AMBIL PERHATIAN !

setiap keluaran cerpen dalam blog ini adalah



HAK CIPTA TERPLEIHARA OLEH NUR ASHIKIN BINTI ALMI
dilarang sama sekali untuk membuat salinan sama ada cetakan bertulis atau photostat mahupun print screen


SAYA PENULIS BARU. SEBARANG KECACATAN PADA PENULISAN SAYA HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH :D

January 9, 2012

♥KASIH ITU♥


Kasih itu..


"SPM dah habis!! "Jerit seorang pelajar sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan yang telah menyebabkannya tidak tidur lena.
"Wooo!!! "Jerit sekumpulan pelajar lelaki pula.

Keesokan harinya..

"Baiklah pelajar semua, tahniah sebab awak semua dah menjalani ujian dengan jayanya. Baiklah, hari ini. Saya ingin memberikan kebebasan kepada awak semua sebab awak dah bertungkus lumus untuk SPM. Walau bagaimanapun hari ini, saya serahkan semuanya kepada awak. Awak buatlah aktiviti apa-apa pun, tetapi jangan sampai keluar sekolah pula. Awak akan balik awal hari ini. Baiklah Aidit, awak mempengerusikan majlis ini. Sekian. "...
"Woo!! Yeah!!!! "Jerit pelajar sehingga bergema dewan sekolah tersebut selepas Puan Noriza memberikan kebebasan kepada mereka. Sebaik sahaja guru-guru telah keluar dari dewan.
"Baiklah, siapa nak mulakan aktiviti kita hari ini?? "Jerit Aidit dari atas pentas.
"Wei, bagi aku, aku nak menyanyi satu lagu. "Jerit seorang pelajar lelaki dari bawah pentas.
"Baiklah. Firdaus, silakan. "Aidit menjemputnya.
"Baiklah, saya akan menyanyikan sebuah lagu. Lagu ini saya tujukan khas buat seseoran yang saya suka. Orang itu, tahu sendiri. " Firdaus mula menyanyikan lagu Puspa nyanyian ST 12.


Kau gadisku yang cantik,
Coba lihat aku disini,
Di sini ada aku yang cinta padamu,

Kau gadisku yang manis,
Coba lihat aku di sini,
Di sini ada aku yang sayang padamu,

Walau ku tahu bahwa dirimu,
Sudah ada yang punya,
Namun kan ku tunggu sampai kau mahu,

Jangan-jangan kau menolak cintaku,
Jangan-jangan kau ragukan hatiku,
Ku kan selalu setia menunggu,
Untuk jadi pacarmu,

Jangan-jangan kau tak kenal cintaku,
Jangan-jangan kau hiraukan pacarmu,
Putuskanlah saja pacarmu,
Lalu bilang i love u padaku...oooo...

Walau ku tahu bahwa dirimu,
Sudah ada yang punya,
Namun kan ku tunggu sampai kau mahu...


Sepanjang Firdaus menyanyikan lagu tersebut, matanya hanya memandang seorang gadis yang sedang berbual dengan rakan-rakannya. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman. Gadis yang sedang berbual tersebut memandang Firdaus di atas pentas lalu mereka pun bertentang mata. Gadis tersebut melarikan anak matanya dari pandangan Firdaus. Memang Firdaus kacak, tetapi…Dari jauh, seorang pelajar lelaki memandang geram kearah Firdaus, dia tahu Firdaus menyanyikan lagu tersebut buat siapa. Firdaus menyanyikan lagu tersebut buat teman wanitanya Effa. Dia tahu Firdaus sudah lama memendam rasa kepada Effa. Lelaki itu, Izwan memandang Effa dan dia melihat Effa tersenyum kearah Firdaus. Hatinya semakin membara.
"Tunggu kau Firdaus!"Izwan melepaskan geramnya.

Selesai sahaja..

"Woo!! Bravo!! "Jerit pelajar di dalam dewan itu sambil menepuk tangan. Bergema dewan itu, riuh rendah. Acara diteruskan. Firdaus menuju ke tandas, dia tidak sedar bahwa bala sedang menanti dia.
"Woi! "Izwan menjerit dari belakang Firdaus sewaktu Firdaus sedang menghampiri tandas tersebut. Firdaus memalingkan wajahnya dan..
"Woi! Apa ni?? Tumbuk orang ni?? Pasal kau tumbuk aku, apa aku buat kat kau?? " Firdaus memarahi Izwan apabila Izwan menumbuk mukanya. Dia tidak boleh bergerak. Badannya sedang dipegang kuat oleh rakan-rakan Izwan.
"Woi Irfan, lepas lah aku. " Firdaus berkata kepada Irfan.
"Kau bagitahu aku sekarang, untuk siapa kau tujukan lagu tadi?? "Izwan bertanya kepada Firdaus.
"Err..untuk siapa, untuk diaorang la. " Firdaus menjawab.
"Kau tak payah nak tipu aku! Kau ingat aku bodoh?? Aku tahu kau tujukan lagu tu untuk Effa kan??! "Jerit Izwan pula.
"Tak! Aku...tujukan lagu tu untuk orang yang aku suka!! " Firdaus menjerit lagi.
"Dush! "Izwan menumbuk Firdaus lagi. Dari jauh, Syuhada rakan Effa segera memanggil Effa setelah melihat Izwan sedang memukul Firdaus. Effa tergamam melihat bibir Firdaus berdarah.
"Iz! Cukup Iz!! Berhenti! "Effa menarik Izwan.
"Irfan! Ajim! Lepaskan dia! "Effa menjerit lagi. Mereka pun melepaskan Firdaus lantas beredar dari situ.
"Arghh.. " Firdaus terjatuh.
"Firdaus! "Effa menjerit lantas berlari kearah Firdaus yang sedang terbaring di atas lantai.
"Kau ingat Firdaus! Lepas ni, kau berani dekat dengan awek aku, jaga! Effa! Balik! Ikut Iz sekarang! "Izwan menjerit lantas menarik tangan Effa.
"Firdaus! "Effa hanya mampu menjerit dari jauh.

Tiba-tiba...

"Pangg!! "Effa menampar Izwan.
"Effa?! "Jerit Izwan.
"Kenapa Iz pukul Firdaus?? Firdaus tak salah kan? Iz ni memang teruk la!! Teruk sangat!! Okay! Mulai hari ni kita putus! "Effa menjerit lagi lantas beredar dari situ dan mendapatkan Firdaus semula.
"Effa? Kenapa Effa buat Iz macam ni?? Iz sayang Effa! Iz sayang Effa sangat-sangat! Iz tak sanggup Effa pergi kat orang lain!! Effa!"Izwan berkata perlahan.
"Kenapa Effa?? Kenapa??! "Izwan mengeluh lagi.

Di rumah Effa..

"Fir, awak okey?? "Effa bertanya.
"Saya ada kat mana ni?? Effa??! "Firdaus terkejut.
"Awak ada kat rumah saya. Lepas awak kena tumbuk tadi, awak pengsan. Saya bawa awak datang rumah saya, saya tak tahu nak bawa awak pergi mana jadi saya bawa awak datang sini. Awak okey ke?? "Effa menerangkan dengan panjang lebar.
"Saya okey. Thanks. Arghh... "Firdaus menjerit kecil.
"Awak tak apa-apa?? Jangan banyak bergerak..err..awak nak makan ke?? Saya pergi ambilkan makanan ya."Effa berkata lantas bangun untuk beredar.
"Tak..tak apa. Saya tak ada selera. "Firdaus menarik lengan Effa. Effa memandang Firdaus sambil menarik tangannya dengan perlahan. "Maaf.."Firdaus melepaskan tangan Effa.
"Sikit lagi saya hantar awak. Tunggu awak sembuh sikit...err...awak..saya nak minta maaf bagi pihak Izwan, dia sebenarnya cemburu dengan awak. Dia tu panas baran. Saya pun dah break dengan dia. "Effa memberitahu.
"Apa??! Awak break dengan dia?? Tapi kenapa?? Dia cemburu sebab dia sayangkan awak, dia.. "Firdaus terdiam. Effa yang sedang mendengar Firdaus berhenti bercakap memandang Firdaus. "Izwan..aku..aku. "Firdaus tergagap apabila melihat Izwan di hadapan rumah Effa.
"Effa?? "Izwan memohon perjelasan.
"Izwan, awak nak apa? Tak cukup lagi awak dah tumbuk dia?? Awak nak apa sekarang? Awak nak tampar saya pula ker? "Effa menengking Izwan. Firdaus tersentak. Effa memegang tangannya. Izwan terkejut memandang Effa.
"Effa?! "Izwan menjerit. Firdaus terbangun. Kesakitannya hilang serta merta.
"Effa?"Firdaus kaget.
"Saya dah couple dengan Firdaus, jadi saya pun tak ada hubungan dengan awak kan? So, awak boleh lah cari orang lain. Saya ..saya...sayang Firdaus!! "Effa menjerit.
"Effa?"Firdaus terkejut begitu juga Izwan.
"Effa? Sayang Firdaus? "Izwan bertanya gugup.
"Ya! Saya...sayang dia. "Effa berkata.
"Effa.... "Izwan berkata perlahan. Dia terasa lemah. Cincin yang ingin diberi kepada Effa sekian lama terlepas dari genggamannya. Dia hampa, terlalu hampa. "Effa, thanks sebab pernah couple dengan saya. Saya cintakan awak. Saya sayang awak dan saya akan tunggu awak. "Izwan berkata perlahan. Langkahnya lemah. Sebaik kelibat Izwan menghilang, Firdaus merentap tangannya.
"Effa?! Apa awak cuba buat?!"Firdaus menengking Effa.
"Fir? Bukan ke selama ni awak suka kat saya, patutnya awak suka bila saya dah anggap awak ni pakwe saya. "Effa berkata.
"Memang!! Memang saya suka kat awak tapi saya tak nak jadi awak punya pakwe dengan cara macam ni? Awak sedar tak apa awak buat ni? Awak dah hancurkan harapan dia. Kenapa Effa?? Kenapa awak kejam sangat? "Firdaus memarahi Effa. Dia terlalu terkejut. Dia segera beredar dari situ.
"Fir! Fir.. "Effa memanggil Firdaus yang sudah jauh melangkah. Dia mengambil cincin yang terjatuh dari tangan Izwan sebentar tadi. Firdaus berjalan, dia tak sanggup.
"Kenapa Effa buat Izwan macam tu? Kenapa? "Firdaus mengeluh perlahan. Tiba-tiba..
"Izwan? Izwan, aku...aku tak couple dengan dia. Aku pengsan, dia bawa aku balik rumah dia. Kau datang..dia....nak sakitkan hati kau jadi dia cakap yang kitaorang couple. Aku minta maaf, aku tak ada apa-apa dengan dia, aku tak ada hubungan dengan dia. Aku sumpah... "Firdaus menerangkan segalanya dengan tergagap-gagap.
"Dah la Firdaus. Aku pun dah tak peduli semua tu. Mungkin semuanya salah aku, mungkin dia memang tak sayangkan aku dah. Aku tak tahu nak buat apa sekarang."Izwan mengeluh berat.
"Iz, aku faham perasaan kau tapi kau pilihan dia. Kita dua orang lelaki yang mencintai seorang perempuan tapi yang menjadi pilihan adalah perempuan itu yang tentukan. Dia tak rela lepaskan kau. Aku tahu, aku boleh tengok dari mata dia. Dia boleh bunuh diri kalau kau tinggalkan dia.. "Firdaus menerangkan. Terdiam seketika, tidak lama kemudian, kedua-duanya terkejut.
"Bunuh diri!! "Firdaus dan Izwan menjerit lantas kedua-duanya berlari semula ke rumah Effa. Sebaik tiba di rumah Effa, mereka melihat Effa sedang terbaring diatas lantai. Mereka segera membawanya ke hospital.

Di Hospital...


"Maaf, boleh saya jumpa dengan ahli keluarga pesakit? "Seorang doktor bertanya kepada Firdaus dan Izwan.
"Saya! "Mereka menjawab serentak.
"Ya? "Doktor tadi memohon perjelasan.
"Dia! "Mereka menjawab serentak.
"Ya? Siapa sebenarnya? "Doktor tadi bertanya.
"Err, kami keluarga dia. Pesakit tu tak ada keluarga. Dia tinggal dengan kawan-kawan dia. "Izwan menjawab. Dia memang mengetahui mengenai Effa. Effa seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama rakan-rakannya. Syuhada, Sofia dan Anis.
"Ya, kami bagi pihak kawan-kawan dia. Apa sakit dia doktor? "Firdaus bertanya kepada doktor yang bernama Azira itu.
"Ermm..Saya dah kenal dengan Effa, penyakit dia menyerang balik. "Doktor itu terhenti seketika apabila mendengar suara menjerit.
"Wei, Iz., Firdaus. Effa mana?? Doktor, Effa macam mana?? Sakit dia datang balik ke?? "Sofia bertanya.
"Ha?? Sakit?? Datang balik? Apa ni Sofia? "Izwan bertanya.
"Ya Sofia. Effa pengsan tadi. Saya dah periksa, sakit dia tambah parah. Saya rasa sebab dia stress atau banyak berfikir. "Doktor Azira tadi memberi perjelasan. Dia memang kenal rapat dengan Sofia, Syuhada dan Effa. Mereka sering mendapatkan rawatan dari Doktor Azira untuk Effa.
"Ya Allah. Doktor, macam mana ni?? Effa mana?? "Syuhada pula bertanya.
"Effa sedang dirawat, saya nak tanya. Mereka ni siapa? "Doktor Azira bertanya sambil memandang kearah Izwan dan Firdaus.
"Oh, ermm. Ini Izwan, pakwe Effa yang selalu kitaorang cerita tu, ni pula Firdaus, kawan Effa. "Sofia menerangkan. Izwan memandang Firdaus.
"Ermm, Izwan..awak la...ermm...Effa tak bagitahu awak dia sakit apa? "Doktor tadi bertanya.
"Effa sakit apa doktor? "Izwan bertanya.
"Awak tanyalah kawan awak. Maaf, saya ada hal, saya pergi dulu. Sofia, Syuhada, Effa sedang berehat, jangan ganggu dia sampai dia sedar. "Doktor Azira meminta izin lalu dia pun berlalu.
"Sofi? Syu? Apa korang nak cakap sekarang? "Izwan bertanya. Wajahnya kelihatan serius.
"Effa sakit. Dia... "Syuhada tidak dapat menahan perasaannya. Air matanya mula menitis.
"Syu? Apa ni? Sofia, tolong cakap kat aku, apa sakit dia? "Izwan memohon perjelasan.
"Iz, aku kena balik. Ada hal, aku pergi dulu. "Firdaus berlalu.
"Effa...Effa sakit...dia menderita...leukimia. "Sofia memeluk Syuhada yang sedang menangis teresak-esak.
"Ha? "Izwan terduduk. "Effa sakit leukimia? "Izwan bertanya, dia seakan tidak percaya.
"Ya. Maaf, Effa tak bagi kitaorang bagitahu kau. Kitaorang nak... "Suara Sofia tersekat. "Kitaorang nak bahagiakan dia saat akhir. Kitaorang tak nak dia pergi. "Syuhada memberitahu.
"Effa?! Kenapa? Kenapa Effa tak bagitahu Iz? Kenapa? Kenapa Effa. Kenapa?"Izwan menumbuk dinding. Izwan memandang Effa dari luar biliknya. Effa terbaring kaku diatas katil dengan wayar di tangan, hidung, dada dan kepala."Kenapa? "Izwan lemah. Dia teringat, pernah Effa pening kepala sehingga hampir pitam dan juga aiskrim yang dibelinya untuk Effa terjatuh apabila Effa kelihatan seperti tidak nampak dan bagaimana Effa pernah pengsan apabila sedang berjoging dan juga hidungnya yang pernah berdarah apabila berada di tengah panas. Semuanya kerana penyakitnya.
"Dulu, sakit dia dah okey sikit, maybe sebab dia selalu gaduh dengan kau, dia stress balik. "Izwan teringat kata-kata Sofia.

************************************************************************************************************************************************


Di sekolah...

"Izwan, kau okey? "Firdaus bertanya kepada Izwan ketika rehat.
"Firdaus, kau dah tahu apa sakit Effa? "Izwan bertanya.
"Dah, Sofia bagitahu aku tadi. Hanya keajaiban je yang boleh selamatkan Effa sekarang. Sofia cakap, dia dah tahap kritikal. "Firdaus menepuk bahu Izwan lalu beredar.
"Effa, maafkan Iz. "Izwan berkata perlahan. Dari jauh, Sofia, Syuhada dan Anis memandang simpati.

Di Hospital...

Izwan sampai awal di hospital hari itu. Dia terus ke bilik Effa, dia duduk di sebelah Effa. Effa masih tidak sedarkan diri. Izwan tertidur sebentar, ketika Izwan sedang tidur. Effa terjaga. Dia terkejut melihat Izwan sedang tidur di sisinya.
"Iz? "Effa memanggil perlahan.
"Ha? "Izwan terjaga. Dia memandang Effa. "Effa, awak dah bangun. Awak okey ke? Kenapa awak tak bagitahu sebelum ni? "Izwan bertanya.
"Maafkan saya, saya tak berniat nak berahsia dengan awak, saya tak nak awak risau dan maaf, saya putuskan hubungan dengan awak..saya.. "
"Dah, awak tak payah cakap. Saya dah tahu...Saya...yang bersalah. "Izwan memotong kata-kata Effa. "Effa, berikan saya satu peluang lagi untuk membahagiakan awak. "Izwan menggeggam tangan Effa.
"Ermm.. "Effa menggagguk perlahan. Dia tersenyum, Firdaus yang mahu masuk ke bilik itu mendengar perbualan Effa dan Izwan.
"Sayang sekali, aku terlambat. "Firdaus mengeluh perlahan. Dia beredar dari situ sedang Izwan dan Effa sedang bergembira di dalam bilik itu.
"Ha, sekarang Effa kena makan, dah 2 hari Effa tak sedarkan diri jadi kena makan banyak, kena gemuk, hehehe. "Izwan menyuap Effa sambil tergelak kecil.
"Biar Effa pula suap Iz..meh..Ala bucuk..Meh makan meh, heheheh."Effa tersenyum gembira. Akhirnya, dia dapat bersama dengan orang yang dia cintai di saat akhir dalam hidupnya.
"Effa, saya nak bagitahu, bulan depan awak buat pembedahan tau. Saya doakan awak berjaya. "Izwan menggeggam tangan Effa. Effa mengangguk lesu.

10 Tahun berlalu..

Masa berlalu dengan pantas.
"Kenapa kau pergi? Kenapa? Maaf, mungkin semua ni takdir yang harus aku akui. 10 tahun, pantas sungguh waktu berlari. Aku tak nafikan, aku banyak berdosa kepada kau, aku minta maaf. Aku berjanji akan bahagiakan orang yang kau sayang. "Izwan yang sudah berusia 27 tahun ketika itu mengusap pusara tersebut.
"Abang, dah la. 10 tahun dah dia pergi. Tak payah salahkan diri abang. Abang cuma sedekahkan al-fatihah kepada dia. Okey. "Seorang wanita memegang bahu Izwan.
"Effa, terima kasih untuk segalanya. "Izwan mengucup dahi Effa. Effa berjaya di dalam pembedahan 10 tahun lalu, namun sesuatu yang tidak disangka telah berlaku. Berita Firdaus meninggal dunia akibat penyakitnya. Barah otak. Rupa-rupanya, Firdaus juga menghidap penyakit yang berbahaya. Ketika hari Effa dimasukkan ke hospital. Firdaus pergi mendapatkan rawatan kerana terasa kepalanya sakit. Ketika Effa sedang menjalani pembedahan. Firdaus menulis surat di hadapan Aidit. Hanya Aidit sahaja yang mengetahui segalanya tentang Firdaus. Dan ketika Effa selamat menjalani pembedahan. Firdaus telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Effa menitiskan air mata setelah membaca surat pemberian Firdaus. Sesungguhnya, insan bernama Firdaus Ehsan itu mempunyai hati yang amat mulia.


Assalammualaikum....

Kehadapan saudari Izwan dan Effa. Effa, saya minta maaf kalau selama ni saya selalu menyebabkan awak dengan Izwan bergaduh. Saya harap awak berjaya dalam pembedahan ini. Bila awak dapat surat ni, saya dah pergi jauh. Jauh dari hidup awak dan Izwan. Jauh sangat. Terima kasih sebab pernah tolong saya. Saya harap hubungan awak dengan Izwan kekal sampai ke anak cucu. Izwan, aku minta maaf sebab suka ganggu hubungan kau dengan Effa, .lepas aku pergi. Aku takkan ganggu hidup kau dah. Terima kasih sebab jadi kawan aku ketika aku menghabiskan sisa hidup aku. Effa, Kasih itu yang bawa cinta awak dan Izwan bersatu. Sekian. Ermm, Aku ada satu benda nak bagi kat korang. Harap korang enjoy. Khas untuk korang berdua.



Saya MALAS,
awak suruh saya RAJIN...
sAya NAKAL..
awak MARAH...
saya SENYUM..
awak LAGILAH SENYUM..
saya GURAU..
awak GELAK..
SWEETZ sangat masa tue..
tapi kalau saya TAK ADA..
jAngan pula awak ikut saya PERGI..
cuma..
'DOA' jer dalam hati dan ingat dekat saya...
dah cukup untuk nilai persahabatan kita....
dan buat saya tenang selamanya...
awak jangan sedih..
saya tak suka AIR MATA awak menitis nanti..
sebab SAYA TerLALU SYGKN AWaK!!
<33


Khas untuk kau dengan Effa...

Dari sahabat yang
menyayangi korang....

Firdaus Ehsan....


************************************************************************************************************************************************

Izwan dan Effa telah pun menginjak ke umur 27 tahun. Mereka telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Firdaus Ehsan. Sempena nama sahabat mereka yang amat disayangi. Sesungguhnya, seperti yang Firdaus katakan. Kasih itu yang membawa kebahagiaan kepada mereka selamanya…



Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh Nur Ashikin bt. Almi..Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat...


28/10/2008
Selasa
5.44 ptg

Watak-watak

-Izwan Amir-
-Effa Fariesya-
-Firdaus Ehsan-
-Sofia-
-Syuhada-
-Aidit-
-Irfan-
-Ajim-
-Anis-
-Doktor Azira-
-Pn. Noriza-

DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

No comments: