Sesuatu Yang Indah...
"Titt..tittt.."...
"Hello? "suara seorang gadis lembut menjawab panggilan.
"Wei Iqa! Kau kat mana? "pemanggil itu bertanya, dia kedengaran panik.
"Aku kat rumah. Kenapa?"gadis yang bernama Iqa Syazlin itu bertanya.
"Oh, kau dengan siapa? Imran? "pemanggil itu bertanya lagi.
"Ish, tak lah. Aku dengan abang aku, Iqwan. Imran pergi rumah kawan dia kat Tambun."Iqa menjawab lagi.
"Sah! Kau kena tipu Iqa! Kau kena tipu! "pemanggil itu memarahi Iqa.
"Lah, apasal pula aku kena tipu? Yang kau ni apasal banyak tanya ni? Dengar macam panik jer? Ada apa hal?"Iqa bertanya.
"Aku, Azureen, Adleen dengan Imani ada kat parade ni. Shira tak ada, dia pergi dating dengan Syafiq tu! Putri pun sama. Tak tahu lah dia pergi mana. JJ kot. Lepas tu...eh.. "pemanggil itu terkejut apabila Azureen merampas handset dari tangannya.
"Untuk pengetahuan kau Iqa, kitaorang nampak Imran kat parade ni!"Azureen menyampuk.
"Ha? Imran? Parade? Eh..tak mungkin lah, dia cakap kat aku dia pergi Tambun. Rumah kawan dia, kau silap orang kot. "Iqa bertanya lagi. Dia kelihatan sedikit menggelabah. Iqwan, abangnya melihat Iqa dengan kehairanan.
"Tak! Aku tak tipu! Aku tak buta la! Apa yang aku tahu. Aku nampak Imran dengan perempuan lain kat sini..tu ha..Depan mata aku!"Azureen menjerit lagi. "Kalau kau tak percaya lagi. Datang sini, tengok sendiri. Baik cepat sebelum Imran dengan awek dia blah..tapi aku memang geram lah tengok si Imran tu!"Azureen menyambung lagi.
"Ok..Aku datang sekarang. Korang tunggu aku kat food court tau. "Iqa berkata lantas terus mematikan panggilan tersebut.
"O..Ish..dah letak? Ek eleh..wei..Betul ke tu Imran? "Azureen bertanya kepada Adleen pula.
"Ermm..Aku rasa..ya sebab aku selalu keluar dengan Imran dengan Iqa. Jadi aku dah cam muka Imran tu..tapi apasal perempuan tu gedik sangat ha? Kalah Iqa lagi."Adleen menjawab.
"Wei..Apalah Iqa buat kan kalau tu Imran? "Imani pula bertanya.
"Entah... "mereka menjawab serentak.
"Huh..teruk-teruk... "Imani menggeleng kepala.
Sesampainya di Parade...
Wei Mimi! Aku dah sampai parade. Aku kat food court ni dengan Iqwan. Cepat datang ambil aku.
Iqa menghantar mesej kepada Mimi. Tidak lama kemudian, Mimi, Adleen, Azureen dan Imani pun tiba di food court.
"Hah? Mana si Imran nya?"Iqwan bertanya kepada Mimi.
"Err..kejap.. "Mimi mencari kelibat Imran.
"Hah! Itu dia..tengok betul-betul... "Adleen menjerit. Serentak itu, semua memandang ke arah Imran dan aweknya termasuklah Iqa Syazlin.
"Ha? "Iqa tergamam apabila melihat Imran bersama perempuan itu sedang bermesraan. Air matanya mula menitis. "Itu..tu Im. Dia dengan siapa? "Iqa bertanya dalam tangisnya. Berderau darahnya melihat gadis itu memaut lengan Imran. Tanpa disedarinya, dia sedang menghampiri perempuan tersebut.
Pangg!! Tanpa disedari, Iqa telah menampar perempuan tersebut di hadapan mata Imran.
"Putri?! "Iqa menjerit. Dari jauh, Azureen, Mimi, Adleen dan Imani tergamam apabila mendengar Iqa menjerit nama Putri, sahabat baik mereka.
"Iqa! "Imran menengking Iqa.
"Abang? Sampai hati abang buat Iqa macam ni? Putri? Kenapa kau sanggup tikam aku dari belakang? Kenapa Putri? Kenapa mesti aku? Aku sayang kau..tapi..kenapa kau rampas Imran dari aku? Putri! "Iqa menjerit lantas mengangkat tangannya untuk menampar Putri sekali lagi. Tetapi, Imran telah terlebih dahulu menamparnya. "Abang?!" Iqa menjerit. Iqwan yang telah melihat Imran menampar Iqa, adiknya meluru ke arah Imran dan terus menumbuk muka Imran.
"Kau tak payah nak main kasar dengan adik aku..kalau nak main kasar, main kasar dengan aku! "Iqwan menjerit. Azureen, Mimi, Adleen dan Imani segera berlari ke arah Iqa yang terduduk apabila ditampar Imran. Dia menangis. Putri hanya memandang mereka. Lantas, Adleen pun bangun dan menuju ke arah Putri dan terus menampar mukanya.
Pangg!
"Putri?! Kenapa kau buat Iqa macam ni? Kau tahu kan Imran tu balak dia? Kenapa kau ambil balak kawan baik kau?! Kenapa?! "Adleen menengking Putri sehingga mengejutkan semua orang yang berada di food court tersebut. Putri terkedu.
"Iqwan! Berhenti! Cukup! "Putri menepis tangan Iqwan dari terus memukul Imran lantas dia terus menarik tangan Imran dan beredar dari parade. Iqwan segera mendapatkan Iqa yang ketika itu sudah berdiri sedang memeluk rakan-rakannya. Mata Iqa yang bengkak dan merah itu dan mata Imran bertentang seketika. Lantas Iqa memalingkan wajahnya. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari situ, Iqa terus menangis.
"Kenapa? Kenapa dia buat aku macam ni? Selama ni aku setia kat dia. Aku sayang dia seorang jer...tapi...dia... "Iqa terus mengalirkan air matanya.
"Titt..titt.. "
Handset Iqa berbunyi menandakan ada mesej masuk. Iqa terduduk setelah membaca mesej yang baru masuk itu.
Maafkan abang sebab menduakan diri Iqa. Abang mencintai Putri. Abang minta maaf Iqa. Kita putus.
Imran menghantar mesej kepada Iqa. Terkedu seketika Azureen, Adleen, Mimi dan Imani setelah membaca mesej tersebut. Iqwan memeluk Iqa. Dia berazam untuk menjadikan hidup Imran huru-hara setelah Imran menghancurkan hati adiknya, Iqa Syazlin.
Di rumah Iqa..Sebelah malamnya...
Iqa sedang termenung di beranda rumahnya sambil memegang teddy bear pemberian Imran sempena hari jadinya. Dia masih menyayangi Imran. Tetapi, dia juga tak sanggup kehilangan kawan baiknya, Putri. Apa yang harus dia lakukan? Walaupun dia tahu, mereka berdua telah pun menghancurkan hatinya.
Tok.tok..
"Iqa? "Iqwan memanggil nama adiknya sambil mengetuk pintu bilik adiknya. Iqwan pun masuk ke bilik adiknya.
"Abang... "Iqa berkata perlahan.
"Iqa. Cukuplah..Tak payah lah menangis pasal budak tak guna tu. Abang tahu la nak ajar dia macam mana. Iqa jangan seksa diri. Nanti sebab budak tak guna tu, Iqa jatuh sakit pula. "Iqwan menyambung lagi.
"Iqa tak tahu lah nak buat apa dah bang. Iqa sayang sangat kat dia. Abang pun tahu kan betapa sayangnya Iqa kat dia. Iqa pun tak tahu apa salah Iqa sampai Imran dengan Putri buat Iqa macam ni. Selama Iqa bersama dengan Imran, ramai budak nak couple dengan Iqa..tapi..Iqa tolak sebab Iqa nak setia dengan Imran. Iqa terlalu sayang kat dia..abang tak payah lah ajar dia..Mungkin dah jodoh dia...Walaupun Iqa sayang sangat kat dia...dia... "suara Iqa tersekat. Dia terus memeluk erat teddy bear itu. Air matanya menitis perlahan.
************************************************************************************************************************************************
Di bilik Iqwan...
"Hello...Wei..Aku nak jumpa kau esok. Aku nak minta tolong kau. "Iqwan menelefon seseorang.
"Ha..Ok..Jumpa esok.. "pemanggil itu menjawab.
Iqwan adalah abang Iqa. Mereka hanya dua beradik. Bapa mereka telah meninggal dunia manakala ibu mereka pula telah tinggal di luar negara bersama keluarga barunya. Ibu mereka akan memasukkan duit ke dalam akaun mereka setiap bulan. Pernah sekali, ibu mereka mendesak mereka untuk tinggal bersamanya namun Faizal bertegas untuk menjaga adiknya Iqa yang ketika itu berada di Darjah 6. Dan dia sendiri berumur 19 tahun. Kini, 4 tahun sudah berlalu, Iqa telah menginjak ke umur yang lebih matang. Iqa berada di Form 4 dan Iqwan berumur 23 tahun dan telah pun bekerja. Iqa akan menceritakan segala masalah dan rahsia kepada abangnya, bagaimana Iqa mengenali Imran, bagaimana Imran boleh menjadi teman lelaki Iqa, di mana tempat pertemuan mereka sehinggalah bagaimana Iqa berpisah dengan Imran turut dikongsi dengannya.
Iqwan teringat, petang yang hening itu. Iqa pulang dengan hati yang gembira. Iqwan yang ketika itu sedang tidur terkejut apabila mendengar Iqa menjerit dari tingkat bawah rumah yang telah dihadiahi ibunya kepadanya dan Iqa.
Setahun yg lalu...
"Yahooo! Abang!! "Iqa menjerit tiba-tiba sebaik sahaja memasuki rumahnya. Iqwan yang ketika itu sedang tidur terkejut dan terus bangun meluru ke bawah apabila mendengar Iqa menjerit. Sebaik sahaja dia tiba di bawah, dia hairan melihat Iqa tersenyum.
"Hai..pasal seronok sangat ni? Iqa dari mana ni? Iqa jerit tadi kenapa?"Iqwan segera bertanya.
"Ermm..Abang..meh sini kejap. "Iqa memanggil Iqwan sambil tersenyum dan menyuruhnya duduk di sebelah Iqa. "Abang...tadi kan..Iqa keluar pergi JJ dengan Putri, Azureen, Adleen, Mimi dengan Imani. Abang nak tahu tak apa jadi? "Iqa tersenyum.
"Ha? Apa jadi? Teruskan... "Iqwan semakin berminat untuk mendengar cerita dari Iqa. Jarang dia melihat Iqa bergembira sejak ibunya meninggalkan mereka 3 tahun yang lalu.
"Iqa tengah beli air, tiba-tiba ada budak lelaki ni langgar Iqa sampai habis semua air tumpah. Iqa pun naik marah lah. Iqa terus marah budak laki tu. Iqa pandang dia kan..huishh..handsome bang..Comel sangat..ishhh...geram tau Iqa tengok. Iqa nak marah dia pun tak jadi. Dia minta maaf dari Iqa, dia terus blah. Iqa panggil dia, dia buat bodoh jer...Geram juga. Iqa pergi kat kawan-kawan Iqa. Tiba-tiba, budak lelaki yang langgar Iqa tadi datang balik dengan kawan dia bawa air dengan beg. Dia terus bagi air tu kat Iqa dengan kawan-kawan Iqa. Beg tu pun dia bagi Iqa, dalam beg tu ada baju. Dia belikan baju untuk Iqa sebab air yang tumpah tadi, tumpah atas baju Iqa. Terkejut juga sebab tak sangka dia beli baju semata-mata nak ganti baju Iqa yang tumpah air tadi. Nasib baik muat. "Iqa bercerita panjang. Iqwan di sebelahnya terlopong mendengar cerita adiknya.
"Lagi? "Iqwan bertanya lagi.
"Ermm..Masa Iqa nak balik. Iqa terserempak lagi dengan dia. Nak tahu tak dia buat apa pulak kali ni? "Iqa berteka-teki dengan Iqwan.
"Apa? "Iqwan bertanya pula.
"Ermm, dia nak tumpangkan Iqa balik. Iqa tak nak. Dia desak, dia sanggup tumpangkan kawan-kawan Iqa sekali. Iqa pun tanya kawan-kawan Iqa. Diaorang cakap nak. Lastnya, Iqa naik. Dalam perjalanan kan, dia... "Iqa berhenti bercerita.
"Dia apa? Dia buat Iqa apa-apa ke? "Iqwan bertanya dalam gelabahnya.
"Dia...mintak couple dengan Iqa! "Iqa menjerit tiba-tiba. Dia tersenyum lebar.
"Ha? "Iqwan terkejut. "Habis tu? Iqa terima? "Iqwan bertanya lagi.
"Ermm, dia nak jawapan esok. Dia bagi Iqa masa dan Iqa rasa Iqa... "Iqa memandang Iqwan. "Iqa nak minta izin abang kesayangan Iqa ni dulu. Iqa ni masih ada seseorang. Iqa takkan sisihkan abang Iqa sebab seorang lelaki. Abang..setuju? "Iqa bertanya simpati.
"Ermm... "Iqwan memandang Iqa sambil menggosok dagunya. "Okeylah. Abang tahu Iqa nak. Okey, abang bagi..asalkan...Iqa tak abaikan pelajaran dan sentiasa jaga diri Iqa..okey... "Iqwan memberi keizinan.
"Yahoooo!! Sayang abang!! "jerit Iqa lantas memberikan satu ciuman di pipi abangnya itu. Iqwan tersenyum. Dia tidak mahu melihat adiknya bersedih lagi.
"Eh...tapi..abang musykil betulla.. "Iqwan bertanya pula.
"Ha?? Musykil apa? "Iqa bertanya pula.
"Siapa nama budaknya..takkan nama pun tak tahu.. "Iqwan bertanya pula..
"Oh..hehehe...Nama dia Imran. Form 5 sekarang kt sekolah ACS. "Iqa menerangkan yang sebenarnya.
"Oh..okey... "Iqwan menggangguk kepalanya. "Okeylah..abang nak sambung tidur."Iqwan menguap lantas berdiri dan mengusap rambut Iqa lembut. Dalam hatinya dia berdoa apa yang diimpikan Iqa menjadi kenyataan. Tetapi semua itu telah menjadi suatu angan-angan yang tak mungkin menjadi kenyataan.

"Abang? "Iqa mengejutkan abangnya.
"Ha? "Iqwan terbangun. Lama juga dia teringat akan ketika pertemuan Iqa dahulu dengan Imran, sehingga dia terbawa ke mimpi.
"Ish..abang ni kan. Tak senonoh lah..air liur basi pun ada lagi. Heheh..tu ha.. jam loceng dah menjerit kat sebelah telinga pun tak dengar lagi..ish, dah pagi dah ni. Bangun lah.. "Iqa tersenyum. Iqwan tersenyum. Dia gembira melihat Iqa tersenyum hari ni.
"Ish..Abang..cepatlah siap. Dah lambat ni. Iqa nak pergi sekolah lagi. Abang pun nak kerja kan, so, tunggu apa lagi? Cepatlah bangun. Tersengih-sengih pulak dia. "Iqa membebel dengan abangnya, Iqwan.
"Okey..Hehhe. Iqa pergi makan dulu okey. "Iqwan tergelak kecil.
"Hurm, cepat. "Iqa keluar dari bilik abangnya lantas turun ke bawah.
Di sekolah Farah..Di dlm kelas...
"Haii... "Mimi menyapa Iqa. Mata Iqa tertentang dengan mata Putri yang duduk tidak jauh dari tempatnya.
"Iqa, kau macam mana? Okey? "Adleen bertanya sebaik sahaja Iqa duduk di sebelahnya.
"Aku? Okey jer. Tak ada apa la... "Iqa menjawab tersenyum. Dia kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Rakan-rakannya memandangnya kehairanan. Iqa ternampak Putri memandangnya lantas dia pun senyum ke arah Putri.
"Dia...dia senyum kat aku? "Putri berkata sendirian.
Sewaktu rehat...
"Eh, mana Putri? "Iqa bertanya tiba-tiba.
"Ha?! "Azureen, Adleen, Mimi dan Imani terkejut apabila Iqa menanyakan tentang Putri.
"Ha..tu dia..Putrii.. "Iqa memanggil Putri sambil melambaikan tangannya.
"Err, Iqa panggil aku ker? Ish..takkan lah dia dah lupakan kejadian semalam? Tak mungkin, mesti dia ada muslihat ni.. "Putri berkata sendirian. Putri terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Iqa. Iqa hampa apabila Putri tidak mempedulikannya.
Di rumah Iqa...
Apasal kau x dtg time aku pggil td?
Iqa menghantar mesej kepada Putri pada malam itu.
Err..aku..malu Farah..malu sgt..Aku mmg jht kan??Yelah..aku kwn baik ko tpi aku
ambil balak ko..maksud aku..aku bekas kwn baik ko..
Putri membalas mesej Iqa. Iqa ingin membalas mesej Putri tetapi dia membatalkan hasratnya. Dia harus berjumpa dengan Putri. Harus! Dengan bermain mesej, masalah takkan selesai. Lantas dia terus mendail nombor Putri dan menghubunginya.
"Putri, kita kena jumpa.. "Iqa bersuara apabila Putri mengangkat panggilannya.
"Ha? Jumpa? Bila? "Putri bertanya.
"Sekarang... "Iqa menjawab tegas.
Ketika pertemuan...
"Iqa... "Putri memanggil Iqa perlahan sebaik tiba di tempat yang dijanjikan. Dia menundukkan kepalanya.
"Putri... "Iqa memandang wajah Putri. "Putri, aku nak bagitahu kau. Aku tak salahkan kau sebab Imran break dengan aku. Memang mula tu aku marah, terkejut, bengang tapi lepas aku fikirkan balik. Ini semua dah takdir, mungkin bukan jodoh aku dengan dia. Mungkin melalui aku, Imran akan temui jodoh dia iaitu kau dan melalui aku juga kau temui jodoh kau iaitu Imran, dan melalui kau, aku dapat tahu yang Imran tu bukan jodoh aku. Aku memang sayangkan dia tapi...hurm..biarlah, apa yang penting sekarang ni. Aku tak nak hilang sahabat baik aku. Aku sayang kau... "Iqa menerangkan segalanya.
"Tapi Iqa..aku kan dah... "Putri mencelah.
"Cukup, aku tak nak dengar apa-apa dah. Apa yang aku tahu, kau kawan baik aku dan aku sayang kau macam mana aku sayang diri aku, macam mana aku sayang abang aku, macam mana aku sayang kawan-kawan baik aku dan macam mana aku sayang Imran. Ingat, aku nak kau jaga Imran. Jangan lepaskan dia. Aku tak nak hati kau atau dia hancur. Walaupun hati aku dah hancur tapi aku masih ada orang yang aku sayang. Kau, kawan-kawan kita dan abang aku. Ingat, aku sayang kau.... "Iqa memeluk Putri.
"Terima kasih Iqa. Aku sayang kau.. "Putri membalas pelukan Iqa dan air matanya menitis. Iqa berazam takkan menyakitkan hati kawan-kawannya untuk selamanya. Dia telah berfikir. Cinta yang hilang boleh diganti tetapi sahabat yang hilang tiada ganti. Dari jauh, Iqwan, abang Iqa melihat adiknya.
"Kau memang baik Iqa. Abang tak pernah jumpa orang yang maafkan kawan baik dia walaupun dia telah merampas orang yang kau sayang. Ingat, abang takkan biarkan siapa-siapa pun sakitkan hati kau lepas ni.. "Iqwan berkata sendirian.
Di sebuah kedai makan...
"Wei, adik aku baru lepas putus dengan balak dia. Jadi aku nak mintak tolong, carikan seorang budak yang sesuai untuk dia. Cari yang jujur sikit and kalau boleh bagi yang still sekolah lagi. Senang sikit.. "Iqwan berkata kepada seorang rakannya.
"Ermm..okey. Kejap, adik kau form berapa? Nak cari form berapa punya? "rakan Iqwan bersuara.
"Ek eleh.. Kau ni kan Shahrul. Punye lama member dengan aku, adik aku pun tak tahu form berapa. Dia form 4 lah. Kau cari lah yang form 5 ke, yang form 4 jugak ker. "Iqwan berkata kepada Shahrul, rakannya tadi.
"Ermm, aku ada seorang member. Form 5, budak SMI. Okey? Ermm..nama dia Iskandar. Okey ker? Baik budaknya, dulu pernah ada awek tapi break dah. Bukan sebab dia cari lain tapi awek dia gatal sangat..."Shahrul menerangkan.
"Ermm..okey jugak. Budak SMI kan? Aku sekolah situ dulu. Heheh.."Iqwan bersetuju.
Di rumah Iqa...Seminggu kemudian...
"Iqa... "Iqwan memanggil adiknya perlahan. Iqa yang ketika itu sedang membuat kerja sekolah di dalam biliknya terkejut.
"Oh, abang. Kenapa? Terkejut Iqa.. "
"Ermm, abg nak cakap sikit, tapi Iqa jangan marah tau? "Iqwan bertanya sedikit takut.
"Lah, nak marah apanya. Cakaplah.. "Iqa berkata.
"Hari tu abang jumpa kawan abang. Ermm, abang dah carikan Iqa... "Iqwan tidak meneruskan kata-katanya.
"Cari apa? "Iqa bertanya.
"Err...cari..balak untuk Iqa dan abang dah jumpa... "Iqwan menerangkan.
"Oh..heheh...Habis tu...okey? "Iqa bertanya pula. Dia agak terkejut tetapi dia sedar abangnya mahu mengubati kesedihannya sejak peristiwa bersama Imran dulu. Dia tidak kisah.
"Iqa nak ke? Dia setuju..ermm...ni nombor dia. Ambillah, try mesej dia. Abang dah bagi nombor Iqa kat dia.. "Iqwan mengeluarkan nombor lelaki yang ingin dijodohkannya dengan adiknya.
"Nama dia Iskandar. Budak sekolah SMI. Form 5... "Iqwan menerangkan tentang budak tersebut.
"Oh, okey... "Iqa mengambil nombor tersebut tersenyum.
Sebulan kemudian...
"Dah genap sebulan kau couple dengan Iskandar kan. Ish, cepat masa berlalu. Korang dah ada...aku...huwaaaaa...aku tak ada lagi...huwaaa... "Adleen bersuara sambil bergurau.
"Ek eleh, kau ingat kau seorang je? Aku pun tak ada jugak. Kita sama je, siapa lah nak kat kita kan..."Imani pula bersuara.
"Tahu tak apa...eleh..suka lah tu. Mentang-mentang diaorang dah ada balak masing-masing. Menyampah aku..huhu.. "Adleen pula bersuara.
"Hehhehe, korang tak cari. Sebab tu la tak jumpa. Cuba korang cari, mesti dapat."Mimi bersuara.
"Ya lah tu. Banyak lah jumpanya. Apa kata aku ambil Alif?"Imani bergurau dengan Mimi.
"Ha..ni aku bagi. Berani ambil la. "Mimi memberi amaran dalam nada bergurau sambil menunjukkan penumbuknya yang sebesar bawang merah itu.
"Ermm..aku nak...Azim lah.. "Adleen menjeling ke arah Azureen.
"Amboiii, senang jer nak ambil balak aku... "Azureen pula berkata.
"Dah lah. Berhenti gaduh. Korang ni, kalau dah gaduh, tak mahu berhenti..ish..asyik nak gaduh jer. Tak ada kerja lain... "Iqa pula bersuara.
"Gurauan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati... heheh.. "Adleen tersengih seperti kerang busuk. Shira tiada kerana tidak hadir. Iqa memandang Putri.
"Apasal dia senyap hari ni? Selalu dia paling bising... "desis Iqa dalam hati.
Sewaktu balik..
Iqa dan Putri berjalan kaki sewaktu pulang bersama-sama kerana rumah mereka yang agak dekat.
"Putri? Apasal senyap jer hari ni?"Iqa bertanya.
"Ermm, tak ada apa... "Putri menjawab perlahan.
"Putri, aku kenal kau. Kau mesti ada problem. Tu pasalnya kau senyap hari ni. Kau gaduh dengan Imran ke? "Iqa bertanya. Sememangnya soalan itu yang berlegar-legar di kepalanya sebentar tadi.
"Iqa... "Putri terduduk. Air matanya bertakung.
"Putri, kenapa ni? Cuba bagitahu aku. Apa Imran dah buat? "Iqa bertanya.
"Imran...Imran nak tinggalkan aku... "Putri berkata, air matanya mula tumpah. "Aku tak faham. Selama ni, aku tak buat apa-apa pun kat die. Aku tak marah pun dia kalau dia buat salah. Sekarang, dia nak tinggalkan aku. Kenapa? Aku sayang dia. "Putri mengadu dalam tangisannya.
"Dah lah. Maybe dia ada something kot yang tak nak bagitahu kau.. "Iqa menenangkan Putri. "Macam ni..petang ni, jumpa kat rumah aku. Kita bincang hal ni...okey...kau balik dulu. Tenangkan fikiran and jangan buat kerja bodoh.. "Iqa memapah Putri pulang. Putri mengganguk perlahan.
Di rumah Iqa sebelah petang...
"Wei, mana Putri ni? "Mimi bersuara.
"Dia lambat lagi... "Iqa berkata.
"Korang perasan tak dia senyap hari ni?"Imani bersuara.
"Tahu tak apa. Dia ada masalah ke Iqa?"Adleen bertanya kepada Iqa.
"Dia ada problem dengan Imran. Biasa lah, orang bercinta ni. "Iqa menerangkan.
"Ish..kesian Putri. Apa pulak si Imran tu buat kat dia? "Azureen pula menyampuk.
"Entah, sikit lagi Putri dating, dia cerita lah... "Iqa berkata pula.
Setengah jam sudah berlalu.
"Ish! Mana Putri ni. Dah setengah jam ni, penat lah aku tunggu. Kerja sekolah pun dah siap. Mana dia ni. Iqa, call dia... "Mimi bersuara.
"Okey.. "Iqa bergerak untuk menelefon Putri. Tiba-tiba...
Kringg...Kringg..
Telefon berbunyi, mereka berpandangan.
"Hello... "Iqa menjawab telefon.
"Iqa!! Tolong aku.. "Putri berkata di dalam tangis.
"Wei! Apasal kau tak datang sini. Ni apasal menangis ni? Kau kat mana? "Iqa bertanya. Mimi, Azureen, Adleen dan Imani berpandangan sesama mereka.
"Iqa, aku kat hospital. Imran! "Putri menangis.
"Hah? Okey..aku datang sekarang! "Iqa bersuara lantas meletakkan telefonnya.
"Apasal ni Iqa? Mana Putri? "Mimi segera bertanya.
"Cepat siap. Putri kat hospital. Imran accident... "Iqa menerangkan.
"Ha? "mereka segera bersiap dan menuju ke hospital dengan Iskandar, balak Iqa.
Di Hospital...
"Putri? "Iqa memanggil Putri sebaik terlihat Putri sedang duduk.
"Iqa! "Putri memanggil Iqa. Sebaik sahaja tiba di tempat Iqa, Putri terus memeluk Iqa.. "Imran, Imran accident.. "Putri menangis. "Zureen, Imani, Leen, Mimi, aku minta maaf sebab susahkan korang, aku baru dapat tahu. Aku sampai hospital baru aku dapat call korang. Bateri handset aku low. Aku call korang pakai public je tadi... "Putri menerangkan.
"Oh, macam mana Im.. "...
Kringg..Kringg...
Handset Iqa berbunyi.
"Hello..ha..bang..Iqa kat hospital. Imran masuk hospital, semua kawan Iqa ada kat sini. Iskandar pun ada kat sini. Okey... "Iqa menutup handsetnya.
"Abang aku nak datang sini. Ermm..ha...macam mana Im.. "Iqa tidak sempat meneruskan pertanyaannya apabila doktor keluar dari bilik Imran.
"Doktor, macam mana dengan dia? "Putri segera bertanya kepada doktor.
"Cik...Imran okey..alhamdulillah. Imran cedera di bahagian lengan sahaja. Dia akan ditahan di hospital sampai besok tapi salah seorang dari ahli keluarga dia kena duduk kat sini untuk menemani dia. Terima kasih.. "doktor yang bernama Aimi itu pun berlalu.
"Alhamdulillah, Imran selamat... "Iqa berkata.
"Iqa? "Iqwan memanggil adiknya.
"Abang... "Iqa mendapatkan Iqwan.
"Imran macam mana? "Iqwan bertanya.
"Dia selamat... "Iqa menjawab.
"Tapi.. "Putri berkata tiba-tiba, semua menoleh ke arah Putri.
"Tapi apa? "Iqa bertanya.
"Imran, dia kan tak ada family kat sini. Siapa nak jaga dia sampai besok? "Putri menerangkan.
"Ermm, kau je lah teman dia. "Mimi menyampuk.
"Ha’ah, kau kan awek dia... "tambah Adleen pula.
"Tak boleh punya. Mak aku takkan bagi. Nak tidur rumah member pun tak boleh, inikan pula nak tidur hospital tapi.. "Putri berkata lagi. Matanya memandang Iqa.
"Tapi apa? "Imani bertanya.
"Iqa, kau boleh kan. Lagipun, kau tinggal dengan abang kau je. Abang kau pun boleh ikut sekali. Please, demi aku.. "Putri berkata kepada Iqa.
"Eh, aku tak boleh..err..err..abang aku...err... "Iqa tergagap.
"Teman jer la, abang izinkan.. "Iqwan menyampuk apabila melihat adiknya serba salah.
"Is.. "Iqa memandang Iskandar. Iskandar hanya senyum sambil mengangguk. Dia mempercayai buah hatinya itu.
"Okey, aku teman dia.. "Iqa menjawab terpaksa.
"Thanks Iqa. Sayang kau.. "Putri memeluk Iqa. Iqa senyum terpaksa.
"Okey lah Iqa. Abang nak balik nak ambil baju. "Iqwan berkata.
"Aku pun, aku dah tengok Imran tadi. Dia tengah tidur, aku balik dengan Iqwan je la..."Putri pula berkata.
"Kitaorang pun! "Mimi, Adleen, Imani dan Azureen menjawab serentak. Selepas semuanya pulang. Iqa masuk ke dalam bilik Imran untuk menjenguknya. Apabila Iqa ingin keluar, terasa lengannya dipegang.
"Imran?"Iqa terkejut.
"Iqa, duduk sini kejap. Saya nak cakap sesuatu dengan awak. "Imran berkata.
"Awak nak cakap apa? "Iqa bertanya sebaik duduk di sebelah katil Imran.
"Iqa, saya nak couple balik dengan awak. Saya sayangkan awak. Saya tak sanggup lepaskan awak.. "Imran menjelaskan. Tangannya masih memegang tangan Iqa. Iqa terkedu.
"Apa awak cakap ni Imran! Awak sedar tak apa yang awak tengah cakap ni? "Iqa memarahi Imran sambil merentap tangannya. Dia bingkas bangun dan menjauhi katil Imran.
"Tapi Iqa. Saya memang sayangkan awak. Saya tak boleh lepaskan awak..saya.."Imran tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Iqa memotong.
"Cukup! Saya tak nak dengar dah. Putri kawan baik saya dan saya tak nak ada orang sakitkan hati dia. Cukuplah awak dah hancurkan hati saya dulu. Saya tak nak hati kawan baik saya hancur pula, lagipun saya dah ada orang yang saya sayang. Iskandar, dia nyawa saya sekarang. Saya sayang kat dia. Memang saya tak nafikan, memang saya marah bila dapat tahu awak menduakan saya tapi saya redha dan tolong. Cukuplah hidup saya terseksa. Saya tak nak hidup Putri dan Iskandar terseksa kalau saya kembali pada awak. Maaf., saya sayangkan awak tapi sebagai kawan. Saya lebih sayangkan Iskandar. Iskandar adalah cinta saya sekarang. Maaf, dan tolong, jangan hancurkan hati Putri! Dia terlalu sayangkan awak. Lupakan saya.."Iqa menerangkan segala-galanya. Lantas dia terus beredar dari bilik tersebut.
"Iqa! Iqa! "Imran menjerit nama Iqa. Sebaik sahaja Iqa keluar dari bilik tersebut, dia ternampak Iskandar di tepi bilik tersebut. Iskandar memandangnya. Dia tunduk, tak sanggup dia bertentang mata dengan Iskandar. Iskandar meraih Iqa ke dalam pelukannya.
"Is pun sayangkan Iqa. Iqa Syazlin adalah nyawa Is.. Terima kasih untuk segalanya."Iskandar berkata perlahan setelah mendengar segalanya yang terjadi di dalam bilik Imran sebentar tadi.
"Iqa pun sayangkan Is, lebih dari segalanya.... "Iqa berkata perlahan sambil menitiskan air mata.
2 Tahun kemudian...
Putri, bahagia bersama Imran. Imran telah menyedari, dia tidak patut sia-siakan hidup Putri. Dia telah belajar menyayangi gadis itu dan akhirnya cintanya telah diberikan sepenuhnya kepada Putri. Dia sedar, apa yang Iqa katakan padanya tidak lama dahulu adalah betul. Dia tidak harus menghancurkan hati orang yang menyayanginya dan Iqa, Dia bahagia bersama Iskandar. Iskandar telah mengajar dia erti kehidupan yang sebenarnya. Erti kehidupan yang sering didambakannya dan dia telah memperoleh erti kehidupan yang sebenarnya daripada seorang insan yang bernama Iskandar. Insan yang dicintai, disayangi sepenuh hatinya.
Dan Iqwan, Iqwan bahagia apabila bersama dengan Adleen, rakan baik Iqa sendiri. Iqwan menemui cintanya dengan Adleen. Mimi dengan Alif. Walaupun sering bergaduh, namun pergaduhan itu yang mengeratkan perhubungan mereka dan Azureen bersama Azim, walaupun berjauhan. Hati mereka tetap kuat bersatu. Imani, dia telah pun menjalinkan hubungan dengan Aizat, lelaki yang dikenalinya ketika tuisyen. Shira masih meneruskan hubungannya dengan Syafiq dan mereka bahagia dengan orang yang disayangi.
Seperti yang pernah dikatakan Iskandar kpd Iqa. Sesuatu yang indah itu adalah memiliki si dia dan sahabat yang disyginya. Seperti mana Iqa yang memiliki cintanya Iskandar, abangnya Iqwan dan juga sahabat yang memahami. Apa yang diimpikan mereka sentiasa diimpikan setiap orang. Moga bahagia sentiasa bersama mereka semua.
~TAMAT~
Amaran!
Tiada kena-mengena antara yg hidup atau yg mati...Hak cipta terpelihara oleh Nur Ashikin bt. Almi..Tidak dibenarkan meniru dari segi lisan atau photostat...
24/10/2008
Jumaat
8.42 mlm
Watak-watak:
-Iqa Syazlin-
-Iskandar-
-Iqwan Syamil-
-Adleen-
-Putri-
-Imran-
-Mimi-
-Alif-
-Azureen-
-Azim-
-Imani-
-Aizat-
-Shira-
-Syafiq-
-Shahrul-
-Doktor Aimi-

No comments:
Post a Comment