AMBIL PERHATIAN !

setiap keluaran cerpen dalam blog ini adalah



HAK CIPTA TERPLEIHARA OLEH NUR ASHIKIN BINTI ALMI
dilarang sama sekali untuk membuat salinan sama ada cetakan bertulis atau photostat mahupun print screen


SAYA PENULIS BARU. SEBARANG KECACATAN PADA PENULISAN SAYA HARAP DIMAAFKAN. TERIMA KASIH :D

January 9, 2012

♥BILA ADA CINTA♥

Bila Ada Cinta..


"Awak.boleh tolong saya tak? Saya dalam kesulitan la. "Eiyka terkejut lantas memecahkan angannya yang sedang mula mereka-reka awan di atas kepalanya.
"Ha? "Terpacul perkataan itu dari mulutnya. Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang tidak kurang kacaknya. Tinggi dan kelihatan bergaya dengan tie biru berbelang dan baju kemeja biru laut.
"Saya nak minta tolong. Saya nak belikan awek saya jam tapi saya tak tahu citarasa perempuan ni macam mana. " Lelaki itu mengukir senyuman.
"Apa la dia ni, awek punya citarasa pun tak tahu. " Omel Eiyka sendirian. Terasa jengkel apabila melihat seorang lelaki yang bergaya namun tidak mengetahui apa-apa mengenai perempuan.
"Apa awak cakap? " Lelaki itu bertanya apabila melihat mulut Eiyka seperti sedang membicarakan sesuatu.
"Ha? Tak ada apa la. Jom, saya tolong awak. Eh, kejap. "Eiyka bangun untuk berjalan namun dia berhenti apabila terfikirkan sesuatu.
"Kenapa? "lelaki itu bertanya kehairanan.
"Awak nak bagi hadiah birthday ke?"Eiyka bertanya lagi. Dia mengangkat keningnya.
"Ya. Kenapa? " Lelaki itu bertanya lagi.
"Awak nak bagi awek awak jam?? "Eiyka bertanya lagi sambil menekan perkataan akhirnya.
"Ya la. Kenapa? "lelaki itu bertanya lagi.
"Err, tak ada apa. Jom la. "Eiyka terus berjalan. Lelaki itu mengikut langkah Eiyka dengan kehairanan.
"Takkan nak bagi hadiah birthday jam kat awek?? Bagilah rantai ke, cincin ke, teddy bear ke. Romantik sikit. Ini tidak, jam dibaginya? Apa ke pelik punya balak la dia ni."Eiyka membebel sekadar di dalam hati. Kalau diluahkan pula dikatanya penyibuk. Baik didiamkan sahaja. Sesampainya di kedai jam tersebut, Eiyka terus mencari-cari jam yang sesuai.
"Uish, aku nak cari jam untuk orang. Yang aku ikut kepala otak aku kenapa. "Eiyka berkata perlahan.
"Eh, tak apa. Ikut awak je la. Sebab awak kan perempuan, lebih faham." Lelaki itu menyampuk apabila mendengar rungutan Eiyka sebentar tadi.
"Hehe."Eiyka tersengih. "Dengar pula dia."desisnya di dalam hati. "Ha, itu lawa. Ok tak? "Eiyka bertanya kepada lelaki itu.
"Ermm.ikut awak. Kalau awak rasa ok, saya ok je. "lelaki itu menjawab kembali.
"Cantik juga. Pandai dia ni pilih. Mesti Syasya suka. " lelaki itu berkata di dalam hati.
"Ok. saya pilih ni. Ok la, saya dah lambat. Nanti wish birthday awek awak tu untuk saya nanti ye."Eiyka mula mengorak langkah namun langkahnya terhenti apabila mendengar lelaki itu memanggilnya.
"Ya? "Eiyka mengangkat keningnya.
"Saya Izzat. Awak? Err, ni nombor saya. Kalau bosan-bosan call lah saya. "lelaki itu berkata sambil menghulurkan sekeping kad berwarna putih.
"Err..Saya Eiyka. err..ok.. Nanti saya call. ok..ni nombor saya. bye.."Eiyka menjawab sambil memberikan kadnya.
"Thanks. "lelaki itu berkata lagi.
"Welcome. "Eiyka melemparkan senyuman sebelum meninggalkan shopping complex itu. Lelaki yang bernama Izzat itu hanya memandang sehingga tubuh Eiyka menghilang dari pandangannya..

"Sya, happy birthday..ni hadiah dari Izzat. "Izzat menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Syasya. Gadis itu mengambil hadiah itu.
"Thanks sayang! love you. Ingatkan dah lupa birthday Sya tadi."Syasya tersenyum bahagia.
"Ish, Sya ni, ada pula Izzat nak lupa birthday awek kesayangan Izzat ni. Buka la."Izzat mencuit hidung kecil milik gadis bernama Syasya itu.
"Ok. "Syasya membuka hadiah itu dengan berhati-hati. "Cantiknya.. Pandai Izzat pilih.. it’s nice.love it."Syasya memakai jam pemberian Izzat itu.
"Cantik kan? Mestilah cantik. Awek Izzat ni kan cantik. Mana boleh bagi yang tak cantik. "Izzat tersenyum. Dia berterima kasih kepada gadis yang bernama Eiyka yang telah dijumpainya tempoh hari. Ketika itu, dia sedang buntu memikirkan hadiah yang patut diberikan kepada Syasya sempena hari jadinya. Sedang buntu memikirkan hadiah itu, tiba-tiba dia terpandang Eiyka yang sedang duduk seorang diri di suatu sudut. Apa lagi, laju kakinya melangkah ke arah Eiyka. Terkejut gadis itu dibuatnya. Izzat tertawa perlahan. Lucu juga jika difikirkan telatah gadis itu.
"Izzat? What’s wrong with you?"Syasya bertanya apabila melihat Izzat tersenyum sendirian lantas memecahkan lamunan Izzat sebentar tadi.
"Ha? "Izzat memandang Syasya.
"Izzat tu kenapa? Senyum-senyum. Ingatkan siapa ha? Perempuan lain la tu."Syasya memuncungkan bibirnya.
"Eh, siapa cakap Izzat fikirkan perempuan lain? Sya je yang ada dalam otak Izzat ni. Mana ada orang lain. Eh, cantikkan jam tu. Mahal tau. Tapi untuk Sya, bulan pun Izzat boleh beli. "Izzat menukar topiknya supaya Syasya tidak merajuk lagi.
"Izzat ni kan. Main-main pula. "Syasya mencubit lengan Izzat.
"Aduh, tolong. Ketam gigit saya. Huish, Sya kalau cubit, aduh, mahu demam Izzat..heheh "Izzat bergurau sambil mencubit pipi Syasya yang gebu itu. Syasya tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Eiyka, bos panggil. "Shira memanggil Eiyka yang sedang sibuk mengemas mejanya untuk pulang. Hari ini dia lewat lagi. Malam menjelma akhirnya.
"Bos panggil?? Aku dah nak balik la. Apa lagi dia nak? "Eiyka membebel kepada Shira, setiausaha Encik Syafiq Aiman, bosnya.
"Mana la aku tahu. Dah la. Kau pergi je la. Banyak cakap pula."Shira berlalu meninggalkan Eiyka.
"Huh. "Eiyka mengeluh.
"Tok tok tok. "Eiyka mengetuk pintu Encik Syafiq Aiman.
"Masuk. "seorang lelaki bersuara.
"Err, Encik Aiman nak jumpa saya kenapa? "Eiyka bertanya. Syafiq Aiman mengangkat wajahnya. Matanya memandang mata Eiyka.
"Ish, dia ni kenapa? "desis hati Eiyka. Hatinya tidak keruan apabila matanya bertentangan dengan mata Syafiq Aiman.
"Saya…" Syafiq Aiman bersuara namun katanya terhenti apabila telefon bimbit milik Eiyka berdering dan mengeluarkan nada dering Tapi Bukan Aku nyanyian kumpulan Kerispatih.
"Maaf ya Encik Aiman.. Helo? "Eiyka menjawab panggilan itu perlahan. Syafiq Aiman hanya memerhatikan wajah Eiyka. Tiba-tiba matanya bertentangan sekali lagi dengan mata Eiyka. Jantungnya berdegup kencang. Syafiq Aiman menjadi tidak keruan.
"Ya Encik Aiman. Apa tadi?"Eiyka bertanya sejurus mematikan panggilan telefonnya.
"Err, tak ada apa la. Awak boleh pulang. Err, lagu telefon awak tu, saya pun minat juga. " Syafiq Aiman berkata lagi.
"Err..ok. "Eiyka memegang tombol pintu dan mula menariknya namun ucapan Syafiq Aiman menyebabkannya memusing kebelakang dan memandang Syafiq Aiman.
"Ya? "Eiyka mengangkat keningnya.
"Err.saya cakap, hati-hati. " Syafiq Aiman pura-pura sibuk dengan mengemas fail-failnya.
"Err..ok.. "Eiyka menarik pintu itu lantas melangkah keluar. Sebaik sahaja Eiyka keluar dari bilik itu. Syafiq Aiman melepaskan nafas lega. Entah kenapa, hatinya tidak keruan apabila memandang Eiyka, gadis yang mula bekerja seminggu yang lalu. Dia masih ingat bagaimana gelagat Eiyka yang gelabah apabila ditegur olehnya kerana terlupa fail kerja.

************************************************************************
"Eiyka, mana fail kerja yang saya minta awak siapkan hari tu? " Syafiq Aiman bertanya kepada Eiyka pada hari ke empat Eiyka mula bekerja di syarikat itu sebagai penolong setiausaha.
"Err.saya dah siapkan tapi saya tak ingat saya letak kat mana. Tapi Encik Aiman jangan risau. Saya akan bagi fail tu sebelum balik. Saya janji."Eiyka takut-takut menjawab.
"Err, Eiyka, bukan ke kau dah bagi kat aku semalam? "Shira menyampuk. Syafiq Aiman dan Eiyka serentak memandang Shira.
"Fail tu ada kat awak? " Syafiq Aiman bertanya.
"Ya Encik Aiman. Nanti saya bagi Encik Aiman. Saya sedang menyemak fail tu."Shira menahan ketawanya.
"Oh, ok. " Syafiq Aiman senyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Muka Eiyka mula merah padam menahan malu. Sebaik sahaja Syafiq Aiman masuk ke biliknya, ketawa Shira pecah. Teman sekerja yang lain turut ketawa geli hati.
"Kau ni kan Shira.buat malu aku jer. "Eiyka memarahi Shira namun dia tersenyum apabila terkenang sikap pelupanya itu. Syafiq Aiman tersenyum apabila mengenang kembali peristiwa hari itu. Lamunannya terhenti apabila mendapat satu mesej.

"Nak jumpa abg! Rindu la. Sekarang tau! Tempat biasa. "

Dia ni pun! Syafiq Aiman mendengus apabila mendapat mesej daripada seseorang. Lantas dia bangun dan bergerak keluar.

Eiyka menyanyi kecil sambil membawa keretanya. Dia teringat sebentar tadi. Saat Syafiq Aiman ingin mengatakan sesuatu, telefon bimbitnya berbunyi dan dia sedikit terkejut apabila melihat nama yang tertera.

"Helo? "Eiyka menjawab perlahan kerana risau Syafiq Aiman mencuri dengar perbualannya.
"Helo. Hai Eiyka. Awak buat apa tu? Saya mengganggu ke? "suara lelaki bergema.
"Err.saya tengah jumpa dengan bos saya ni. Awak ada apa? Ada masalah lagi?"Eiyka bertanya lagi. Tiba-tiba matanya bertentang dengan mata Syafiq Aiman. Hatinya berdebar-debar.
"Err..tak ada apa. Oklah.nanti saya call balik..sorry menganggu awak."lelaki itu mematikan panggilannya.
"Ok.bye.. "Eiyka menjawab perlahan. Dia memandang Syafiq Aiman yang kelihatan sedang sibuk mengemas fail yang berselerak di atas mejanya. Saat dia hendak pulang juga, Syafiq Aiman mengucapkan sesuatu yang membuatkannya termenung sebentar.
"Hati-hati." Syafiq Aiman mengucapkan ayat itu kepadanya membuatkan jantungnya berdegup kencang..
"Ish aku ni. Perasan je lebih. Entah-entah, memang kat semua staf dia cakap macam tu, aku je perasan yang dia ambil berat kat aku. apa la. "Eiyka mengomel sendirian sambil mula mengikut rentak lagu bahagian korus yang bermain di corong radio itu. Lagu kegemarannya sedang diputarkan. Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih. Dia teringat akan kata-kata Syafiq Aiman.
"Lagu telefon awak tu, saya pun minat. "…Entah kenapa, apabila mendengar lagu ini, hatinya akan tersentuh. Mungkin kerana kenangan silam akan menjengah tatkala dia menghayati lagu ini.


Berakhirlah sudah semua,
Kisah ini dan jangan kau tangisi lagi,
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu,
Sejuta kata maaf terasa,
Kan percuma,
Perasaanku telah mati untuk menyedarinya…
Tapi bukan aku!!!
Ooooo…..

Semoga saja,
Kan kau dapati hati yang tulus mencintaimu,
Tapi bukan aku!!!!

"Kita jumpa. "Izzat berkata apabila Eiyka menelefonnya petang itu.
"Jumpa? Bila? Kenapa? "Eiyka bertanya lagi. Dia ingin mengelak daripada menemui lelaki itu. Bukan kerana benci tetapi dia tidak selesa apabila berhadapan dengan lelaki itu.
"Kalau awak tak boleh tak apa. "Izzat memperlahankan suaranya. Hatinya hampa apabila Eiyka kelihatan mahu menolak pelawaannya itu.
"Err..ok..kat mana? "Eiyka menjawab.

"Saya dah putus dengan Syasya. "Izzat berkata setelah lama berdiam diri di hadapan Eiyka. Dia menarik nafas lalu dihembusnya perlahan.
"Err, awak putus? Kenapa?"Eiyka bertanya lagi. Sedikit kasihan apabila melihat lelaki itu murung dan tidak seperti sebelum ini yang sentiasa senyum.
"Dia ada lelaki lain."Izzat menerangkan. Wajahnya murung. Tidak disangka malam yang sama ketika dia menelefon Eiyka, dia terlihat Syasya bersama lelaki lain sewaktu dia ingin membeli air.
"Lelaki lain? "Eiyka mengangkat keningnya.
Izzat terus menceritakan segala-galanya yang telah dilihatnya malam itu. Dia menceritakan bagaimana dia melihat Syasya bersama seorang lelaki sedang bermesraan di sebuah kafe. Izzat meraup wajahnya.
"Dah la Izzat. Ramai lagi perempuan kat dunia ni. Ha. Kat Malaysia ni lagilah berlambak. "Eiyka memujuk. Izzat mengangkat wajahnya. Dia memandang mata Eiyka.
"Kenapa? Saya salah cakap ke? "Eiyka berkata apabila melihat Izzat sedang merenungnya. Eiyka menjadi gelisah apabila melihat tenungan Izzat.
"Awak nak jadi awek saya? "Izzat berkata lagi.
"Ha? "Eiyka terlopong.
"Tak ada apa. Saya main-main je. "Izzat berkata lagi.
"Gadis kat depan aku ni. Cantik. Maybe aku yang tak perasan. " Izzat berkata-kata di dalam hati sambil mengamati wajar bujur sirih milik gadis yang bernama Nur Farihin Atika. Nama yang tidak sengaja dilihatnya ketika ic milik Eiyka terjatuh tempoh hari.
"Farihin…"tanpa sengaja Izzat tersebut nama itu. Eiyka yang sedang minum air jus di depannya tersedak.
"Apa awak cakap tadi??"Eiyka bertanya. Apa yang terlintas di hati lelaki itu sehingga menyebut nama yang suatu ketika dulu pernah menjadi nama kegemarannya dan kemudian menukar nama itu kepada Eiyka kerana membenci nama Farihin sejak peristiwa pahit itu berlaku.
"Err..saya teringat ic awak hari tu. Tu yang tersebut tu. Kenapa? "Izzat mengangkat keningnya.
"Err.. tak ada apa lar. "Eiyka senyum walaupun senyumannya nyata tidak ikhlas. Fikiran Eiyka mula melayang jauh memikirkan peristiwa yang telah tiga tahun berlalu. Ternyata kenangan itu belum pernah luput dari hati atau fikirannya sama sekali. Dia sendiri tidak tahu mengapa, namun dia pasti bahawa tiada apa yang mampu meluputkan semua memori yang masih terlipat kemas di ingatannya. Ternyata tiada…


************************************************************************

"Faiz nak kahwin! " Faiz memulakan bicara.
"Apa?! "Eiyka menjerit.
"Maaf, kita tak ada jodoh. Faiz minta maaf. Kita putus. Sabtu ni Faiz akan bernikah."Faiz berkata lagi.
"Tapi kita nak nikah Sabtu ni! "Eiyka berkata. Air matanya mula menitis. Faiz menundukkan kepalanya."Faiz tak boleh putuskan pertunangan kita! "Eiyka menjerit lagi sambil menggoyang-goyangkan badan Faiz.
"Faiz minta maaf. "Faiz berkata perlahan.
"Faiz! Tolong, jangan buat Farihin macam ni! Tolong lah. Kenapa Faiz tiba-tiba nak kahwin dengan orang lain! Faiz tak sayangkan Farihin kan! "Eiyka menjerit lagi.
Eiyka berundur lantas berlari meninggalkan Faiz. Eiyka berlari tanpa tahu ke mana harus dia pergi.
"Faiz jangan jumpa Farihin lagi! Jangan panggil dah nama tu! Farihin benci nama tu!Farihin benci Faiz!"Eiyka menjerit sambil menangis teresak-esak. Faiz hanya memandang sayu.
"Faiz betul-betul minta maaf. Faiz sayangkan Farihin.."Faiz berkata perlahan.

************************************************************************

"Eiyka? "Izzat memanggil. Tiada jawapan.
"Helo? Are you here with me?? "Izzat memanggil lagi sambil memetik jarinya di hadapan wajah Eiyka.
"Ha? "Eiyka tersedar dari lamunannya.
"Awak kenapa? "Izzat bertanya.
"Err, tak ada apa. Err.. saya nak balik la. Ada banyak kerja kat office. Lagipun kan saya keluar time lunch nih. Ok la. Bye. "Eiyka bingkas bangun dan menuju ke kaunter untuk membayar lantas meninggalkan Izzat yang termangu-mangu keseorangan.

"Eiyka, kau kenapa? "Shira menegur Eiyka yang dilihatnya asyik dengan dunia sendiri.
"Kenapa apa?"Eiyka bertanya kembali.
"Tak ada la, dari tadi aku tengok kau termenung. Ada masalah ke?"Shira bertanya lagi.
"Tak ada apa la.. "Eiyka menjawab.
"Oh ya, lupa aku nak bagitahu. Minggu depan aku tak ada. Jadi kau kena ganti aku la tau. Encik Aiman nak pergi Johor nanti. Jadi kau kena ikut dia tau. "Shira berkata lagi.
"What? Johor?? "Eiyka terkejut.
"Laa, kau kenapa? Kau tu kan penolong setiausaha. Dah aku tak ada, kau gantilah. Ala, kau pun bujang lagi kan?? Bukannya ada orang nak marah. Hish. "Shira mendengus.
"Err, aku..aku.. "Eiyka mencari alasan untuk mengelak.
"No excuses! "Shira menjawab kasar. Eiyka mendengus kasar.
"Hari ni dah la hari Jumaat, baru nak bagitahu. Teruk betul la dia ni. Hurm.."Eiyka menjeling Shira di sebelahnya.
"Eiyka, masuk bilik saya sekejap. "suara Syafiq Aiman memanggil.
"Ya Encik Aiman? "Eiyka bertanya setelah masuk ke bilik itu.
"Err, saya nak bagitahu yang Isnin depan saya kena pergi Johor, jadi.. "Eiyka segera mencelah.
"Saya dah tahu. Shira baru bagitahu saya tadi. "..Ternganga Syafiq Aiman ketika itu. Tidak disangka Eiyka akan menjawab.
"Err, ok. Kita pergi naik kereta saya. Nanti saya ambil awak kat rumah awak. Ok. " Syafiq Aiman berkata lagi sambil matanya memandang kertas yang terbentang di hadapannya itu.
"Err..ok. "Eiyka menjawab lantas berpaling untuk keluar namun langkahnya terhenti.
"Oh ya, kita akan tidur dekat rumah mak cik saya kat sana. Tak payah saya membazir duit syarikat. " Syafiq Aiman berkata lagi.
"What?? Tidur rumah mak cik dia?? Aduh! Dia ni! "Marah Eiyka di dalam hati.
"Err, ok. "Eiyka terus keluar dari bilik itu. Syafiq Aiman mengerling ke arah Eiyka yang baru keluar dari biliknya.
"Nice.. "desis Syafiq Aiman didalam hati. Eiyka kelihatan menarik hari ini dengan mengenakan baju kurung berwarna biru lembut.Rambutnya pula diikat seperti biasa iaitu tocang kuda dengan disepitkan pula dengan sepit yang berwarna sedondon dengan bajunya. Wajahnya pula disolek ringkas. Tidak bersolek pun, wajahnya masih berseri. Hati lelaki Syafiq Aiman sedikit bergocak apabila melihat wajah bersih Eiyka itu.
"Huh! Aku ni kenapa?" Syafiq Aiman merengus perlahan.

"Apa nak bawa ni? "Eiyka mengomel sendirian.
"Kau nak pergi mana Eiyka? Balik kampung ke?"Wani, teman serumahnya bertanya.
"Aku kena ikut bos aku pergi Johor esok. Dah tu, kena tidur kat rumah mak cik dia pula tu. Payah betulla dia ni. "Eiyka menjawab sambil duduk di atas katilnya. Wani mengambil tempat disebelahnya.
"Biar aku tolong. Kau bawa je baju yang tiap-tiap hari kau pakai, then, kau bawa kain batik dengan t-shirt. Ye la. Kau nak tidur kat rumah makcik dia. Takkan nak pakai seluar jean kan?"Wani berkata lagi.
"Err, boleh ke? Erm..biarlah, pandailah aku buat nanti. Eh, Sya mana? "Eiyka bertanya lagi.
"Ke mana lagi? Keluar la. Eh, dengar cerita dia baru break dengan balak dia. "Wani menerangkan lagi. Eiyka memandang Wani.
"Ye ke? "Eiyka bertanya. Wani mengangguk perlahan.
"Erm, kesian dia kan? "Wani pula berkata. Eiyka memandang Wani. Dia teringat akan jam yang dilihatnya di atas meja mekap milik Syasya. Jam itu serupa dengan jam yang dipilihnya untuk Izzat. Mungkin memang sebiji kut. Fikir Eiyka.

"Pinn pinn!"bunyi hon kereta Honda City berwarna hitam milik Syafiq Aiman berbunyi. Eiyka segera keluar. Setelah meletakkan beg di bonet belakang, Eiyka memboloskan dirinya ke tempat duduk di sebelah Syafiq Aiman. Syafiq Aiman memandang Eiyka tidak berkelip. Eiyka hanya memandang ke hadapan. Namun dia menyedari mata Syafiq Aiman sedang memerhatikannya.
"Ehem. "Eiyka terbatuk kecil. Syafiq Aiman segera memberi tumpuan kepada pemanduannya.
"Err, kita pergi rumah mak cik saya dulu ya. " Syafiq Aiman berkata setelah lama berdiam diri.
"Ok. "Eiyka menjawab ringkas.
Setibanya di satu selekoh, Syafiq Aiman membelok kiri dan memasuki sebuah kampung. Kiri kanan orang menegur Syafiq Aiman. Yang tua atau muda, semuanya kelihatan mesra dengannya. Eiyka hanya sekadar melemparkan senyuman.
"Kita berhenti dulu, saya nak belikan mak cik saya ole-ole sikit. " Syafiq Aiman berkata. Eiyka sekadar mengangguk.
"Eh, Aiman..Lama pak cik tak jumpa kamu.Ish kamu sekarang. Dah bergaya dah ya. Eh, datang sini terus bawa calon isteri kamu? "seorang lelaki yang berumur menegur Syafiq Aiman. Hampir tersembur air yang sedang diminum Eiyka ketika itu apabila mendengar ayat terakhir pak cik itu.
"Ish, pak cik ni. Itu bukan calon isteri la. Dia tu pekerja saya. Saya belum lagi nak kahwin la pak cik." Syafiq Aiman menjawab sambil memandang Eiyka dan tersenyum. Eiyka dapat merasakan kemerahan di mukanya.
"Malunya…pak cik ni pun. Buat malu aku je. "Eiyka mengomel didalam hati.
"Oh, pekerja. pak cik ingat calon isteri. Eh kamu ni, pekerja pun lama-lama boleh jadi bini tau. "lelaki itu berkata lagi. Syafiq Aiman dan pak cik itu terus ketawa. Syafiq Aiman memandang Eiyka yang sudah merona kemerahan wajahnya. Seandainya semua itu benar. Syafiq Aiman tersenyum sendiri.
"Pak cik ni kan.ada-ada je. Baiklah pak cik, saya nak balik. Mak Su kat rumah tu dah tunggu dah. " Syafiq Aiman meminta diri.

Sepanjang perjalanan itu, mereka berdua hanya membisu.
"Sorry pasal tadi. " Syafiq Aiman membuka kata sambil memandang Eiyka. Eiyka mengalihkan pandangannya kepada Syafiq Aiman. Mata mereka bertentangan seketika sebelum Syafiq Aiman menumpukan kembali kepada pemanduannya.
"Orang kampung kat sini memang mesra dengan saya, tapi diorang tak tahu pasal awak. " Syafiq Aiman menerangkan. Eiyka sekadar mengangguk tanpa berkata-kata.

"Ok, kita dah sampai." Syafiq Aiman membuka tali pinggang keledarnya dan membuka pintu lantas keluar. Eiyka turut membuat demikian. Eiyka mengeluarkan barang dari kereta itu. Syafiq Aiman memberi salam. "Assalammualaikum…Mak Su? " Syafiq Aiman memanggil.
"Waalaikummussalam, ha. Aiman. Sampai pun kamu. Mak Su ingat kamu tak jadi datang. Lambat sangat. Adik kamu tak datang?"seorang wanita dalam lingkungan 40-an menjawab. Dia memandang Syafiq Aiman selepas lelaki itu menyalam tangannya.
"Tak Mak Su. Dia sibuk. " Syafiq Aiman menjawab perlahan. Hamidah, Mak Su Syafiq Aiman memandang gadis yang sedang mengangkat beg besar milik Syafiq Aiman. Wanita itu mengangkat keningnya sambil memandang Syafiq Aiman. Mengerti akan pandangan itu, Syafiq Aiman berjalan ke arah Eiyka untuk membantunya. Tiba-tiba. Eiyka hampir terjatuh namun Syafiq Aiman sempat menangkap lengannya dan menariknya. Mereka berpandangan.
"Err, terima kasih. "Eiyka berkata perlahan.
"Biar saya je angkat. Awak pergi salam Mak Su saya" Syafiq Aiman berkata perlahan.
"Mak cik.. "Eiyka menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Tak payah panggil mak cik. Panggil jer Mak Su.. "Wanita itu senyum kepada Eiyka. Eiyka membalas senyuman itu.
"Jom la masuk. Biar je Aiman yang angkat. "Hamidah menarik tangan Eiyka. Eiyka hanya menurut. Syafiq Aiman hanya memandang.
"Err, nama anak ni apa? "Hamidah bertanya sebaik mereka berdua melabuhkan punggung keatas kerusi kayu itu.
"Eiyka, Mak Su. "Eiyka menjawab.
"Oh, bila Eiyka jadi teman wanita Aiman? "Hamidah bertanya mesra. Syafiq Aiman yang baru duduk terbangun.
"Ha? "Eiyka terkejut. Dia hampir pengsan apabila mendengar soalan cepuk emas itu. Laju dia memandang Syafiq Aiman.
"Mak Su…" Syafiq Aiman memanggil Mak Su nya perlahan. Dia memandang Eiyka.
"Ha? Kenapa? Mak Su salah cakap ye? "Hamidah memandang Syafiq Aiman dan Eiyka.
"Dia ni staf Aiman, bukannya teman wanita. " Syafiq Aiman menerangkan. Dia memandang Eiyka yang sedang menahan malu.
"Lar..ye ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal. Ish kamu ni kan. "Hamidah memukul peha Syafiq Aiman perlahan. Eiyka cuba untuk senyum.
"Kena lagi?? Malunya…"Eiyka menahan malu didalam hatinya.
"Jom la Eiyka. Mak Su tunjukkan bilik. "Hamidah lantas bangun. Eiyka mengekori Hamidah dari belakang sambil membawa beg bajunya. Beg tangannya hanya diletakkan di atas meja tadi. Sebaik sahaja Eiyka masuk ke dalam biliknya, telefon bimbitnya yang berada bersebelahan dengan beg tangannya berdering. Syafiq Aiman yang sedang baring terbangun. Dia melihat sekeliling. Tiada orang. Lantas dia mengintai nama yang tertera di telefon bimbit itu.
"Izzat? " Syafiq Aiman berkata perlahan sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi kayu itu. Eiyka yang mendengar lagu nada dering telefon bimbitnya lantas keluar dari bilik dan mengangkat telefonnya. Syafiq Aiman hanya memerhati.
"Hello? "Eiyka menjawab panggilan telefon itu.
"Hello?"suara itu menjawab.
"Izzat? Ada apa? "Eiyka menjawab. Syafiq Aiman hanya mendengar.
"Saya nak jumpa awak. "Izzat menjawab.
"Jumpa? Tak boleh la. Saya outstation ni. Bukan kat KL. "Eiyka menjawab.
"Outstation? Dengan siapa? "Izzat bertanya lagi.
"Dengan bos saya la. "Eiyka menjawab pula.
"Awak lama lagi ke kat sana? Saya nak sangat jumpa awak ni. "Izzat bersuara lagi.
"Ada apa Izzat? Kenapa nak sangat jumpa? Saya tak tahu bila saya balik KL. Mungkin lama lagi."Eiyka menjawab.
"Err, awak kat area mana? "Izzat bertanya.
"Err, saya kat Pasir Gudang. "Eiyka menjawab.
"Ok, nanti awak tunggu saya. Esok saya datang. "Izzat menjawab.
"Ha? Awak nak datang? Awak ni biar betul! "Eiyka meninggikan suaranya. Syafiq Aiman sedikit terkejut. Eiyka memandangnya lantas memperlahankan suaranya.
"Esok saya call awak. Ok, bye. "Izzat menjawab lantas mematikan panggilannya. Eiyka termangu seketika.
"Pakwe ke? " Syafiq Aiman bertanya tiba-tiba.
"Ha? "Eiyka berkata.
"Kalau nak jumpa pakwe awak. Suruh je dia datang kampung ni. Kat sini, kampung ni orang banyak tahu. Senang nak cari." Syafiq Aiman menjawab selamba. Eiyka membeliakkan matanya.
"Pakwe? Siapa cakap saya ada pakwe? Saya tak cakap pun.. "Eiyka menjawab. Syafiq Aiman diam sambil membuat muka tidak bersalah.
"Huh. "Eiyka mengeluh sambil menuju ke dapur.

"Mak Su buat apa?"Eiyka menegur wanita itu apabila melihat wanita itu sedang sibuk.
"Eh, Eiyka. Mak Su tengah tumbuk sambal belacan ni. Nak makan dengan ulam tu. " Hamidah menjawab sambil menumbuk sambal itu.
"Eiyka kat sini berapa hari? "Hamidah bertanya.
"Entah la Mak Su. Encik Aiman tak bagitahu pun kat Eiyka."Eiyka menjawab.
"Tak payah berencik-encik. Panggil Aiman je. Formal sangat. " Syafiq Aiman menyampuk. Eiyka terkejut.
"Ye la Eiyka. Buat apa panggil dia encik. Kalau kat pejabat boleh la. Kat sini tak payah sopan sangat."Hamidah menjawab. Eiyka hanya senyum.
"Esok petang kita pergi kat tapak projek tu. " Syafiq Aiman berkata lagi. Eiyka hanya mengangguk perlahan. Malam itu Izzat menelefon lagi.
"Izzat, buat apa awak nak datang sini? Nanti saya balik kita jumpa la ya. " Eiyka memujuk Izzat.
"Ermm, Kalau awak dah cakap macam tu, ok lah.. "Izzat menjawab. Eiyka melepaskan nafas lega.

"Izzat tu pakwe awak ke? " Syafiq Aiman bertanya dalam perjalanan ke tapak projek.
"Izzat? Mana awak tahu? Pakwe? Ish. Bukanlah. Kawan je."Eiyka menjawab. Syafiq Aiman hanya mengangguk perlahan. Hatinya yang kusut sebentar tadi mula lega.

Selesai melawat tapak projek, Syafiq Aiman membawa Eiyka berjalan-jalan. Tiba-tiba..

"Farihin! "Eiyka tersentak mendengar nama itu lantas menoleh ke belakang dan mencari-cari suara itu.
"Hai!" lelaki itu berdiri di belakang Eiyka. Syafiq Aiman sudah menghilang kemana. Dia sendiri tidak tahu. Dia menoleh. Eiyka terkejut.
"Faiz?! "Eiyka berundur.
"Ingat pun! Ingatkan tadi dah lupa kat Faiz.. "lelaki itu berkata lagi.
"Faiz buat apa kat sini? "Eiyka bertanya. Dia mahu segera beredar dari situ.
"Saja jalan-jalan. Farihin? "Faiz pula bertanya.
"Boleh tak jangan panggil nama tu lagi! "Eiyka meninggikan suaranya..
"Farihin..Faiz..Faiz masih sayangkan Farihin. " Faiz berkata lagi. Eiyka memandang tajam ke arah Faiz.
"Setelah Faiz buat macam-macam kat Farihin, Faiz ingat Farihin boleh lupa?? Baliklah Faiz. Apa ni? Apa pula kata isteri Faiz kalau dia nampak kita kat sini. Pergi la."Eiyka berkata lagi sambil memalingkan wajahnya. Air mata yang hampir keluar masih ditahan.
"Faiz dah bercerai. 3 tahun dah. Isteri Faiz tu pun dah ada pengganti. "Faiz menerangkan lagi. Eiyka berpusing memandang Faiz.
"Kenapa Faiz cerai? "Eiyka bertanya.
"Faiz masih cintakan Farihin. "Faiz berkata lagi.
"Dah la Faiz. Boleh tak stop? Semuanya dah berlalu. Farihin tak nak lagi terjebak dalam cinta Faiz. Lagipun.. "..
"Eiyka! " Serentak Faiz dan Eiyka memandang belakang. Faiz memandang Eiyka.
"Eiyka? "Faiz mengangkat keningnya.
"Awak buat apa kat sini? " Syafiq Aiman bertanya sebaik tiba berhampiran Eiyka.
"Err. Saya.. "Eiyka memandang Faiz.
"Farihin ikut Faiz boleh? Tolong.."Faiz bertanya seakan merayu. Eiyka memandang Syafiq Aiman.
"Maaf, awak ni siapa kalau saya boleh tahu? " Syafiq Aiman memandang Faiz.
"Saya Faiz, teman lelaki dia. "Faiz menjawab. Syafiq Aiman memandang Eiyka tajam.
"Faiz! "Eiyka memandang Faiz.
"Bukan! Dia bukan teman lelaki saya. "Eiyka memandang Aiman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Farihin! "Faiz terkejut.
"Faiz bukan teman lelaki Farihin! Ok! Farihin nak balik!"Eiyka mula melangkah menuruti langkah Syafiq Aiman dihadapannya. Faiz merentap lengan Eiyka hingga menyebabkan Eiyka menjerit.
"Faiz! Sakit! Lepaslah! "Eiyka cuba menarik tangannya. Syafiq Aiman memandang belakang apabila mendengar Eiyka menjerit.
"Kau ni kenapa?! Lepaskan dia!. " Syafiq Aiman menjerit.
"Dia awek aku! Kau tak payah menyibuk! "Faiz menjerit lagi. Dia menarik Eiyka lagi.
"Dia datang sini dengan aku! Aku kena jaga dia! Kalau nak jumpa dia, jumpa lepas kerja!" Syafiq Aiman menarik Eiyka. Tangan Eiyka terlepas. Syafiq Aiman menarik tangan Eiyka menuju ke keretanya. Faiz hanya memerhati dengan geram. Di dalam kereta, masing-masing membatu tanpa berkata apa-apa. Syafiq Aiman mengerling ke arah Eiyka.
"Kalau nak jumpa pakwe awak, jumpa lepas kerja! " Syafiq Aiman berkata dalam nada tegas. Eiyka hanya mengangguk perlahan. Eiyka tidak pasti. Namun, hatinya benar-benar terguris saat mendengar Syafiq Aiman memberi amaran. Entah mengapa, dia sendiri tidak mengerti mengapa dia harus begitu.
"Kenapa dia mesti muncul balik? Kenapa dia mesti datang balik saat aku mula melupakan dirinya? Aku kena pergi! Ya! Aku akan pergi dari sini! "Eiyka menjerit di dalam hatinya. Setibanya di rumah Mak Su Syafiq Aiman. Eiyka segera keluar dan masuk ke biliknya lantas mengemas baju-bajunya. Syafiq Aiman dan Hamidah terkejut apabila melihat Eiyka keluar dari bilik itu dengan begnya.
"Eiyka nak pergi mana? " Hamidah bertanya. Eiyka memandang Hamidah.
"Eiyka nak balik dulu. Terima kasih ya Mak Su. Eiyka balik dulu. Assalammualaikum."Eiyka melangkah keluar selepas menyalam Hamidah.
"Eiyka.. " Syafiq Aiman memanggil. Eiyka tidak mengendahkan panggilan itu. Dia tidak sanggup lagi melihat wajah Syafiq Aiman. Dia terus melangkah. Senja mula diganti dengan malam.

Setibanya di perhentian bas itu, Eiyka terus mengalirkan air mata yang tidak mampu lagi ditahan. Sepanjang perjalanannya tadi, ramai orang menegur namun tidak dilayannya. Mujurlah dia masih ingat jalan keluar dari kampung itu. Eiyka hanya mampu berserah kepada tuhan akan takdirnya. Lantas, ketika itu dia mengingati seseorang yang mampu menolongnya. Eiyka mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya lantas mendail nombor tersebut.
"Kring…kring…"Izzat terkejut.
"Siapa pula ni? "Izzat mengambil telefonnya. "Eiyka? "Izzat mengerutkan dahinya lantas mengangkat panggilan itu.. "Helo? "Izzat menjawab.
"Izzat…boleh tolong saya tak?" Suara Eiyka sedang menangis menjawab. Izzat terkejut.
"Eiyka? Kenapa? "Izzat bertanya.

Sunyi. Tiada suara, hanya nafas yang dapat didengari ketika itu. Izzat memandang gadis yang sedang tidur di sebelahnya.
"Huh..Eiyka..Eiyka…"Izzat mengeluh perlahan. Dia teringat gadis itu meminta bantuannya sebentar tadi.
"Izzat, Boleh tak awak ambil saya kat sini? "Eiyka bertanya dalam sedunya.
"Eiyka? Kenapa tak balik dengan bos awak? Awak kenapa? "Izzat menjawab.
"Kalau awak tak boleh tak apa la, saya balik dengan bas je. Assalammualaikum."Eiyka hampir mematikan panggilan itu namun Izzat cepat menghalang.
"Ok, saya datang. Awak kat mana? "Izzat bertanya.
Setibanya di lokasi yang telah diberitahu Eiyka, Izzat melihat gadis itu sedang menangis sambil memeluk tubuhnya. "Eiyka? "Izzat memanggil. Eiyka mengangkat wajahnya. Air mata masih mengalir. Izzat mengerutkan dahinya.
"Awak kenapa? "Izzat bertanya.
"Tak ada apa-apa. Terima kasih sebab sanggup datang ambil saya kat sini. "Eiyka berkata. Izzat diam.

"Izzat? Kita dah sampai ke? "Eiyka membuka matanya perlahan lantas memandang Izzat di sebelahnya.
"Belum lagi, sikit lagi sampailah. Erm, awak rehat dulu. "Izzat berkata pula. Dia memandang Eiyka yang sedang kelihatan kusut. Dia meneruskan pemanduannya dengan seribu persoalan di benaknya.

Sementara itu, di rumah Mak Su Syafiq Aiman, Syafiq Aiman sedang mengingati kejadian petang tadi. Dia merasa bersalah apabila mengenangkan wajah Eiyka sebentar tadi. Dia sedar dia tidak sepatutnya marah kepada Eiyka. Mungkin lelaki itu yang memaksa Eiyka. Mungkin juga Eiyka pernah mengenali lelaki itu. Syafiq Aiman mengeluh perlahan. Rasa bersalah menguasai diri.

"Mak Su, petang ni Aiman balik KL. " Syafiq Aiman memulakan bicara di meja makan pagi itu.
"Ermm.. Aiman…"Hamidah memanggil perlahan. Syafiq Aiman memandang Mak Su nya.
"Tak ada apa la. "Hamidah bangun lalu menuju ke sinki. Syafiq Aiman memandangnya hairan.
Petang itu, setelah berkemas, Syafiq Aiman menjumpai sekeping foto di dalam bilik Eiyka semasa dia meninjau-ninjau bilik itu. Foto seorang lelaki sedang berdiri di sebelah Eiyka. Syafiq Aiman mengecam lelaki itu. Lelaki sama yang menarik Eiyka petang semalam. Lelaki itu kelihatan mesra dengan Eiyka di dalam gambar itu. Hati Syafiq Aiman sedikit cemburu apabila melihat foto itu. Dia sendiri tidak mengerti. Apakah ini tandanya dia sudah jatuh cinta.
"Mak Su, Aiman balik dulu ya. Mak Su jaga diri ya. Senang-senang Aiman datang lagi. " Syafiq Aiman menyalam tangan Hamidah.
"Aiman jangan lupa kirim salam Mak Su kat Eiyka. Kirim salam kat adik kamu juga."Hamidah berkata.
"Baiklah Mak Su. Insya-ALLAH Aiman akan sampaikan. " Syafiq Aiman menjawab lantas masuk ke dalam keretanya dan bergerak pergi meninggalkan rumah itu. Hamidah menghantar Syafiq Aiman dengan senyumannya.

Di dalam perjalanan, Syafiq Aiman terkenangkan foto yang telah dijumpainya sebentar tadi. Syafiq Aiman dapat merasakan suatu perasaan aneh wujud di dalam hatinya. Syafiq Aiman dapat merasakan perasaan itu ketika melihat wajah bersih Eiyka. Dia merindui wajah itu jika tidak bertemunya. Dia sentiasa mengingati wajah itu. Namun, hatinya sedikit terguris apabila menemukan foto milik Eiyka itu.

Pagi itu, Eiyka tidak pergi ke pejabatnya. Dia terasa kepalanya berat. Dia menghantar mesej kepada nombor Syafiq Aiman.

"Sy x dtg pejabat hari ni. Sy mungkin ambil MC. Sy akan dtg esok. Hari ni sy x sihat."
Ikon send ditekan.

Syafiq Aiman mengambil telefon bimbitnya apabila mendengar bunyi mesej masuk. Tiba-tiba hatinya risau apabila mendapat mesej itu. Syafiq Aiman segera memecut keretanya.
Syafiq Aiman berhenti di hadapan rumah Eiyka. Dia ternampak seorang pemuda sedang menjenguk-jenguk rumah itu. Hatinya curiga. "Woi! " Syafiq Aiman menjerit kepada lelaki itu. Lelaki itu menoleh ke arah Syafiq Aiman.
"Ya?"lelaki itu bertanya. Belum sempat Syafiq Aiman berbicara, mereka berdua memandang ke arah Eiyka yang baru melangkah keluar sambil memicit kepalanya. Eiyka terkejut apabila melihat Syafiq Aiman di hadapan rumahnya.
"Encik Aiman buat apa kat sini? "Eiyka bertanya. Izzat, lelaki tadi segera mendapatkan Eiyka. Syafiq Aiman hanya melihat perbuatan Izzat. "Izzat, dah lama awak sampai? "Eiyka memandang Izzat. Syafiq Aiman terkejut. Eiyka mengenali lelaki itu.
"Baru je. Jom la. Kita pergi. "Izzat memapah Eiyka.
"Eiyka! " Syafiq Aiman memanggil Eiyka. Eiyka dan Izzat memandang Syafiq Aiman.
"Ada apa, Encik Aiman. Saya kan dah mesej dengan Encik Aiman yang saya ambil cuti hari ni. "Eiyka berkata.
Syafiq Aiman masuk ke dalam keretanya lantas memecut keretanya dari situ. Eiyka dan Izzat hanya memandang.
"Jom la. "Izzat membantu Eiyka. Mereka menuju ke klinik berhampiran.

"Huh! " Syafiq Aiman menghempas pintu keretanya sebaik tiba di hadapan pejabatnya. Dia masuk kedalam pejabat itu dengan marah. Dia menghempas pintu biliknya. Shira yang baru pulang dari cutinya hanya memandang penuh tanya. Dia memandang tempat duduk Eiyka yang kosong.

Syafiq Aiman tidak senang duduk apabila mengenangkan Eiyka dan lelaki yang bernama Izzat itu. Dia melihat foto Eiyka sekali lagi. Siapa pula Faiz? Siapa Izzat? Gadis bernama Eiyka itu penuh dengan misteri. Adakah semua lelaki itu ada kaitan dengan dirinya. Syafiq Aiman menggenggam tangannya. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia harus cemburu dengan lelaki-lelaki itu. Dia yakin bahawa dia telah jatuh cinta kepada Eiyka. Dia tidak pernah merasakan perasaan ini dengan gadis lain yang dikenalinya. Lantas, dia mendail nombor seseorang yang mungkin boleh membantunya.

"Awak dah ok ? "Izzat bertanya kepada gadis disebelahnya itu.
"Ermm, ok.. terima kasih sebab tolong saya. "Eiyka menjawab. Pening kepalanya sudah mula menghilang setelah dia menelan 2 biji panadol. "Awak tak kerja?"Eiyka bertanya pula. Dia memandang Izzat.
"Tak, saya ambil cuti hari ni. "Izzat menjawab tanpa menoleh. Eiyka mengangguk perlahan.
"Esok saya ambil awak boleh? Saya hantar awak pergi kerja. Boleh ya? "Izzat bertanya perlahan.
"Err.. ok.. "Eiyka menjawab. Dia tidak mahu menghampakan lelaki itu. Dia memandang Izzat yang tersenyum.

Pagi itu, Eiyka bangun lantas bersiap-siap untuk ke pejabat. Sakit kepalanya sudah hilang semalam selepas tidur lena malam tadi. Eiyka bersarapan bersama Wani. Syasya masih tidur.
"Ok dah kepala kau? "Wani bertanya apabila melihat Eiyka yang memakai baju kurung berwarna merah lembut menuju ke meja makan.
"Ok dah. Hari ni kau tak kerja ke? "Eiyka bertanya sambil menghirup teh buatan Wani itu.
"Tak, malas la aku. "Wani menjawab sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
"Pinn.. " Sebuah kereta membunyikan hon.
"Eh, Izzat dah sampai. Ok la, aku pergi dulu. Bye! "Eiyka mencapai beg tangannya lantas bergerak ke pintu. Dia memandang ke luar. Izzat tersenyum kepadanya. Eiyka membalas senyuman itu.
"Jom. " Kereta milik Izzat mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah sewa Eiyka.
"Nanti kita lunch sama-sama ya? "Izzat memandang Eiyka.
"Errmm.. ok.. "Eiyka mengangguk sambil memandang Izzat. Dia merenung wajah Izzat. Lama. Lelaki itu nampak kacak dengan baju kemeja berwarna biru muda dan dipadankan dengan tie berwarna biru tua berbelang. Baju yang sama pada hari mereka bertemu buat kali pertama. Eiyka tersenyum perlahan. Tiba-tiba, lelaki itu memandang Eiyka. Eiyka tergamam tatkala mata mereka bertentang. Eiyka melarikan anak matanya lantas memandang ke hadapan dengan wajah merona kemerahan.
"Kenapa pandang saya macam tu? "Izzat bertanya.
"Err.. tak ada apa. "Eiyka menjawab.Izzat memandang gadis itu. Dia tersenyum.
Setibanya di hadapan pejabat Eiyka, Izzat memberhentikan keretanya. Dia membukakan pintu untuk Eiyka. Eiyka melangkah keluar lantas mengucapkan terima kasih kepadanya.
"Tengahari nanti saya datang ambil awak. "Izzat berkata lantas memecut keretanya. Eiyka hanya tersenyum lantas menuju ke pejabatnya. Sebaik dia melangkah masuk ke dalam pejabat itu, semua mata memandang ke arahnya. Eiyka kehairanan.
"Kenapa? "Eiyka mengangkat keningnya kepada Shira.
"Bos mengamuk! Dia nak jumpa kau "Shira berkata perlahan.
Eiyka mengerutkan dahinya. Apa pula bala yang menimpanya pagi ini. Eiyka meletakkan beg tangannya lantas menuju ke arah bilik Syafiq Aiman.
"Tok. Tok. "Eiyka mengetuk pintu itu perlahan.
"Masuk! " Syafiq Aiman menjawab dari dalam. Eiyka memulas tombol pintu itu lantas melangkah masuk dengan perlahan.
"Encik Aiman nak jumpa saya? "Eiyka bertanya perlahan.
"Errmm, awak dah ok? " Syafiq Aiman bertanya perlahan. Hatinya yang membara sebentar tadi menjadi sejuk tatkala melihat wajah Eiyka. Eiyka mengangkat keningnya.
"Cakap dia mengamuk? Ok jer.. "desis hati Eiyka. "Saya ok. Ermm. Ini surat MC saya. "Eiyka menghulurkan sekeping kertas kepada Syafiq Aiman. Syafiq Aiman mengambil surat itu perlahan.
"Awak boleh keluar. " Syafiq Aiman berkata lagi. Eiyka mengangguk perlahan.
"Eiyka.. " Syafiq Aiman memanggil perlahan.
"Ya? " Eiyka menjawab sambil memandang Aiman.
"Ini gambar awak, saya jumpa kat bilik Mak Su hari tu. Mungkin awak tertinggal hari tu. " Syafiq Aiman menghulurkan sekeping foto pada Eiyka. Eiyka memandang foto yang dihulur Syafiq Aiman itu. Serentak air matanya mula bergenang.
"Encik Aiman buang je. Saya tak nak gambar tu lagi. "Eiyka berkata perlahan. Dia menoleh lantas bergerak keluar namun belum sempat dia duduk langkahnya terhenti apabila tangannya terasa ditarik. Eiyka memandang belakang. Dia memandang tangan Syafiq Aiman yang sedang memegang tangannya. Shira dan staf lain memandang adegan drama itu kehairanan. Perasaan mereka bertambah hairan apabila melihat Syafiq Aiman memegang tangan Eiyka. Eiyka menarik perlahan tangannya apabila menyedari perbuatan Syafiq Aiman mengundang persoalan di kalangan pekerja lain.
"Maaf. Saya nak awak ambil gambar ni. Saya tahu awak tak sanggup buang. Simpan lah. " Syafiq Aiman mengangkat tangan Eiyka lantas meletakkan foto itu di atas tapak tangannya. Lantas, dia beredar dan masuk ke biliknya. Eiyka memandang Syafiq Aiman dengan kehairanan. Eiyka dapat merasakan ada air hangat jatuh ke pipinya. Dia memandang foto itu. Serta merta memori foto itu terbayang.



***********************************************************************

"Jom, kita ambil gambar. Faiz nak simpan kenangan kita. "Faiz menarik tangan Eiyka. Eiyka hanya menurut. Lantas, gambar diambil dengan bantuan rakan Faiz.
"Korang ni memang sweet couple la. Jealous aku. " Rakan faiz itu menyerahkan kamera itu kepada Faiz. Faiz dan Eiyka hanya tersenyum. Faiz memandang Eiyka lantas berkata
"Faiz sayangkan Farihin. "Faiz berkata.
"Kenapa Faiz panggil Farihin? Kenapa tak panggil Eiyka? "Eiyka bertanya.
"Sebab tak ada siapa yang panggil Farihin. Faiz nak hanya Faiz yang panggil nama tu."Faiz senyum. Eiyka turut senyum.

************************************************************************

"Eiyka, masuk bilik saya. " Syafiq Aiman bersuara. Eiyka diam.
"Woi Eiyka. Bos panggil tu. "Shira mencuit Eiyka. Eiyka terkejut lantas bangun menuju ke bilik Syafiq Aiman.
"Ya? "Eiyka bertanya setelah masuk.
"Boleh lunch dengan saya hari ni? " Syafiq Aiman bertanya.
"Err, tak boleh Encik Aiman. Saya ada janji.. "Eiyka berkata pula. Syafiq Aiman mengangguk lemah.
"Errmm, kalau macam tu. Oklah. " Syafiq Aiman berkata pula. Eiyka keluar sambil diperhati Syafiq Aiman.

"Kita lunch sama hari ni, abg nk bincang sesuatu. "

"Pinn.."Izzat menghon keretanya. Eiyka ternampak Izzat lantas menuju ke kereta itu. Dari jauh, Syafiq Aiman hanya memerhati kereta itu pergi. Syafiq Aiman mengeluh perlahan.

Di restoran itu, Eiyka diam memikirkan kejadian di pejabat sebentar tadi. Dia merasakan suatu perasaan aneh wujud dalam dirinya apabila tangannya disentuh Syafiq Aiman sebentar tadi. Dia tidak tahu perasaan itu. Tapi dia seakan faham yang perasaan itu adalah perasaan yang sama ketika dia bersama Faiz dahulu. Dia mengeluh perlahan.
"Eiyka, awak ok ke? "Izzat bertanya. Dia hairan melihat gadis itu mengeluh.
"Ha? Ok .. Saya ok."Eiyka menjawab terputus-putus.
"Balik nanti saya hantar ya? "Izzat berkata lagi.
"Eh, tak payahlah. Saya mungkin balik lambat hari ni. Saya balik dengan kawan saya."Eiyka menjawab. Izzat menganggukkan kepalanya perlahan. Mereka berdua makan. Tiba-tiba Eiyka tersedak apabila melihat seseorang yang dikenalinya.
"Kenapa? "Izzat bertanya apabila melihat Eiyka tersedak. Dia melihat Eiyka sedang memandang ke suatu tempat lantas dia menoleh. Alangkah terkejutnya apabila melihat Syasya bersama seorang lelaki sedang bertampar-tamparan manja. Hati Izzat sedikit panas. Eiyka memandang Izzat.
"Awak kenapa? "Eiyka pula bertanya.
"Perempuan tu Syasya. "Izzat berkata perlahan. Eiyka memandang gadis itu namun wajahnya dihalang oleh Syafiq Aiman, lelaki yang bersama gadis itu. "Itu Aiman kan? Bos awak? "Izzat berkata lagi. Eiyka mengangguk perlahan. Hatinya cemburu apabila melihat kemesraan pasangan itu. Selesai makan, Izzat menghantar Eiyka ke pejabatnya semula lantas menuju ke pejabatnya.


Jam menunjukkan pukul 7.30 petang. Sedikit masa lagi, Izzat akan pulang. Di pejabatnya, Izzat mengeluh apabila mengingatkan gadis bernama Eiyka itu. Izzat tahu dia sudah mula menyukai gadis itu. Semenjak dia memutuskan hubungannya dengan Syasya. Izzat mula menyedari perasaan itu. Namun, hatinya masih menyayangi Syasya. Tiba-tiba, sedang dia melayari perasaan pintu biliknya ditolak kuat. Izzat memalingkan wajahnya.
"Sya? "Izzat mengerutkan dahinya. Dia memandang gadis kecil di belakangnya. Izzat memberi isyarat supaya gadis itu keluar. Gadis itu mengangguk perlahan lantas keluar.
"Sya nak apa? "Izzat bertanya.
"Izzat, Sya nak tahu, siapa perempuan yang Izzat jumpa tadi? "Syasya bertanya.Izzat mengerutkan dahinya. Perempuan? Perempuan mana yang dimaksudkan Syasya. Eiyka ke?
"Siapa? "Izzat melontarkan pertanyaan itu.
"Izzat jangan buat tak tahu! Dia Eiyka kan! Kan! Jawab Izzat! Jawab! Sya nampak Izzat dengan dia tadi!"Syasya menjerit.
"Eiyka? Macam mana Sya boleh kenal dia? Err.. "Izzat bertanya.
"Dia kawan Sya! Sampai hati Izzat buat Sya macam ni! Atau perempuan tu yang ganggu Izzat?? Biar Sya jumpa dia! Izzat ingat Sya tak tahu dia kerja kat mana? Dia duduk kat mana? Sya tahu semuanya!"Syasya menjerit lantas keluar.
"Sya! "Izzat menjerit memanggil gadis itu namun tidak dipedulinya. Izzat mengekori Syasya namun dia terlambat apabila dia melihat Syasya sudah pergi. Lantas, Izzat menghidupkan enjin keretanya dan menuju ke pejabat Eiyka.


Di pejabat Eiyka, Eiyka sedang mengemas barang-barangnya untuk pulang. Rakannya, Wani sudah menunggu di dalam kereta di bawah untuk menjemputnya. Tiba-tiba telefonnya berdering..
"Farihin, Faiz nak jumpa Farihin. Faiz ada kat pejabat Farihin. Please.. Faiz mohon."Suara Faiz kedengaran di telefon itu. Eiyka terkejut. Dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya.
"Faiz! "Eiyka menjerit. Syafiq Aiman yang ketika itu hendak pulang terkejut mendengar suara Eiyka. Dia melihat Eiyka berlari keluar. Semua pekerjanya sudah pulang kecuali Eiyka. Dia segera mengekori Eiyka.

"Faiz?! "Eiyka memanggil.
"Farihin.. "Faiz memandang Eiyka. Dia memandang Syafiq Aiman di belakang Eiyka. Wani yang ternampak mereka keluar dari keretanya.
Tiba-tiba, Eiyka didorong kuat hingga hampir terjatuh. Tangan Syafiq Aiman dan Faiz lantas menangkap tubuh Eiyka. Eiyka dan Wani tergamam. Mereka memandang Syasya.
"Sya? "Eiyka memanggil perlahan. Dia memandang Izzat di belakang Syasya. Wani terkejut apabila melihat Syasya, teman serumahnya turut berada di situ. Eiyka memandang sekelilingnya. Izzat, Faiz, Syafiq Aiman, Wani dan Syasya. Semuanya ada di situ. Eiyka hairan. Apa yang sedang berlaku.

"Berani betul kau nak rampas Izzat dari aku! "Syasya mahu menerkam Eiyka namun sempat ditarik Izzat. Syafiq Aiman dan Faiz tergamam. "Rampas? " Mereka memandang Eiyka.
"Apa semua ni!! Kenapa korang ni!! Sya! Apa kau cakap ni! Bila masa aku rampas Izzat? "Eiyka berkata. Dia memandang Syasya. Bersilih dengan wajah Izzat. Faiz menarik tangan Eiyka.
"Farihin, Faiz sayangkan Farihin. Baliklah dengan Faiz. "Faiz pula berkata. Eiyka memandang Faiz. Air matanya mengalir laju.
"Faiz! Kita dah tak ada hubungan! Farihin tak nak dengar lagi! Faiz pergi! "Eiyka menjerit lagi didalam sedunya. Dia masih menangis.
"Eiyka? Farihin? "Izzat bertanya.
"Cukup! Cukup! Eiyka tak nak dengar apa-apa lagi. Eiyka nak balik! "Eiyka memusingkan tubuhnya untuk bergerak ke kereta Wani namun dia terlanggar pula dengan tubuh Syafiq Aiman. Dia memandang Syafiq Aiman. Matanya yang merah dan mata Syafiq Aiman bertentangan seketika. Jantung mereka berdua berdegup kencang. Lantas, Eiyka menuju ke kereta Wani. Wani lantas masuk ke dalam keretanya dan bergerak pulang. Faiz, Izzat, Syafiq Aiman dan Syasya hanya memandang.
"Puas?! Eiyka tak ada hubungan dengan Izzat! Sya pun sama! Sya ingat Izzat tak tahu yang Sya ada hubungan dengan Aiman? Sya ingat Izzat bodoh?! "Izzat menjerit lantas meninggalkan mereka. Syasya memandang Syafiq Aiman. Faiz berlalu pergi selepas Eiyka pulang. Syafiq Aiman memandang Syasya lalu memberikan isyarat lantas bergerak pulang. Syasya yang mengerti akan isyarat Syafiq Aiman turut beredar. Akhirnya, tempat itu sunyi seperti sediakala.

Di rumah, Eiyka menangis sepuas-puasnya didalam biliknya. Wani hanya mendengar penuh simpati. Dia hanya membiarkan Eiyka. Dia mahu Eiyka melepaskan semua geramnya. Sudah beberapa kali dia mendengar Eiyka menangis. Hampir setiap malam.

"Faiz jahat! Farihin benci Faiz! Farihin benci Faiz!! Faiz jangan ganggu Farihin lagi! Tolonglah! "Eiyka menjerit sambil melemparkan teddy bear pemberian Faiz. Dia mengeluarkan foto dari beg tangannya lantas mengoyakkan semuanya. Gambar kenangan Faiz dan dia yang telah dibingkaikan dilemparnya ke dinding. Berderai kaca ke lantai. Eiyka menangis sepuas hati. "Faiz..kenapa buat Farihin macam ni! Kenapa! Dulu, Faiz dah buat Farihin merana. Kenapa mesti jadi lagi! Kenapa?!! "Eiyka menjerit lagi. Air matanya mengalir laju. Tiba-tiba telefonnya berdering, nama Izzat tertera di telefonnya. Eiyka mengambil telefon bimbitnya lantas diangkat.
"Hello.. "Izzat bertanya di talian.
"Izzat, saya mohon. Lepas ni jangan ganggu saya.. Tolong..saya mohon..jauhi saya.."Eiyka mematikan telefonnya. Izzat tergamam apabila mendengar suara tangisan Eiyka sebentar tadi.
"Eiyka..Maafkan Izzat.. "Izzat berkata perlahan.
Di rumah Syafiq Aiman pula, Syafiq Aiman menyambung kerjanya namun fikirannya masih memikirkan Eiyka, Faiz dan lelaki bernama Izzat itu. Dia buntu apabila melihat sikap Eiyka terhadap Faiz. Apakah yang pernah terjadi kepada gadis itu dan Faiz sehingga gadis itu begitu membenci Faiz. Mungkinkah Faiz telah menyakitkan hatinya dengan teruk. Syafiq Aiman menjadi lebih ingin tahu mengenai gadis bernama Eiyka itu. Dia juga terfikir bagaimana Izzat boleh mengetahui mengenai Syasya dan dia. Syafiq Aiman buntu seketika.


"Sya? "Wani memanggil perlahan apabila melihat Syasya yang pulang pada pagi itu dengan keadaan yang tidak terurus. Syasya memandang Wani.
"Mana Eiyka? "Syasya bersuara perlahan.
"Eiyka? Dia dalam bilik. Balik semalam, tak keluar-keluar dari bilik. Macam biasa. Macam-macam aku dengar, bunyi kaca pecah la. Dia menjerit la. Aku pun tak tahu nak buat apa dah. Aku kesian tengok dia. "Wani menjawab.
"Aku nak tengok dia. "Syasya lantas menaiki tangga menuju ke bilik Eiyka. Setelah tiba di hadapan bilik itu, Syasya membuka pintu bilik itu perlahan. Sebaik memasuki bilik itu, wajahnya berubah. Bilik itu berselerak. Kaca bertaburan di suatu sudut. Cebisan kertas kesan koyakan berselerakan di atas katil. Dia memandang Eiyka. Eiyka sedang tidur sambil memeluk teddy bear. Syasya mengeluh perlahan. Dia mengambil cebisan kertas yang terkoyak lantas melihat kertas itu. Gambar Eiyka sedang tersenyum disebelah seorang lelaki. Lelaki itu yang dilihatnya ketika menyerang Eiyka semalam. Apa hubungan Eiyka dengan lelaki itu. Syasya menyesal kerana menuduh Eiyka semalam. Dia juga hairan bagaimana Izzat boleh mengetahui hubungannya dengan Syafiq Aiman.
"Eiyka.. "Syasya memanggil nama gadis itu perlahan lalu mendekatinya. Eiyka membuka matanya perlahan. Dia menngangkat wajahnya. Dia ternampak Syasya.
"Sya..aku.. "Eiyka ingin berbicara.
"Dah la Eiyka. Aku tak nak dengar apa-apa. Aku minta maaf sebab tuduh kau semalam. Aku tak patut buat kau macam tu. Aku minta maaf. "Syasya mencelah. Dia memandang wajah Eiyka yang redup. Matanya bengkak. "Siapa dia? "Syasya bertanya sambil menunjukkan cebisan gambar yang telah dikoyak itu. Eiyka sedikit terkejut tatkala melihat gambar itu.
"Err.. Kau tak perlu tahu. Aku dah tak nak kenal siapa dia. "Eiyka menolak gambar itu perlahan.
"Tapi aku nak tahu.. "Syasya berkata.
"Dia Faiz. "Eiyka menjawab perlahan apabila melihat Syasya yang bersungguh-sungguh mahu mengenali pemuda itu.
"Faiz? Dia lelaki semalam kan? "Syasya bertanya. Eiyka mengangguk perlahan. Wajahnya ditundukkan.
"Kau sayang dia kan? "Syasya bertanya. Eiyka mengangkat wajahnya.
"Tak! Aku benci dia! "Eiyka meninggikan suaranya.
"Eiyka, siapa dia? Kenapa kau benci dia? Aku tahu kau mesti pernah sayang dia kan? Kalau tak dia takkan paksa kau untuk kembali kepada dia. "Syasya bertanya. Nadanya tegas.
"Dia dah buat keluarga aku malu! Dia dah buat mak aku meninggal dunia! Dia dah buat aku benci dia! Aku benci dia Sya! Aku benci dia! Kenapa dia muncul balik! Aku dah menderita lama. Dah cukup menderita!"Eiyka menjerit. Dia menahan sebak. Syasya tersentak. Menderitakah gadis ini selama ini. Apakah yang telah membuatkan gadis ini cukup menderita.
"Apa dia dah buat Eiyka? "Syasya bertanya. Dia memegang bahu temannya. Eiyka memandang Syasya.
"Dia bekas tunang aku. Tapi, dia kahwin dengan orang lain! Sebab dia mak aku mati. Keluarga aku tanggung malu. Sekarang, dia nakkan aku balik?? Untuk apa? Untuk menyeksa aku?! "Eiyka menjerit lagi. Kali ini, dia tidak dapat menahan sebak. Air mata yang disangka akan kering kembali membasahi pipi. Syasya memeluk Eiyka. Syasya dapat merasakan bagaimana terseksa jiwa temannya itu.
"Kenapa? Kenapa dia datang balik? Kenapa Sya? Aku tak nak tengok dia. Aku tak sanggup..Aku tengok dia, hati aku hancur! Hancur! "Eiyka berkata perlahan di dalam sedunya. Lama dia menangis akhirnya dia terlena dalam pelukan rakannya, Syasya. Syasya menitiskan air matanya mendengar rintihan hati Eiyka. Perlahan dia bangun lalu bergerak keluar. Tujuannya satu. Mencari lelaki bernama Faiz!

Matanya melilau. Mencari orang yang ingin ditemuinya. Lantas, matanya menangkap seorang pemuda yang memakai t-shirt berwarna hijau sedang duduk di suatu sudut. Lantas, dia bergerak ke arah pemuda itu.
"Lama tunggu? "Syasya menegur pemuda itu. Pemuda itu menoleh.
"Syasya? " Pemuda itu mengangkat keningnya. Syasya mengangguk perlahan lantas duduk di hadapan pemuda itu. "Baru jer. Ada apa nak jumpa saya? " Pemuda itu bertanya.
"Pasal Eiyka. "Syasya berkata.
"Eiyka? Siapa Eiyka? " Pemuda itu bertanya. "Maksud awak Farihin? " Pemuda itu menangkap kata-kata Syasya. Syasya mengangguk lagi.
"Kenapa awak putus tunang dengan dia, Faiz? "Syasya bertanya.
"Mana awak tahu? Mesti Farihin cerita. Ermm, ya. Memang saya putus tunang dengan dia. Tapi saya ada alasan yang kukuh! " Faiz menjawab.
"Alasan? Apa alasan awak? "Syasya membetulkan posisi kedudukannya.
"Saya kena paksa. Saya cintakan Farihin! Percayalah! Saya tak pernah lupakan dia. Lepas kahwin, 3 minggu lepas tu, saya bercerai. "Faiz menerangkan.
"Paksa? Ada lagi rupanya orang yang kena paksa kahwin ni"Syasya menjawab sinis.
"Eh, kalau awak datang sini nak menyindir saya, lebih baik awak balik! "Faiz bingkas bangun.
"Lupakan Eiyka! "Syasya menjerit. Faiz menoleh perlahan. "Eiyka akan bertunang. Lagipun, dia dah benci kat awak. Jangan buat hati dia hancur. Maafkan saya. "Syasya bergerak pulang. Faiz memandang Syasya.
"Tunang? "Faiz mengerutkan dahinya.

"Eiyka, aku teman kau pergi kerja ya..Lagipun, aku nak jumpa orang kat sana."Syasya berkata apabila melihat Eiyka sedang berkemas-kemas untuk pergi ke tempat kerjanya pagi itu. Eiyka memandang Syasya lantas mengangguk perlahan. Setibanya di pejabat itu, Eiyka dan Syasya masuk. Shira dan staf lain memandang mereka berdua hairan. Eiyka bergerak ke tempat duduknya. Syasya meneruskan langkahnya hingga ke bilik Syafiq Aiman. Eiyka memandang Syasya hairan. Eiyka yang menyedari hatinya sudah terpaut pada Syafiq Aiman terpaksa memendamkan perasaannya. Dia mengeluh perlahan. Tiba-tiba, Syafiq Aiman memanggilnya. Eiyka masuk ke bilik Syafiq Aiman. Dia melihat Syasya sedang berdiri di sebelah Syafiq Aiman sambil tangannya diletakkan di atas bahu Syafiq Aiman. Hati Eiyka sedikit cemburu.
"Ada apa Encik Aiman panggil saya? "Eiyka berbicara.
"Saya nak terus terang dengan awak. " Syafiq Aiman bangun lantas mendekati Eiyka. Eiyka berundur apabila menyedari Syafiq Aiman semakin mendekatinya. Eiyka berhenti apabila tangannya dipegang Syafiq Aiman. Eiyka tergamam seketika sebelum menepis tangan Syafiq Aiman perlahan.
"Saya cintakan awak, Eiyka." Syafiq Aiman bersuara perlahan. Matanya memandang wajah Eiyka. Wajah yang sering menjengah didalam kepalanya.
"Apa Encik Aiman merepek ni! "Eiyka berundur.
"Saya tak tipu! Saya betul-betul cintakan awak! Saya tak boleh lindungi perasaan saya lagi! " Syafiq Aiman berkata lagi. Eiyka memandang Syasya dibelakang Syafiq Aiman.
"Tapi tak mungkin kan saya rampas teman lelaki kawan saya? "Eiyka berkata perlahan. Syafiq Aiman memandang Eiyka sebelum memandang Syasya.
"Aku memang sayangkan dia.. "Syasya bersuara. Belum sempat Eiyka mencelah, Syasya meneruskan bicaranya. "Tak salah kan untuk seorang adik sayangkan abangnya?"Syasya tersenyum. Eiyka mengangkat keningnya.
"Abang? "Eiyka bertanya.
"Ermm.. Sebenarnya Syasya adik saya. Tak salah kan saya nak jumpa dia? Kami bukannya buat apa-apa." Syafiq Aiman memandang Eiyka. Dia tersenyum. Perlahan bibir Eiyka mengukir senyuman. Jadi, apa yang dilihat oleh Izzat dan dia tempoh hari salah. Hubungan Syafiq Aiman dan Syasya hanya sekadar adik beradik. Tidak lebih daripada itu. Hati Eiyka lega.
"Tapi aku nak minta maaf. "Syasya bersuara. Eiyka memandang Syasya.
"Kenapa? "Eiyka mengerutkan dahinya.
"Hari tu aku jumpa Faiz.. "Syasya ingin meneruskan bicaranya namun dipintas oleh Eiyka.
"Stop! Jangan sebut nama tu! "Eiyka berpaling.
"Aku bagitahu dia yang kau nak bertunang supaya dia tak ganggu kau lagi. "Lancar Syasya berbicara.
"Apa? Aku nak bertunang? Dengan siapa aku nak bertunang? "Eiyka memandang wajah Syasya.
"Dengan sayalah. Siapa lagi? Ala, saya tahu awak pun suka kat saya kan?" Syafiq Aiman menyampuk. Eiyka memandang Syafiq Aiman tajam. "Apa? Betul kan?"Syafiq Aiman tersenyum nakal. Wajah Eiyka mula berubah warna.
"Abang, jangan usik dia lah. "Syasya memukul bahu Syafiq Aiman. Syafiq Aiman tersenyum lagi.

"Farihin? Betul ke apa yang Syasya cakap kat Faiz? Tak kan? Dia tipu kan? Farihin tak bertunang kan?"Faiz berkata. Dia memandang Eiyka meminta penjelasan.
"Faiz, apa yang Sya cakap tu betul.. "Eiyka menundukkan wajahnya.
"Farihin tipu! Siapa tunang Farihin? Kalau betul, Faiz nak tengok dia. "Faiz senyum sinis. Eiyka merasa tercabar apabila melihat senyuman sinis Faiz.
"Sayang? Kenapa?" Syafiq Aiman muncul di belakang Eiyka. Faiz yang sedang senyum terkejut apabila mendengar panggilan Syafiq Aiman kepada Eiyka. "Eh, Faiz. Lama tak jumpa, dah 2 bulan ye? Ermm.. aku pun dah bertunang. " Syafiq Aiman memandang Eiyka di sebelahnya.
"Aiman tunang Farihin. "Eiyka berkata perlahan. Faiz bingkas bangun.
"Sampai hati Farihin buat Faiz macam ni! "Faiz meninggikan suaranya. Eiyka bangun. Hatinya geram.
"Dulu, masa tinggalkan Farihin, Faiz tak fikir. Maaf, Farihin dah tak ada perasaan kat Faiz. Faiz pergi la dekat isteri Faiz tu. Sebab dia Faiz tinggalkan Farihin kan? Pergi la! Itupun kalau dia nak! "Eiyka senyum sinis membalas kata-kata Faiz. Faiz mengetap bibirnya.
"Farihin jangan kurang ajar! "Faiz mengangkat tangannya.
"Agak-agak la sikit. Jangan selamba jer nak angkat tangan kat tunang orang! " Syafiq Aiman menahan tangan Faiz. Eiyka hanya memandang wajah Faiz dengan geram. Lantas, dia bergerak meninggalkan Faiz disusuli oleh Syafiq Aiman. Faiz hanya memandang dengan geram.
"Tak apa! Tunggu hari aku! "Faiz menjerit didalam hatinya.

Pagi itu, Eiyka bangun awal. Untuk ke pejabat, entah mengapa dirasakan terlalu letih. Mungkin kerana seharian berjalan bersama-sama Syafiq Aiman semalam. Eiyka mengeluh perlahan. Ingin pergi ke pejabat, terasa badannya tidak sihat. Tetapi, dia tidak mahu Syafiq Aiman risau akan keadaannya. Lama dia menatap wajahnya di cermin. Dia memusingkan badannya. Matanya tertacap kepada jam milik Syasya. Serta merta fikirannya teringatkan Izzat. Dimana lelaki itu sekarang? Tahukah dia mengenai pertunangannya dengan Syafiq Aiman? Dia benar-benar memenuhi permintaan Eiyka untuk tidak menganggunya. Eiyka mengeluh perlahan. Tiada niat di hatinya untuk mengetepikan lelaki itu namun egonya terlalu tinggi sewaktu itu. Eiyka terkejut apabila mendengar telefonnya berbunyi. Tangannya pantas mencapai telefon bimbit yang berdering menandakan ada panggilan. Baru minggu lepas, dia menukar nombor telefon kerana tidak mahu diganggu Faiz. Lantas, jarinya menekan butang terima. "Hello? "Eiyka menjawab perlahan. Badannya disandarkan. Letih benar. Dia mengintai jam di tangan. Sudah 2 jam berlalu. Sepatutnya dia sudah berada di pejabat. Namun, dia masih berada di rumah.
"Sayang kat mana? Kenapa tak masuk office? "suara Syafiq Aiman mencecah telinga.
"Eiyka tak sihat. Letih sangat. Tak apa lah. Eiyka duduk rumah jer. "Eiyka menjawab perlahan.
"Tak sihat? Nak pergi klinik tak? Kenapa tak cakap? Risau orang kat sini tau."Syafiq Aiman berkata lagi.
"Jangan risau. Sya ada kat rumah ni jaga Eiyka. Ok Bye. "Eiyka menjawab.
"Okay. Jaga diri tu. Love you sayang. "Syafiq Aiman menamatkan perbualan mereka. Eiyka tersenyum. Bahagia apabila telah menemui seseorang yang telah membuatkan dia bernafas lega. Dan jauh dari segala masalah.
"Ha! Berangan la tu! "Syasya mencuit pinggang Eiyka.
"Sya! Terkejut tau."Eiyka menumbuk bahu Syasya perlahan.
"Aduhai, kakak ipar aku ni kuat betul berangan. Hahaha. "Syasya ketawa melihat wajah Eiyka.
"Nak usik lagi la tu. Kau ni sehari tak usik aku tak sah tau."Eiyka senyum. Tapi senyumannya menghilang apabila melihat Syasya yang termenung.
"Hei, kenapa ni? "Eiyka menepuk paha Syasya perlahan. Syasya memandang Eiyka.
"Eiyka…aku.. " Wajah Syasya berubah. Eiyka terkejut apabila melihat Syasya muram.
"Kau kenapa? Cerita..apa masalahnya? "Eiyka memeluk bahu Syasya.
"Izzat..dia nak bertunang…Eiyka.. aku sedih, aku sayang sangat kat dia. Tapi kenapa dia tak sayangkan aku? "Syasya memeluk Eiyka perlahan.
"Izzat nak bertunang? Err.. sabarlah Sya. Kau boleh cari orang lain. Mungkin kau tak ada jodoh dengan dia. "Eiyka mengusap rambut Syasya perlahan.
"Aku cintakan dia, Eiyka. Tak ada orang lain dalam hati aku. Tak ada. Aku ingatkan dia akan kembali kat aku kalau dia tahu yang Aiman tu abang aku. Aku sedih Eiyka."Syasya memandang Eiyka.
"Siapa tunang dia? "Eiyka bertanya perlahan apabila melihat Syasya sudah tenang.
"Dia cakap dia nak bawa bakal tunang dia jumpa aku bila dia balik Malaysia."Syasya menjawab.
"Balik Malaysia? Mean? Dia bukan kat Malaysia? "Eiyka sedikit terkejut.
"Ermm.. Dia pergi London. Maybe dia jumpa bakal tunang dia kat sana.. "Syasya bersuara perlahan.

************************************************************************
Dia termenung panjang memikirkan sesuatu. Dia berdiri di jendela biliknya. Alangkah bahagia kalau masa boleh berputar. Dia pasti tidak akan melakukan kesilapan itu. Namun, itulah hidup. Dan dia harus menerima kenyataan hidup yang telah ditakdirkan untuknya. Saat mendengar berita Eiyka telah bertunang dengan Syafiq Aiman dia menjadi bingung. Dia menyukai gadis itu namun hatinya masih mengingati Syasya. Dia menjadi gembira apabila mengetahui bahwa Syafiq Aiman itu sebenarnya abang kepada Syasya. Dia mengambil keputusan untuk membuat kejutan untuk Syasya apabila pulang ke Malaysia nanti. Dia yakin dengan keputusannya dan dia tidak akan menyesal. Dia hanya berpegang kepada prinsipnya iaitu. "Percaya Pada Kata Hati". Dia menggenggam tiket kapal terbang ditangannya.

************************************************************************

"Bila dia nak sampai ni? "Eiyka mengeluh perlahan sambil memandang Syasya disebelahnya.
"Sabarlah Eiyka oi.. "Syasya memandang Eiyka. Kemudian matanya beralih kepada Syafiq Aiman yang duduk disebelah Eiyka.
"Abang ni kenapa masam je? "Syasya menegur. Eiyka yang mendengar teguran itu memandang tunangnya di sebelah.
"Tak ada apa. Cuma geram sikit. "Syafiq Aiman menjawab.
"Ha..Sya tahu sebab apa. Sebab Eiyka ni asyik tanya pasal Izzat kan? "Syasya ketawa perlahan. Eiyka memandang Syasya lalu memandang Syafiq Aiman.
"La…cemburu rupanya. Encik Syafiq Aiman. Awak jangan risau. Saya takkan cari lain punya. "Eiyka tersenyum. Dia melihat Syafiq Aiman masih masam mencuka.
"Ala. Sayang ni. Suka merajuk tau. "Eiyka mengubah posisi kedudukannya menghadap Syafiq Aiman. Wajah Syafiq Aiman masih tidak berubah. Eiyka mengetap bibirnya. Geram apabila Syafiq Aiman tidak menghiraukannya. Lantas, dia bangun dan mula melangkah.
"Lepas la. "Eiyka menarik tangannya apabila Syafiq Aiman menarik tangannya dan memaksanya duduk. "Orang cakap dengan dia, dia buat tak peduli. Buat apa peduli? Terus je la merajuk. "Eiyka duduk namun membelakangi Syafiq Aiman.
"Ala. Sorry la sayang. Orang main-main je. Takkan itu pun marah. "Syafiq Aiman memujuk Eiyka. Syasya hanya tersenyum melihat pasangan itu bergaduh. Hatinya sedikit cemburu melihat kemesraan mereka.
"Kalaulah Izzat buat aku macam tu…"Syasya mengeluh perlahan.
"Lain kali jangan buat dah. "Eiyka senyum. Syafiq Aiman membalas senyuman tunangnya itu.
"Ha, kan comel senyum. Cakap jer orang, dia pun kuat merajuk."Syafiq Aiman mencuit hidung Eiyka. Eiyka menjelirkan lidah kepada Syafiq Aiman membuatkan Syafiq Aiman dan Syasya ketawa. Eiyka turut ketawa.
"Ha! Tu dia! "Syasya bangun apabila melihat kelibat Izzat. Namun, wajahnya berkerut apabila melihat Izzat keseorangan. Syafiq Aiman dan Eiyka yang sedang berbual terdiam sambil memandang Syasya.
"Mana tunang dia? "Eiyka bertanya kepada Syasya. Eiyka dan Syafiq Aiman turut hairan apabila melihat Izzat keseorangan. Katanya akan bawa bakal tunangnya namun mengapa hari ini keseorangan sahaja. Eiyka dan Syafiq Aiman berpandangan seketika.
"Hai Sya. "Izzat yang tiba di situ menyapa Syasya. Matanya beralih kepada Eiyka dan Syafiq Aiman. Entah mengapa dirasakan tiada lagi perasaan cemburu atau apa-apa kepada Eiyka dan Syafiq Aiman. Dia semakin pasti dengan keputusan yang telah diambilnya.
"Mana bakal tunang Izzat? "Syasya bertanya. Dia sedikit cemburu apabila melihat pandangan Izzat yang lama kepada Eiyka. Namun, ditepis perasaan itu. Izzat memandang Syasya. Cintanya kepada Izzat terpaksa dipadamnya. Kalau bukan jodohnya bersama lelaki itu, terpaksa dia menerima takdirnya.
"Tunggu kejap lagi. "Izzat mengambil tempat duduknya yang bersebelahan dengan Syafiq Aiman dan berhadapan dengan Syasya. Dia merenung wajah Syasya lama. Hatinya sedikit kesal kerana tidak pernah mempercayai gadis itu. 3 tahun dia bersama gadis itu. Gadis itu yang telah membuatkan dia tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Gadis itu juga yang telah membuatkan dia kembali menaruh kepercayaan kepada seorang insan yang bernama perempuan setelah beberapa kali dikecewakan perempuan. Syasya tidak bersalah. Dia yang tidak dapat mengawal perasaannya dulu. Tanpa menyelidiki lelaki yang bersama Syasya dia terus memutuskan hubungan mereka. Ternyata, gadis itu juga sepertinya. Tulus mencintai seorang insan. Setia menemani hingga ke akhir hayat. Syasya yang perasan dirinya menjadi tatapan Izzat segera membuka bicara.
"Izzat, mana orangnya? "Syasya berbicara sambil memandang Eiyka dan Syafiq Aiman dan kemudian pandangannya beralih kepada Izzat.
"Err..sebenarnya..Dia tak akan datang…"Izzat berkata perlahan. Syasya memandang Eiyka dan Syafiq Aiman kebingungan.
"Maksud Izzat apa? "Syasya bertanya. Izzat memandang Syasya membuatkan Syasya menjadi gelisah.
"Dia dah ada kat sini.. "Izzat berkata lagi. Dia tersenyum. Syasya yang bingung mengerutkan lagi dahinya.
"Tak faham la…"Syasya menggeleng-gelengkan kepalanya. Eiyka dan Syafiq Aiman berpandangan lantas memandang Syasya dan Izzat.
"Dia ada kat depan Izzat.. "Izzat berkata lagi membuatkan Eiyka dan Syafiq Aiman memandang Syasya. Syasya menoleh ke belakang lantas memandang mereka bertiga. Wajah cerah Syasya mula berubah warna menjadi merah padam.
"Mana? Tak ada pun. "Syasya bertanya. Ingin membuang perasaan yang telah wujud didalam hatinya.
"Sya, Izzat sayangkan Sya. Sudikah Sya jadi isteri Izzat? "Izzat bangun dan melutut di hadapan Syasya dengan sebentuk cincin di tangan. Syasya tergamam melihat perbuatan Izzat. Eiyka dan Syafiq Aiman berpandangan sebelum mereka tersenyum.
"Izzat?? Betul ke ni? "Syasya tersenyum bahagia. Izzat mengangguk lagi membuatkan air mata gembira Syasya menitis. Syasya mengangguk perlahan. Izzat menyarungkan cincin ke jari manis Syasya sambil diperhati oleh Eiyka dan Syafiq Aiman.
"Terima kasih Izzat. Terima kasih sebab masih sayangkan Sya.. "Syasya mengelap air matanya.
"Izzat tahu yang Syasya adalah insan yang Izzat tunggu selama ni."Izzat menggenggam tangan lembut Syasya.
"Kalaulah ada orang buat kita macam tu kan best. "Eiyka bersuara. Syafiq Aiman, Syasya dan Izzat memandang Eiyka. Wajah Syafiq Aiman berubah. Dia tersenyum. Syasya dan Izzat juga tersenyum.
"Tak apa. Nanti nak kahwin, abang buat untuk sayang ok. "Syafiq Aiman memandang wajah Eiyka. Eiyka tersenyum. Lalu, dia tergelak diikuti oleh Syasya dan Izzat. Syafiq Aiman mencubit pipi milik Eiyka. "Nakalnya dia ni."Eiyka memukul paha Syafiq Aiman perlahan.

Pagi itu, indah seperti biasa malah lebih indah bersama dengan orang tersayang. Eiyka bangun lantas memandang Syasya yang masih tidur di sebelahnya. Eiyka tersenyum. Mesti Syasya bahagia apabila Izzat telah pun menjadi tunangnya yang sah semalam. Penat namun hatinya lebih gembira apabila melihat mereka bahagia. Alhamdulillah..selesai juga akhirnya masalah yang telah melanda mereka. Eiyka bergerak menuju ke jendela biliknya. Semoga kebahagiaan ini akan berterusan. Dia tidak mahu lagi peristiwa silam menghantuinya. Biarlah kenangan tinggal kenangan. Biarlah yang pergi tetap pergi. Eiyka tersenyum. Syafiq Aiman adalah insan yang telah membuatkan dirinya kembali bernafas lega. Tidak disangka-sangka, lelaki itu yang menjadi miliknya. Eiyka memandang awan yang berarak perlahan. Dia senyum lagi. Biarlah hidupnya kembali bahagia. Biarlah segala yang pahit berlalu. Biarlah segala yang manis kembali semula. Betapa hatinya yang pernah hancur kerana seorang lelaki. Kembali sembuh kerana seorang lelaki bernama Syafiq Aiman. Syasya yang terjaga melihat Eiyka sedang melayan perasaannya di jendela biliknya itu tersenyum. Dia bangun dan terus menuju kepada Eiyka.
"Tiap-tiap hari berangan. "Syasya mencuit pinggang Eiyka. Eiyka terkejut kemudiannya memeluk bahu Syasya. "Aku harap kita takkan sedih lagi lepas ni. Aku harap semua yang lepas akan terus berlepas. "Syasya melentokkan kepalanya diatas bahu Eiyka.
"Aku pun harap macam tu. "Eiyka mengusap rambut Syasya perlahan. "Eh, jomlah siap. Sikit lagi abang kau tu nak datang dengan sayang kau nak ambil kita. Nanti kalau kita tak siap lagi, entah apa diorang mengata kita. "Eiyka memandang Syasya. Mereka berpandangan sebelum ketawa meletus. "Anak dara tapi bangun mengalahkan anak bujang."Eiyka berkata dalam sisa ketawanya.
"Jom la. Aku sokong kau. Tahu-tahu la diorang tu, semalam dah penat aku merajuk sebab asyik kena usik jer. "Syasya mengangguk lagi. Izzat dan Syafiq Aiman tidak habis-habis mengusik mereka berdua semalam. Eiyka ketawa lagi apabila mengingatkan sikap mereka.
"Pinn!!Pinnn!!! "Hon kereta itu berbunyi lagi. Eiyka dan Syasya menjenguk ke luar jendela biliknya itu. Syafiq Aiman dan Izzat sedang menunggu di luar pagar rumahnya.
"Wei! Tunang-tunang korang dah datang la! "Wani menjerit dari tingkat atas.
"Wani! Suruh diorang masuk dulu. Kitaorang tengah siap. "Eiyka menjerit. Wani menggeleng-gelengkan kepalanya. Dah bertunang pun masih lambat bangun. Macam mana nak jadi isteri ni. Wani tersenyum. Masih diingati, Eiyka dan Syasya menghalangnya keluar dari rumah milik Syasya itu. Wani sedar mereka berdua bukan sahaja gadis yang cantik, lucu malah baik hati dan seorang rakan yang setia.
"Izzat, Aiman. Masuklah dulu. Diorang tengah siap kat atas. Duduk lah dulu."Wani menjemput mereka masuk. Lantas, mereka berdua masuk dan duduk di sofa di ruang tamu itu.
"Diorang memang macam ni. Suka bangun lambat. "Wani berkata lagi. Izzat dan Syafiq Aiman hanya tersenyum.
"Eiyka, lotion aku mana?! "Terdengar suara Syasya menjerit dari atas. Syafiq Aiman dan Izzat berpandangan lantas ketawa.
"Tunang siapa la tu."Syafiq Aiman ketawa lagi.
"Amboi, ngata aku ya. "Izzat berkata lagi.
"Sya!! Itu lotion aku! "Suara Eiyka pula bergema.
"Ha! Tu tunang siapa? "Izzat ketawa.
"Sama je dua-dua. "Syafiq Aiman berkata lagi. Wani menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Syafiq Aiman dan Izzat ketawa. Suara Eiyka dan Syasya kedengaran sehingga ke dapur. Wani tersenyum lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka bahagia. Wani sudah hampir 5 tahun menjadi rakan baik mereka. Wani sudah mengetahui sejarah hidup teman-temannya namun dia lebih rapat dengan Eiyka berbanding Syasya kerana Eiyka yang membantunya mencari pekerjaan dan mencari rumah. Dia tersenyum. Lantas, dia melangkah menuju ke bilik Syasya dan Eiyka. Dia menolak pintu bilik itu.
"MasyaALLAH…korang ni buat apa? "Wani menggeleng-gelengkan kepalanya melihat bilik yang bersepah-sepah itu. Syasya dan Eiyka berpandangan. Ketawa mereka meletus akhirnya. Izzat dan Syafiq Aiman yang mendengar mereka ketawa berpandangan. Mereka membuat isyarat lantas bangun.
"Mana diorang Wani? "Eiyka yang sudah menyikat rambutnya dan sedang mengikat rambutnya bertanya.
"Diorang ada kat bawah. Korang ni lambat betul la. Dah tu, menjerit-jerit. Korang tu nak jadi isteri orang dah wei..Dah la bangun lambat, menjerit-jerit pula. "Wani membebel. Eiyka dan Syasya berpandangan sebelum meletus ketawa lagi.
"Ya Allah..Korang ni teruk betullah.. "Eiyka, Wani dan Syasya terdiam dan berpandangan seketika apabila mendengar suara lain. Mereka memandang keluar bilik itu sebelum menjerit apabila ternampak Izzat dan Syafiq Aiman di luar bilik itu.
"Hei! Bilik orang perempuanlah! Mana boleh masuk! "Eiyka menjerit. Dia menjadi malu. Mujurlah mereka berdua sudah memakai pakaian yang lengkap.
"Kita dah lambat la. Korang boleh lagi bersembang. "Izzat berkata lagi. Dia memandang Syasya. "Wani tak ikut? "Izzat berkata lagi apabila melihat baju Wani yang tidak bertukar.
"Tak apa la Izzat. Aku ada kerja sikit. Tapi aku amanahkan diorang dekat korang berdua. Jadi apa-apa siap korang aku kerjakan! "Wani memberi amaran. Izzat dan Syafiq Aiman hanya tersenyum. Hari ini mereka akan berkelah di Lata Kijang.
"Apa pandang-pandang?" Eiyka bergurau apabila melihat Syafiq Aiman memandangnya tajam.
"Eh, tengok tunang sendiri pun dah tak boleh. Tak apa lah. "Syafiq Aiman berpaling dan menuruni anak tangga itu diikuti oleh Izzat. Eiyka, Syasya dan Wani berpandangan.
"Habis kau Eiyka.. "Syasya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tahu abangnya, Syafiq Aiman itu memang kuat merajuk dan mudah terasa namun dia juga tahu rajuk abangnya itu tidak lama dan mudah untuk memujuknya kembali. Eiyka segera mengejar Syafiq Aiman.
"Ala sayang. Eiyka main-main jer. "Eiyka memujuk Syafiq Aiman yang sudah mencuka itu. Dia hanya sekadar bergurau dengan Syafiq Aiman sebentar tadi. Syafiq Aiman masih masam. Mungkin terasa lagi kerana gurauan Eiyka. Izzat hanya memandang mereka. Syasya, dan Wani akhirnya tiba di bawah. Mereka memandang Eiyka dan Syafiq Aiman.
"Ok lah Wani, kitaorang pergi dulu. Nanti lambat pula sampai. "Syasya mengangkat baju persalinannya. Dia memandang Eiyka. Eiyka hanya muram sahaja. Lantas, mereka berempat menaiki kereta milik Syafiq Aiman itu dan menuju ke tempat perkelahan. Wani hanya memandang mereka bergerak. Eiyka yang duduk bersama Syasya dibelakang hanya diam dan merenung keluar tingkap kereta itu. Syasya hanya berbual dengan Izzat yang berada di sebelah tempat duduk pemandu. Sepanjang perjalanan itu, Syafiq Aiman dan Eiyka hanya diam. Sekali sekala Syafiq Aiman memandang Eiyka menerusi cermin pandang belakang. Dia sengaja tidak mahu bercakap dengan Eiyka. Sekadar menguji sejauh mana usaha tunangnya itu untuk memujuknya. Setibanya di tempat yang dituju, Eiyka dan Syasya turun diikuti dengan Izzat dan Syafiq Aiman. Mereka mengeluarkan beg persalinan mereka. Lantas, Syafiq Aiman mengeluarkan tikar yang telah dibawa. Syasya menghamparkan tikar itu sambil dibantu oleh Izzat. Setelah siap semuanya. Syafiq Aiman dan Izzat turun ke air terjun itu dan mula terjun ke air terjun itu. Berdebur air terjun itu. Eiyka dan Syasya hanya memandang.
"Aku nak mandi ni, jomlah. "Syasya bangun dan mula turun ke air terjun itu. Eiyka mengangguk perlahan dan mengikuti Syasya. Syasya mula merendamkan badannya di dalam air terjun itu manakala Eiyka hanya duduk di gigi air sambil merendamkan kakinya. Eiyka sedikit takut untuk turun ke dalam air kerana dia sama sekali tidak tahu berenang. Melihat Eiyka yang termenung jauh di gigi air, Syafiq Aiman merasa bersalah kerana tidak menghiraukan gadis itu. Dia memandang Izzat dan Syasya yang sedang gembira bermain air. Lantas, dia menuju kepada Eiyka dan duduk di sebelahnya.
"Sayang, abang minta maaf ok. "Syafiq Aiman berkata perlahan. Dia memandang wajah Eiyka. Tiba-tiba air mata Eiyka menitis membuatkan Syafiq Aiman menjadi semakin tidak keruan. "Kenapa ni? Abang minta maaf. Abang saja jer. "Syafiq Aiman turun ke dalam air dan berdiri di hadapan Eiyka.
"Eiyka minta maaf, Eiyka gurau jer dengan abang. Eiyka minta maaf. Tapi, abang jangan tak layan Eiyka. Eiyka sedih. Eiyka takut abang tinggalkan Eiyka. "Eiyka berkata lagi dalam sedunya. Menyedari rakannya sedang menangis, Syasya dan Izzat berhenti bermain dan memandang Syafiq Aiman dan Eiyka.
"Tak, sayang..abang takkan tinggalkan Eiyka. Abang tak marah kat Eiyka..abang minta maaf sayang.. "Syafiq Aiman berkata lagi lantas menggenggam tangan Eiyka. Eiyka memandang Syafiq Aiman.
"Abang janji.. "Eiyka memandang Syafiq Aiman. Syafiq Aiman mengangguk lagi dan mengelap air mata Eiyka.
"Abang janji sayang. Takkan tinggalkan Eiyka. Jomla. Kita main air. Tak best tau main sorang-sorang. "Syafiq Aiman menarik tangan Eiyka. Eiyka menarik tangannya kembali membuatkan Syafiq Aiman menoleh. "Kenapa ni? Marah lagi ke? "Syafiq Aiman memandang Eiyka.
"Eiyka..Eiyka tak nak masuk..biarlah Eiyka duduk sini. "Eiyka berkata perlahan. Seram melihat air terjun yang dalam itu. Dia teringat dulu dia pernah hampir lemas. Dia tidak tahu berenang dan hanya Wani yang tahu kelemahannya yang satu itu.
"Tak best la Eiyka. Jom..abang pegang tangan Eiyka. "Syafiq Aiman memegang tangan Eiyka. Eiyka turun dengan perlahan. Syasya naik ke atas sebentar untuk mengambil air untuk Izzat. Kemudian dia ternampak Eiyka masuk kedalam air. Dia tersenyum. Berbaik juga akhirnya pasangan ini. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Syasya segera mengangkat telefon itu.
"Hello? "Syasya menjawab panggilan itu. Terdengar suara cemas Wani didalam telefon. Syasya mengerutkan dahinya. Dia mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Wani. Setelah mendengar apa yang dikatakan Wani, Syasya segera menoleh kebawah. Serentak itu dia menjerit. "Eiyka!!!! "Eiyka sudah terkapai-kapai hanyut dibawa arus yang deras. Syafiq Aiman dan Izzat yang terkejut mendengar jeritan Syasya memandang Eiyka lantas mereka bertambah terkejut melihat Eiyka terkapai-kapai.
"Eiykaaa!! "Syafiq Aiman segera berenang ke arah Eiyka. Izzat segera berenang mengikut Syafiq Aiman. Syafiq Aiman dapat menangkap tangan Eiyka. Dia meminta bantuan Izzat. Mereka berdua menarik tangan Eiyka ke darat. Syasya segera menuju ke arah mereka bertiga. Syasya segera menelefon ambulans.

"Aku minta maaf. Aku betull-betul minta maaf. Aku patut bagitahu korang yang Eiyka tak boleh berenang. Dia fobia dengan air."Wani menangis. Dia memandang Syafiq Aiman, Syasya dan Izzat bersilih ganti. "Aiman, aku betul-betul minta maaf."Wani memandang Syafiq Aiman.
"Tak apa la Wani. Benda dah jadi. Patutnya aku tak paksa dia turun. "Syafiq Aiman meraup wajahnya. Dia bersandar ke dinding. Mengapa mesti benda ni jadi saat dia mula mengecapi kebahagiaan ini. Ya Tuhan, selamatkanlah dia.
"Doktor…"Izzat menuju kepada doktor yang merawat Eiyka.
"Dia tak ada apa-apa. Cuma saya rasa dia perlu banyak berehat. Buat sementara waktu, saya sarankan dia berehat di hospital. Dia masih lemah kerana tertelan banyak air."Doktor itu berlalu. Mereka berempat melepaskan nafas lega.
"Abang..abang pergilah tengok dia. Dia perlukan abang buat masa ni. "Syasya berkata. Syafiq Aiman mengangguk perlahan lantas masuk ke dalam bilik yang menempatkan Eiyka. Dia duduk disisi Eiyka. Dia menggenggam tangan Eiyka. Dia teringat kata-kata Eiyka.
"Abang jangan tak layan Eiyka. Eiyka sedih. Eiyka takut abang tinggalkan Eiyka. " Air mata lelakinya menitis. Terlalu lama air mata ini tidak menitis. Akhirnya, air mata itu menitis.
"Abang..jangan nangis..Eiyka tak apa-apa. "Eiyka berkata perlahan. Syafiq Aiman memandang Eiyka.
"Abang minta maaf sayang. Abang tak patut paksa Eiyka turun. "Syafiq Aiman mencium tangan Eiyka. Eiyka tersenyum. Dia mengangkat tangannya perlahan lantas mengelap air mata Syafiq Aiman.
"Eiyka sayang abang. Abang teman Eiyka ya. Jangan tinggalkan Eiyka. "Eiyka bersuara lagi. Syafiq Aiman mengangguk lagi. Dia tidak akan meninggalkan Eiyka buat selamanya. Syafiq Aiman mengusap rambut Eiyka perlahan. Syasya, Wani dan Izzat hanya memandang terharu.

Eiyka membuka matanya perlahan. Diperhatikan sekeliling. Matanya meliar mencari seseorang. Tiada sesiapa di situ. Eiyka bingkas bangun dengan perlahan. Dia menyandarkan badannya di katil hospital itu. Eiyka mengeluh perlahan. Kakinya diturunkan perlahan. Tiba-tiba, pandangannya berpusing-pusing. Eiyka memejamkan matanya. Dibukanya semula. Kepalanya dirasakan berat. Namun, digagahkan juga untuk turun. Eiyka cuba untuk bangun namun entah mengapa dirasakan sekelilingnya kelihatan bergoyang-goyang. Eiyka cuba untuk berjalan, namun belum sempat dia melangkah badannya rebah namun tangkapan seorang lelaki membuatkan badannya tidak sempat mencecah lantai. Dirasakan lelaki itu memapahnya.
"Abang..Eiyka nak pergi tandas.. "Eiyka berkata perlahan setelah lelaki itu mendudukkannya diatas katil semula. Matanya masih terpejam.
"Nanti abang tolong ya.. "Lelaki itu menjawab. Eiyka terkedu seketika. Menelan liur. Suara itu amat dikenalinya. Tetapi, suara itu bukan milik Syafiq Aiman. Eiyka membuka matanya perlahan. Darahnya tersirap. Lelaki itu muncul lagi! Eiyka beristighfar panjang. Beraninya lelaki itu muncul dihadapannya!
"Pergi! Jangan dekat! "Eiyka menjerit selepas melihat wajah lelaki yang membantunya sebentar tadi.
"Farihin.. "Lelaki itu ingin membicara namun sempat dipintas oleh Eiyka. Muka Eiyka yang putih itu kemerahan menahan marah.
"Aku tak nak dengar apa-apa! Pergi kau jahanam! "Eiyka menjerit lagi. Kali ini darah Eiyka sudah mendidih.
"Faiz minta maaf..Faiz sayangkan Farihin..jangan buat Faiz macam ni.."Faiz berkata perlahan. Dia cuba mendekati Eiyka. Hatinya sedikit panas apabila mendengar perkataan yang telah disemburkan Eiyka kepadanya. Jahanam! Eiyka tidak pernah meluahkan kata-kata itu. Namun, Faiz tahu, hatinya benar-benar marah. Jikalau tidak, masakan Eiyka berbicara sekeras itu. Faiz cuba memegang tangan Eiyka. Faiz menjadi geram apabila melihat wajah itu. Dia ingin membalas dendam namun dia masih waras. Digenggamnya tangan Eiyka kuat.
"Jangan sentuh! Pergi! Pergi binatang! "Eiyka cuba merentap tangannya yang digenggam Faiz. Darah Faiz mula mendidih tatkala Eiyka menggelarnya dengan ‘binatang’. Faiz menampar muka Eiyka. Eiyka terkedu. Tidak disangka lelaki yang dulunya tidak pernah memarahinya kini telah menamparnya!
"Baik kau diam! Kau boleh kurang ajar dengan aku kalau ada tunang kau tu! Tapi sekarang dia tak ada! "Faiz memegang muka Eiyka kuat.
"Sakitlah! Lepas! "Eiyka menjerit lagi. Panggilan yang manis kini bertukar. Eiyka mula takut. Sudah la dia menahan sakit, kini terpaksa berhadapan dengan Faiz. "Abang..tolong Eiyka bang..Eiyka sakit.. "Hatinya merintih sayu. Eiyka cuba meronta namun cengkaman tangan Faiz semakin kuat mencengkam. Tiba-tiba, tangan Eiyka dilepaskan. Faiz menoleh. Dia mendengar suara Syafiq Aiman dan Izzat yang semakin hampir dengan pintu bilik Eiyka. Lantas, Faiz terus berpaling dan meninggalkan Eiyka yang lemah. Eiyka yang menangis hanya memandang Faiz penuh ketakutan. Ingin menjerit namun suaranya sudah tiada. Dia tidak berdaya untuk bangun sekalipun.
"Abang.. "Eiyka merintih perlahan dalam tangisnya. "Cepatlah bang..Eiyka sakit.."Eiyka merintih lagi. Dia memejamkan matanya.
"Eiyka? "Suara Syafiq Aiman membuatkan Eiyka membuka matanya.
"Bang..tolong Eiyka bang.. "Suara Eiyka yang lemah membuatkan Syafiq Aiman dan Izzat tergamam.
"Eiyka! "Syafiq Aiman meluru kearah Eiyka yang lemah. Diletakkan makanan yang dibelinya sebentar tadi diatas meja. Dilihatnya wajah Eiyka yang keletihan. Eiyka menangis tersedu-sedu. "Sayang?? Kenapa ni? "Syafiq Aiman kelihatan begitu risau akan keadaan Eiyka. Izzat yang berada di situ terus menelefon Syasya.
"Sya, datang sini. Kitaorang tak tahu kenapa dengan Eiyka.. "Izzat berkata perlahan. Selesai mematikan panggilan, Syasya segera memecut keretanya menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur dimana keberadaan Eiyka. Setelah tiba di perkarangan hospital, Syasya bertembung dengan Faiz.
"Faiz! Awak buat apa kat sini? "Syasya kelihatan terkejut. Faiz juga begitu. Faiz hanya diam dan terus mengangkat kakinya beredar dari situ. Syasya terus menuju ke bilik Eiyka. Sementara itu, Eiyka masih takut-takut. Syafiq Aiman dan Izzat semakin risau namun kerisauan mereka sedikit berkurang apabila Syasya tiba di bilik itu.
"Eiyka..kau kenapa? "Syasya lantas memeluk Eiyka. Syafiq Aiman bangun untuk memberi peluang mereka berbicara.
"Faiz..dia..datang sini..Aku takut..dia tampar aku.. "Eiyka berbicara dalam tangisnya. Syasya memandang Syafiq Aiman dan Izzat. Dia teringat pertembungannya dengan Faiz. Syafiq Aiman mengetap bibirnya. Geram dengan lelaki bernama Faiz. Dia memandang Izzat. Wajah Izzat masih tenang. Mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Tak apa..Dia dah pergi..jangan takut..aku ada kat sini.. "Syasya membelai rambut Eiyka yang lembut itu perlahan.
"Abang.. "Eiyka memanggil perlahan. Syafiq Aiman yang mendengar namanya dipanggil meluru ke arah Eiyka.
"Abang kat sini sayang.. "Syafiq Aiman mengelap air mata Eiyka perlahan.
"Eiyka takut dia datang..Jangan pergi..Eiyka takut.. "Eiyka yang masih lemah berbicara. Syafiq Aiman memandang sayu..
"Tak sayang..Abang tak pergi mana-mana. "Syafiq Aiman merenung wajah itu lagi.

Dia mundar-mandir. Apartmen yang luas itu tidak mampu memberikan ketenangan kepadanya. Gadis itu hanya memandang lelaki itu. Lelaki itu duduk diatas sofa perlahan. Dia mengeluh. Sukar sekali dia melupakan Eiyka. Amat sukar. Gadis itu telah membuatkan hatinya menjadi tidak keruan. Dia mengeluh lagi. Mengapa sukar sekali untuk mendampingi gadis itu. Ya! Gadis itu sudah bertunang. Dia pasti itulah sebab mengapa Eiyka seringkali mengelak daripada bertemunya. Dia menyesal kerana telah mengecewakan gadis yang pernah mencintainya dahulu. Andai sahaja gadis itu masih mencintai dan menyayanginya. Masalahnya tidak menjadi serumit ini. Dia kembali bangun dan mundar-mandir seperti sebentar tadi.

"Yang kau ni mundar-mandir dari tadi kenapa? Pening la kepala aku! "Gadis itu berkata. Faiz memandang gadis itu. Ingin sahaja ditampar gadis itu, namun gadis itu tidak bersalah. Dia tidak mahu mengasari seseorang yang banyak membantunya. Gadis itu juga yang membantunya memberitahu keberadaan Eiyka di hospital. Faiz mengeluh perlahan. Dia mengambil tempat disebelah gadis itu.
"Tadi aku pergi hospital.. "Faiz menjawab perlahan. Dia memandang gadis disebelahnya. Gadis yang pernah menolak permintaannya untuk mencari Eiyka. Namun, dia akhirnya akur apabila melihat kesungguhan pemuda itu.
"Buat apa kau kacau dia lagi? Dia dah bertunang Faiz! Kan aku dah cakap jangan ganggu dia! "Gadis itu berkata lagi. Dia sudah maklum akan keadaan Faiz dan Eiyka. Dia juga tahu Eiyka sudah bertunang kerana dia sendiri yang menguruskan pertunangan itu bersama rakan karibnya, Syasya.
"Masalahnya aku tak boleh lepaskan dia! Aku sayangkan dia! Kau faham tak Wani! Kau faham tak!"Faiz membentak. Dia menghentak meja dihadapannya. Wani tersentak. Dia memandang wajah Faiz. Wani mengeluh. Seandainya dahulu dia tidak memenuhi permintaan Faiz untuk memberitahu dimana Eiyka berada, pasti Eiyka tidak diganggu seperti ini. Wani menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Dia memandang Faiz. Wani dapat merasakan ketulusan hati Faiz mencintai Eiyka namun dia juga tahu betapa dalamnya cinta Eiyka buat Syafiq Aiman, tunangnya itu. Dia tahu Eiyka sudah terlalu membenci lelaki yang berada disebelahnya itu. "Aku minta maaf..aku tak sengaja sakitkan dia.. "Faiz berkata perlahan.
"Kau buat apa kat dia? "Wani menyoal perlahan. Matanya masih memandang Faiz.
"Aku tampar dia.. "Faiz menjawab perlahan. Wani membulatkan matanya beristigfar panjang.
"Kau gila ker Faiz?! "Wani bingkas bangun. Wajahnya merah menahan marah. Selama ini dia tidak pernah membiarkan sesiapa pun memarahi Eiyka atau Syasya, teman baiknya apatah lagi memukul. Wani lantas mencapai beg tangannya dan terus keluar dari apartmen milik Faiz.
"Wani.. "Faiz memanggil perlahan.
"Aku paling benci kalau ada orang sakitkan kawan aku! Jangan jumpa aku lepas ni!"Wani mengherdik Faiz membuatkan lelaki itu terkedu seketika. Dia hanya memandang Wani dari jauh sehingga bayang gadis itu menghilang. Faiz terduduk diatas sofanya. Faiz menyesal kerana telah menyakiti Eiyka. Dia terlalu marah hingga tidak dapat mengawal emosinya. Dia terlalu menyayangi gadis itu namun apakan daya, takdir tuhan mengatasi segala-galanya.

Wani melangkah masuk kebilik Eiyka perlahan. Dia terus menuju ke hospital itu setelah beredar dari apartmen Faiz sebentar tadi. Dia memandang wajah Eiyka yang sedang enak dibuai mimpi. Bibirnya berwarna kebiru-biruan akibat ditampar. Wani mengeluh lantas mendekati Eiyka. Tiba- tiba, manik-manik kaca bercucuran jatuh keatas pipinya. Dia menyesal kerana telah membantu Faiz. Seandainya dia tidak memberitahu Faiz akan keadaan Eiyka dan keberadaan Eiyka, pasti Eiyka tidak menderita seperti ini. Dia mengesat air matanya perlahan. Dia memusingkan badannya, ternampak pula Syasya yang kelihatan penat sedang tidur diatas sofa. Wani melabuhkan punggungnya diatas kerusi berdekatan dengan katil Eiyka. Dia memejam matanya. Terbayang kembali akan perkenalan singkatnya dengan Faiz sehingga permintaan Faiz.

"Kau ni kawan Farihin kan? "Faiz menyapanya ketika dia sedang sibuk membelek-belek pembalut hadiah buat pertunangan Eiyka dan Syafiq Aiman. Wani menoleh kearah suara itu. Dia memandang lelaki yang berada dihadapannya. Inikan Faiz? Hatinya berbisik.
"Ya. Kau ni Faiz kan? "Wani masih memandang lelaki itu.
"Ya..aku Faiz..Kau? "Faiz mengangkat tangannya untuk bersalam. Wani hanya memandang sambil menjawab.
"Aku Wani. Tak apa lah..aku nak balik dah. Pergi dulu. "Wani mengorak langkah.
"Farihin masih cintakan aku? "Faiz bertanya perlahan sebelum sempat Wani beredar. Langkah Wani terhenti tatkala mendengar soalan itu. Dia mengerutkan dahinya lantas memandang Faiz.
"Dia nak bertunang. Kau pun tahu kan? Jadi, semestinya dia mencintai tunang dia. Bukan kau! "Wani menyindir keras. Dia sememangnya sudah mengetahui bahawa Syasya telah memberitahu Faiz mengenai pertunangan mereka. Faiz mengetap bibirnya. Dia geram apabila disindir sedemikian.
"Dia akan menyesal sebab bertunang dengan Aiman tu! "Faiz meninggikan suaranya. Wani memandang Faiz.
"Dia lebih menyesal sebab pernah kenal kau! "Wani berpaling lantas melangkah laju tanpa menoleh. Faiz hanya memandang Wani penuh geram. Wani terus melangkah. "Dulu, orang tu punya sayang kat dia, buat bodoh. Sekarang cari balik! Sakit betul hati aku! "Wani menggumam sendirian. Sesampainya di tempat letak kereta, Wani membuka pintu keretanya namun tidak sempat apabila seseorang menahan pintunya. Wani keluar kembali. Dilihatnya orang yang menahan pintunya. Wani mendengus kasar. "Kau ni nak apa lagi! "Wani menengking Faiz.
"Wani, tolonglah. Aku nak sangat bincang dengan kau pasal Farihin. "Faiz berkata lagi. Wani mendengus lagi.
"Bincang? Kau ni dah kenapa? Tak ada apa yang nak dibincangkan. Aku nak balik! Tepi!"Wani ingin masuk kembali namun ditahan oleh Faiz.
"Tolonglah.. "Faiz merendahkan nada suaranya. Dia memandang Wani. Wani mengeluh perlahan. Lelaki ini kelihatan bersungguh-sungguh. Akhirnya, Wani mengangguk perlahan. Faiz tersenyum. "Terima kasih. "Faiz berkata perlahan. Wani hanya diam.
"Kau nak apa? "Wani bertanya selepas duduk di restoran itu. Nadanya tidak setinggi tadi. Dia memandang Faiz.
"Aku nak minta maaf. "Faiz berkata perlahan. Wani memandang Faiz. Mata mereka bertentangan. Wani segera tunduk.
"Kenapa pula nak minta maaf kat aku? "Wani bertanya lagi. Dia sedikit gugup.
"Sebab pernah lukakan hati Farihin. "Faiz menjawab. Wani ketawa sinis.
"Buat apa minta maaf kat aku? Pergi minta maaf kat Eiyka. Kau bukan salah kat aku. Tapi kat Eiyka. "Wani menjawab lagi.
"Tapi aku betul sayangkan dia. "Faiz berkata lagi. Dia masih memandang Wani.
"Yang kau bagitahu aku kenapa? Bukan luak pun kalau kau bagitahu aku."Wani menjawab lagi.
"Kenapa dengan kau ni?! "Faiz mula meninggikan suara. Wani mengangkat wajahnya. Dia memandang Faiz tajam.
"Kenapa? Kau tanya kenapa? Aku sakit hati! Sakit hati tahu?! Kau tahu tak, tiap-tiap malam aku akan dengar Eiyka nangis! Aku tak tahan dengar dia nangis! Aku kesian kat dia. Kau memang tak ada hati perut kan?! Dia cintakan kau separuh gila! Kau boleh kahwin dengan orang lain! Dia pun ada maruah la Faiz! Dia pun ada harga diri. Kenapa kau tak biar jer hidup dia bahagia?! Sekarang dia dah benci kau! Jadi, jangan ganggu dia! Tolong! "Wani bangun. Jantungnya berdegup kencang. Faiz terkejut apabila mendengar Wani menjerit. Dia memandang Wani.
"Tapi aku boleh jelaskan kenapa aku tinggalkan dia dulu. Aku…"Bicara Faiz dipintas oleh Wani.
"Kau tak payah jelaskan apa-apa! Aku cuma tak nak kau ganggu dia! Please!"Wani lantas bergerak meninggalkan Faiz. Panggilan Faiz tidak diendahkan. Wani terus masuk kedalam keretanya dan memecut keretanya. Faiz hanya memandang dari jauh.

"Eh, Wani.. "suara Syasya mengejutkan Wani daripada lamunannya. Wani memandang Syasya.
"Bila kau sampai? "Syasya bertanya. Dia memandang Eiyka diatas katil. Belum sempat Wani menjawab, telefon bimbit milik Syasya berbunyi. Wani hanya memandang. Syasya terus mengangkat panggilan itu. "Hello? "Syasya berkata perlahan.
"Sayang nak makan apa-apa? Izzat belikan. Izzat dengan Aiman nak datang sana."Suara Izzat bertanya. Syasya tersenyum.
"Beli je la apa-apa. Wani pun ada kat sini. Ok. Sya tunggu. "Syasya menjawab lagi.
"Ok. Bye sayang. "Izzat mematikan panggilan telefon. Syasya tersenyum. Dia memandang Wani.
"Eiyka kenapa? "Wani bertanya sejurus Syasya meletakkan telefonnya diatas meja. Syasya memandang Wani.
"Faiz..pukul dia. "Syasya menjawab perlahan. Wani mengeluh. Dia pura-pura terkejut.
"Faiz? Eiyka ok? Teruk ke dia kena? "Wani menyoal perlahan. Syasya hanya mengangkat bahunya.
"Abang!!!! "Suara Eiyka menjerit membuatkan mereka berdua tersentak.
"Eiyka? "Wani dan Syasya meluru ke arah Eiyka. "Kenapa ni? "Wani bertanya perlahan. Dia menggenggam tangan Eiyka.
"Pergi!! Pergi!! Jangan pukul dia! Pergi! "Eiyka menjerit lagi. Dia meronta-ronta. Syasya dan Wani panik. Lantas, Wani terus keluar memanggil doktor. Eiyka kelihatan seperti sedang dirasuk. Dia meronta-ronta. Syasya mula menangis.
"Eiyka..bangun..Eiyka.. "Syasya menguatkan genggaman tangannya. Wani bersama seorang doktor dan dua orang jururawatnya memasuki bilik Eiyka. Syafiq Aiman dan Izzat yang hampir tiba di bilik Eiyka meluru ke arah bilik Eiyka apabila melihat doktor masuk ke bilik itu.
"Sya! "Syafiq Aiman bersuara. Syasya memandang Syafiq Aiman dan Izzat. Dia masih menangis. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Syafiq Aiman dan Izzat berpandangan.
"Jangan!!! "Suara Eiyka menjerit lagi membuatkan Syafiq Aiman meluru ke arah Eiyka.
"Sayang..abang kat sini.. "Suara Syafiq Aiman kedengaran di cuping telinga Eiyka. Doktor itu terus memberikan suntikan pelali kepada Eiyka membuatkan gadis itu lemah dan kembali tidur. Syasya dan Wani menangis. Syafiq Aiman memandang wajah Eiyka. Dia mengusap rambut Eiyka perlahan.
"Sya.. "Izzat memanggil Syasya perlahan. Syasya memandang Izzat lantas mendekati Izzat. Izzat meraih Syasya di dalam pelukannya. "Sabar ye.. "Izzat mengusap rambut Syasya. Syasya masih menangis.
"Kesian Eiyka..Kenapa dengan dia..? "Syasya bersuara perlahan di dalam tangisannya. Syafiq Aiman memandang mereka bertiga.
"Ni semua kerja Faiz! "Wani bersuara membuatkan Izzat, Syasya dan Syafiq Aiman berpandangan.
"Maksud kau? "Syafiq Aiman berdiri. Dia memandang Wani.
"Kalau Faiz tak pukul dia, mesti Eiyka takkan jadi macam ni! "Air matanya mengalir. Cari Faiz! Aku tahu dia kat mana! "Wani memandang Syafiq Aiman. Syafiq Aiman dan Izzat berpandangan. Syasya memandang Wani terkejut.


Diatas sofa, kelihatan seorang lelaki sedang tidur lena diulit mimpi. Wajahnya kelihatan berkerut-kerut. Tidak lama kemudian, bunyi loceng mengejutkannya daripada tidur. Faiz mengesat-ngesat matanya. Dia bangun lantas menuju ke pintu apartmennya itu. Dia mengintai ke luar melalui lubang pintunya. Kelihatan Wani berdiri dihadapan pintu itu. Faiz segera membuka pintunya.
"Wani! Aku.. "Faiz tidak dapat meneruskan bicaranya malah terkejut apabila melihat Izzat, Syasya dan Syafiq Aiman turut berdiri dibelakang Wani. "Apa hal ni?"Faiz bertanya. Dahinya berkerut seribu.
"Berani betul kau! "Syafiq Aiman memegang kolar baju Faiz. Faiz terkejut. Izzat, Syasya, dan Wani hanya memandang. Mungkin sudah menyangka perkara sebegini akan berlaku.
"Agak-agak la nak cari gaduh pun! Dah la datang rumah orang tak dijemput! Nak buat kecoh pula kat sini! "Faiz menepis tangan Syafiq Aiman kasar.
"Kau ni betul-betul lelaki tak tahu malu!! Kurang ajar! Sedar-sedar la sikit! Eiyka tu tunang orang! Aku bagi amaran kat kau! Jangan ganggu dia lagi!"Syafiq Aiman menolak bahu Faiz dengan tangannya. Faiz semakin berapi.
"Dia tu pernah jadi milik aku la! Suka hati aku la nak buat apa! "Faiz menjerit lagi.
"Ya! Dia pernah jadi milik kau tapi sekarang dia milik aku! Kau tak ada hak!"Syafiq Aiman menolak Faiz kuat. Faiz hampir terjatuh.
"Baik korang semua blah dari sini! Blah! "Faiz menjerit. Dia memandang Wani tajam. Mereka semua berpaling ingin beredar. Faiz menarik tangan Wani. Lantas dia menampar muka Wani. Wani tergamam. Air matanya hampir menitis. Syafiq Aiman, Syasya dan Izzat turut tergamam. Lantas, Syafiq Aiman meluru kearah Faiz dan menumbuknya sehingga Faiz tersungkur.
"Jangan nak kurang ajar kat sini! Aku dapat tahu kau ganggu Wani, Syasya atau Eiyka lagi. Aku akan pastikan yang kau takkan wujud kat atas muka bumi ni! "Syafiq Aiman menjerit. Mereka berempat meninggalkan apartmen Faiz. Faiz yang terduduk diatas lantai mengesat darah di bibirnya akibat ditumbuk tadi.

"Dia dah boleh balik..tapi kalau nak duduk kat hospital lagi, kami tak menghalang."Doktor yang merawat Eiyka tersenyum dan berlalu. Syafiq Aiman membalas senyuman itu. Dia memandang Eiyka. Eiyka hanya tersenyum. Selepas dibius semalam, Eiyka tidak lagi menjerit-jerit.
"Sayang nak balik ke? "Syafiq Aiman mendekati Eiyka. Eiyka menggeleng perlahan.
"Nak la..takut.. "Eiyka menjawab perlahan. Syafiq Aiman hanya tersenyum. Mungkin Eiyka masih trauma dengan apa yang dihadapinya kelmarin. Pintu dikuak perlahan. Kelihatan wajah Syasya, Wani dan Izzat. Eiyka tersenyum. Syasya dan Wani memeluk Eiyka erat. Izzat dan Syafiq Aiman hanya memandang sambil tersenyum.
"Teddy bear aku kat rumah dah rindu kat kau.. "Syasya berkata perlahan. Eiyka tersenyum.
"Jom, kita balik. Kau siap-siap dulu, kita pergi makan. Aku belanja. "Wani memandang Eiyka. Dia bersyukur apabila doktor telah mengesahkan Eiyka tidak apa-apa. Eiyka tersenyum lantas mengangguk perlahan. Dia memandang Syafiq Aiman dan tersenyum.
Selesai berkemas, Eiyka, Syasya dan Wani keluar dari bilik. Izzat dan Syafiq Aiman yang sedang menunggu di luar bilik memandang mereka. Mereka berjalan bersama menuju ke kereta milik Syafiq Aiman.

Setibanya di restoran pilihan Eiyka, mereka mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan tingkap. Angin yang masuk melalui tingkap berhampiran menerbangkan rambut Eiyka yang lurus menawan itu. Syafiq Aiman hanya tersenyum melihat tunangnya yang putih berseri itu. Setelah memberi pesanan, mereka berbual.
"Abang..Eiyka nak minta satu permintaan boleh? "Soalan Eiyka menyebabkan mereka yang sedang rancak berbual terdiam. Mereka memandang wajah Eiyka.
"Eiyka nak minta apa? "Syafiq Aiman menyoal kembali.
"Kita cepatkan pernikahan kita.. "Eiyka menjawab perlahan. Dia menundukkan wajahnya. Syafiq Aiman, Syasya, Wani dan Izzat berpandangan.
"Tapi kenapa? "Syafiq Aiman bertanya. Eiyka mengangkat wajahnya dan memandang wajah Syafiq Aiman sayu. Syafiq Aiman yang seakan-akan mengerti akan pandangan Eiyka mengangguk perlahan. Dia memegang tangan Eiyka. "Boleh sayang. Minggu depan kita nikah..ok.. "Syafiq Aiman memandang wajah tunangnya itu. Eiyka tersenyum.

"Hei, kenapa nangis? Hari ni kan hari bahagia kau? "Syasya mengesat air mata Eiyka yang tiba-tiba menitis. Wani yang mendengar memandang Eiyka. Dia duduk dihadapan Eiyka yang manis berbaju pengantin berwarna putih. Sesuai dengan wajahnya yang cerah itu. Dia menggenggam tangan Eiyka lembut.
"Kenapa? "Wani bertanya perlahan. Eiyka memandang Syasya dan Wani lantas memeluk mereka.
"Aku sayangkan korang. Tak sangka aku nak tinggalkan korang. "Eiyka berkata dalam esakannya. Wani dan Syasya tersenyum.
"Kitaorang pun sayangkan kau. Ala, lepas kau nikah nanti, kita still boleh jumpa kan?"Wani menepuk bahu Eiyka perlahan.
"Ya la Eiyka, dah la, jangan nangis lagi. Hilang seri kau nanti. "Syasya berkata lantas meleraikan pelukan mereka. "Kita kawan sampai mati..Insya-ALLAH.. "Syasya berkata lagi.
"Janji? "Eiyka memandang mereka berdua.
"Janji.. "Mereka berdua menjawab serentak.
"Aku nak tanya satu soalan.. "Wani bertanya. Eiyka memandang Wani.
"Apa? "Eiyka bertanya.
"Aku nak tahu..kenapa dengan kau kat hospital dulu? "Wani bertanya lagi. Syasya dan Eiyka berpandangan. Syasya mengangguk perlahan menandakan dia juga mahu tahu.
"Aku..aku mimpi Aiman kena pukul dengan Faiz. Aku mimpi..Faiz..dia nak bunuh Aiman..aku takut..aku tak nak kehilangan Aiman..sebab tu aku nak kahwin… "Eiyka menundukkan wajahnya. Wani dan Syasya berpandangan. Sekali lagi mereka memeluk Eiyka.
"Tak apa..lepas ni..korang takkan berpisah.. "Syasya menggosok belakang Eiyka.

Izzat dan Syafiq Aiman yang sedang berbual tergamam apabila melihat Eiyka, Syasya dan Wani keluar. Eiyka yang berseri dengan bajunya tersenyum. Izzat memandang Syasya. Syasya juga kelihatan manis dengan mengenakan baju kebaya berwarna biru memandang Izzat yang berkemeja biru turut tersenyum. Wani yang memakai baju kurung berwarna merah lembut memandang Eiyka.
"Masya-ALLAH..cantiknya isteri abang.. "Syafiq Aiman berkata setelah mendekati Eiyka. Dia mencium dahi Eiyka yang telah sah menjadi miliknya semalam. Eiyka tersenyum. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, dia menjadi isteri Syafiq Aiman yang sah. Benarlah kata arwah ibunya, setiap penderitaan akan dibayar dengan kebahagiaan.
"Cantik la Sya. Ni yang jealous ni. "Izzat mendekati Syasya. Syasya mengerutkan dahinya.
"Kenapa pula nak jealous? "Syasya bertanya.
"Ya la, nanti ada orang lain terpikat. Mana boleh, Sya tu Izzat punya tau. "Izzat tersenyum. Syasya mencubit lengan Izzat perlahan.
"Mengadalah. "Syasya tersenyum. Bahagia apabila akhirnya dia bersama dengan orang yang dicintai. Dia memandang Izzat dan kemudiannya memandang Wani dan Eiyka. Mereka bertiga berbalas senyuman.
"Aku nak kenalkan korang dengan someone. "Wani berkata. Dia memandang Eiyka dan Syasya.
"Siapa? "Eiyka bertanya. Wani mengangkat keningnya.
"Itu…"Wani memuncungkan bibirnya. Eiyka, Syafiq Aiman, Syasya dan Izzat memandang ke belakang. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan kearah mereka.
"Hai.. "Lelaki tadi menghampiri Wani. Dia tersenyum memandang mereka. Wani turut tersenyum. Lelaki tadi menghulurkan tangannya kepada Syafiq Aiman dan Izzat untuk bersalam. Syafiq Aiman dan Izzat menyambut huluran itu mesra. "Saya Farid. Bakal tunang Wani."Lelaki itu memperkenalkan diri sambil memandang Wani disebelahnya.
"Wani…kau ni.. "Syasya mencubit pipi Wani.
"Wani..Wani.. bukan nak bagitahu. "Eiyka berkata pula. Wani memandang Farid. Ketawa meletus.
"Saja jer. Nak bagi surprise. "Wani berkata memandang Eiyka dan Syasya.

"Macam mana kenal? "Eiyka bertanya sambil memandang Syafiq Aiman yang sedang berbual dengan Izzat dan Farid Amirul.
"Masa beli buku. Kau kan tahu aku suka baca buku. Dia kerja kat kedai buku yang aku selalu singgah tu. Dia kata dah lama dia tengok aku. Kitaorang kenal-kenal lepas tu dia ajak aku makan. Then, dia melamar aku. Terkejut but happy. Aku terima la. "Wani menjawab. Syasya hanya tersenyum.
"Happynya aku! "Eiyka memeluk lengan Wani. Syasya turut berbuat demikian.
"Tapi, kita kawan sampai bila-bila! "Syasya pula berkata. Mereka berdua mengangguk. Syasya akan melangsungkan pertunangannya bulan hadapan dan Wani pula akan bertunang minggu hadapan. Mereka tersenyum bahagia. Tetamu yang menghadiri kenduri perkahwinan Eiyka semakin berkurangan.
"Eh! "Wani menjerit kecil. Eiyka dan Syasya memandang Wani.
"Kenapa? "Syasya bertanya perlahan.
"Faiz..dengan diorang. "Wani berkata perlahan membuatkan Eiyka memandang kearah Syafiq Aiman. Benar! Faiz sedang berbual dengan Syafiq Aiman, Izzat dan Farid. Terbayang mimpinya.
"Apa dia buat kat sini?! "Eiyka mula melangkah kearah Syafiq Aiman. Syasya dan Wani cuba untuk menghalang namun gagal. Eiyka menarik tangan Syafiq Aiman membuatkan Syafiq Aiman, Izzat, Farid dan Faiz terkejut.
"Kenapa ni? "Syafiq Aiman bertanya. Dia memandang wajah Eiyka.
"Apa dia buat kat sini? "Eiyka bertanya. Dia memandang Syafiq Aiman.
"Sayang..Apa salahnya..Lupakan semua tu. Faiz datang sini dengan niat baik. "Syafiq Aiman menjawab perlahan. Syasya, Wani, Farid, Izzat dan Faiz hanya memandang. Syasya dan Wani mendekati Izzat dan Farid.
"Ada apa? "Izzat bertanya kepada Syasya perlahan.
"Tu.. "Syasya menunjuk kearah Faiz. Izzat mengangguk perlahan.

Selesai berbincang, Eiyka dan Syafiq Aiman menuju kearah mereka. Wajah Eiyka kelihatan masam manakala wajah Syafiq Aiman kelihatan berseri-seri. Eiyka berdiri disebelah Wani.
"Hai. "Faiz berkata perlahan. Eiyka memandang Faiz geram. Teringat akan perbuatannya dulu. Kemudian dia memandang Syafiq Aiman yang berdiri disebelahnya. Syafiq Aiman memberi isyarat. Eiyka yang memahami isyarat itu menjawab dingin.
"Hai! "Eiyka menjawab keras.
"Faiz minta maaf pasal.. "Bicara Faiz dipintas.
"Tak nak dengar lah. Saya dah lupakan semua tu. "Eiyka menjawab pantas. Dia memandang Syafiq Aiman. Wajahnya kelihatan masam. Syafiq Aiman memeluk bahu Eiyka lalu dirapatkan tubuh isterinya itu ke badannya. Faiz hanya memandang. Terbit rasa cemburu namun tidak diendahkan. Apa yang dia inginkan hanyalah melihat kebahagiaan Eiyka. Biarlah kenangan tetap menjadi kenangan dan realiti akan tetap menjadi realiti dan dia harus menerima kenyataan bahawa tiada lagi Farihin yang pernah dicintainya dahulu.

"Aku harap kau tak lupakan kami kat sini. "Suara Wani perlahan menampar cuping telinganya. Eiyka mengangkat wajahnya. Dia memandang Wani. Kemudian pandangannya beralih kepada Syasya yang sedang berdiri di sebelah Wani. Eiyka tersenyum.
"Jangan risau la. Aku takkan lupakan korang. Kat hati aku korang jer kawan aku."Eiyka memeluk temannya itu. Air matanya menitis. Eiyka meleraikan pelukan itu lantas mengemaskan baju-bajunya untuk berbulan madu di London setelah tiket ditempah oleh Syafiq Aiman selepas mereka bernikah dahulu.
"Abang jaga dia betul-betul tau. Nanti honeymoon jangan lupa kitaorang kat sini."Syasya memandang abangnya, Syafiq Aiman.
"Jangan merepeklah Sya. "Eiyka menumbuk bahu temannya perlahan. Syafiq Aiman tersenyum. Sebelum berangkat, mereka berpelukan. Izzat dan Farid menyalam Syafiq Aiman lantas menghantar mereka ke airpot. Setibanya di lapangan kapal terbang, Eiyka bersalaman dengan Syasya dan Wani.
"Jaga diri tau. Moga korang bahagia. Aku doakan kebahagiaan korang. "Wani berkata sambil memandang Farid. Farid yang sedang berbual dengan Syafiq Aiman dan Izzat memandang Wani tersenyum.
"Aku pun. "Eiyka memeluk erat teman-temannya itu. Syasya dan Wani memeluk Eiyka seakan-akan tidak mahu melepaskan temannya itu setelah bersama hampir 5 tahun. Eiyka menggosok perlahan belakang Wani dan Syasya sambil diperhatikan Izzat, Syafiq Aiman dan Farid. Syafiq Aiman dan Eiyka akhirnya berjalan meninggalkan teman mereka dan menuju ke balai pelepasan.
"Terima kasih sebab jadi isteri abang. "Syafiq Aiman mengucup ubun rambut isterinya itu. Eiyka tersenyum.
"Eiyka sayangkan abang..Tak ada kata-kata yang dapat Eiyka ucapkan untuk bagitahu betapa Eiyka sayang kat abang. "Eiyka memeluk suaminya. Syafiq Aiman membalas pelukan itu.

Bila ada cinta di hati, sayang juga pasti ada. Dan bila ada penderitaan pasti ada kebahagiaan. Begitulah ikatan kasih dua orang insan. Tiada lagi Faiz. Tiada lagi Farihin. Yang ada hanyalah Eiyka yang mencintai seorang lelaki bernama Syafiq Aiman. Berbahagialah temanku Syasya dan Wani bersama orang yang kalian cintai. Namun seandainya dia bukan milik kita. Biarkan dia pergi. Jikalau kita benar-benar menyayanginya biarkan dia bahagia walau kita tahu bahagia itu bukan milik kita. Di dalam kepekatan malam di dalam kapal terbang Eiyka memandang ke luar tingkap.
Pergilah penderitaan. Hadirlah kebahagiaan. Kapal terbang itu terus berlalu membelah awan. Eiyka menutup matanya dan merapatkan tubuhnya ke badan Syafiq Aiman. Syafiq Aiman memeluk erat isterinya. Eiyka sekali lagi berharap tiada lagi penderitaan saat dia membuka kembali matanya. Syafiq Aiman mengucup dahi isterinya perlahan. Mereka akhirnya lena diulit mimpi bersama kebahagiaan…

~TAMAT~

Watak-watak:-
-Eiyka[Farihin Atika]-thanx sbb bg pnjm nama.
-Wani-sori pnjm nama x gthu.
-Syasya-ntah nama sape aku kutip..
-Syafiq Aiman-asalnye Aiman tapi diubahsuai dan diberi nama ini..macam selalu dgr jer??
-Izzat-nama prmintaan saper la tu..hak3..
-Farid Amirul-aku xder idea nk bg nama per..
-Shira-aku pki ambek jer..
-Hamidah- [nama mak farah] n0 komen

p/s:- aku harap cerita trbaru nih dpt rensp0n baek. s0ri kal0 k0rg rse cerita nih x best or trgantung or busan..oke..gud luck 2 u all.. :)
-always success!
-utk yg nk PMR ..gud luck tuk k0rg..blaja rajen2 taw.
-kepada yg sdg mempunyai balak atau lbih tpat..sdg berkapel-kapel..h0pe k0rg bhagia.igt pesan ak..kal0 k0rg btul2 syg kat k0rg pnyer balak..jaga dia baek2 atau dyer akn prgi tnpa kter sdari dan dyer akan mula menjauh dri kter saat kter benar2 mmerlukan dyer..m0ge trus bhagia bersma org trsyg.. :)

DAH BACA? TINGGAL KOMEN EH :)

No comments: