf kalau Reen banyak buat abang menderita. Kalau abang nak kahwin dengan Liya, silakan bang. Reen tak nak sekat kebahagiaan abang…"Izreen melangkah menaiki anak tangga lantas masuk kebiliknya. Dia menyembamkan wajahnya diatas katil. Izwan memandang Izreen. Dia mengeluh perlahan. Dia duduk diatas sofa. Teringat perbualannya dengan Aliya sebentar tadi.

************************************************************************
"Liya, abang minta maaf. Abang terpaksa tinggalkan Liya. Abang sayangkan Liya. Percayalah. Abang terpaksa tunaikan amanah arwah Fiq. Abang tak ada niat nak tinggalkan Liya. "Izwan memegang tangan Aliya. Aliya memandang Izwan. Dia tersenyum.
"Bang.. Liya tak marah. Liya faham. Abang..kita dah tak ada hubungan. Izreen tu isteri abang. Tak manis orang tengok kita. "Aliya menarik tangannya perlahan.
"Liya.. "Izwan memanggil perlahan.
"Liya, bos panggil.. "Irfan memanggil Aliya. Aliya mengangguk perlahan.
"Abang, Liya pergi dulu. Abang..Liya rasa..lebih baik abang belajar cintakan Reen. Liya tak marah kat abang. Liya faham. "Aliya berkata sebelum melangkah meninggalkan Izwan. Izwan memandang Aliya.

************************************************************************
Izwan memejam matanya. "Liya.. "Terpacul nama itu dari bibirnya. Izreen yang sedang turun dari tangga terpaku saat mendengar nama itu disebut. Air matanya menitis lagi. Izwan membuka matanya perlahan. Dia terpandangkan tubuh Izreen yang terpaku diatas tangga. Izwan terbangun. "Reen.. "Izwan menyebut nama itu perlahan. Izreen yang tersedar lantas menuruni tangga dan menuju kedapur. Izwan mengekori wanita itu. Setibanya di dapur. Izwan cuba menyentuh bahu wanita itu. "Reen, abang.. "Tangan Izwan ditepis lembut oleh Izreen. Izreen bergerak ke laman tamannya. Dia duduk diatas kerusi panjang yang tersedia di situ. Izwan mengambil tempat disebelah isterinya. Izreen bingkas bangun apabila melihat Izwan duduk disebelahnya. Baru sahaja ingin melangkah, tangan Izreen ditarik oleh Izwan. "Duduk..Abang nak cakap.. "Izwan menarik lembut tangan itu. Izreen mengalah. Dia duduk disebelah Izwan. "Reen sayang kat abang?"Izwan memulakan bicara setelah lama berdiam.
"Ya bang.. "Izreen menjawab. Air matanya menitis perlahan. Izwan menyeka air mata itu.
"Abang minta maaf. Abang.. "Izwan ingin meneruskan namun Izreen terlebih dahulu berbicara.
"Reen tak salahkan abang. Bukan mudah nak cintakan orang yang abang tak pernah cinta dan bukan mudah nak lupakan orang yang kita sayang. Tapi Reen dah buktikan. Bukan Reen tak sayang kat Fiq, tapi Reen tak nak kenangkan sesuatu yang nyata dah pergi. Reen tak minta abang benci Liya. Reen cuma minta abang buang perasaan abang kat dia. "Izreen bingkas bangun. Sekali lagi tangannya ditarik Izwan.
"Reen..abang.. "Izwan ingin berkata.
"Kalau abang rasa permintaan Reen terlalu berat. Senang jer bang..Reen tak nak abang menderita lagi..Abang lepaskan Reen bang..Supaya kita sama-sama tak derita..Maafkan Reen… "Izreen menarik tangannya perlahan dari genggaman Izwan. Izwan memandang Izreen.
"Abang akan cuba..abang akan cuba lupakan Liya dan..cintakan Reen.."Izwan merintih perlahan.

************************2 Bulan Kemudian*******************************
"Liya, abang rasa abang akan cuba ikut nasihat Liya. Abang rasa abang dah cintakan Reen.. "Izwan memandang Aliya. Mereka bertemu setelah hampir 2 bulan tidak bertemu kerana kesibukan masing-masing. Izwan tidak lagi merindui wajah itu malah hanya merindui wajah Izreen. Pertemuan kali ini di luar pejabat. Aliya tersenyum memandang Izwan.
"Itu yang sebaiknya bang. Kita pun dah tak ada hubungan.. Jadi tindakan abang memang betul. "Aliya berkata.
"Liya dah ada pengganti abang? "Izwan bertanya. Dia memandang Aliya. Aliya tersenyum lantas menganggukkan kepalanya perlahan. "Siapa? "Izwan bertanya lagi.
"Assalammuailaikum.. "Suara seorang lelaki yang agak dikenali mengejutkan Izwan. Dia bangun lantas memandang Aliya. Aliya mengangguk perlahan. Izwan menoleh.
"Waalaikummussalam..bos? "Izwan memandang Aliya. Aliya tersenyum.
"Liya dengan Aidil akan tunang minggu depan. "Aidil, bos tempat Izwan dan Aliya bekerja mendekati Aliya. Izwan tersenyum.
"Bos jaga dia baik-baik tau. Kalau tak nanti saya bantai bos. "Izwan berjenaka.
"Siap bos! "Aidil mengangkat tangan ke kepalanya. Mereka ketawa bersama.
"Tahniah. "Izwan bersalam dengan Aliya. Aliya mengangguk perlahan sebelum menyambut tangan Izwan.

************************************************************************
"Sayang..Reen..abang dah balik.. "Izwan menjerit. Tiada suara yang menyahut. Izwan mencari-cari isterinya. "Reen!! "Izwan menjerit lagi. Izwan mula risau.
"Kring..Kring.. "Bunyi telefon mengejutkan Izwan. Lantas, diangkat telefon itu.
"Hello? "Izwan menjawab panggilan itu perlahan.
"Hello! "Suara lelaki mengejutkan Izwan.
"Siapa ni?! "Izwan menjerit. Terdengar suara hilai ketawa. Izwan mula bengang.
"Kalau nak isteri kesayangan kau selamat, ikut cakap aku! "Lelaki itu bersuara lagi.
"Woi! Mana isteri aku! Korang ni siapa ha?! "Izwan menjerit. Terdengar suara ketawa. Pemanggil itu meletakkan telefonnya.

************************************************************************
"Woi! Kau kenapa? Tu la tidur dalam pejabat. Orang kerja, dia tidur. Bangun la wei.."Irfan mengejutkan Izwan dari mimpinya. Izwan melihat Irfan yang sudah keluar dari biliknya. Izwan teringatkan mimpinya. Mimpi mainan tidur..Izwan menyedapkan hatinya. Tiba-tiba terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya. Tanpa melihat nama si pemanggil, Izwan terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello? "Izwan bersuara.
"Abang!!!!!! "Suara jeritan seorang wanita menjerit membuatkan Izwan terbangun dari tempat duduknya.
"Woi! Dia telefon orang! "Terdengar suara lelaki.
"Reen!! "Izwan memanggil nama itu. Tiada jawapan. Izwan melihat skrin telefonnya. Panggilan itu dari rumahnya. Izwan terus meluru keluar hingga hampir melanggar Irfan.
"Woi! Wan! "Irfan menjerit memanggil nama lelaki itu. Izwan segera menghidupkan enjin keretanya dan memecut laju. Didalam hatinya tidak henti-henti berdoa. Ya Allah, lindungilah isteriku.. "Air matanya mula mengalir. Air mata ketakutan. Setibanya dihadapan rumahnya. Izwan segera meluru masuk kedalam rumahnya. Rumahnya berselerak.
"Sayang!! "Izwan memanggil. "Reen!! "Izwan memanggil lagi. Baru hendak memanggil kali ketiga, terdengar suara esakan kecil dari dapur. Izwan segera mencari suara itu. "Reen.. "Izwan memanggil nama itu lagi. Dia menoleh. Sebaik terlihat Izreen yang sedang duduk sambil kakinya dirapatkan didadanya, Izwan meluru kearah isterinya. Dicium dahi isterinya berkali-kali. Dia memeluk wanita itu. Badan Izreen dirasakan menggeletar. "Sayang..abang kat sini..jangan takut.. "Izwan mencium dahi Izreen.
"Abang..diaorang..diaorang nak..diaorang tarik baju Reen..Diaorang.. "Izwan menarik Izreen didalam pelukannya.
"Shh..abang kat sini sayang..jangan takut..Tak ada apa.. "Izwan membelai rambut Izreen perlahan.
"Assalammualaikum.. "Suara seorang wanita mengejutkan Izwan. Izwan ingin bangun tetapi ditarik oleh Izreen. Lantas, Izwan mengangkat Izreen. Izreen memeluk suaminya erat.
"Waalaikummussalam…Eh, mak cik. Duduklah. "Izwan menjemput Mak Besah, jirannya duduk di laman taman. Sebaik duduk, Mak Besah membelai rambut Izreen perlahan.
"Ada kamu Wan? Ok dah ya? Mak cik ingat kamu tak ada. Tu yang mak cik datang."Mak Besah berkata.
"Ada apa ya mak cik? "Izwan bertanya kepada Mak Besah.
"Macam ni, tadi.. mak cik tengah sidai kain, mak cik nampak ada orang bawa keluar barang-barang dari rumah kamu, mak cik ingat kamu nak pindah tu yang mak cik tak kisah. Mak cik nak masuk dalam, tapi tak sempat mak cik masuk, mak cik dengar Reen menjerit. Apa lagi, mak cik terus panggil pak cik. Kami telefon polis. Pak cik dengan mak cik masuk rumah kamu. Elok jer masuk, mak cik nampak diaorang tengah nak tarik-tarik baju Reen, nasib baik pak cik ada. Ditendangnya perompak-perompak tu. Tapi tak serik lagi, diaorang keluarkan pisau, nasib baik masa tu, polis dah datang. Jangan risau, diaorang tak sempat buat apa-apa kat Reen ni. Tak apa la. Mak cik balik dulu. Nanti mak cik dengan pak cik datang sini kemas apa yang patut yer. "Mak Besah bingkas bangun. Izwan turut bangun.
"Terima kasih la mak cik. Buat susah jer. Nasib baik mak cik dengan pak cik ada."Izwan menyalam tangan Mak Besah.
"Tak ada apa la Wan. Mak cik tolong apa yang patut. Kamu jaga Reen ni. Fobia lagi tu. Esok lusa hilanglah.. "Mak Besah menggosok belakang Izreen perlahan. Izwan mengangguk perlahan. Sebaik sahaja Mak Besah pulang, Izwan membawa Izreen naik ke atas. Izwan ingin turun tetapi dihalang oleh Izreen.
"Jangan tinggal Reen..Takut.. "Izreen menarik baju kemeja Izwan. Izwan mendekati Izreen.
"Ok. Abang ada kat sini. Jangan takut ya. "Izwan mencium dahi Izreen. Izreen terus memeluk Izwan. Akhirnya mereka terlelap dibuai mimpi.

************************************************************************
"Sayang.. "Izwan memeluk pinggang Izreen dari belakang. Dikucup perlahan leher isterinya. Izreen tersenyum.
"Abang tak kerja? "Izreen memusingkan badannya. Mencium lembut dahi suaminya. Izreen mengukir senyuman. Izwan menggeleng perlahan.
"Sayang, hari ni hari apa? "Izwan memandang isterinya. Izreen menggeleng perlahan.
"Hari apa ya? Errm..Entah..Hari Sabtu..kenapa? "Izreen menjawab. Izwan memandang isterinya.
"Memang la hari Sabtu. Ada apa hari ni? "Izwan bertanya lagi.
"Entah. Errmm.. Tak ingat la.. "Izreen tersenyum. Izwan mengangkat isterinya. Izreen meronta-ronta ingin melepaskan diri. "Abang..turunkan Reen. Abang.. "Izreen menjerit kecil. Izwan membawa Izreen lantas meletakkan dia diatas sofa.
"Sekarang ingat tak? "Izwan mengambil tempat disebelah isterinya. Dipeluk bahu si isteri lembut. Izreen mengangkat bahunya.
"Errmm..hari jadi abang ye? "Izreen mengetuk bibirnya perlahan. Izwan menggeletek Izreen. Izreen ketawa kegelian.
"Ok..ingat ingat..hhahha..dah la bang. Gelila..Ok ingat..hari jadi abang kan.. "Izreen masih ketawa perlahan.
"Tak ingat la tu.. "Izwan menarik muka masam.
"Ish, abang ni. Reen main-main la. Reen ingat la. Mana boleh lupa. Hari ni kan anivessary kita yang ke 2 tahun. "Izreen mencuit hidung mancung Izwan. Izwan tersenyum.
"Ingat pun..Errmm.. "Izwan terdiam. Izreen memandang wajah suaminya. Dia berdiri dihadapan suaminya.
"Kenapa? "Izreen bertanya perlahan.
"Nak hadiah.. "Izwan menghulurkan tangannya kepada Izreen. Izreen tertawa kecil.
"Abang ni macam budak-budak la. Nak hadiah? Adalah.. "Izreen mengangkat keningnya. Dia tersenyum.
"Apa dia? Nak.. "Izwan memandang Izreen. Izreen tersenyum sebelum mencapai tangan Izwan dan meletakkan tangannya di perutnya. Izwan mengerut dahi.
"Ni hadiahnya. "Izreen tersenyum.
"Apa? "Izwan bertanya.
"Ish, abang ni. Susah betulla. Ni dalam perut ni. "Izreen berkata lagi. Izwan bingung seketika.
"Maksud Reen? Reen? "Izwan berkata sebelum memandang isterinya. Izreen menganggukkan kepalanya sebelum tersenyum.
"Reen hamil. 3 bulan. Abang nak jadi ayah. "Izreen tersenyum lagi. Izwan terbangun.
"Betul ke? Abang nak jadi ayah? Abang akan jadi papa? "Izwan bertanya lagi. Izreen mengangguk perlahan. Izwan melompat.
"Yeah!!!! Yahoooo!!! Abang nak jadi ayah!!! Yahooo!!! "Izwan mencium dahi Izreen berkali-kali. Izreen hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Abang ni macam budak-budak la. "Izreen tersenyum lagi. Izwan meraih Izreen kedalam pelukannya.
"Terima kasih sayang.. "Izwan mencium dahi Izreen. Izreen membalas dengan kucupan di pipi suaminya.

************************************************************************

"Mama!!! Tolong..Papa dengan abang kejar Izni.. "Seorang kanak-kanak perempuan berlari kearah Izreen. Izreen tersenyum menggeleng. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan Izwan sedang berjalan beriringan. Izreen mengelap wajah Izni Elisa, anak perempuannya. Izwan mengambil tempat disebelah Izreen. Dia mengangkat anak lelakinya. Izzul Emir keatas ribanya. Izwan tersenyum kearah Izreen. Mereka telah dikurniakan sepasang anak kembar. Mungkin mengikut genetik bapanya yang mempunyai kembar. Wajah Izni Elisa lebih mirip kepada ibunya yang mempunyai lesung pipit manakala wajah Izzul Emir mirip kepada bapanya yang berkening tebal. Izni turun dari riba ibunya. Izzul turut berbuat demikian. Izzul bergerak kearah ibunya manakala Izni bergerak kearah bapanya. Izwan dan Izreen tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Nak cium. "Izni dan Izzul serentak berkata. Izwan dan Izreen tertawa kecil sambil menyuakan pipi mereka. Izzul dan Izni mencium pipi Izreen dan Izwan. Izwan dan Izreen tertawa.
"Papa, mama dengan abang nak kejar Izni tau. "Izni berbisik kepada Izwan tetapi masih dapat didengar oleh Izreen dan Izzul.
"Ha..Mama dengar tau. Emi, jom kejar Izni. "Izzul turun dan berlari kearah Izni yang sudah berlari-lari anak diikuti Izreen. Izwan hanya memerhati mereka bertiga. Teringat sepintas kepada Aliya. Khabarnya Aliya sedang hamil 5 bulan anak sulungnya. Khabar itu diberitakan sendiri oleh Aidil, suami Aliya. Irna pula sudah selamat melahirkan anak ketiganya. Mimi pula sudah bertunang dengan jejaka pilihannya ketika di universiti dahulu. Izwan mengeluh perlahan. Teringat kepada arwah Afiq. Moga arwah Afiq tetap tenang disana. Amanah Afiq telah selesai dilaksanakan dan dia akan terus menjaga Izreen dan 2 orang zuriatnya. Izwan tersenyum. Alhamdulillah, tuhan itu maha besar. Kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan. Izwan bersyukur. Benarlah, setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya. Izwan hanya berdoa moga mereka akan tetap bersama hingga akhir hayat. Dia bangun dan menuju kearah Izreen yang sedang memeluk kembar itu. Lantas, dia pun memeluk mereka perlahan. Diciumnya dahi Izreen lembut dan pipinya menjadi habuan Izni dan Izzul. Izreen dan Izwan tersenyum lantas mencium kedua-dua kembar itu. Izni dan Izzul terkekeh-kekeh ketawa. Izwan dan Izreen memeluk erat kedua-duanya. Masing-masing berjanji bahwa tiada apa yang dapat mehancurkan hubungan ini walaupun beribu dugaan datang melanda. Semoga mereka bahagia….buat selamanya…


~TAMAT~


AMARAN!!
Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh NUR ASHIKIN BT. ALMI.Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat...


Watak-watak:-

-Illyana Izreen
-Afiq Izwan
-Afiq Irwan
-Puan Zila
-Aliya
-Aidil
-Mimi
-Irna
-Irfan
-Izzul Emir
-Izni Elisa
-Mak Besah

Pesanan Dari Penulis.

-kal0 citer ni x best, ak minta maaf sbb masa ak wt cter ni, ak xder mo0d cket..tp sbb rmi suh ak wat lgy. Ak try la. Oke?
-maseh cerita pasal 0wg mati? Yurp. Ak kan suker teng0k owg mati..hak3..:p
-ak suker wat cerita sedih c0z ak suker nanges s0wg2..wuaa!! :’(
-ak busan lahh! :p
-pe2 p0wn. Ak nk piksa thun ni, jd maybe xder mase nk wt citer2 ni..kal0 ader mse, ak akn tulis. Keyh. c u.. :)

DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

No comments: